BAB 25 - CD - TERCABAR

Romance Completed 23254

"Encik Hakimi, di mana Tengku Rizqy? Bukankah sepatutnya Tengku Rizqy perlu berada bersama-sama pada meeting pertama organisasi?"

"Jangan risau, Tengku Kamarul... Tengku Rizqy dalam perjalanan... Maafkan Tengku Rizqy... Dia busy sikit sejak dua menjak ni... Memandangkan Tengku terpaksa mengambil alih teraju utama di hotel milik keluarganya dan perniagaan import export yang dimilikinya ..." Terang Hakimi dan dalam masa yang sama, cuba mengaburi mata Tengku Kamarul...

Tengku Kamarul memang teruja kalau bercerita pasal harta dan kemewahan orang lain miliki... Dalam hatinya, dia bakal memiliki hak orang itu andai orang itu dapat dihapuskan sepertimana dia menghapuskan Tengku Riezman...

"Wow! Hebat Tengku Rizqy...! Tak sangka muda-muda lagi sudah memiliki aset dan harta sendiri..."

"Itulah kelebihan Tengku Rizqy...! Tengku memang seorang yang workaholics... Bagi Tengku, kerja paling utama memandangkan Tengku masih belum berpunya..." Tambah Hakimi... Dalam diam tak diam, Hakimi telahpun merakam segala percakapan mereka...

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar... Terpampang wajah anak muda yang tampan, kacak bergaya... Dengan ketinggian 6 kaki, bertubuh tegap, berdada bidang... Tengku Rizqy dengan bergaya memasuki bilik mesyuarat utama itu dengan penuh keyakinan...

"Assalammualaikum... Maaf atas kelewatan saya..." Tengku Rizqy berjalan menuju ke kerusi yang telah tersedia menanti penghuninya... Kepala kerusi itu, diusap perlahan... Seolah-olah mengambil aura ayahandanya, Tengku Riezman...

"Silakan Tengku Rizqy..." Hakimi mempersilakan Tengku Rizqy untuk duduk bersebelahannya... Tengku Kamarul bagaikan terkejut melihat rupa paras Tengku Rizqy yang saling tak tumpah macam wajah arwah Tengku Riezman yang dibunuhnya dengan tangannya sendiri...

"Saya akan memperkenalkan pemegang saham baru dalam organisasi ini, yang telah membeli saham arwah Tengku Riezman... Saham sebanyak 25% melayakkan Tengku Rizqy menjadi salah seorang daripada pengarah dalam Organisasi ini..."

"25%? Banyak tu...? Kenapa Tengku sanggup beli saham milik arwah Tengku Riezman...? Sedangkan masih banyak lagi saham yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah...?" Tanya Tengku Badrul, salah seorang pemegang saham dalam Organisasi... Saham Tengku Badrul cuma 10%, namun Tengku Badrul Bahrin masih layak bersuara... dan memberi pendapatnya..

Tengku Rizqy sekadar melemparkan senyuman...

"Sebelum pihak kami menjawab soalan Tengku Badrul... Saya perkenalkan, Tengku Rizqy bin Tengku Riezman... Selaku Pengarah Organisasi Usahawan Anak-anak Melayu atau lebih dikenali dengan nama Organisasi..."

Kelihatan masing-masing berbisik-bisik bagaikan terkejut mendengar penjelasan Hakimi... Mungkin sebilangan dari mereka ahli baru jadi tidak mengenali siapa Tengku Riezman...

Bagi yang memang mengenali arwah, tentu sahaja mereka terkejut dengan kehadiran seorang anak muda persis arwah Tengku Riezman memegang tampuk utama Organisasi.

"Maksudnya Tengku Rizqy anak Tengku Riezman?" Tengku Rizqy menganggukkan kepalanya sambil tersenyum memandang Tengku Badrul...

"Ya, benar Tengku Badrul... Tengku Rizqy anak kepada arwah Tengku Riezman dan sekarang saham arwah telah dibeli oleh Tengku Rizqy walaupun hakikat sebenarnya, Tengku Rizqy sememangnya layak memegang tampuk utama Organisasi memandangkan Tengku Riezman adalah ayahandanya..."

Tengku Kamarul sedari tadi terdiam... Tengku Kamarul masih tidak mengalihkan matanya dari terus merenung Tengku Rizqy...

'No wonderlah, wajahnya ada iras-iras wajah si jahanam tu...! Sial! Macamana aku boleh tak perasan si Riezman ada anak lelaki? Hish!' Ngomel Tengku Kamarul...

Tingkah laku Tengku Kamarul sedikit sebanyak mendapat perhatian Tengku Rizqy...

"Yes, Tengku Kamarul? Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke?"

"Maksud Tengku?"

"Yelah, mana tahu Tengku Kamarul terkejut, terkedu dengan kami sebab Tengku Riezman masih ada warisnya yang sah...?"

Tengku Kamarul memandang tajam wajah Tengku Rizqy... Namun, sedikitpun Tengku Rizqy tidak gentar... Sebaliknya, senyuman sinis dilemparkan Tengku Rizqy pada Tengku Kamarul...

"Well... Seperti yang tertera dalam perjanjian... Arwah ayahanda saya merupakan pemegang saham terbesar dalam Organisasi, ini bermaksud dengan pembelian saham 25% milik arwah, saya kini merupakan pemegang terbesar saham Organisasi..."

"Ya, itu betul... Ikutkan dari syarat yang tertera dalam perjanjian, sepatutnya Tengku Rizqy akan terus naik sebagai teraju utama dalam Organisasi... Tapi, Tengku Rizqy tetap mengunakan cara yang adil dan saksama untuk dilantik secara sah... "

"Maksud Encik Hakimi?"

"Tengku Rizqy mahu cara yang adil tanpa menggunakan kabel besar atau rasuah untuk naik ke sebagai Pengarah dalam organisasi..." Tambah Hakimi lagi...

"Dalam perjanjian juga tertera, sebagai pemegang saham utama atau lebih dikenali sebagai Pengarah... Tengku Rizqy berhak meminda atau mengubah segala-galanya... Termasuk undang-undang Organisasi... Segala keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan dari Pengarah, termasuk hal berkaitan kewangan..." Terang Hakimi lagi...

Tengku Rizqy mengalihkan pandangannya ke arah Tengku Kamarul yang masih mengerling ke arahnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan...

"Tengku Kamarul, saya perasan Tengku Kamarul macam ada yang tidak puas hati dengan saya... Ada apa-apa yang nak dikongsikan...?"

"Takde Tengku Rizqy... Saya hanya nak ucapkan selamat datang dan selamat menyertai Organisasi..." Terus punggungnya diangkat dan Tengku Kamarul terus melangkah keluar tanpa menghiraukan mereka yang lain...

"Tengku Kamarul! Kenapa keluar sebelum meeting tamat?" Terhenti langkah Tengku Kamarul.

"Ke Tengku Kamarul rasa tercabar kerana saya menjadi Pengarah dan bukannya Tengku?"

"Huh!" Terdengar dengusan kasar Tengku Kamarul yang terus melangkah pergi...

"Takpe! Biarkan Tengku Kamarul... Ada sesiapa yang nak keluar dari bilik mesyuarat ni, silakan!" Soal Tengku Rizqy... Tiada siapa yang berani menjawab...

"Good! Kita teruskan mesyuarat kita yang pertama hari ini...! Hakimi, you take over!"

Baik, Tengku!" Laju langkah Tengku Rizqy berjalan keluar dari bilik mesyuarat...

Sementara di tingkat 19, pejabat Tengku Kamarul...

"Sial!' Pintu dihempas...

"Berani kau mengganggu rancangan aku...! Huh! Aku akan hapuskan kau sepertimana aku hapuskan bapak kau, Tengku Rizqy!" Jerit Tengku Kamarul...

"Tengku panggil saya?" Tiba-tiba suatu suara kedengaran di pintu pejabatnya... Cuak seketika wajah Tengku Kamarul...

"Eh! Bila masa Tengku turun? Bukan Tengku sedang bermesyuarat ke?" Terkejut giler Tengku Kamarul... Padahal tadi, dia baru saja tinggalkan bilik mesyuarat tu... Bila mangkuk ni turun?

"Hahaha... ! Tengku, Tengku! Nampak gayanya Tengku perlu berehat. Tengku tentu dah penat pegang banyak jawatan, kan?"

"Apa maksud Tengku?"

"Tengku Kamarul... Boleh saya duduk?" Tanpa keizinan, Tengku Rizqy terus duduk di sofa kulit yang berkualiti tinggi...

"Emm... High class! Dahsyat pilihan Tengku... Mesti mahalkan?" Tengku Kamarul diam tidak terkutik... Matanya masih tajam memandang Tengku Rizqy di hadapannya...

"Ini semua duit Organisasi, kan? Tak mungkin Tengku beli dengan duit Tengku sendiri, betul kan?" Tengku Rizqy sengaja memanaskan keadaan...

"Tengku, apa tujuan Tengku ke pejabat saya sebenarnya?"

"Oh, ya! Saya hampir terlupa... Saya perlukan fail kewangan Organisasi... Dari apa yang saya dapat tahu, Tengku yang pegang fail sulit tu... Tapi, pelik ya... Kenapa Tengku yang pegang, bukan bahagian kewangan?" Tengku Rizqy sengaja mengetuk-ngetuk dagunya... Seolah-olah sedang berfikir...

Tengku Kamarul hanya mampu menggenggam penumbuknya... Ikutkan hatinya, sudah lunyai budak mentah ni dibelasahnya... Namun, dia bertahan kerana Tengku Kamarul rasakan dia masih punya peluang untuk memegang teraju utama kembali... Itupun selepas budak mentah ini, dihapuskan...

"Tengku Kamarul, boleh saya dapatkan fail kewangan Organisasi?" Tiada sahutan...

"Tengku Kamarul!" Terkejut sedikit Tengku Kamarul denga sergahan kecil Tengku Rizqy. Nasib baik perlahan je... Dibuatnya Tengku Rizqy pekik kat telinga dia tadi... Alamat... Tamatlah riwayat Tengku Kamarul... Habis ceritakan...

"Ya! Saya akan arahkan setiausaha saya serahkan pada Tengku nanti..."

"Bukan nanti...! Saya mahukan sekarang..."

"Tengku... Fail iti berada pada setiausaha saya, Gibrel...

"Well, kalau macam tu, saya akan berjumpa dengan Gibrel sendiri." Tengku Rizqy berura-ura mahu bangun dari sofa kulit itu...

"Tengku, bagi saya masa sekejap... Saya akan dapatkan fail tu sekarang!"

"Ok! Saya tunggu..."

"Maksud saya... Saya akan minta Gibrel hantarkan ada Tengku secepat mungkin..." Macam-macam alasan yang Tengku Kamarul berikan... Tengku Rizqy berkali-kali mengucap panjang... Dah beberapa kali keningnya dijongketkan...

'Apa saja yang disorokkan orang tua ni...? Takut sangat nak serahkan fail kewangan lat aku, kenapa? Apa yang dia rahsiakan? Takpe... kita tengok sejauh mana permainan kau, Tengku Kamarul!' Getus hati Tengku Rizqy...

"Baik! Saya bagi masa sehingga petang ni... Atau tindakan tegas akan diambil...! Mark my words!" Ugut Tengku Rizqy sebelum melangkah meninggalkan pejabat Tengku Kamarul...

"Opps! By the way, Tengku... Umur saya masih panjang... Belum nak mati lagi and arwah Daddy tentu bangga sebab Organisasi kini dalam tangan saya!" Tengku Rizqy melangkah kelar dari pejabat Tengku Kamarul dengan sengehan.

"Sial! Celaka kau, Tengku Rizqy! Berani kau bemain dengan api, ya! Kau akan menyesal, Tengku Rizqy! Kau akan menyesal!" Mejanya dihentak...

*****************************

Di rumah Selena...

"Sayang... Buat apa kat sini? Sayang tak kerja ke?"

"Sayang dah berhent 24 jam... Arahan Abang Ad!"

"Hah! Kenapa sayang panggil Ad, abang...? Dengan B tak panggil macam tu, pun...?"

"Err... emm..." Selena terlepas cakap... Tak keruan Selena ketika ini...

"Sebab Selena adik kandung aku...!" Khai terus memalingkan wajahnya mencari empunya suara...

"Ad? Apa maksud kau?"

"Selena adik kandung aku..."

"Tapi, mama Nia..?"

"Kami satu bapa berlainan ibu..." Bahu Selena dipeluk...

"Ad, kau tak tipu aku, kan?"

"Tak Khai... Realitli Khai... Adik kandung aku yang dah lama aku cari..."

"Tapi, macamana?"

"Mama Nia kahwin dengan Papa aku selepas mama kandung aku meninggal dunia..."

"Tapi, mama terpaksa dihantar ke luar negara..." Sambung Selena...

"Kenapa? Sebab apa?"

"Sebab Daddy kau, Khai." Tertunduk Selena mendengar kata-kata Ad... Bahu Ad dijadikan tempat sandaran kepalanya...

"Betul ke apa yang kau cakapkan ni, Ad? Kau tak bergurau, kan?"

"Betul Khai! Itulah realitinya..."

"Khai... Khai tak tahu n cakap apa."

"Takpe, Khai... Nanti mama ceritakan semuanya pada Khai... Sekarang, jom kita makan sebelum kita solat jemaah... Ad, jadi imam ya...?"

"Ad lagi...? Shahlah pulak...? Semalam kan Ad dah jadi imam...!"

"Shahkan ke agensi..."

"Wait... Tapi, Serena, Selena... Shah..."

"Ok, kita mudahkan... Serena dan Shah, adik-beradik... Tapi bukan dengan mama... Mama hanya mama tiri dorang... Selena anak kandung mama dengan Papa Ad... jadi, diaorang masih boleh berkahwin..."

"Kahwin? Kau nak kahwin, Ad? Betul ke?"

"In shaa Allah, Khai... Kau doakan kami, ya...?" Tangan Serena dicapai dan digenggamnya... Wajah Selena, Khai tatap penuh cinta...

"Khai, mama faham apa yang Khai fikirkan... Khai banyak berdoa moga segalanya pulih... In shaa Allah, Selena dan Khai tetap akan bersatu... Itu janji mama..."

"Terima kasih, mama...! Khai tak tahu nak cakap apa... Entah apa yang Daddy buat sampai sanggup buat Khai macam ni..." Tangannya dipegang Selena...

"Maafkan B, sayang... Entah bilalah kita boleh berkahwin..."

"B... In shaa Allah... Andai jodoh kita kuat, kita pasti akan bersatu..."

"Tapi, bila?"

"Eh, kau! Tak sabar, kan?"

"Giler kau nak suruh aku tunggu lama-lama...!"

"Dah, sudah! Jom makan... Nanti boleh solat jemaah sekali... Khai jadi imam, ya...?"

"Hah?"

"Kenapa dengan kau, Khai? Terkejut...? Nasiblah kau..."

"Ma, Khai... Khai tak pandailah..."

"Macamana nak jadi menantu mama ni...?"

"Mama?" Selena tahu mama sekadar bergurau...

"Yelah! Yelah! Ad jadi imam ya...? Nanti Khai kena belajar dengan Ad atau Shah macamana nak jadi imam... Faham?"

"Faham, mama!" Selena tergelak melihat telatah Khai yang mencuit hatinya...

"Sampai hati sayang, gelakkan B... B tahulah B tak pandai solat... Tak yah nak gelakkan... Tak baik, tau?"

"Eh, B ni! Bila pulak sayang gelakkan B?"

"Tu tadi!"

"B, sayang senyum je bukan gelak!"

"Tak sama eh?"

"Tak! Ish B ni, malas nak layan!" Selena berura-ura mahu melangkah... Cepat Khai menarik tangannya hingga hampir sahaja Selena tercium bibir Khai...

"B!"

"Kenapa...? Tak rindukan B ke?" Khai menarik Selena ke dalam pelukannya...

Selena membuat rolling eyes...

"Kan dah ada depan mata ni...!" Terasa hembusan nafas kedua-duanya...

"I really miss your lips..." Gemersik suara Khai...

"I miss your lips too... B, nanti mama nampak!" Cepat Khai meleraikan pelukan mereka... Sementara itu, Selena dah melarikan diri ke dapur...

Tergeleng-geleng kepala Khai melihat gelagat Selena...

'Mampukah aku dan Selena bersatu?'

'Yang sana, Daddy... Yang sini, Selena, kekasih hatiku...'

'Ya Allah... Bantu aku Ya Allah... Jangan pisahkan aku dengan keluarga bahagia ini... Izinkan aku mengecapi kebahagiaan ku sendiri...' Khai meraup wajahnya berkali-kali...

'Banyak sangat rahsia yang melibatkan Daddy... Apa yang Daddy mahukan selama ini...? Apakah Daddy masih tidak puas dengan harta dan kemewahan yang telah tersedia ada? Apa lagi rahsia Daddy yang masih tidak aku ketahui? Aku perlukan penjelasan...!'

"B..? Jom makan..." Tersentak lamunan Khai mendengar panggilan dari Selena...

"Ok... Coming...!" Khai melangkah menuju ke perkarangan meja makan... Hanya satu yang Khai mahukan... Kebahagiaan yang tidak berpenghujung buatnya untuk Khai dan Selena... Khai masih berharap agar Daddynya akan pulang ke pangkal jalan...

Tengku Kamarul gelisah... Tidak pernah disangka, arwah Tengku Riezman mempunyai seoang anak lelaki persis wajah dan ketrampilannya... Kehadiran Tengku Rizqy, menggugat kedudukannya dalam Organisasi lantaran Tenku Rizqy memegang 25% saham, yakni yang terbesar dalam Organisasi sekaligus, melayakkan dia memegang tampuk utama dam Organisasi sebagai Pengarah... Apa yang akan berlaku selepas ini... Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience