BAB 31 - CD - RANCANGAN

Romance Completed 23254

"Tengku, barang kita ditahan pihak kastam, di pelabuhan!"

"Apa? Macamana boleh berlaku?"

"Kami tak pasti, Tengku...! Kami terima panggilan dari seseorang mengatakan barangan kita ada di pelabuhan... Tapi, bila saya ke sana, pihak polis dan pihak kastam sudah pun merampas barang-barang kita..."

"Cis! Sialan! Kerja siapa ni? Ish! Mana Jason?"

"Jason sedang berunding dengan pihak pembekal, Tengku!"

"Panggil dia sekarang!"

"Baik, Tengku!"

Tak sampai 3 minit, Jason mula menampakkan batang hidungnya...

"Tengku?"

"Jason... Macamana barang kita boleh kena tahan...? Macamana dorang buat kerja?"

"Sorry, Tengku... Saya baru tahu pasal ni... Saya akan double check dengan pihak kastam...!"

"Kitakan dah bayar kastam, apa masalah lagi? Ke, ada tali barut?"

"Tengku, saya rasa, tentu ada masalah dengan barangan tu... Kalau tidak takkan kena tahan? Selama ini, takde masalah pun...?"

"Itu yang aku musykil, Jason...! Berapa banyak kita dah bayar kat dorang, takkan kena tahan lagi...!"

"Emm..."

"Jason... Kau panggil budak-budak kau! Kita masuk gudang!"

"Sekarang ke, Tengku?"

"Sekarang!"

"Baik, Tengku!" Jason terus bergerak mencari anak-anak buahnya... Telefon bimbit dikeluarkan... Arahan diberikan pada anak-anak buahnya agar berkumpul di gudang...

Tengku Kamarul semakin gelisah... Hampir setiap hari, ada saja masalah yang timbul... Baik di gudang, pelabuhan atau di pejabat... Kalau tidak disebabkan Tengku Rizqy, tentu hal ini takkan berlaku...

"Aku perlu buat sesuatu! Aku takkan benarkan budak mentah tu mengganggu kerja-kerja aku...! Bapak kau aku boleh usik, takkan kau , aku tak boleh nak usik... Just wait and see, Tengku Rizqy Riezman..." Getus hati Tengku Kamarul sambil tersenyum sinis...

"Tengku, everything is ready... Dorang dah sedia di gudang..."

"Come... Please make sure, takde orang tahu pasal gudang tu...!"

"Sure, Tengku...!"

Seminggu kemudian, Tengku Rizqy telah dijemput Puan Shahania ke kediamannya... Tengku Rizqy yang hadir bersama Hakimi, sama sekali tidak menjangkakan, perjalanan mereka ke kediaman Puan Shahania, diganggu...

2 buah kereta, Range Rover berwarna hitam, menghalang perjalanan mereka di lot parking di basement... Kelihatan 2 orang lelaki berbadan besar dan tegap berjalan menghala ke arah mereka...

Tok! Tok! Bunyi ketukan di tingkap keretanya... Lelaki tadi mengarahkan tingkap kereta diturunkan... Tetapi, Tengku Rizqy dan Hakimi enggan melakukannya... Riz teringat kata-kata Ad dan Khai yang memintanya berhati-hati walau di mana dia berada...

Ketukan demi ketukan... Riz dan Kimi masih enggan mendengar arahan mereka... Riz sempat menelefon Ad, meminta pertolongan... Kebetulan, Ad memberitahunya, dia berada tidak jauh dari Organisasi...

"Ad, tolong aku, Ad...!"

"Riz, kenapa ni?"

"Aku kat basement, parking... Kereta aku kena block... Dorang tahan kereta aku... Tolong aku, Ad...!"

"Kau dengan sapa, Riz?"

"Kimi dengan aku..."

"Ok, kau tunggu... 5 minit, aku sampai...!"

"Cepat, Ad...!"

"Tunggu je... Aku otw... Jangan bukak pintu kereta atau tingkap...!"

"Ok, Ad!"

Sementara menanti Ad, beberapa orang lelaki berjalan menuju ke kereta Riz... Mereka memaksa Riz keluar dari kereta... Keengganan Riz menyebabkan kereta mahalnya, Audi R8 dipukul dengan kayu baseball...

Buk! Buk! Buk!

Bertubi-tubi ketukan di kereta Audi R8 Riz... Riz dan Kimi masih enggan keluar... Walau kemek pun kereta kesayangannya, keselamatan Riz lebih penting saat ini...

"Mana Ad, ni..? Cepatlah Ad...! Habis kereta aku...! Ad... Cepatlah!" Omel Tengku Rizqy...

"Dalam keadaan macam ni, kau masih sibukkan kereta kau... Kita ni macamana?"

"Ish, kau ni! Aku tahulah...! Kereta aku, kan...! Inilah satu-satunya kereta kesayangan yang aku ada..."

"Banyaklah kau punya kereta kesayangan... Yang lagi bijik kat rumah agam tu, siapa punya? Mcamalah aku tak tahu..."

"Hihihi... Ala, itu memanglah kereta aku... Tapi, ini kerea kegemaran dan kesayangan aku! Habislah Audi aku...!"

Habis je, Riz mengomel, Ad tiba dengan anak-anak buahnya...

Buk! Tanpa mereka sedari, kepala mereka dihentak dengan menggunakan kayu baseball milik mereka sendiri... Lelaki berbadan besar yang seramai 4 orang tadi, pengsan...

"Riz...?" Melihat Ad di luar kereta... Riz terus membuka pintu... Dipeluknya sahabat baiknya itu...

"Ad, thank you, Ad... Thank you..."

"Ya, ya... Sudahlah tu... ! Rimas akulah...!" Ad meleraikan pelukan Tengku Riz...

"Tengku, terima kasih kerana menyelamatkan kami..." Hakimi menghulurkan tangan, tanda terima kasihnya pada Ad...

"Tak perlu bertengku-tengku dengan saya, Kimi... Panggil saya Ad... Lebih mesra..."

"Baik, Ad... terima kasih sekali lagi..."

"Don't mention..."

"Kau nak ke mana sebenarnya ni, Riz...?"

"Kau tak tahu ke, Mama Nia panggil kita semua ke sana...?"

"Allah... Riz, thanks ingatkan aku... Aku lupalah! Nasib kau ingatkan... Kalau tak, bising mama nanti..."

"Kalau macam tu, jom kita gerak sekali..."

"Nanti, aku follow kau dari belakang..."

"Ok, Ad..."

"Tengku, macamana dengan mereka ni...? Nak bawak ke markas ke?" Soal Remy, salah seorang dari anak buahnya...

"No! Ikat mangkuk ni semua... Pastikan mulut dan mata mereka ditutup... Bawak dorang ke rumah Mama Nia... Korang follow aku dari belakang... Aku tahu apa nak buat dengan dorang semua...!" Tersenyum sinis Ad memandang 6 lelaki yang tumbang akibat hentakan di kepala...

"Baik, Tengku...!"

"Riz, come!" Tengku Rizqy menganggukkan kepalanya... Keretan Audi R8 yang kemek sana-sini, dipandu di belakang kereta Lamborghini berwarna kuning, milik Tengku Ad...
Sementara, kereta Range Rover milik penyangak tadi, turut dipandu anak buah Ad dan dibawa ke lokasi yang sama.

Lebih kurang 20 minit, perjalanan, mereka tiba di perkarangan rumah Mama Nia... Ad terus turun dari kenderaannya dan memerintahkan anak-anak buahnya menjaga penyangak-penyangak tadi...

Kedatangan Tengku Rizqy dan Kimi disambut Mama Nia dan Papa Simon...

"What's going on, here?" Soal Papa Simon melihat sebuah kereta Range Rover yang penuh dengan manusia di dalamnya...

"Penyangak ni ganggu Riz dan Kimi... Dorang berdua ni nak ke sini... Mama jemput, kan?" Terang Ad.

"Hah! Betul ke, Riz...?"

"Ya, mama... Dari parking lot kat basement tadi dorang blok Riz... Suruh Riz ngan Kimi keluar dari kereta... Riz taknak... Di pukul kereta kesayangan Riz dengan kayu baseball... Mama tengoklah...! Habis kereta Riz...!" Adu Tengku Riz sambil mengusap kereta kesayangannya...

Mama Nia menggelengkan kepalanya melihat telatah Riz yang agak manja...

"Takpe, Riz... Kereta boleh dibeli.. Boleh dibetulkan semula... Nyawa? Boleh repair ke?" Soal Khai... Cepat-cepat Riz memusingkan tubuhnya mengadap empunya suara...

"Khai..." Kelihatan Khai bersama Selena disebelahnya...

'She's beautiful...' Getus hati Riz... Sedikit perasaan cemburu timbul di benak Riz... Cepat-cepat Riz beristighfar...

'Jangan Riz... Selena bakal berkahwin dengan Khai... Jangan jadi penghalang! Jangan ganggu hubungan orang' Riz bermonolog sendirian...

"Remy, keluarkan penyangak-penyangak tu...!"

"Baik, Tengku!" Penyangak-penyangak tadi dikeluarkan dari Range Rover, lalu dicampak ke ruang di belakang rumah itu... Mereka diikat di kerusi...

Mama Nia, Papa Simon, Selena, Khai, Tengku Riz dan Kimi mengikut Ad ke tempat penyangak tadi diikat...

"Remy, pastikan semua ni dirakam... Kita akan serahkan pada pihak berkuasa, nanti...!"

"Baik, Tengku, saya faham...! Semua dah siap, Tengku!"

"Good job, Remy!"

"Ok... Sekarang ni, beritahu aku... Apa yang korang nak dengan lelaki ni?" Seraya itu menuding jarinya ke arah Tengku Rizqy... Tiada siapa yang berani bersuara... Ad menarik sebuah kerusi, lalu menghenyakkan punggungnya di kerusi itu... Kaki disilangkan...

"Hei... aku tanya ni? Aku nak tahu, apa yang korang nak dengan Tengku Rizqy ni?"

"Hah? Tengku?" Salah seorang dari mereka agak terkejut mendengar kata-kata Ad...

"Ya, Tengku...! Ini Tengku Rizqy bin Tengku Riezman... Pemegang saham terbesar dalam Organisasi! Takkan korang tak tahu!"

"Maaf, Tengku Ad! Kami tak tahu!"

"Oh, korang kenal aku?"

"Kami kenal... Tengku anak Tengku Idham Ibraheem, salah seorang pemegang saham terbesar di Organisasi..."

"Pandai pun... Tapi, lelaki yang korang kacau ni, lagi besar pangkat dan kedudukan dia... Apa yang korang cuba buat ni?" Tengking Ad...

"Maafkan kami, Tengku... Kami betul-betul tak tahu... Kami hanya mengikut arahan..."

"Arahan? Arahan apa? Dari siapa?" Mereka berpandangan sesama sendiri... Nak cakap ke tidak... Tak cakap, takut kena belasah... Kalau bocorkan rahsia, nanti kena bunuh dengan bos mereka...

"Baik korang cakap! Siapa yang upah korang...? Apa tujuan korang kacau Tengku Rizqy... Cakap cepat!" Ad masih cuba menahan sabarnya... Mereka masih berdiam diri...

Buk! Satu tumbukan mengenai muka seorang dari mereka...

"Korang masih tak nak cakap, kan...? Apa yang korang dapat berahsia macam ni? Korang nak selamatkan bos korang... Tapi, bos korang, senang-lenang duduk kat sofa kulit... Korang nak meringkuk dalam lokap ke? Hah?"

Buk! Terlentang salah seorang dari penyangak tadi... Terkejut juga mereka, bila terlihat Serena dengan gaya bersahajanya menendang dada salah seorang lelaki tadi...

"Baby?"

"Serena?'

"Kak Rena?"

"Serena... Kenapa ni? Masuk tak bagi salam,, terus belasah orang... Kenapa ni, Rena?" Soal mama... Tergamam Riz dan Kimi melihat gadis di depan mereka yang agak ganas...

"Riz, seram aku tengok dorang semua ni... Ganas doh!" Bisik Kimi di telinga...

"Serena je... Selena tak macam tu! Dia sopan, ayu je... Lemah lembut sangat..." Bisik Riz semula...

"Ceh! Tahulah kau suka dia... Jangan buat hal, Riz... Khai punya tu... Dah nak kahwin dah...!" Balas Kimi...

"Aku tahulah... Tapi, aku suka je tengok dia... Sejuk je hati aku, tau..."

"Dahlah tu... Kang dorang dengar nanti... Timbul masalah lain, pula!"

"Yelah...!"

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Hah, boleh pun...!"

"Hah, kenapa marah-marah ni? Balik-balik terus belasah orang... Serena kan perempuan melayu terakhir?" Usik mama...

"Baby...?" Ad mengusap tangan Serena...

"Ya, Rena... Kenapa ni? Apa yang terjadi?"

"Nilah jantan yang tahan Rena dan warning Rena suruh jauhkan diri dari Ad!"

"Hah! Betul ke, Rena?"

"Rena tak main-main, kan?"

"Mana mungkin Rena boleh lupa muka lelaki celaka yang hampir menampar wajah Rena...!" Rena bergerak ke arah lelaki yang sudah terlentang tadi...

"Bangunkan dia, Remy!" Remy menganggukkan kepalanya... Remy dan dua orang lagi mengangkat tubuh lelaki yang terlentang tadi...

"So... Rasanya kau masih ingat lagikan wajah aku ni, kan?" Wajah lelaki tadi diusik dengan hujung kukunya. Namun tiada sahutan. Masing-masing masih menanti...

Buk! Satu tumbukan hinggap di pipi lelaki tadi...

"Baby?"

"Remember I told you before... Rena hampir kena tangkap dengan lelaki berbadan besar... Dorang paksa Rena tinggalkan Ad... Remember...?"

"Ya, Ad ingat... Kenapa?"

"Inilah lelakinya... Lelaki inilah yang cuba nak belasah Rena... Dia ugut Rena... Dia cakap, kalau Rena tak tinggalkan Ad, Tengku K akan buat Rena sekeluarga ditimpa bala..." Semakin kendur suara Serena...

"Tengku K? Siapa Tengku K?" Tanya Riz..

"Tengku Kamarul..." Jawab Ad...

"Wait! Aku macam perasan sesuatu...!" Khai tiba-tiba menarik tangan Selena ke depan, mengadap lelaki tadi...

"Sayang, sayang ingat wajah lelaki ni...?" Seraya itu Khai mengalihkan wajah lelaki tadi mengadap Selena...

"B... Ini bukan ke lelaki di parking?"

"Ya, sayang... Sayang ingat?" Selena menganggukkan kepalanya... Mengingatkan kembali ketika mereka dihalang oleh kenderaan yang dinaiki lelaki berbadan besar... Dengan bunyi tembakan yang cukup mengejutkan Selena, sehingga menyebabkan Selena mengalami demam panas selama beberapa hari...

Tiba-tiba Selena terus mengoyakkan lengan baju lelaki tadi... Terpampang tattoo ros merah... Tattoo yang menjadi tanda tanya mereka...

"Tattoo? Tattoo ros merah...!"

Shah dan papa Simon terus menerpa ke arah Khai dan Selena...

"Papa, tattoo ni?"

"La Fiera!" Serentak Shah dan Papa Simon menyebut La Fiera...

"Jadi, maksudnya mereka salah seorang dari mereka..."

Buk! Buk! Terteleng kepala lelaki tadi akibat tumbukan dari Shah... Mengalir bendalir di tepi bibir lelaki tadi...

"Bagitahu aku... Siapa yang arahkan korang ganggu kami semua? Cakap?" Ad sudah hilang tahap kesabarannya... Tiada jawapan...

Buk! Sekali lagi Ad melepaskan tumbukan di muka lelaki tadi..

"Cakap, siapa yang arahkan korang ganggu kami?" Lelaki tadi hanya menundukkan wajahnya...

"Ad, sudah tu, Ad!"

"Selagi aku tak tahu siapa yang arahkan mereka, aku takkan berhenti, Khai...! Aku hanya mahukan satu nama! Satu nama je...!"

"Tapi, Ad!"

"Baik... Korang cabar aku, ya...? Takpe... Remy...!"

"Ya, Tengku...?"

"Barang...! Ambik barang!"

"Ad...? Kau nak buat apa?"

"Aku nak bagi dorang bukak mulut...!"

"Dear, jangan buat hal!"

"Jangan buat benda bukan-bukan Ad...!"

"Mama, dorang cabar Ad... Dorang dah cabar kesabaran Ad... Dorang usik family Ad... Takkan Ad nak mendiamkan diri..."

"Tapi, Ad... Ini bukan caranya..."

"Mama, Ad tahu apa yang Ad buat... Mama jangan risau... Manusia macam dorang ni, perlu diajar... Biar dorang tahu langit tu tinggi ke rendah..."

"Ad, sudahlah Ad... Kita bawak dorang ke balai polis... Biar polis yang buat kerja mereka..." Khai cuba menenangkan Ad...

"Jangan bawak kami ke balai!"

"Huh! Tahu kau takut... Kalau begitu, bagitahu aku, siapa yang arahkan korang. Cakaplah siapa?"

"Ad...!"

"Sudah, Ad! Sudah!"

"Tak! Si jahanam tu dah bayar polis kat sini...! Dorang tentu akan terlepas... Aku takkan biarkan dorang terlepas kali ini...!"

Buk! Buk! Kali ini Ad menumbuk pula wajah lelaki yang ke dua... Lelaki kedua terlentang... Pecah tepi bibirmya...

"Remy, barang!"

"Ini dia, Tengku...!" Remy menghulurkan barang yang dimaksudkan ke tangan Tengku Ad. Masing-masing menelan air liur melihat 'barang' yang berada di dalam tangan Ad.

"Jangan! Jangan! Jangan Tengku...! Maafkan kami, Tengku! Maafkan kami!" Rayu salah seorang dari penyangak tadi.

"Baik, aku boleh maafkan korang, kalau korang buka mulut... Sekarang... bagitahu aku, siapa yang arahkan korang? Siapa dalang disebalik semua ni? Cakap! Siapa yang arahkan korang ganggu keluarga dan kawan-kawan aku? Cakap...!" 'Barang' yang dimaksudkan, diserahkan padanya oleh Remy, sengaja dimain-minkan di tangan kanannya...

"Tengku Kamarul Khalif!"

"Hah... Tengku Kamarul Khalif? Korang tak tipu aku kan...?" Khai agak terkejut saat nama Tengku Kamarul Khalif disebut...

"Betul Tengku...! Kami terima arahan untuk mengganggu semua kenalan Tengku termasuk Tengku Khairul Khaseef dan..." Terhenti butir bicara lelaki tadi...

"Dan...?" Soal Tengku Khai...

"Dan, teman wanita Tengku, Cik Selena..." Sambung lelaki tadi...

"What? Are you kidding? Allahuakhbar...! Apa lagi Daddy ni...?" Khai sudah meraup wajahnya berkali-kali... Sebelum memandang seraut wajah bujur sireh Selena yang masih lagi terkejut...

"Sorry, sayang..." Jari-jemari Selena diusap perlahan...

Maaf, semalam tak sempat update... Bust sangat... Dah terungkai sudah... Tengku Kamau Khalif dalang di sebalik segala kekacauan yang berlaku... Apa yang akan berlaku selepas ini... Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience