BAB 30 - CD - DISATUKAN

Romance Completed 23254

"B... Kenapa dua tiga hari ni, B nampak sugul je...? B tak sihat ke...?" Selena menyoal Khai ketika bercuti bersama keluarga Selena di Pulau Perhentian... Papa Am, Papa Simon, Mama Nia, Shah, Serena, Ad turut bersama menyertai percutian keluarga yang julung kali diadakan...

"B, ok... Don't worry..." Tangan Selena digenggamannya, dibawa ke bibir lalu dikucup...

"B... I know you very well... Kenapa ni, hem...?" Selena mengelus wajah tampan Tengku Khai... Khai melepaskan keluhannya...

"Sayang...?"

"Emm..."

"Kalau B dah jatuh miskin, sayang masih nak dengan B, ke?"

"Apa yang B merepek ni? Kenapa tanya soalan macam tu?"

"Sayang, just answer me? Sayang terima atau tidak kalau B dah miskin?"

"B, cinta sayang bukan pandang harta dan kekayaan... Sayang sayangkan B, cintakan B sepenuh hati... Sayang tak pernah tahu pun berapa duit B, berapa banyak harta B... Yang sayang tahu, sayang cintakan B sebab B... Sebab diri B sendiri..." Jelas Selena...

"Betul sayang tak kisah kalau B miskin... B takde harta... B tak mampu nak bagi sayang kemewahan?"

"Kenapa ni, B? Apa yang mengganggu fikiran B? Anthing to share?" Tangan Khai, digenggam Selena... Berat rasa hatinya nak menceritakan apa yang berlaku pada dirinya... Khai bimbang andai Selena berubah hati hanya kerana dia bukanlah anak 'Tengku' yang sebenar...

"B...?

"Sayang... B..."

"Ya...? B...?" Kepala didongakkan.. Bimbang air matanya akan mengalir bila Khai mula meluahkan perasaannya...

"B...? Hei, kenapa ni? B, look at me! Look at me...! What's wrong with you...?" Tangan Selena memegang rahang sambil mengusap pipi Khai yang sedikit cengkung...

"Sayang, B dah jatuh miskin! B dah takde harta... B takde duit!"

"Apa maksud B ni? Apa yang B cakapkan ni? Sayang tak fahamlah"

"B dihalau dari rumah..."

"Dihalau? Tapi, kenapa?"

"B bukan anak kandung mummy daddy... B hanya anak pungut, anak angkat yang dikutip dari rumah anak-anak yatim..." Jelas Khai.. Tertunduk Khai saat air matanya mengalir lesu...

"Allahuakhbar..."

"B minta maaf... B tak mamu bahagiakan sayang... Kita tak mungkin bahagia..." Khai masih dengan tangisannya...

"B, kenapa cakap macam tu...? Sayang tak pernah terfikir pasal harta benda semua itu... Tak semestinya, tanpa harta kita tak bahagia... Tak semestinya tanpa kekayaan, kita tak boleh bahagia..."

"Sayang... B..." Cepat-cepat Selena meletakkan jari runcingnya di bibir Khai...

"B, sayang dah cakapkan... Sayang tak perlukan segala kemewahan untuk bahagia... Sayang hanya mahukan B... Hanya B yang sayang perlukan..."

"Tapi, sayang..."

"B, duit boleh dicari, B... Tapi wang ringgit belum tentu dapat membeli kebahagiaan..."

"Betul tu, Khai..." Khai dan Selena memalingkan wajah mereka mencari empunya suara... Kelihatan di stu, Papa Am, Papa Simon, Mama Nia, Shah, Serena dan Ad berada di belakang mereka...

"Jangan risau, Khai... Kami takkan biarkan Khai keseorangan... Kami dah anggap Khai sebahagian dari keluarga kami... Betulkan mama, papa...?" Ad bersuara...

"Ya, Khai... Khai sebahagian dari kami... Jangan pernah rasa Khai sendirian..."

"Dan untuk pengetahuan engkau, kami dah sepakat untuk satukan kau dengan Selena, sama tarikh dengan majlis pernikahan Serena dan Ad..."

"Tapi, uncle... Khai... Khai tak mampu... Khai hanya ada sedikit wang simpanan dalam akaun peribadi Khai saja... Tengku Kamarul dah sekat segala wang dan harta Khai..."

"Khai..."

"Khai dah jatuh miskin uncle... Khai tak punya apa..."

"Khai masih ada kami, Khai...! Khai masih ada keluarga Khai di sini..."

"Ya, Khai... Jangan bimbang... Mama akan pastikan nasib Khai terbela...! Sekarang ni, Khai akan terus tinggal dengan kami, ya?"

"Terima kasih, mama... Terima kasih semua... Khai rasa terhutang budi... Khai tak tahu nak pergi mana lagi... Hidup Khai dah musnah saat Tengku Kamarul menghalau Khai dari rumah... Hidup Khai hancur bila Khai diberitahu Khai hanya anak pungut..." Air mata yang baru nak kering, mengalir kembali...

"B..." Belakang badan diusap perlahan...

"Sudahlah, Khai... Kami terima Khai seadanya... Jangan risau... Mama, Papa Simon, Papa Am, Ad, Serena semuanya sayangkan Khai... Lagi-lagi, Selena... Betulkan Lena?" Shah mengusik adiknya...

"Abang Shah ni...!" Merona wajah Selena...

"Dah! Kita datang nak enjoy kan... Selagi boleh enjoy, kita enjoy... Come... Kita buat barbeque untuk malam nanti... Jom..." Papa Simon bersuara...

Selena menarik tangan Khai lalu digenggamnya...

"B jangan risau, ya... Nanti kalau kita kahwin pun, kita akan stay kat rumah sayang... Kita buat business sendiri... Pastu, bila dah ada rezeki lebih, kita cari rumah sendiri, ya...?" Wajah ceria Selena direnung...

"Sayang, B minta maaf..." Wajah mulus Selena dielus...

"Takyahlah sedih-sedih lagi... B dengarkan apa kata mama, papa Am abang Shah... Kami semua sayang B..."

"Sayang...?"

"Kenapa dengan sayang pulak?"

"Sayang, sayangkan B, tak?"

"Hei, B ni... Mestilah sayang.. Mana boleh tak sayang buah hati sayang ni... Cinta hati sayang ni... Sehari tak jumpa, sayang boleh gila tau tak?"
Sambil mencuit sedikit pipi Khai.

"Ya ke?"

"Betul... sayang tak tipu B, lah...!"

"Apa bukti sayang sayangkan B?"

"Bukti...? Nak bukti apa lagi...? Tak cukup ke selama ini sayang dah tunjuk kat B betapa sayang cintakan B, sayangkan B?" Khai menjongketkan kening kanan... Sementara Selena membuntangkan matanya...

"Hihihi... Sorry sayang... B gurau, je...!"

"Mengada, kan?" Dicubitnya lengan Khai dan dengan pantas Selena melarikan dirinya ke arah mama...

"Sayang, sakitlah... Aduh... Sayang cubit B...? Sayang...?"

"Uwerk... Padan muka B... Mengada lagi..." Selena berlari sambil menjelirkan lidahya ke arah Khai... Khai hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kekasih hatinya yang ceria selepas mendengar mereka bakal disatukan sikti masa lagi...

****************************

"Jason, kenapa barang kita tak sampai lagi? Bukan ke sepatutnya barangan tu sampai semalam...? Apa yang berlaku?"

"Maaf, Tengku... Saya dah periksa dengan pembekal kita dari Thailand... Dan ikut kata mereka, barangan dah dihantar minggu lalu..."

"Tapi, masalahnya.. barang tu masih belum sampai... Supplier kita dah tanya pasal stok...!"

"Takpe, Tengku... Nanti saya confirmkan dengan mereka..."

"Pelik!"

"Maksud Tengku?"

"Macamana barang boleh tak sampai... Padahal pihak pembekal dah hantar minggu lepas... Sepatutnya, dah sampai... Takkan sampai seminggu?"

"Tengku tak rasa, ada pihak yang cuba sabotaj kita?"

"Maksud kau, Jason?"

"Who knows? Ada pihak yang cuba mengenakan kita..."

"Kau ada syak sesiapa ke?"

"Itu yang susah, Tengku... Setakat ni orang-orang kita semuanya tak berani buka mulut..."

"Kalau camtu, siapa? Tak mungkin Khai? Dia tak tahu langsung pasal urusniaga kita. Kerja-kerja ni pun, dia tak tahu...!"

"Jadi, siapa Tengku?"

"Aku musykil."

"Maksud Tengku?"

"Emm... Takpe... Kita tengok sehari dua ni... Apa yang akan berlaku..."

"Baik, Tengku."

"Err, Jason... Pastikan semua dokumen penting tidak jatuh ke tangan Tengku Rizqy."

"Baik, Tengku. Tengku tak payah risau... Saya tahu apa yang saya perlu buat."

"Good, Jason."

Jason melangkah meninggalkan Tengku Kamarul sendirian di dermaga... Telefon bimbit dicapai... Satu nombor di cari...

"Carikan aku budak tu...!"

"Aku tak kira! Cari sampai dapat sampai atau kau sendiri yang akan jadi mangsa!" Talian dimatikan...

"Berani kau nak bermain api dengan aku... Huh! Kau belum kenal aku siapa!"

Sementara di pejabat Tengku Rizqy...

"Kimi, ada orang hantar mesej ni kat aku... Tapi,aku tak pasti siapa." Seraya itu menunjukkan mesej di telefon bimbitnya...

"Nyawa Tengku dalam bahaya... Hati-hati..."

"Kau dah check nombor telefon ni?" Tanya Kimi sambil cuba membelek screen telefon yang tertera 'unknown number'.

"Nanti, aku past kat Ad... Dia tentu boleh cari nombor ni... Ad ni bijak sikit pasal benda-benda ni..."

"Takyah, aku boleh carikan untuk kau..."

"Err, betul ke...? Kau boleh buat ke?"

"Eh, hello... Jangan pandang aku sebelah mata, tau?"

"Woi, aku pandang dengan kedua-dua mata akulah!"

"Bongoklah kau, Riz! Aku jangan under estimate aku, tau? Just wait and see."

"Ok... Aku tunggu..."

Hampir 10 minit menanti...

"Riz... Riz..."

"Hah... Kenapa? Kau dah dapat tahu nombor siapa tu?"

"Ni..." Seraya itu Kimi menunjukkan lokasi nombor yang dimaksudkan...

"Kalau ikutkan ni... Nombor ni dalam kawasan kita..."

"Maksud kau... Lokasi nombor ni, dalam bangunan ni..." Kimi menganggukan kepalanya.

"Kau biar betul, Kimi...?"

"Kau tengok sendiri... Lokasi nombor ni dalam bangunan ni sendiri..."

"Siapa? Siapa yang bagi kita amaran...?"

"Kau rasa?"

"Takkan Gibrel?"

"Mungkin jugak...! Dia tak nak orang tahu, so, dia hantar pesanan pada kau melalui nombor yang tidak didaftarkan..."

"Emm, musykil aku." Sambil mengurut dagu yang sudahpun ditumbuhi janggut...

"Kenapa?"

"Gibrel boleh inform aku sendiri... Kenapa perlu mesej aku bagai?"

"Atau, ada orang lain yang tahu kau memang dalam bahaya, tapi dia tak nak tonjolkan diri?"

Jeng...jeng...jeng...

*****************************

"Ad, kau rasa-rasa, aku mampu ke?"

"Maksud kau, mampu dari segi apa?"

"Dari semua segi..."

"Khai... Jangan cepat patah semangat... Aku yakin kau mampu..."

"Entahlah, Ad... Aku bimbang aku tak mampu nak bahagiakan Selena.."

"Kau jangan bimbang pasal tu, Khai..."

"Ad, aku dah bankrupt, Khai...! Bankrupt...! Aku dah tak punya apa... Macamana aku nak bahagiakan Selena? Macamana aku nak tanggung kehidupan aku dengan Selena?"

"Khai, sekurang-kurangnya, kau masih ada wang simpanan kau sendiri..."

"Tulah, Khai... Nasib baik aku dengar cakap kau... Kalau tak, confirm satu sen pun takde dalam akaun aku..."

"Sudahlah tu... Kan, aku dah janji, kita kerja sama-sama... Lepas ni, kita usaha sama-sama syarikat kecil aku tu... Memang mula-mula susah sikit, Khai... Tapi, in shaa Allah, sekarang ni aku dah boleh tarik nafas lega."

"Aku kagum dengan kau, Ad... Kau mampu berusaha tanpa bantuan sesiapa... Tapi, aku... Kau tengoklah sendiri... Dari kecil hidup aku diatur... Sampai dewasa, saat aku nak mengecap kebahagiaan, aku tersungkur... Tersungkur kerana aku hanya anak pungut..." Wajahnya diraup seraya keluhan kasar dilepaskan...

"Jangan begitu, Khai... Aku percaya kau juga mampu bangkit... Jangan putus asa, Khai... Kau ada aku, papa aku, papa Simon, mama Nia, Shah... Aku dan Serena sentiasa ada untuk kau... Lagi-lagi, adik aku, Selena... Kau tahukan betapa adik aku tu sayangkan kau... Kau takkan keseorangan, Khai..." Bahu Khai diusap...

"Terima kasih Ad... Kau dah banyak tolong aku... Dari kita kecil sampai sekarang ni... Kaulah tempat aku mengadu... Aku mana ada kawan lain selain kau... Semua sebab Tengku Kamarul... Kalau tak pasal dia control hidup aku, dah tentu aku ramai kawan... bebas ke mana-mana tanpa halangan..."

"Sabar, Khai..."

"Aku dah lama sabar, Ad... Lama sangat... Sampai dia halau aku, aku tak kisah lagi... Tapi, bila dia cakap aku sebenarnya, anak pungut...hancur luluh hati aku, Ad... Hancur hati aku... Kenapa tak dari dulu mummy daddy bagitahu aku siapa aku sebenarnya... Takdelah aku akan terleka sebegini..."

"Khai, tu semua ujian buat kita, Khai... Allah tu dah aturkan semuanya... Dia sebaik-baik perancang... Setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya... Kau kena percaya tu..."

"In shaa Allah, Ad... Terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku dikala susah senang... Aku betul-betul rasa bersyukur ada sahabat macam kau..."

"Don't mention... Aku ikhlas... Lagipun, dari kecil lagi, papa dah suruh aku berkawan dengan kau... Papa tahu macamana perangai Daddy kau..."

"Thanks again, Khai... Aku terhutang budi pada kau sekeluarga..."

"No hallah, Khai! Kita dah macam adik-beradik!"

"Eh, majlis korang nanti... agak-agak bila ya?"

"Kalau ikutkan aku, esok jugak aku nak kahwin..."

"Kau giler, Ad? Kau jangan macam-macam..."

"Hahaha... Kau ingat aku giler ke? Aku saja jela... Ikut perancangan... Lagi 2 bulan... Aku nak cepatkan... Yelah, sekurang-kurangnya aku boleh ngadap adik aku dan Serena depan mata... Dan dalam masa yang sama, aku boleh jaga mama Nia... Lagipun, mama dan papa mahu aku tinggal di rumah mama, lepas kahwin... Tapi, aku kasihankan papa aku... Takkan aku nak tinggalkan papa aku sorang-sorang kat kondo?"

"Rasanya, kau dah tak payah kot nak ngadap adik kau, si Selena..."

"Eh, apasal pulak...?"

"Kau lupa, aku ni bakal suami dia... Dan, akukan akan bernikah sama tarikh dengan majlis kau... Kau lupa ke?"

"Ya Allah...! Betullah Khai... Aku lupa, doh! Aku lupa korang pun akan disatukan sama dengan aku, Serena..."

"Ish, kau ni... Baru 27... Belum 47 tau... Cepat sangat lupa..."

"Bukan lupalah... Aku saja je... Nak tengok kau ingat ke tidak apa yang Shah cakap tadi..."

"Giler aku tak ingat...! Kahwin beb... Siapa tak nak kahwin...?"

"Excited kau, kan? Tadi bukan main sedih lagi..."

"Sampai hati kau, Ad... Aku tahulah aku dah tak setaraf dengan kau lagi... Aku tahu aku siapa...? Aku tahu aku anak yatim... Tak kaya, tak berharta macam kau..." Kendur suara Khai...

"Ala, Khai... Sorrylah... Aku gurau je... Janganlah serius sangat... Khai... sorrylah... Aku tak sengajalah..."

"Aku sedar, Ad... Aku sedar aku siapa..."

"Khai, janganlah macam ni... Khai... Aku gurau jelah..."

"Gotcha! Hahaha... For the first time... Aku tengok wajah cuak kau, Ad..." Khai terus melarikan diri ke arah pantai...

"Kau...! Ish... Kau memang saja je kan...! Bertuah punya kawan... Kau saje je, nak buat aku rasa bersalah, kan?" Ad terus mengejar Khai... Dah macam budak-budak tadika main kejar-kejar...

"Lena, tengok tu...!" Seraya itu Serena menudingkan jarinya ke arah dua sahabat karib yang sedang berkejaran di pantai...

"Jom, join dorang...?" Serena dan Selena, berpandangan sesama sendiri sebelum pandangan mereka diarahkan pada papa Am, papa Simon dan mama Nia... Mereka melemparkan senyuman dan anggukan...

"Ok... Ok... Dahlah.. Semput dada aku..." Tercungap-cungap Khai...

"Takkan semput, kot! Aku ingat kau selalu pergi gym dengan Selena, kan?"

"Memanglah... Itu sebulan yang lalu... Sekarang, aku nak bersenam kat mana...? Aku kat sini, kan...?"

"Jadi, B nak salahkan sayang?"

"Eh, sayang..."

"Baby..." Serena menyambut huluran tangan Ad...

"Tak, B tak cakap pun macam tu... Sayang ni... tak baik tau tuduh B macam tu?"

"Sorry, B..."

"Baby, jom kita jalan-jalan kat tepi pantai...?"

"Jom..." Serena dan Ad mula melangkah...

"Eh, nak ikut jugak... Jom, sayang..." Tegur Khai... Khai menghulurkan tangannya seraya itu Selena menyambutnya dengan senyuman yang melebar... Mereka beriringan ke tepian pantai...

"So, Am... Apa plan kau?"

"Entahlah Simon... Aku tengah buntu ni...! Aku tak tahu nak buat apa lagi... Kau, ada plan ke? Nia, any idea...?"

"Aku pun masih tengah fikirkan benda ni... Apa cara kita nak kenakan si Kamarul ni!"

"Wait! Gibrel...! Kita cari Gibrel... Nia pasti, dia pasti tahu kelemahan Tengku Kamarul...!"

"But how?"

"Tengku Rizqy...!"

"Tengku Rizqy?"

"Yes! Tengku Rizqy...!" Mama Nia melebarkan senyuman sinisnya... Nampak gayanya, Mama Nia dah dapat idea untuk mengenakan dan sekaligus menjatuhkan Tengku Kamarul...

Sorry, lewat update... Sis sibuk sikit... Letih baru balik niaga, rehat sekejap... Update... Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience