"Hubby... Hubby buat sayang takut...! Apa yang hubby rahsiakan ni?"
"Sayang, sebenarnya..."
"Sebenarnya apa?"
Keluhan Am lepaskan... Jari jemari Nia ditarik... Dibawa ke bibir dan diciumnya...
"Hubby?"
"Sayang, listen carefully... Am tak nak sayang buat keputusan terburu-buru selepas mendengar semua ini... Am terlalu sayangkan sayang, cintakan sayang... Am tak mampu nak tipu diri Am sendiri..."
"Hubby, hubby buat sayang takut?"
"Sayang, hubby tak pernah beritahu sayang yang hubby duda anak satu kan?" Nia menggelengkan kepalanya...
"Sebenarnya, hubby pernah berkahwin dulu dengan pilihan ayahanda bonda..."
"Be...Betul ke hubby?"
"Ya, sayang... Tapi, perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh hubby dan isteri hubby ketika itu..."
"Kalau tak setuju kenapa diteruskan...?"
"Sayang, please... Bagi hubby explain... Ya, memang pada mulanya kami tak setuju..."
"Then...?"
"Kami berdua buat perjanjian..."
"Perjanjian...? Perjanjian dalam perkahwinan? Kontrak perkahwinna? Apa maksud hubby?"
"Sayang, listen... Dalam kontrak tersebut, tertulis... perkahwinan kami hanya akan bertahan selama 6 bulan... bergantung pada keadaan..."
"Ikut keadaan...? Kenapa perlu begitu? Hahaha? Macam cuaca pulak." Melihat riak wajah serius Am, Nia serta-merta menghentikan tawanya...
"Ikutkan kami hanya mahukan perkahwinan yang sekejap... dalam 2 - 3 bulan, sebelum kami berpisah, tetapi, kedua keluarga mahukan cucu dari kami... Nak tak nak, kami menetapkan, selepas kelahiran anak, kami akan berpisah..."
"Tapi kenapa macam tu...?"
"Sebab kami berdua punya pilihan hati sendiri... Demi nak menjaga maruah diri dan keluarga, kami korbankan perasaan sendiri..."
"Maksud hubby?" Am melemparkan senyumannya seraya menggenggam tangan Nia...
"Dari awal perkenalan kita dulu, hubby dah mula jatuh cinta pada sayang... Arwah Riezman tahu mengenainya..."
"Hubby..." Air mata Nia sudah bergenang di tubir mata...
"Ya, sayang... Kita dah kenal awal lebih 3 tahun, kan... Hubby ingat, Riezman juga simpan hati pada sayang... Tapi, rupanya Riezman sudah punya isteri..."
"Ya, Riez dah berkahwin... Riezman berkahwin dengan cousin sayang, Shazila... Cousin sebelah babah..."
"No wonder, dia kenal sayang..."
"Hubby, apa berlaku pada isteri hubby...?"
"Selepas 3 bulan perkahwinan, Rosalinda disahkan hamil... Dan berita kehamilannya dihebahkan... Kedua-dua pihak keluarga cukup gembiran dan amat berharap agar bayi yang dikandung Rosalinda adalah bayi lelaki... yang bakal menjadi pewaris terbesar dalam legasi..."
"Sepanjang kehamilan, Am tak pernah menemani Rosalinda buat check-up, pemeriksaan and what so ever..."
"Kenapa?"
"Termaktub dalam perjanjian..."
"Akhirnya, tiba masa untuk melahirkan, Am menemaninya seperti yang dikehendaki oleh keluarga kedua belah pihak... Alhamdulillah, Rosalinda telah melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sifatnya..."
"Alhamdulillah..." Am tersenyum saat Nia mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya dengan arwah isterinya...
"Hubby, apa yang berlaku selepas itu?"
"Rosalinda meninggal dunia sehari selepas melahirkan anak kami..."
"Allahuakhbar..."
"Apa yang mengejutkan kami, Rosalinda rupanya menyembunyikan penyakitnya selama ini dari pengetahuan kami termasuk ibu bapanya..."
"Arwah sakit apa, hubby?"
"Kanser rahim..."
"Allah...! Sayang minta maaf, hubby."
"It's ok, sayang... Cuma apa yang hubby nak terangkan ini... Hubby punya seoang anak lelaki yang diberi nama Tengku Isyraq Irsyad..."
"Tengku Isyraq Irsyad bin Tengku Idham Ibraheem." Sekali lagi, Am melemparkan senyumannya pada Nia...
"Jadi, sekarang ni... apa yang hubby nak buat?"
"Hubby hanya nak beritahu sayang mengenai Irsyad... Sekarang ni, Ad masih dijaga oelh keluarga arwah... Hanya sesekali hubby akan pulang melawat dan menjaganya... dan selepas tamat pelajarannya, Ad akan menentap terus dengan hubby."
"Jadi...?"
"Jadi, sayang tak kisah ke...?"
"Hubby, itukan anak hubby... Anak hubby, anak sayang juga... Sayang tak kisah... Sayang janji sayang akan jaga dan sayang Ad macam anak sayang sendiri, ya?"
"Betul ke sayang?"
"In shaa Allah hubby... Itu janji sayang."
"Thank you so much sayang. I love you so much."
"I love you too, hubby." Mereka berpelukan... Sesekali ubub-ubun Nia dicium Am...
"Oh hubby. Hubby ada beritahu tadi yang arwah Rosalinda ada kekasih... Hubby kenal ke?" Kali ini, Am benar-benar terkesima... Air liur ditelan kelat...
"Hubby...?"
"Kamarul..."
"Hah, Kamarul apa?"
"Kekasih Rosalinda, Tengku Kamarul Khalif..."
"Hubby!" Nia benar-benar terkejut...
"Ya, hubby juga turut terkejut...! Dan dari situ, hubby tahu kenapa Kamarul cuba memisahkan kita..."
"Maksudnya Kamarul hanya mahu membalas dendam... Be...betulkan hubby?"
"Ya, sayang... Itulah yang hubby fikirkan..."
"Allahuakhbar... Apa lagi Kamarul ni? Apa lagi yang dia tidak puas hati dengan kita, hubby?"
"Revenge..."
"Revenge...? Sebab kematian Rosalinda?"
"Might be..."
"Tapikan, hubby dan arwah dipaksa berkahwin... Dan kematian arwah bukan berpunca dari hubby."
"Itu kata kita, sayang... Kamarul kuat mengatakan hubby punca kematiannya... Sedangkan ketika itu, mereka sedang dilamun cinta sebelum hubby dan arwah dipaksa berkahwin..."
"Huh... Apa saja si Kamarul ni? Nampak sangat dia tak dapat menerima takdir yang tertulis... Dan sebab itu, Kamarul beria-ia hendak memisahkan kita...! Tapi..."
"Tapi... apa, sayang?"
"Tapi... Macamana pulak dengan arwah Riezman...? Kenapa Riezman dibunuh...? Apa salah Riezman?"
"Yang ini, berat hubby nak terangkan..." Keluhan Am lepaskan...
"Hubby... Kenapa?"
"Riezman tahu akan rahsia Kamarul dan segala kegiatannya... Sebelum kematiannya, Riezman sudah beberapa kali menerima ugutan untuk meninggalkan organisasi..."
"Sebab...?"
"Sebab, rahsia Kamarul berada di tangan Riezman..."
"Hubby, apa rahsia Kamarul yang Riezman tahu...?"
"Sayang, rahsia ini rahsia kita ya...?" Nia terpaksa menganggukkan kepalanya tanda setuju untuk menyembunyikan rahsia ini...
"Hubby... Kenapa serious sangat?"
"Sayang, sebelum Hubby berkahwin dengan Rosalinda, Kamarul terlebih dahulu memiliki Rosalinda..."
"Ya, hubby ada cakap mengenai tadi... So?" Keluhan dilepaskan...
"Hubby?"
"Hubungan terlarang mereka telah berlanjutan selama 2 tahun, sebelum perkahwinan kami... dan..."
"Dan? Hubby?"
"Rosalinda telahpun melahirkan seorang zuriat mereka..."
"Hah?"
"Ya, abang sendiri terkejut setelah mengetahuinya..."
"Mana anak itu sekarang?"
"Tengku Kamarul tidak mengakui anak yang dikandung Rosalinda ialah dari benihnya... Dan sebenarnya, tujuan dia bersama Rosalinda juga adalah kerana harta..."
"Hubby...? Anak mereka?"
"Selepas Kamarul menafikan anak itu, Rosalinda berpindah ke London, dengan alasan untuk menyambung pelajaran, hakikat sebenarnya, dia melahirkan anak mereka di sana tanpa pengetahuan sesiapa..."
"Tapi, di mana anak itu sekarang?"
"Ada... Cuma, hubby tak pasti di mana."
"Wait! Macamana Riezman tahu akan hal ini...?"
"Anak itu kini dipelihara Riezman..."
"Maksud, hubby?"
"Ya, anak itu kini dalam jagaan keluarga arwah Riezman... Dan kini ada bersama-sama keluarga Riezman selepas kematian arwah..."
"Hubby...!"
"Ya...?"
"Hubby, are you try to say that salah seorang dari anak Riezman adalah anak arwah Rosalinda?" Am tersenyum seraya itu menganggukkan kepalanya...
"Allahuakhbar...! Macamana sayang boleh tak perasan... Anak Riezman, ya, anak Riezman...!"
Satu demi satu rahsia terbongkar... Apakah masih ada rahsia yang belum terungkai...Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel