"Assalammualaikum, Daddy... Mummy."
"Hah! Hidup lagi Khai! Daddy ingat Khai dah tak mahu baik ke rumah ni lagi?"
"Jawab dulu salam Khai, Daddy!"
"Emm, dah pandai kurang ajar...! Belajar dengan siapa?"
"Daddykan yang banyak ajar Khai... Khai belajar dari dadyylah!"
"Jangan berlagak, Khai! Kalau tak kerana daddy, Khai pasti akan merempat...! Anak tak tahu mengenang budi...!
"Khai tak mati dengan ugutan daddy! Daddy buatlah apapun, Khai dah tak peduli!"
"Jadi, buat apa kau balik ke mari...?"
"Khai nak tengok mummy... Then, Khai nak keluar dari rumah ni...!"
"Silakan! Daddypun tak hairan dapat anak yang tak sedar dek untung! Berambus kau dari sini!"
"Khai akan keluar...! Lepas ni, Khai akan pastikan Khai takkan jejakkan kaki Khai ke sini lagi... Biarlah Khai merempat pun asalkan bukan dengan duit haram daddy!"
"Kurang ajar kau!"
"Khai...?" Kelihatan mummy yang duduk di kerusi roda, ditolak oleh jururawat yang ditugaskan untuk menjaganya...
"Mummy...? Mummy sihat... Khai rindu mummy..." Tubuh mummy dipeluk erat...
"Mummy pun rindukan Khai. Kenapa lawan daddy, sayang?"
"Huh! Awak ajar sikit anak awak tu! Tak sedar diri...! Tak sedar dek untung!"
"Daddy patut cakap pada diri daddy sendiri...!"
"Khai, jangan cakap macam tu, tak baik!" Tegur mummy...
"Mummy, daddy yang buat Khai macam, ni...!"
"Jangan lawan daddy Khai...! Mummy tak ajar Khai kurang ajar macam ni!"
"Inilah bahananya kalau awak manjakan anak pungut ni!"
"Apa daddy cakap? Anak pungut?" Khai terus mengalihkan pandangannya ke arah mummy yang tertunduk membisu.
"Mummy... Betul ke Khai anak pungut? Betul ke mummy?" Mummy hanya mampu menundukkan kepalanya... Kepalanya digeleng-geleng berkali-kali...
"Kalau kami tak kutip kau kat rumah anak yatim, kau akan terus merempat kat sana...!" Khai yang terkejut mendengar sergahan daddy, terus memalingkan wajahnya.
"Abang!"
"Hahaha! Anak yatim...? Jadi, Khai ni anak yatim? Tadi anak pungut, sekarang anak yatim."
"Huh!" Tengku Kamarul mengalihkan pandangan jeliknya...
"Betul ke mummy? Khai anak yatim? Khai bukan anak kandung mummy?" Mummy hanya mampu mneggelengkan kepalanya, sambil menangis teresak-esak...
"Huh! Itulah kebenarannya... Kau hanya anak pungut... Kau sedar tak?"
"Patutlah selama ini, daddy cukup membenci Khai... Rupanya Khai hanya anak pungut... Khai, hanya anak angkat, anak pungut yang dikutip dari rumah anak-anak yatim..."
"Khai...?" Mummy cuba memujuk...
"Terima kasih daddy... Terima kasih mummy... Terima kasih sebab sedarkan Khai. Terima kasih kerana berterus-terang kedudukan Khai sebenarnya..." Khai berura-ura mahu melangkah keluar dari rumah agam itu....
"Khai sayang... jangan pergi Khai... Kesiankan mummy... Mummy sayangkan Khai..."
"Mummy, Khai sayangkan mummy... Terima kasih sebab jaga Khai macam anak kandung mummy sendiri..."
"Terima kasih mummy, daddy... Halalkan makan dan minum Khai selama ini..." Tangan mummy dikucup sebelum tubuh tua itu dipeluk erat...
Kemudian, Khai terus melangkah keluar dari rumah agam... Khai sempat mengerling ke arah daddy yang enggan memandangnya walau seinci...
"Khai...! Khai...! Jangan tinggalkan mummy, sayang! Khai...!"
"Biarkan budak pungut tu keluar!"
"Sampai hati abang buat Khai macam tu... Dia tak bersalah, bang!"
"Tak bersalah awak cakap... Melawan cakap saya... Tak dengar cakap saya... Itu tak bersalah kata awak...!"
"Dia tak bersalah...!"
"Huh! Kalau kita ada anak sendiri, tentu anak itu akan jadi waris kita suatu hari nanti... Bukan anak pungut tu!"
"Awak nak salahkan saya? Awak nak kata saya mandul, Tengku Kamarul?"
"Bukan ke awak yang tak mampu nak berikan saya zuriat... Awak yang beria-ia mahu ambil anak angkat kat rumah anak-anak yatim tu, kan? Awak lupa?"
"Kalau tak disebabkan awak yang paksa saya makan ubat perancang tu, tentu kita dah ada 2, 3 orang anak... Awak yang tolak rezeki Allah...!" Awak yang tak mahu anak di awal perkahwinan! Kononnya awak nak fokus pada business awak... Awak lupa Kamarul?"
"Sekarang, awak nak salahkan saya?"
"Awak yang bersalah! Awak kongkong kehidupan Khai! Awak paksa dia ikut segala kemahuan awak! Awak suruh dia ikut segala arahan awak!"
"Saya berhak menentukan masa depan dia!"
"Awak bukan Tuhan, Kamarul! Sudah-sudahlah Tengku Kamarul... Hentikan segala kejahatan awak...!" Tengku Kamarul agak terkejut mendengar sergahan isterinya...
"Apa yang awak cakap ni?"
"Jangan awak ingat saya tak tahu segala rahsia awak selama ini... Jangan ingat saya diam, awak boleh bodohkan saya, Kamarul!"
"Apa yang awak merepek ni?
"Awak ingat saya pekak? Awak ingat saya buta? Segala yang berlaku dalam dan luar rumah ini saya tahu Tengku Kamarul...! Saya tahu...!"
"Awak lupa, selama ini harta saya awak guna sesuka hati awak... Awak buat macam harta mak bapak awak! Awak lupa kalau tidak disebabkan saya, awak sendiri akan merempat di tepi jalan... Awak lupa Tengku Kamarul Khalif?"
Khai sempat memasang telinga di pintu rumah agam itu... Rupanya, selama ini, daddy menggunakan harta mummy untuk hidup... Bukan atas usaha nya sendiri...
"Huh! Sendiri yang tak sedar diri!"
Pintu kereta dibuka... Khai terus menyelinap masuk ke dalam kereta Ad dengan mata merahnya...
Air mata Khai yang ditahan sejak tadi, akhirnya tumpah jua... Khai keluar dari rumah agam itu sehelai sepinggang... Nasib baik, Ad menunggu nya di luar rumah... Kalau tidak payah juga dia nak keluar dari kawasan perumahan elit itu...
"Khai...? Kau ok?"
"Aku... ok."
"Kau menangis, Khai...?"
"Aku anak pungut Ad...! Anak yatim!" Khai menghamburkan tangisannya... Kedua-dua tangan Khai menekup mukanya...
"Apa yang kau merepek ni, Khai?"
"Ad, rupanya aku hanya anak angkat Khai... Aku anak pungut yang diambil dari rumah anak-anak yatim... Aku membesar selama 27 tahun sebagai anak angkat..."
"Kau tak main-main, kan Khai?"
"Patutlah selama ini, daddy layan aku acuh tak acuh... Rupanya aku hanya anak pungut, Khai... Anak pungut...! Allahuakhbar..." Wajahnya diraup lagi. Air mata Khai mengalir deras... Tiada lagi perasaan malu... 27 tahun, hidupnya lebih banyak dihabiskan dengan Ad...
"Khai, sudahlah... Kau tinggal dengan aku dan papa, ya...? Sudahlah tu... Takmu menangis lagi... Kau lelaki, kan...?"
"Thanks Ad... Aku dah tak tahu nak buat apa... Daddy dah halau aku...!"
"Mummy kau?" Khai mengesat air matanya dengan belakang tangannya.
"Mummy halang, tapi apalah daya mummy dengan keadaannya berkerusi roda... . Tapi, aku sempat dengar... Mereka bergaduh..."
"Mummy, daddy kau bergaduh? Kenapa?"
"Daddy menggunakan harta mummy untuk business atau dalam erti kata lainnya, untuk kepentingan dirinya sendiri..."
"Maksud kau?"
"Daddy berkahwin dengan mummy sebab harta..."
"Kenapa kau cakap macam tu...?"
"Mummy cakap, dia tahu apa yang berlaku selama ini... Mummy tahu segala kejahatan yang daddy buat."
"Jadi...?"
"Maksudnya, mummy ada informer... "
"Informer?"
"Ya... Aku sendiri terkejut bila mummy cakap macam tu!"
"In berita baik, Khai...!"
"Berita baik? Aku, tak fahamlah, Ad."
"Kau ni, lembablah Khai... Ini satu lagi jalan untuk kita jatuhkan daddy kau..."
"Bukan daddy aku, Ad... Aku tak mengaku itu daddy aku... Dia sendiri tak ngaku aku anaknya... Sebaliknya dia asyik sebut aku hanya anak pungut... anak pungut..." Cepat Khai memotong kata-kata Ad...
"Takpelah, Khai... Jom kita keluar dari sini... Sebelum keadaan semakin meruncing..." Khai menganggukkan kepalanya...
*****************************
"Mana Tengku Kamarul?" Tengku Rizqy kini berdiri tegak di hadapan Gibrel, setiausaha sulit Tengku Kamarul. Tengku Rizqy ditemani dua bodyguardnya...
"Maaf, Tengku Rizqy... Tengku Kamarul tak masuk hari ini... Dia ada appointment dengan pelabur dari luar negara..."
"Kenapa saya tak tahu...?"
"Saya kurang pasti, Tengku... Tapi, memang menjadi kebiasaan, kalau Tengku Kamarul keluar, dia tak benarkan saya inform sesiapa..."
"Awak makan gaji buta ke, Gibrella Greggor?" Terkesima Gibrel, apabila nama penuhnya disebut Tengku Rizqy...
"Ma... Mana Tengku tahu nama saya?"
"Ish, ish, ish! Awak ingat saya bodoh ke Gibrel? Jangan ingat saya tak tahu semua perbuatan dan kesalahan yang awak dah buat? Jangan fikir saya akan berdiam diri selepas apa yang telah awak lakukan selama ini...!"
"Ap... Apa maksud Tengku? Saya... Saya tak faham?" Terasa bagaikan nyawanya di hujung tanduk... Tengku Rizqy menarik kerusi di hadapannya lalu dihenyakkan punggungnya di situ...
"Tak faham atau buat-buat tak faham! Awak nak saya serahkan segala bukti kejahatan awak pada pihak berkuasa?"
"Bukti? Bukti apa? Apa yang Tengku cakap ni? Saya betul-betul tak faham...!" Gibrel cuba mempertahankan dirinya...
"Baiklah, masih nak bermain tarik tali dengan saya...? Emm, Puan Gibrella Greggor @ Puan Gina Gunawan or should I call you Mrs Kamarul?"
"Hah?" Terkejut yang amat Gibrel saat Tengku Rizqy menyebut nama sebenarnya... Terbuntang matanya... Confirm terkejut beruk... Nasib baik tak pengsan...
"Tak perlu buat-buat terperanjatlah!"
"Apa yang Tengku mahukan sebenarnya...?"
"Bukti!"
"Bukti apa?"
Bukti penyelewengan wang dan bukti yang awak memperdayakan Tengku Idham, 20 tahu yang lalu!"
"Ma... Ma...mana Tengku tahu?" Tergagap-gagap Gibrel...
"Macam yang saya katakan tadi, saya tak bodoh!"
"Sa... Saya... Saya..."
"Saya apa?" Sergah Tengku Rizqy... Terhinjut tubuh Gibrel mendengar sergahan Tengku Rizqy... Nampak gayanya, Gibrel kini berhadapan dengan maut! Sebelum ini dengan mudah, dia memperdayakan Tengku-tengku bodoh yang lain. Tapi, kali ini, lawannya bukan kaleng-kaleng!
"Gibrel, kalau awak bagi saya maklumat tentang Tengku Kamarul, saya akan pastkan awak akan terus bekerja di sini... Jika tidak, awak juga akan turut dihumban ke dalam penjara!"
"Jangan, Tengku! Jangan Tengku! Tolong, jangan masukkan saya ke dalam penjara...! Saya masih menjaga kedua orang tua saya... Kalau Tengku masukkan saya dalam penjara, siapa yang akan menjaga mereka?" Airmata Gibrel sudah bergenang di kelopak matanya...
"Kenapa awak tak fikirkan dulu, sebelum membuat onar?"
"Saya terpaksa, Tengku! Saya terpaksa!"
"Semua orang diberi pilihan, Gibrel... Semuanya di tangan awak, Gibrel!"
"Tengku tak faham...! Tengku tak faham situasi saya!"
"Buat saya faham!"
"Saya dianiaya, Tengku! Tengku Kamarul mengahwini saya untuk mendapatkan kedudukan di Organisasi..."
"Saya menanti, Gibrel..."
"Saya juga diupah untuk menjatuhkan Tengku Idham, Tengku Farid dan arwah Tengku Riezman..." Gibrel tertunduk... Air matanya mengalir deras...
"Jika tidak...?"
"Jika tidak, Tengku Kamarul akan sebarkan gambar bogel saya dengan..." Terhenti bicara Gibrel... Sukar sekali hendak dia sebut nama empunya badan...
"Dengan siapa?"
"Tengku... Riezman..."
"Hah! Tengku Riezman...? Awak tak tipu, kan Gibrel...?"
"Saya berani bersumpah, Tengku... Sebenarnya, mengikut rancangan... Kami akan berbulan madu di hotel 5 bintang kepunyaan Tengku Riezman... dan sebenarnya, Tengku Kamarul sudahpun mengajak Tengku Idham bersama... Tapi, Tengku Riezman ada kecemasan dan Tengku Idham yang menjadi mangsanya..."
"Sambung..."
"Tengku Idham diberi minuman yang memabukkan sehingga dia tertidur tidak sedarkan diri... Tengku Riezman kemudiannya datang tanpa memberitahu terlebih dahulu... Arwah mengamuk melihat keadaan kami yang mengaibkan..."
"Tengku Idham belum sedar lagi masa tu?"
"Belum... Tengku Kamarul tak mahu ada saksi, lalu dihentak belakang kepala Tengku Riezman dengan pasu bunga... Tengku Riezman pengsan selepas itu... Dan dia juga menjadi mangsa seperti mana Tengku Idham diperlakukan..." Rizqy mengepal penumbuknya... Dia perlu mengawal keadaan...
"Itu menjadi punca Daddy saya, meninggal dunia...?"
"Benar, Tengku... Saya betul-betul minta maaf... Saya sememangnya sudah lama nak mencari orang yang boleh membantu saya... Tapi, saya takut..."
"Apa yang awak takutkan...?"
"Tengku Kamarul bukan sebarangan orang... Dia mampu lakukan apa sahaja, asalkan hasratnya tercapai... Termasuk menghapuskan mereka."
"Kenapa awak tidak lapurkan pada pihak berkuasa...?"
"Siapa yang akan percaya cakap saya, Tengku...?"
"Apa maksud apa, Gibrel?"
"Tengku Kamarul mempengaruhi pihak polis dengan kedudukan dan wang ringgit untuk menutup mata mereka..." Wajah Gibrel sugul...
Keluhan kasar dilepaskan...
"Sekarang, awak rasa... awak boleh bantu saya?"
"Bantu macamana, Tengku?"
"Jadi saksi untuk memberi keterangan di mahkamah...!"
"Mahkamah?" Riak wajah Gibrel sudah berubah...
"Kenapa Gibrel?"
"Saya... saya bimbang orang tua saya..."
"Di mana mereka sekarang?"
"Di kondo saya..."
"Awak bimbang Tengku Kamarul akan ganggu mereka?"
"Mereka nyawa saya, Tengku..."
"Begini, Gibrel... Andai awak betul berjanji untuk menjadi saksi untuk memberi penerangan di mahkamah, saya akan pastikan keselamatan orang tua awak..."
"Maksud Tengku?"
"Kita pindahkan kedua orang tua awak ke tempat selamat... Itu janji saya...!"
"Baiklah, kalau itu yang Tengku katakan... Saya bersetuju..."
"Bagus! Cuma saya minta, rahsiakan semuanya dari orang lain, terutama Tengku Kamarul..."
"Baik, Tengku... Saya janji... Sekurang-kurangnya beban yang saya tanggung selama ini akan hilang, dan saya amat berharap Tuhan ampunkan segala dosa saya..."
"In shaa Allah, Gibrel... Allah tu Maha Pengampun..."
"Terima kasih, Tengku... Saya kan terus menghubungi Tengku andai ada sebarang maklumat..."
"Terima kasih, Gibrel... Saya beredar dulu..."
"Baik, Tengku... Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Rizqy melangkah keluar dari pejabat Gibrel... Gibrel rasakan bagai hilang semua beban di bahunya... Rahsia yang selama ini tersemat kukuh di sanubarinya, akhirnya terhambur sudah...
Gibrel sudah berjanji untuk menjadi sebaik-baik manusia... Menjadi Muslim yang sejati... Selama ini, dia menukar agamanya kerana kehendak Tengku Kamarul... Dan selama itu jugalah, dia menjadi Islam hanya pada nama... Tengku Kamarul tidak pernah mengajarnya mengaji, puasa mahupun bersembahyang, apatah lagi berjemaah...
Gibrel berharap sangat, suatu hari nanti akan terbuka pintu hati Tengku Kamarul untuk pulang ke pangkal jalan...
Maaf atas kelewatan... Rahsia demi rahsia dah terbongkar... Khai hanya anak angkat... anak pungut seperti yang dikatakan Tengku Kamarul... Kesian Khai... Tengku Rizqy dah memulakan langkahnya mencari maklumat... Apa yang akan berlaku seterusnya... Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel