Khai sudah tidak keruan menanti panggilan dari Selena... Sudah beberapa hari Selena tidak datang... pihak HR menerima panggilan dari keluarga Selena mengatakan yang Selena admitted...
Namun, Khai yang tidak tahu akan hal itu, setia menunggu panggilan dari Selena... Namun Selena masih tidak menghubunginya. Berkali-kali nombor kekasihnya didail, pesanan juga sudah dihantar berkali-kali ke handphone Selena, namun tiada balasan... Malah Selena langsung tidak membacanya...
"Mana sayang ni?" Khai mengeluh sendirian.
"Apa masalah ni?" Rasa nak dihentak je telefon bimbitnya ke lantai... Bila difikir, bodoh pulak rasanya... Iphone 12 tu...
Sekali lagi nombor Selena didail... namun tiada sahutan... Pesanan juga dihantar, masih tiada balasan...
"Sayang..." Wajahnya diraup berkali-kali.
'Takkan aku nak pergi rumah dia pulak! Aduh... Mana sayang ni?' Khai bermonolog sendiri... Satu nombor didail... Tengku Isyraq Irsyad...
"Assalammualaikum...!"
"Waalaikumussalam. Hah, nak apa call aku pepagi ni?"
"Pagi? Hello Tengku Isyraq Irsyad... Dah kul 11.30 kot! Pagi apanya...?"
"Eh, ya ke? Hihihi, sorrylah Khai... Cuti hujung minggu, kan? Time nilah aku nak tidur puas-puas! Hah, apa hal kau call ni?"
"Kot ya pun, takkan sampai tengahari?"
"Ah, kau ni... Takyah nak bebel kat aku... Kau nak apa?"
"Aku nak tanya kau, Rena ada call kau ke atau kau ada call Rena?"
"Takde pulak...! Tapi, kami dah janji nak berjumpa dalam pukul 2 nanti! Kenapa Khai? Ada apa-apa yang berlaku ke?"
"Aku tak dapat hubungi Lena.. Risaulah...! Dah seminggu dia tak datang kerja. Aku dah call, wassup, sms, tapi masih tiada balasan. Tu yang aku call, kot-kot kau tahu pasal Lena...!"
"Seriusly? Girlfriend kau kot! Ada apa-apa yang berlaku ke?"
"HR cuba infrom yang Selena admitted."
"La ya ke? Tapi, pasal apa? Selena ada sakit ke?"
"Tu yang aku tak tahu, tu! Lagipun, takkan Serena tak cakap apa-apa ngan kau, Ad?"
"Takde pulak...! Khai, ada apa-apa yang serius ke berlaku, Ad?" Keluhan Khai lepaskan...
"Aku nak cakap pun, serba salah..."
"Kenapa Khai? Apa yang berlaku sebenarnya?"
"Aku rasa dia terkejut agaknya..."
"Maksud kau?"
"Baru-baru ni, kitaorang kena attack!"
"Kitaorang? Atau kau yang kena attack? Siapa attack kau?"
"Aku tak tahu. Kebetulan aku ngan Selena baru keluar dari mall... Kami nak ke parking lot, lepas lunch kat sana. Alih-alih ada Range Rover putih block aku!"
"Then...?"
"Aku bunyikan hon banyak kali, tapi... dorang tak berganjak pun!"
"Kau rasa, kau kenal ke dorang atau ada apa-apa yang boleh buat kau tahu pasal dorang?"
"Err, aku tak pasti... Tapi, aku ingat lelaki yang keluar dari kereta Range Rover putih tu, bertattoo."
"Lelaki bertattoo?" Senyap seketika.
"Wait! Lelaki bertattoo?! Khai, kau fikir tak apa yang aku fikirkan?" Ad terjerit sedikit.
"Woi! Kau ni! Takyahlah terjerit macam ni! Perit doh telinga aku! Mana aku tau apa yang kau fikirkan!"
"Ish, kau ni! Lelaki bertattoo..."
"Emm, ok... Kenapa, lelaki bertattoo?"
"Kau ni Khai... Geng La Fieralah!"
"Jimmy!" Serentak mereka menyebut nama Jimmy.
"Biar betul!"
"Tapi, kau ada perasan apa-apa tak pada tattoo dorang?"
"Yelah! Aku perasan, tattoo kat lengan dorang tu, ada ukiran bunga rose merah... Confirmlah geng Jimmy. Tapi, aku musykillah Ad?"
"Kenapa?"
"Apa kena-mengena dengan aku, lak?"
"Kau pasti ke takde kena-mengena dengan kau, Khai?"
"Habis tu, kau nak cakap yang aku punca dorang kacau aku ngan Selena?"
"Itu aku tak pasti! Tapi, tak mustahilkan?"
"Ad, kau kenalkan aku macamana? Aku takkan cari pasal dengan orang Ad, kalau orang tak kacau aku!"
"Susah sangat, kau bagit hu Daddy kau! Tahulah Daddy kau nak buat apa!"
"Giler kau! Nak suruh Daddy aku mengamuk ke? Aku jumpa si Jimmy tu pun tak pernah... Daddy aku je yang selalu berhubung dengan dorang."
"Kau biar betul, Khai? Habis tu, dorang ada cederakan kau atau Selena?"
"Tak! Aku terus inform kat anak-anak buah aku.. Belum sempat dia nak buat apa-apa, Norman and the gang dah sampai... Tapi, mungkin juga Selena terkejut dengar bunyi tembakan."
"Kau tembak depan Lena, ke?"
"Giler kau...! Selena tak tahu apa-apapun pasal kerja-kerja belakang tabir akulah! Aku seboleh-bolehnya nak sorokkan dari Selena. Kau tahukan, macamana sayangnya aku kat Selena. Lagipun, kalau aku keluar dengan Selena, aku takkan bawak senjata... Tu sebab, aku arahkan Norman and the gang sentiasa ikut rapat... Just incase!"
"Pelik juga tu! Habis tu, kau nak buat apa sekarang? Daddy kau tahu tak pasal hal ni?"
"Ah, malaslah aku nak inform dia... Kau tahu jelah Daddy aku giler macamana? Silap haribulan, habis dia kerahkan semua anak-anak buah dia cari si Jimmy... Jadi satu hal pulak! Ah, biarkan jelah...!"
"Tapi, sampai bila Khai?"
"Entahlah Ad... Aku pun tak tahu... Tapi, hak ni, biarlah aku ngan Selena je yang tahu... Termasuk kau!"
"Aku dah lama nak keluar dari kumpulan... Aku tak sanggup nak gadaikan masa depan aku kerana Daddy lagi... Tapi, Daddy awal-awal lagi dah ugut aku... Kau sendiri kenal kan Daddy aku macamana?"
Keluhan berat dilepaskan.
"Kau sendiri macamana, Ad? Kau masih setia dengan kumpulan?"
"Entahlah Khai... Aku malas nak fikir pasal kumpulan... Aku dah anggap diri aku dah keluar dari kumpulan... Aku nak bebas, Khai... Aku nak ikut jalan aku sendiri, walaupun aku masih bekerja dengan kau, syarikat Daddy kau, tak bermaksud aku akan setia dengan kumpulan... Cukuplah selama ini, hidup aku terseksa, Khai..."
"Betul tu , Ad... Aku sendiripun macam kau, nak hidup bebas... Aku nak kahwin dengan Selena, wanita pilihan aku sendiri, yang aku cinta... Aku tak suka hidup aku diaturkan... Cukuplah sekali dengan perempuan giler yang dah musnahkan hidup aku dan Daddy..."
"Maksud kau, Qistina?"
"Tak payahlah kau sebut nama betina giler tu! Aku dah lama bencikan dia... By the way, aku ada terserempak dengan aku dan Lena baru-baru ni... Dia sound aku macam-macam! Nasiblah Selena bukan macam dia! Letih jugak nak terangkan pada Selena."
"Berani dia? Giler ke apa? Eh, kau jumpa dia kat mana?"
"Aku pun terkejut sebenarnya, Ad! Aku bawak Selena lunch kat hotel sebelum kami kena attack kat parking mall."
"Hah! Hotel? Dia buat apa kat hotel kau?"
"Manalah aku tahu, Ad. Terkejut jugak aku tengok dia kat hotel. Entah apalah yang dia buat kat hotel aku... Ah, lantaklah Ad! Lupakan saja pasal betina tu...! Sekarang, kita fokus pada Selena."
"Haish... susah jugak macam ni. Eh, asal kau tak pergi je rumah Selena... Kot-kot, dia ada kat rumah... Yelah, tadi kau kata, dia mungkin terkejut."
"Aku takut pulak nak ke sana. Eh, tadi kan kau kata nak keluar dengan Serena, kan?"
"Ya, tapi kenapa?"
"Cuba kau tanya Serena... Kau call Serena, tanya dia mana Selena..."
"Ish, kau ni, Khai..."
"Ad, tolonglah aku...! Aku puas dah call Lena, wassup, mesej dia... Tapi, takde reply... Tolonglah aku Ad... Kau aje kawan yang aku ada! Kau tak kesiankan aku ke? Dah seminggu aku tak jumpa Selena... Rindu sangat aku dengan Selena!"
"Banyaklah kau punya kawan! Time kau happy sikitpun kau tak herankan aku kan!"
"Eleh! Kau pun lebih kurang, kan? Dah melekat dengan Serena, langsung tak kisahkan aku..."
"Yelah! Yelah! Aku cuba call Rena..."
"Sekarang ya Ad! Nanti, makesure kau call aku semula...!"
"Ok! Ok!"
"Thanks Ad! Kaulah kawan aku dunia akhirat."
"Sudahlah kau! Menyampahlak aku dengar." Khai gelakkan Ad.
"Ad... Tolong ya!"
"Yelah! Aku call sekarang!" Talian ditamatkan... Ad terus mendail nombor Serena...
"Hello, baby?"
"Hai dear! Lucky, you call. Baby baru nak call dear."
"Kenapa pulak? Ada apa-apa yang Ad tak tahu ke?"
"Baby baru nak inform... Hari ni, kita tak boleh jumpalah..."
"Eh, kenapa? Baby, kenapa ni? Ad nak jumpa babylah... Dah berapa hari kita tak jumpa, kan? I really miss you... I miss you so much. Baby tak rindu Ad ke?"
"I miss you, too, dear. Tapi, Baby tak boleh keluar..." Belum habis Serena memberi penjelasan, Ad dah potong...
"Eh, kenapa? Apa yang berlaku? Baby ok ke?"
"Dear... Dengar dulu apa Baby nak cakap."
"Ok... Ok! Sorry... Baby sambung..."
"Actually, Baby jaga Selena..."
"Selena...? Kenapa dengan Selena?" Ad cuba nak mengorek rahsia...
"She's having a high fever! Dah beberapa hari kena tahan di hospital... Petang semalam, baru discharge... She's still weak!"
"Oo... Kenapa Ad tak tahu?"
"Sorry, dear... Ad kan oustation... Masa kat hospital, Mama yang jaga dengan Papa..."
"So...?"
"So?"
"Is she ok? Doktor cakap apa?"
"Takde apa... Dia mungkin mengalami kejutan."
'Mungkin betul apa yang Khai cakap.' Desis hati Ad.
"Err... Baby... Selena terkejut pasal apa?"
"Baru-baru ni, dia ada beritahu yang dia dengan Khai kena halang dengan lelaki bertattoo... Lelaki tu guna pistol."
"Pistol? Tahu ke siapa yang buat kacau tu?"
"Kata Selena, dia dengan Khai memang tak kenal lelaki tu..."
"Then, tak buat police report ke?"
"Papa kata, tak perlu... Cuma, Papa nak tunggu Selena betul-betul sihat... Nak suruh Selena bwak Khai sini..." Terang Serena...
"Baby nak Ad datang sana dengan Khai ke?"
"Boleh ke?"
"Nanti Ad cuba tanyakan Khai... Actually, Khai yang suruh Ad call Baby... Dia call, Selena dah seminggu tak kerja... Tak jawab call Khai, mesej, wassup semua Selena tak jawab! Banyak kali... tapi Selena tak reply..."
"I'm sorry on behalf of Selena. Dia memang tak larat sangat.. Tu sebab dia jawab call Khai... Sekarang, macamana?"
"Baby rasa?"
"Emm, macam ni...Baby try tanya Papa dulu... If Papa say yes, I'll inform you later, kay?"
"Ok.
"Ok... I'll inform you. Bye dear!"
"Bye Baby!" Talian ditamatkan... Sementara menanti panggilan dari Serena, Ad mengambil peluang membersihkan diri... Hampir setengah jam... Ad keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Rambutnya yang basah dibiarkan begitu sahaja... Kaki baru nak melangkah ke wardrobe, terdengar deringan dari telefon bimbitnya...
"Hello Baby."
"Hai dear...! Guess what?"
"What?"
"Papa Mama ajak dear and Khai dinner tonight!"
"Tonight?"
"Yes...! Kenapa? Ad tak nak jumpa bakal mertua ke?" Serena sengaja menguji Ad.
"Bakal mertua? Serius ni, baby?"
"Ya... Kenapa? Dear tak berani ke?"
"Hey! You are talking to the wrong person, baby! Ini Adlah... Ok, Ad setuju... Let me inform Khai first... and I'll let you know later, ok?"
"Ok... baby tunggu... Cepat sikit ya... Sebab baby nak inform Papa Mama... Bye dear."
"Ok, bye baby." Talian ditamatkan... Ad termanggu sendirian...
'Nak jumpa bakal mertua, biar betik? Apa aku nak bagitahu bakal mertua aku pasal parents aku? Haish, nantilah aku fikirkan... Khai! Aku nak inform Khai!'
Nombor Khai dicari...
"Hah, Ad, macamana? Dapat tak cakap ngan Serena? Macamana Selena?"
"Woi! Woi! Apa ni? Rilekslah! Kot ya pun, bagilah aku jawab satu persatu! Macam machine gun!"
"Sorry Ad... aku betul-betul risau...! Girlfriend aku tu."
"Yelah... Ok macam ni... Aku dah cakap dengan Serena... Betullah apa yang kau cakap... Selena terkejut..."
"Betul ke, Ad? Habis tu sekarang macamana?"
"She's having a high fever plus tidur pun selalu meracau... Serena kata, Selena memang betul-betul tak sihat...Baru discharge dari hospital. Ini pun, baru tidur lepas bagi ubat... Badan dia memang lemah sangat, Selena memang tak larat. Sampai bangun pun dipapah..."
"Allahuakhbar... Kesiannya Selena... Macamana ni Ad? Apakata, kau ikut aku, Ad..."
"Pergi mana?"
"Kita pergi melawat Selena... Aku bimbanglah... Kot-kot kalau aku boleh bawak dia ke hospital."
"Kebetulan..."
"Kebetulan? Maksud kau?"
"Parents Selena, Serena jemput kita dinner kat rumah dorang, malam ni!"
"Malam ni? Dinner?" Khai dah tertelan air liur. Terdiam seketika keduanya.
"Khai!" Tiada sahutan...
"Tengku Khairul Khaseef!" Terhinjut tubuh Khai akibat pekikan yang didengarinya di corong telefon.
"Woi! Sakit telinga akulah!"
"Kau berangankan apa, Khai...? Aku dok terpekik-pekik, tapi kau buat tak tahu, je!"
"Takde apa... Aku ok je..."
"Sure ke ok?"
"Ya, I'm ok! Don't worry!"
"So, macamana...? Jadi tak malam ni? Aku nak inform Serena..."
"In shaa Allah... Aku ok..."
"Ok. Malam ni kita on... Nanti aku jemput kau kat kondo, ya?"
"Emm, ok! Tapi, aku bukan kat kondo... Kau ambik aku kat rumah parents akulah!"
"Ok, nanti apa-apa aku inform kau!"
"Thanks Ad... Kau banyak tolong aku."
"No problem... Kitakan kawan... Ok, see you tonight!"
Maaf atas kelewatan... Selena dan Khai diganggu lelaki bertattoo... Apa yang akan berlaku? Jadikah Khai dan Ad dinner di rumah kekasih mereka...? Apa yang akan berlaku seterusnya...? Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel