BAB 4 - CD - TAMPARAN WANITA

Romance Completed 23254

"Morning dear...."

"Err... morning Tuan Khairul..." Tergagap sekejap Selena apabila ditegur jejaka idaman Malaya... Siapa lagi kalau bukan kekasih paksa... Selena memang tak perasan dalam lif yang dinaiki, kekasih paksanya ada bersama.

"Selena dah breakfast?"

"Emm, dah!" Pendek aje jawapannya. Sibuk je nak tahu...

"Sure?" Selena sekadar menganggukkan kepalanya...

"Kenapa? Takut dengan Khai ke?" Tuan Khairul menggelarkan dirinya Khai. Selena hanya menggelengkan kepalanya tanpa memandang wajah Khai.

"Then, kenapa tak nak pandang Khai?" Khai masih merenung wajah sisi Selena yang masih tidak mahu memandang ke arahnya... Tiada jawapan dari Selena... Sebaliknya Selena hanya tertunduk malu.

'Ini yang buat aku jatuh cinta ni... Malu-malu kucing... Comel je...!'

'Ish, lambatnya lif ni! Cepatlah!' Getus hati Selena. Lif ni macam saja-saja je nak lambat bergerak.

Ting! Lif berhenti di tingkat 17... Laju kaki Selena melangkah keluar dari lif. Namun, lagi laju tangan Khai menarik pergelangan tangan Selena. Tersentak Selena.

"Argh!" Tersentak Selena. Sakit tangannya dirasakan. Namun, kesakitan itu hilang bila keduanya tangannya tersentuh dada Khai. Mata bertentang mata. Walaupun kena mendongak sedikit. Khai tinggi, hemsem, kacak, kaya. Cukup pakej untuk menjadi suami.

'Ish apa yang aku merepek ni?'

"Dah puas scan muka Khai?"

"Err..."

"Maaf, Tuan Khairul... Lepaskan saya..." Selena menundukkan kepalanya. Malu sangat bila bertentangan mata dengan lelaki yang baru saja dikenalinya.

"Not until you call me, Khai...!"

"Sa...sa..."

"Kenapa? Tak nak takpe... Nanti Khai beritahu semua orang yang Selena girlfriend Khai...!"

"Jangan, Khai!"

"Hah, boleh pun sebut nama Khai!"

"Please, lepaskan tangan saya..."

"Khai dapat apa kalau Khai lepaskan tangan Selena?"

"Dapat masuk ofis!" Lurus bendul si Selena ni.

"Seriously? Itu je? Kita memang nak masuk ofis, kan? Dah sampai, pun!"

"Hah! Dah sampai? Khai lepaskan tangan Lena! Nanti orang nampak!" Kesian lak tengok wajah cuak Selena, Khai lepaskan tangan si cantik manis.

"Good girl! Boleh pun kan, panggil Khai..." Sambil mencuit dagu runcing milik Selena.

'Ish, suka hati je, nak cuit-cuit dagu orang!' Selena bermonolog sendirian sambil tangannya mengelap dagu yang disentuh Khai.

**************************

Tepat 1 tengah hari.

Khai sudah menanti Selena di pintu lif. Memandangkan sebahagian besar staff sudah pun turun untuk lunch... Khai berhasrat nak keluar lunch dengan Selena... Tetapi, wassup yang dikirimkan, tidak berbalas.

'Ish, Selena ni...! Nanti dia...!'

Selena baru nak melangkah ke dalam lif dengan Shaza... Tapi, tangannya sempat ditarik Khai.

"Oh, Tuan Khai! Buat terkejut je! Lain kali kalau nak ajak keluar lunch, call jelah!" Usik Shaza.

"Saya dah wassup tapi orang tu tak nak balas."
Khai masih merenung wajah sibujur sireh milik Selena.

"Tuan Khai, janganlah macam ni! Nanti orang nampak!"

"Tuan Khai? Khai dah ajar tadikan...? Kita berdua je kat sini..."

"Opss... Bertiga ya, Tuan Khai."

"Yelah, bertiga!"

"Kalau macam ni, saya turun dulu, ya? Perut saya dah buat konsert heavy metal sangat ni! Selena, Tuan Khai, settlekan dulu hal korang ya... Bye Selena!" Seraya Shaza melangkah masuk ke dalam lif yang terbuka. Sambil melambai ke arah Selena.

"Err.. Shaza...!" Tak sempat nak bergerak, Khai dah menarik tangan Selena.

"Tuan Kha..." Tak sempat menghabiskan butir bicaranya... Bibir merah delima milik Selena dipagut, lembut oleh Khai... Selena terus menolak tubuh Khai... Sambil mengesat bibirnya yang dicium Khai. Wah, berani ya kau, Khai!

"Itu denda Lena sebab panggil Khai, Tuan... So, next time, no more Tuan Khai... Remember that!" Selena masih memandang Khai dengan perasaan marah. Selena masih mengesat bibirnya... Habis comot... Selena menahan marah... Terasa hangat di hujung tubir mata.

Pang! Satu das tamparan wanita melekat di pipi kiri Khai...

"Tuan ingat, Tuan boleh sesuka hati nak buat macam tu kat saya! Tuan siapa nak arahkan saya itu ini! Jangan ingat saya semurah itu, Tuan Khairul Khaseef!" Selena melangkah pergi meninggalkan Khai yang masih tergamam dengan tindakan Selena yang berani menamparnya.

Pipi kirinya digosok. Memang perit. Tapi, sekurang-kurangnya, Khai puas hati sebab tamparan itu dari wanita yang dicintainya. Gilerkan?

Kesian Selena. Tak sempat makan tengah hari. Marah punya pasal. Nanti dia pengsan lagi... Tentu Khai yang seronok, kan? Yelah... Nanti dia jugak yang kena bawak Selena ke klinik! Sabar jelah. Tulah Khai, berani sangat nak cium-cium anak dara orang. Kan dapat sedas. Ingat Selena macam perempuan-perempuan yang pernah kau dampingi ke? Sorry! Wrong person, dude!

Selena menghenyak punggungnya di kerusi kerja. Hatinya cukup sakit dengan kelakuan Khai.

"Ni, kalau aku cakap dengan Abang Shah, sure kau kena! Bedebah! Berani betul kiss aku! Habis first kiss aku!" Selena masih mengelap bibirnya dengan wet tissue.

"First kiss? Sure, saya curi first kiss awak?" Selena menjeling ke arah Khai... Bila masa pulak mamat ni ada kat sini.

"Selena, maafkan Khai! Khai takde niatpun! Khai minta maaf." Khai masih berusaha meminta maaf. Tangan Selena cuba disentuh, namun sempat ditarik. Selena tak nak lagi si jantan ni senang-senang je nak pegang, sentuh orang.

'Ish, suka-suka je nak sentuh orang!'

Selena masih dengan marahnya. Pandangannya dialih ke arah komputer di hadapannya... Lantak kaulah! Khai tiba-tiba melutut di hadapan Selena. Selen tersentak juga dengan perlakuan Khai... Tapi, malas nak layan.

'Siapa suruh pandai-pandai cari masalah dengan aku!'

"Selena... Please! Khai minta maaf sangat! Tolong jangan buat macam ni. Selena." Khai hampa. Dia benar-benar rasa bersalah. Dia ingatkan Selena tak ubah macam perempuan yang selalu dia dampingi di kelab-kelab malam, namun, jangkaannya meleset sama sekali.

Selena masih mendiamkan diri... Langsung tak nak memandang wajah Khai.

"Selena... Baiklah... Kalau Selena tak nak maafkan Khai... Khai akan bagi Selena ruang... Tapi, tolonglah! Tolong jangan buat macam ni kat Khai. Khai betul-betul minta maaf." Khai masih melutut di hadapan Selena. Khai dah tak kisah jika ada pekerja-pekerja yang sibuk memandang tingkah lakunya.

"Terima kasih, Selena... Maafkan Khai... Cuma satu yang Khai nak Selena tahu... Khai betul-betul sukakan Selena... Khai memang dah jatuh cinta pada Selena!"

"Bye Sayang! Maafkan Khai..." Khai bangun lalu berlalu pergi.

"Maaf, sebab dah curi first kiss awak... But, I love it!" Sambil mengenyitkan mata kirinya ke arah Selena... Sempat lagi Khai mengusik.

'Dia suka aku... Cinta aku? Biar betul! OMG! Takkanlah. Aku baru je kenal dia! Tapi, Khai cakap. Cinta pandang pertama. Wujud ke benda macam tu?'

'Kruk... Kruk...' Perut Selena berbunyi pulak.

"Aduh, lapar pulak! Ish... Waktu rehat dah nak habis ni... Roti! Yes, nasib ada roti dalam beg aku! Ni semua pasal si Khai... Kalau tak aku dah makan, tau!" Bebel Selena... Dia risau sebenarnya... Takut dia kelaparan.

"Hah, nah cik kak!" Shaza menghulurkan sebekas makanan pada Selena...

"Eh, siapa yang order? Aku tak order apa-apapun!" Shaza menjeling ke arah Selena.

"Thank you dear... Kau macam tahu-tahu je, aku tengah lapar! Wah, nasi goreng ikan masin. Favourite aku!" Selena membuka penutup bekas makanan yang diterimanya dari Shaza...

"Kekasih paksa kau yang suruh aku tapau untuk kau! Dia takut kau kelaparan nanti!"

"Hah!" Tercengang Selena mendengar kata-kata Shaza...

"Seriuslah, Khai suruh kau tapau untuk aku?"

"Ya, kenapa... Kau tak percaya?" Selena menggelengkan kepalanya... Tak jadi Selena menyuapkan makanan ke dalam mulutnya...

"Khai call aku lepas kau marah dia tadi... Wei, apa kes marah-marah ni?"

Serba salah pulak Selena dibuatnya... Tak sangka lak, Khai yang suruh Shaza tapau makanan untuk dia... Tapi, Khai, dapat makan tak?

"Khai, dia tak tapau ke makanan untuk dia?"

"Takde lak... Dia suruh aku tapau makanan untuk kau je..."

"Eh, kejap!"

"Apa sajalah korang ni...! Apa kes sampai marah-marah ni?"

"Kau tolong aku paskan makanan ni untuk Khai ya...?" Sambil mengambil bekas makanan miliknya dan dibahagikan kepada dua bahagiaan... Satu untuk Khai dan satu lagi untuk dirinya...

"Kau biar betul, Lena!"

"Tolonglah Shaza... Nanti aku story-mory kat kau ya...? Please...!"

"Yelah... Yelah! Ish, ada je dua orang ni tau...! Pening aku dibuatnya..."

"Thank you sayang...!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience