BAB 9 - CD - LELAKI BERTATTOO

Romance Completed 23254

'Siapa Daddy Khai? Siapa Tengku Khairul Khasef? Takpe, aku perlu tanya Abang Shah. Abang Shah tentu tahu siapa sebenarnya mereka ni.' Selena bermonolog sendiri...

"Sayang... Are you ok?"

"Err... ok." Bimbang andai Khai perasan.

"Ya ke?"

"Ya, sayang ok."

"Are you done?"

"Emm, yeah! I'm done..."

"Jom kita balik... Sayang tentu penat, kan?"

"Err, ya sayang penat... tapi, boleh tak kita jalan-jalan dulu...?"

"Sayang nak pergi mana? Khai ok je."

"I'm not sure... Tapi, rasanya macam nak jalan-jalan je kat mall... Boleh?"

"Anything for you, dear."

"Thanks sayang. Love you..."

"Love you two, three, four, five, six, seven, eight, nine, ten..."

"Wow... Sure sayang Lena macam tu?"

"Eh, mestilah! Sayang tak percaya Khai ke?"

"Sorry, my bad! Sayang gurau jelah... Sorry, sayang... Jom..." Selena bergerak mendahului Khai... Namun, cepat-cepat Selena berhenti melangkah saat terasa Khai tiada disebelahnya... Kepala ditoleh ke belakang... Kelihatan Khai masih tercegat sendirian di belakangnya.

"Sayang, kenapa ni?" Selena mengoyangkan tangan Khai... Wajah Khai kelihatan berkerut.

"Sayang... Hei, kenapa ni? Khai?" Selena menggoyangkan lengan Khai.

"Sayang tak jawab lagi soalan Khai..."

"Ya Allah, Khai ni... No doubt!... In shaa Allah, I trust you, sayang. Sayang percayakan Khai..." Terang Selena. Berkerut dahinya melihat Khai yang kelihatan merajuk dengannya.

"Sejauh mana sayang percayakan Khai?"

"Khai sayang... Kenapa ni?" Wajah tampan Khai diusap perlahan.

"Sayang, just answer my question."

"Selagi sayang bernyawa, sayang masih bernafas, selagi itulah sayang percayakan Khai... Pernah ke selama ini sayang tipu Khai?" Kedua tangannya diletakkan di dada bidang Khai.

Hanya gelengan kepala yang Khai berikan. Tertunduk wajah Khai saat ini...

'Haish... jantan macho merajuklah.' Desis hati Selena.

"Sayang, Honey, Hubby, Bee, Abang... Sorry, I'm sorry. Lena percayakan Khai... Lena sayangkan Khai... I love you so much... Tentu Lena percayakan Khai..."

Tersenyum bahagia Khai mendengar panggilan Selena padanya... Hubby, Bee, Honey...

'Emm... Menarik ni'' Getusnya.

"Sayang panggil Khai apa tadi?"

"Sayang panggil Khailah...!"

"No... no... Just now... sayang panggil... "

"Oh... sayang, honey, hubby, bee, abang tu... Kenapa?"

"Emm... Rasanya macam menarik je..." Khai cuba mengelus dagunya... Selena dah berkerut dahi...

'Apa sajalah Khai ni'

"Khai...?"

"Sayang... Kita tukar panggilan boleh tak?"

"Panggilan apa?"

"Yelah, Khai panggil Selena dengan panggilan sayang..."

"So...?"

"Sayang...!"

"Ok... Ok! Sayang panggil Khai... emm..."

"Sayang, cepatlah!"

"Hubby... Kita belum kahwin lagi! Macamana dengan Bee...?"

"What about Abang... Sebab Khai call Selena, sayang... So, Abang, Sayang... Sound interesting!"

"Ish, tak naklah!"

"La, kenapa lak?"

"Sayang panggil Khai dengan panggilan lainlah!"

"Err... Kenapa pulak?" Selena dah menundukkan kepalanya.

"Malulah!" Pendek jawapan Selena. Selena dah merona wajahnya.

"Sayang... Takpelah, we start from now... Nanti dah kahwin, tak kekokkan?"

"Please Khai... Kita guna panggilan 'B' je ya... Sayang malulah... Please..." Selena cuba memujuk Khai...

"Ok...Ok! But with one condition...!"

"Ya Allah, Khai ni! Apa lagi ni?" Selena mengecilkan matanya sambil melirik ke arah Khai yang masih tersengeh-sengeh memandangnya.

"Sayang, please...?"

"Ok... Ok! Apa dia?"

"Kiss me and I'm ok." Terbeliak mata Selena mendengar syarat Khai.

"Khai ni, besar kecik besar kecik je sayang tengok, tau!"

"Sayang, come on..."

"No!"

"Please, sekali je..." Khai merayu...

"Khai, please... Jangan jadi budak-budak, boleh tak? Malulah, orang ramai ni!"

"Betulkan...You never love me, you never trust me." Khai seolah-olah ingin melangkah pergi. Namun sempat ditahan Selena. Lengan Khai ditarik perlahan.

"Khai...! B, Sayang..." Khai cuba meloloskan diri...

"Abang!" Terhenti langkah Khai... Tubuhnya dipusingkan menghadap Selena dengan senyuman yang melebar...

"Sedap telinga Abang dengar..." Selena dah menjeling... Khai tergelak kecil. Selena masih dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Auch!" Tiba-tiba Selena mencubit perut Khai.

"Sayang, sakitlah! Bisanya sepitan ketam sayang ni... Aduh...!" Khai menggosok perutnya sendiri dengan riak wajah yang menyedihkan.

"Sorry...! Tulah, main-main lagi." Selena menggosok perut Khai yang terkena cubitannya.

"Sampai hati sayang... Perit tau."

"Sorry B... Sayang tak sengaja... Maaf ya...?" Khai melayan keseronokan apabila tangan lembut Selena menggosok perutnya...

"Emmphh..."

"B! Berangan apa ni?" Kali ni bahu Khai pula menjadi mangsa cubitan... Selena menyergah Khai yang seolah-olah sedang berangan... Tiba-tiba...

"Auch! Sayang ni kenapa? Memang suka mencubit ke? Sakit tau...!" Khai menggosok pula bahunya yang baru terkena sepitan ketam Selena.

"Habis tu, B berangan macam tu... Apa yang B angankan tu?"

"Nothing...!" Selamba je Noah jawab.

"B!"

"Ok... Ok... B surrender! Sorry sayang, B gurau jelah! Come!" Tangan dihulurkan pada Selena. Saat Selena menyambut huluran tangan Khai...

"You owe me, one kiss." Gemersik suara Khai berbisik di telinga Selena... Tergamam Selena... Cepat Selena mengalihkan pandangan matanya.

"Hahaha! Malulah tu! I don't care... You owe me."

"Dahlah, jom!" Huluran tangan Selena disambut Khai... Kedua-dua tersenyum bahagia. Mereka berjalan beriringan memasuki perkarangan mall yang terletak tidak jauh dari lokasi mereka menikmati makanan mereka tadi... Dan tanpa mereka sedari, seseorang memerhati segala gerak-geri mereka. Beberapa keping gambar mereka berdua, ditangkap menggunakan kamera digital.

Deringan telefon mengganggu pemerhatiannya...

"Yes Bos, mereka di dalam mall sekarang ni."

"Baik bos. Saya gerak sekarang!" Talian dimatikan...

Baru saja talian dimatikan, berdering lagi satu telefon bimbit miliknya...

"Yes... I'm here."

"Tengku dengan gadis itu berada di dalam mall sekarang!"

"Baik, saya faham."

"Roger!" Talian dimatikan.

"Haish! Payah betul orang-orang kaya ni! Ni tak boleh, itu tak boleh! Ah, lantaklah! Janji payment aku masyuk!"

Sementara Khai dan Selena yang berada di dalam mall...

"Sayang, sayang nak beli apa-apa ke?"

"Err, sayang nak masuk Watson sekejap. Boleh tak?"

"Ok, jom."

"B nak masuk sekali ke atau nak tunggu kat luar...?"

"B masuk sekalilah. Just incase..."

"Ok, come." Mereka beriringan melangkah masuk ke dalam Watson.

Beberapa minit setelah membeli barang yang diperlukan, Khai membuat bayaran walaupun Selena berkeras mahu membayarnya... Khai tahu, Selena memang selalu menolak jika Khai mahu membayar untuk barangan yang Selena beli....

Itulah istimewanya Selena... Tak macam perempuan-perempuan lain yang lebih suka mengikis duit-duit lelaki kaya ni... Selena cukup berbeza... Selena tidak pernah meminta apa-apa dari Khai. Selena tak pernah nak ambik kesempatan. Sebab itulah, Khai terlalu sayang dengan gadis ini.

Cuma, apa yang Khai takutkan... Dapatkah gadis kesayangannya ini menerima diri Khai seadanya? Setelah mengetahui siapa diri Khai sebenarnya? Siapa family Khai... Apa yang Daddy Khai dah lakukan... Khai bimbang andai Selena meninggalkannya...

'Khai sentiasa berdoa agar cinta dan kasih Selena tidak beralih arah setelah segala rahsianya terbongkar suatu hari nanti... Cinta dan kasih sayang Khai hanya untuk Selena seorang' Khai bermonolog sendirian.

******************************

"Sayang, jalan cepat. B rasa kita diekori..." Khai separuh berbisik.

"Hah! B, biar betul!" Selena memandang keliling mereka... Namun tiada kelibat sesiapa yang mencurigakan...

"B, are you sure kita diekori?"

"Jangan pandang belakang! Teruskan ikut langkah B." Arah Khai.

"Sayang, please. Dengar cakap B. Cepat jalan!" Khai menarik tangan Selena menuju ke Porsche Cayanne, milik Khai. Laju langkah mereka.

Tit! Tit! Pintu kereta dibuka. Cepat Khai menolak Selena masuk ke dalam kereta miliknya. Kemudian, Khai memasuki keretanya lalu dikunci.
Enjin dihidupkan... Belum sempat kereta Khai bergerak, sebuah Range Rover hitam berhenti betul-betul di hadapan dan menghalang laluan mereka.

Hon dibunyikan berkali-kali... Tapi, kenderaan tersebut enggan beredar. Khai bengang. Hon dibunyikan sekali lagi....

Bang! Terdengar bunyi tembakan.

Selena sudah terdiam... Selena benar-benar dalam ketakutan, lantaran terkejut dengan bunyi tembakan tadi.

Hon dibunyikan lagi... Namun, hanya kelibat seorang lelaki botak, yang memakai t-shirt hitam lengan pendek, berseluar jeans hitam, dengan spek mata hitam keluar dari Range Rover tersebut. Kelihatan tattoo di kiri kanan lengan lelaki tersebut. Terdapat sepucuk pistol di tangan lelaki itu.

"B, siapa orang tu? Apa dorang nak?" Selena dah tak keruan. Bimbang andai apa-apa berlaku pada mereka.

"B tak tahu sayang. Sayang tunggu, B cuba dapatkan bantuan..." Iphone 12 milik Khai, dikeluarkan... Pesanan dihantar kepada orang-orangnya... Beserta lokasi mereka...

"B, sayang takut!" Selena sudahpun menggenggam lengan Khai... Terasa berpeluh tubuhnya kini...

"Sayang sabar ya... Orang-orang B dalam perjalanan." Lelaki bertattoo tersebut menuju ke arah Selena... Selena mengalihkan pandangannya saat lelaki terbabit menanggalkan spek hitamnya.

"B, sayang takut!" Makin kuat genggaman tangan Selena.

"Sayang... Look at me! Jangan pandang dia...!"

"B, sayang takut!" Selena sudah mahu menangis. Selena takut... Takut mereka akan bertindak ganas. Baru saja tangan lelaki bertattoo mengetuk cermin di bahagian Serena, terdengar tembakan berdas-das dilepaskan...

Bang! Bang!

Laju lelaki bertattoo itu berlari ke kenderaan yang membawanya... Range Rover tersebut memecut laju meninggalkan lokasi kejadian. Khai bersandar kelegaan apabila anak-anak buahnya tiba tepat pada masanya...

Tok! Tok! Cermin tingkap diketuk.

"Sayang tunggu sekejap. B jumpa dorang kat luar."

"B, jangan! Sayang takut!" Selena berterusan menggenggam tangan Khai.

"Sayang... jangan bimbang! Orang jahat tadi dah pergi! Sekejap ya... Dorang ni... anak-anak buah B. Sayang tunggu sekejap ya... B kat luar ni ja." Tangan Selena dicium kemudian dilepaskan.

Entah apa yang dibincangkan di luar, tidak Selena ketahui... Selena kini dalam ketakutan. Bimbang andai kejadian seperti tadi berlaku kembali. Selena menggigil ketakutan... Bunyi tembakan benar-benar mengganggunya...

Khai masuk semula ke dalam kereta miliknya selepas selesai perbincangan dengan anak-anak buahnya. Melihatkan Selena yang sedang ketakutan, Khai memeluk tubuh kekasihnya...

"Sayang..."

"B, sayang takut! Sayang takut dorang datang semula. Sayang takut!" Menggigil tubuh Selena mengingatkan bunyi tembakan yang berdas-das.

"Sayang... B minta maaf! Please, just stay calm... B ada dengan sayang. Dorang dah takde. Dorang dah pergi. B ada dengan sayang!" Belakang Selena diusap perlahan. Khai terus memeluk tubuh Selena yang sedikit menggigil.

"Shu... Shu... Sayang, please. B ada dengan sayang! Sayang, sabar ya... Come, Khai hantar sayang balik, ya?" Hanya anggukan kepala yang Selena mampu lakukan... Perlahan-lahan pelukan dileraikan.

Khai mengucup dahi Selena... Air mata Selena diusap dengan ibu jarinya.

"Kita balik ya?" Selena menganggukkan kepalanya.

'Siapa mereka? Apa yang mereka mahukan? Apa kaitan Khai dengan mereka?'

Berbagai-bagai persoalan yang timbul... Itu semua Selena tolak ke tepi... Selena hanya mahu pulang. Abang Shah! Selena perlu menemui Abang Shah... Khai yang dari tadi memerhatikan kekasih hatinya, mengeluh kecil melihat keadaan Selena...

Tangan Selena berada di genggaman tangan kirinya sementara tangan kanannya mengemudi stereng kereta. Sesekali, kekura tangan Selena diusapnya...

Khai melirik ke arah Selena... Terlihat Selena tertidur... Kesian pula Khai melihat Selena. Barangkali Selena sedikit trauma dengan keadaan tadi. Khai memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum menurunkan tempat duduk untuk keselesaan Selena. Khai membiarkan saja kekasih hatinya melelapkan matanya.

'B janji akan jaga sayang selamanya' Tangan Selena diletakkan dibibirnya.

Maaf, lewat update chapter baru... Siapa leaki bertattoo? Apa yang dia cari atau siapa yang dia cari? Adakah Khai berkait rapat dengan lelaki bertattoo itu? Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience