Khai dan Ad tiba di rumah Serena dan Selena tepat pukul 8 malam... Ketibaan mereka disambut oleh Serena.
Khai dan Ad yang masih termangu-mangu menanti tuan rumah yang bakal mereka temui sebentar lagi...
"Rilekslah Khai..."
"Rileks kau kata... Kau sendiripun berpeluh..." Tergelak Khai melihat Ad... Nak suruh orang rileks, dia sendiri tengah gugup...
Saat melihat ketibaan sepasang suami isteri, barangkali... Khai dan Ad bangun... Lalu tangan dihulur, salam disambut...
"So, you must be Tengku Khairul Khaseef and you must be Tengku Isyraq Irsyad..." Papa Serena Selena menyambut salam kedua tengku yang berada di depan mereka.
"Ya, uncle... aunty. Thanks you for inviting us for the dinner!"
"My pleasure... Come, have a seat..."
"You look familiar..." Mama, bersuara... Saat terpandang wajah seraut wajah Khai, Puan Sharifah Shahania teringat akan wajah seseorang yang pernah dia kenali sebelum ini...
"Maksud Aunty?"
"Rupa Khai, mengingatkan Aunty pada somebody yang pernah aunty kenal sebelum ini." Khai mengerutkan dahinya... Terangkat kening kanannya...
"Aunty kenal seseorang yang menyerupai saya?"
"Maybe..." Jawab Mama, pendek.
"Assalammualaikum..." Memasing memalingkan wajah ke arah suara...
"Waalaikumussalam..." Jawab mereka serentak. Khai dan Ad bangun lalu menghulurkan tangan mereka menyalami Shah...
"Saya, Shah, abang pada Serena dan Selena."
"Saya, Khai... dan ini, Ad."
"So, ini, Tengku Khairul Khaseef dan Tengku Isyraq Irsyad?"
"Ya." Serentak Khai dan Ad memandang.
"Emm, sorry Khai... Ad..." Serena bersuara dengan memimpin Selena yang kelihatan anggun walaupun nampak sedikit pucat...
"Serena, Selena." Khai menegur keduanya... Hajat di hati ingin saja dipeluk tubuh kesayangannya... Namun, hasratnya perlu dikuburkan, memandangkan mereka berada di rumah keluarga kekasihnya...
Khai merenung wajah kekasihnya yang sedikit pucat dan kelihatan agak lemah...
"Selena, are you ok?" Khai memulakan perbualan...
"Alhamdulillah, I'm getting better... Thanks for coming." Sebenarnya, Selena sendiri terkejut apabila diberitahu Serena, akan kedatangan Khai dan Ad yang dijemput Papa dan Mama mereka untuk makan malam...
"Are you sure, you ok?" Khai agak risau melihat wajah kekasih hatinya yang sedikit membimbangkan.
"Ya, I'm ok. Don't worry!"
"So, what happen actually? Khai, could you please explain to us, what happen to my lovely daughter?" Papa mula menyoal... Khai terkedu saat semua mata memandang tepat ke arahnya... keluhan dilepaskan...
"Maaf, uncle... Khai sebenarnya pun tak pasti... Kami on the way ke parking lot, di basement... Before, i recognise somebody following us..."
"Then...?"
"Kami dah nak beredar... Tapi, ada SUV block kereta Khai... Kemudian, ada seorang lelaki bertattoo keluar dari SUV dan menghala ke arah Selena dengan sepucuk pistol... Before that, dorang dah lepaskan sedas tembakan... Selena terkejut..."
"Rasanya masih ada sambungan, kan Khai...?" Khai yang mendengar kata-kata Shah, menganggukkan kepalanya, perlahan-lahan...
"Khai sempat minta bantuan kekawan Khai yang kebetulan berada berdekatan... Then, dorang beredar dari situ..." Terang Khai...
"Khai kenal ke siapa lelaki bertattoo, tu?"
"Maaf, kalau Khai katakan... Khai memang tak pernah lihat atau kenal siapa lelaki tu..."
"Just now, Khai ada menyebut, pasal tattoo... Tattoo kat mana? What i mean is, tattoo kat tangan ke, leher ke...?"
"Lengan... Tattoo berbentuk bunga rose di lengan lelaki itu."
"Tattoo bunga rose? El Fiera? Papa, do you remember El Fiera...?"
"Ya, red rose... El Fiera..."
"Jimmy...!" Serentak dua beranak ini bersuara...
"Maaf, abang Shah dan uncle tahu ke, pasal Jimmy...?" Khai memandang sebentar wajah Ad, sebelum Ad menganggukkan kepalanya... Khai sedikit pelik... Macamana Shah dan Papa Selena tahu mengenai El Fiera...? Siapa mereka sebenarnya? Khai dah mula curiga...
"A little bit!"
"Khai, Ad... Boleh aunty tahu siapa nama ayah dan ibu kalian berdua?" Kedua-duanya mengangukkan kepalanya.
"Papa Ad, Tengku Idham Ibraheem dan Mama, Rosalinda... Tapi, Mama dah passed away, long time ago..." Kata Ad, seraya itu menundukkan kepalanya.
"Sorry to hear that."
"It's ok, aunty..."
"Khai pula?"
"Daddy, Tengku Kamarul Khalif dan Mummy, Monalisa... Mummy masih ada cuma kini berkerusi roda akibat penyakit yang dialaminya..."
Pada mulanya, Mama hanya sedikit terkejut apabila Ad memberitahu nama kedua orang tuanya... Apabila, Khai mula menyebut nama daddynya, Tengku Kamarul Khalif... confirm 100%, kedua-dua lelaki tersebut adalah sahabatnya merangkap bekas kekasihnya yang pernah bertahta di hatinya suatu ketika dulu...
"Mama..?" Shah menegur mama yang kelihatan sugul setelah menedengar nama-nama yang disebut Ad dan Khai...
"Darling, do your remember Khalif and Am, that I told you before?" Mama menyoal Papa yang kelihatan mengerutkan dahinya...
"You mean, your ex?" Mama mengangguk.
"Aunty... Uncle? Aunty uncle, kenal Daddy Khai?"
"Khai...Ad... Sorry to say... We know your father... I know him very well..."
"Maksud aunty?"
"Khai, Ad... Aunty kenal sangat Papa and Daddy korang... We're friend, before I ran away to Australia..."
"Aunty, macamana aunty boleh kenal Papa, Ad? Siapa aunty sebenarnya...?"
Keluhan kasar dilepaskan... Hari ini, terpaksa dibongkarkan segala rahsia yang lama tersimpan...
"Nama aunty, Sharifah Shahania... Hanya dikenali dengan pangilan Nia di kalangan kawan-kawan termasuk papa Ad dan daddy Khai."
"Actually, we're couple... Loving couple... Papa Ad dan aunty adalah pasangan kekasih... Dan Daddy Khai kawan rapat kami, sebelum daddy Khai cuba menghasut daddy Ad..."
"Maksud aunty?"
"Ya, kami bercinta, tapi daddy Khai cuba nak buat tak baik dengan aunty... Daddy Khai cuba merogol aunty, tapi daddy Khai mengatakan aunty yang cuba menggodanya... Perkelahian berlaku sehingga aunty menerima ugutan untuk meninggalkan Papa Ad..."
Ad dan Khai bagai tidak percaya dengan apa yang cuba disampaikan oleh Mama Serena Selena...
"Tapi, mengapa Daddy nak buat macam tu?"
"Kerana dengki!"
"Dengki?"
"Ya, daddy Khai dengkikan hubungan kami... Walaupun kami bertiga berkawan baik, tapi... aunty dan Papa Ad lebih dahulu mengenali antara satu sama lain dan kami bercadang untuk berkahwin sebelum daddy Khai hadir dalam hidup kami."
"Tapi, andai benar, kenapa aunty tinggalkan Papa?"
"Sebab daddy Khai."
"Sebab daddy?"
"Daddy Khai menghantar surat ugutan tu... Aunty diganggu oleh manusia-manusia gila, yang mahu melihat kehancuran hidup aunty sekeluarga."
"Aunty..."
"Ya, daddy Khai yang menjadi punca segala-galanya... Keluarga aunty dipulau, dihina... Bermacam-macam dugaan yang kami alami sebelum aunty dihantar jauh..."
"Tapi, macamana aunty boleh terselamat?"
"Uncle."
"Uncle? Maksud aunty?"
"Uncle yang selamatkan aunty... Untuk pengetahuan Khai dan Ad... Uncle merupakan orang upahan yang diupah untuk membunuh aunty... Tapi, uncle tak berbuat demikian, sebab uncle kesiankan aunty..."
Ad dan Khai memandang Papa Serena Selena...
"Yeah. We're falliing in love and now, here we are. With our children... Shah, Serena and Selena..." Jawab Mr Simon... Papa mereka...
"Khai... Khai tak tahu nak cakap apa... Tapi, kenapa daddy buat macam tu? Apa motif daddy?"
"Kedudukan dan harta."
"Maksud aunty?"
"Daddy Khai menjadi tamak setelah mengetahui kelemahan papa Khai adalah aunty. Sebagai seorang ketua dalam organisasi, papa Ad tidak dbenarkan berkahwin atau mempunyai kekasih, demi menjaga nama baik dan kedudukannya. Tapi, hakikat sebenarnya, daddy Khai yang jatuhkan papa Ad demi kedudukan dan harta yang bakal dikendalinya yang bernilai berbilion ringgit."
"Aunty, uncle... Ad benar-benar tak percaya dengan apa yang berlaku selama ini... Ad faham, aunty tersiksa selama ini... Ad hanya mampu mohon maaf bagi pihak Papa Khai..."
"Khai juga begitu... Khai mohon maaf bagi pihak Daddy... Selama ini Khai tak kenal daddy sebenarnya... Walaupun hakikatnya, Khai tahu apa yang daddy buat, tapi Khai tak mampu menghalang... Maafkan Khai... Cuma satu yang Khai pinta..."
"Khai pohon... Khai mohon restui perhubungan Khai dengan Selena, Ad dengan Serena... Khai janji akan jaga Selena sebaik mungkin..." Selena mula menitiskan air mata terharunya dengan keberanian Khai.
"Ad juga begitu... Ad mahukan restu dari uncle dan aunty... Begitu juga dengan abang Shah. Izinkan kami bersama sehingga ke jinjang pelamin..." Serena hanya menundukkan kepalanya melihat kesungguhan Ad mempertahankan cinta mereka.
"Apa jaminan korang untuk memastikan keselamatan adik aku?" Shah mula bersuara... Dia akui memang dia salute dengan keberanian Khai dan Ad yang berani berjumpa dengan Papa Mama. Meluahkan perasaan mereka dan meminta restu... Tapi, Shah juga perlukan jaminan berkaitan keselamatan adik-adiknya...
"Apa maksud abang Shah?" Khai dan Ad berpandangan...
"Aku rasa korang tahukan pasal surat ugutan yang Serena dan Selena terima?" Keduanya mengangukkan kepala mereka...
"Bang, macam ni bang!" Ad menarik nafas panjang sebelum menghembusnya...
"Demi Allah! Saya memang tak tahu pasal surat ugutan tu... Pasal gambar yang Serena terima juga, memang saya tak tahu... Saya tak tahu siapa yang bagi, siapa yang hantar... Saya benar-benar tak tahu... Apa motif dorangpun, saya tak pasti..."
"Khai pun sama... Apa motif dorang buat macam tu, siapa punya kerja... Memang Khai betul-betul tak pasti."
Shah sekadar memandang wajah keduanya bersilih ganti...
"Macam nilah... Aku rasa korang perlu tahu sesuatu..." Khai dan Ad menanti dengan penuh resah...
"Apa yang Papa dan Daddy korang buat selama ini, semuanya aku tahu..."
"Maksud abang?"
"Tengku Idham Ibraheem, Tengku Kamarul Khalif... Pemilik Regencies Hotel, Paramount Hotel... Ketua organisasi atau kongsi gelap, pemilik hartanah berjuta million..."
"Ma... Mana abang tahu?"
"Huh! Dari mana aku tahu, tak perlu korang tanya..."
"Tapi, bang Shah! Apa yang Papa Ad buat selama ini, Ad memang tak ambik tahu... Ad memang tak setuju dengan apa yang Papa buat selama ini... Ad memang tak campur urusan Papa... Ad sendiri bekerja di bawah Khai." Serena memandang wajah sugul Ad...
"Khai juga sama... Cuma Khai masih terus bekerja di hotel milik Daddy... Daddy Khai tak macam orang lain... Selama ini pun, Khai tak dianggap macam anak... Tapi, apa lagi yang mampu Khai lakukan selain bekerja di bawah telunjuk daddy Khai sendiri..." Khai menundukkan kepalanya...
"Jadi, bagaimana dengan keselamatan adik aku?"
"Shah" Papa menegur... Shah memandang wajah Papa dan Mama bersilih ganti.
"Khai, Ad... Aunty ngan uncle takde halangan andai benar Ad dan Khai mahukan hubungan yang serius dengan Serena dan Selena... Cuma kami mohon, tolong jaga Serena dan Selena sebaik mungkin... Aunty bimbang andai papa dan daddy kalian tahu mengenai Serena dan Selena, keselamatan mereka tergugat..."
"Aunty, uncle... Ad janji dengan nyawa Ad sendiri... Ad akan jaga Serena sebaik-baiknya... Ad takkan benarkan sesiapapun melukakan Rena... Ad terlalu cintakan Serena... Cuma, beri Ad peluang membuktikan Ad benar-benar cintakan Rena..."
"Betul aunty, uncle! Khai juga sama... Khai hanya mahukan perhubungan kami direstui... Memang masalah yang datang, tak dapat dihalang, tapi Khai janji dengan nyawa Khai untuk melindungi Lena... cinta Khai tulus hanya pada Lena... Khai sendiri berhasrat untuk menjadikan Lena isteri Khai yang sah..." Selena menangis mendengar pengakuan Khai...
"Hei, Selena? Why are you crying, dear?" Papa mengelus lembut kekura tangan Selena dan Serena...
"Nothing Papa..." Air matanya diusap dengan belakang tangannya...
"Ok, stop... Before we're ending our discussion... Come, Ad, Khai... Kita makan dulu..." Khai dan Ad terkesima... Tak sangka uncle boleh bercakap dalam bahasa melayu...
"Uncle boleh berbicara dalam bahasa melayu?"
"Bolehlah... But not so good... But, I understand everything..." Terang Papa... Mereka menganggukkan kepala...
Alhamdulillah, another new chapter updated. Satu rahsia terbongkar... Apa yang akan berlaku selepas rahsia ini terbongkar? Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel