BAB 13 - CD - TENGKU KAMARUL KHALIF

Romance Completed 23322

"Jangan sekali-kali menyalahkan Tengku Idham Ibraheem... Dia tak salah sebenarnya..."

"Apa maksud mama?"

"Tengku Kamarul Khalif... Dialah punca segalanya... Dari mula Tengku Idham memegang tampuk organisasi, Kamarul sudah memasang angan-angan untuk menjatuhkannya..."

"Hah! Betul ke mama?" Papa hanya mampu menelan air liur kelatnya... Tanpa suara dan tanpa campur tangan, papa hanya membiarkan mama membuka rahsia yang selama ini tersimpan rapi...

"Sebelum ini, organisasi merupakan sebuah organisasi yang sah di sisi undang-undang... Dengan ada organisasi ini, syarikat-syarikat bumiputera, milik orang-orang melayu especially, mendapat kelebihan dari segi bantuan kewangan, bantuan nasihat dan macam-macam lagi... Mereka hanya perlu membuat bayaran tahunan keahlian setahun sekali... Alhamdulillah, ahli semakin hari semakin ramai... Dan wang yang terkumpul juga semakin bertambah..."

"Namun, Kamarul makin gelap mata setelah melihat duit yang dilaburkan Idham... Kamarul menyimpan rancangan jahatnya untuk menjatuhkan Idham..."

"Tengku Idham difitnah... songlap duit." Shah menyampuk...

"Ya, bukan itu sahaja... Kamarul menghasut ahli-ahli agar menjatuhkan Idham kerana bagi mereka Idham tak layak lantaran mempunyai hubungan dengan perempuan yang belum sah sebagai isterinya... Kononnya, mereka tidak mahu ketua mereka, ada hubungan sulit..."

"Mama maksudkan diri mama ke? Mama, perempuan itu?" Tanya Selena...

"Ya, mamalah perempuan itu... Memang kami dah berjanji untuk berkahwin... Semua ahli tahu mengenainya... Tapi, Kamarul Khalif... Kamarul Khalif mempunyai hati yang sungguh busuk, hingga Tengku Idham dimalukan kononnya membuntingkan mama... Hakikat sebenarnya, Tengku Idham tidak pernah berbuat begitu... Kami tahu batas kami..."

"Tapi, mama... kenapa Tengku Kamarul buat begitu?"

"Perasaan iri hati dan cemburu..."

"Maksud mama...?"

"Mama dah mengenali Tengku Idham sudah hampir dua tahun sebelum kami membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga... Namun, ketika organisasi ditubuhkan,Tengku Idham, mama dan seorang lagi kawan kami, arwah Tengku Riezman Rasyhdan... berpakat untuk membuka keahlian kepada lebih ramai usahawan melayu di Malaysia..."

"Dan salah seorang dari mereka, Tengku Kamarul Khalif...?"

"Betul, Serena... Tapi, dia jadi tamak... Tamak pada kedudukan yang disandang oleh Tengku Idham... Kamarul tahu mama bakal menikahi Tengku Idham, tapi, mama difitnah kononnya mama nak goda dia... Walhal hakikatnya, Kamarul mahukan mama menjadi isterinya... Bukan mama sahaja mendapat tempiasnya... Tengku Idham juga begitu... Kamarul mahukan kedudukan serta harta dan wang yang bernilai jutaan ringgit dalam organisasi..."

Mama menarik nafas panjang... Papa yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya, memeluk tubuh mama... Air mata mama dikesat dengan jari-jemarinya...

"Honey... It's ok..."

"No, it's not ok. They need to know everthing about us! About Ad and Khai... They need to know who is Tengku Idham and Tengku Kamarul Khalif..." Suasana sunyi seketika...
"Kasihan, Kamarul tak mampu mengeluarkan duit walau sesen pun..."

"Sebab hanya 3 orang sahaja yang boleh mengeluarkan wang di bank dan mereka adalah pengasas organisasi, Idham, mama dan Tengku Riezman..." Shah menyambung... Papa tersenyum memandang anak terunanya...

"Sebab itu juga, dia tak boleh menendang Tengku Idham keluar dari organisasi...?"

"Correct!" Papa menjawab bagi pihak mama, pendek.

"Mama kata, mama terima surat ugutan untuk tinggalkan Tengku Idham... dari Tengku Kamarul ke?" Soalan kali ini dari Serena pula...

"Pada mulanya mama tak terfikir langsung ianya dari Kamarul... Makin lama, makin kuat tekaan mama... Memang benar... Kamarul punya angkara..."

"Alasan dia mudah, tak nak Idham kena ikut cakap mama atau dalam erti kata lain, takut mama akan pengaruhi Tengku Idham dalam membuat sebarang keputusan..."

"Tapi, bagaimana pula dengan kawan mama, Tengku Riezman...?"

"Arwah Riezman macam Idham juga... Baik sangat dengan mama, tapi, dia sendiri merestui hubungan mama dengan Idham... Kami bertiga dah berjanji akan setia pada satu sama lain... Kematian Tengku Riezman juga misteri..."

"Maksud mama?"

"Riezman yang kami kenali, tidak mempunyai sebarang penyakit... tetapi, kematiannya disebabkan sakit jantung... Pelik sangat!"

"Maksudnya, kematiannya dirancang dan soktor yang membuat port-mortem dibayar untuk mengeluarkan kenyataan palsu..."

"Benar... sebab kami yakin, Riezman memang takde masalah kesihatan... Mama tahu dan mama yakin sangat."

"Takpe ma, nanti Shah cuba dapatkan maklumat tentang arwah Tengku Riezman Rasyhdan, ya? Shah boleh dapatkan bukti... Shah nak tengok laporan forensik..."

"Untuk apa, abang Shah?"

"Untuk pastikan samada dia mati sebab penyakit atau sebab dibunuh? Dan tidak mustahil dengan wang, mereka boleh gelap mata seperti Kamarul Khalif! Laporan kematian boleh diubah."

"Kematian Riezman begitu mengejutkan mama dan Idham... Tapi, awal-awal lagi Riezman dah nasihatkan kami berdua, agar berhati-hati dengan Tengku Kamarul Khalif..."

"Sebelum Riezman meninggal, Riezman meninggalkan pesanan agar keluarkan Kamarul dari organisasi..."

"Kenapa mama? Riezman tahu apa-apa ke?" Mama mengangguk..

"Kamarul mula berhubung dengan organisasi di luar Malaysia... Kamarul mula berhubung dengan organisasi di luar negara untuk berurusan... Mereka menjalankan kegiatan yang tidak sah..."

"Maksud mama, kongsi gelap?"

"Lebih kurang... Penyeludupan manusia, dadah, senjata api yang paling banyak mengaut keuntungan... Kongsi gelap... Banyak sangat..."

"Dan sebab itu, Riezman dibunuhnya bagi menutup kesalahannya... Sebab, Riezman tahu tentang kegiatan mereka..."

"Might be."

"Tapi, takkan takde waris arwah Riezman yang datang menuntut hak arwah...?"

"Mama tak pasti pasal tu... Lepas beberapa kali diugut, keluarga mama diganggu, pelbagai kata-kata hinaan dan makian yang kami terima... Akhirnya, mama dihantar belajar ke luar negara dan keluarga mama pulang ke kampung halaman sebelah ibu mama di Perlis..."

"Tapi, sebelum arwah meninggal, arwah ada sebut pasal Rizqy Riezman..."

"Emm... Rizqy Riezman... Macam familiarlah!"

"Shah kenal ke?"

"Kenal tu tidaklah, ma... Tapi, Rizqy Riezman, familiar sangat tu... Rasanya, tu mungkin waris arwah Tengku Riezman Rasyhdan...?"

"Mungkin juga...! Tapi, mama memang tak sempat nak cari maklumat pasal waris arwah sebab time tu terus berhijrah ke Australia..."

"Takpe, ma. Nanti Shah cuba dapatkan maklumat semua yang terlibat termasuk Rizqy Riezman..."

"Baik, Shah! Tapi, hati-hati ya.."

"No prob, ma!"

"Mama, tadi mama cakap pasal kampung... Mama ada kampung?" Mama menganggukkan kepalanya...

"Kampung? Maksudnya... kami ada kampung? Serena dan Selena ada kampung... Yeah! Bestnya dapat balik kampung...!"

"Hei! Bertuah punya budak! Mama tengah bercerita ni, boleh pulak nak balik kampung..." Mama meng2gelengkan kepalanya, melihat anak-anak gadisnya seronok mendengar pasal kampung... Maklumlah.. Dah 24 tahun, dari lahir, sekolah, membesar, semuanya kat luar negara...

"Mama, mama, kami ada atok nenek lagi ke?"

"Ada sayang... Mama masih berhubung dengan atok, nenek di kampung... Berita perpindahan kita ke Malaysia juga, dorang tahu..."

"Mama, bila kita boleh balik kampung... Lena nak tengok sawah padi... nak mandi sungai... mesti bestkan?"

"In shaa Allah... one day... Perhaps!"

"Ok, back to the story... Pasal waris arwah Riezman, memang mama tak tahu lepas keluar dari organisasi..."

"Kesian mama... Macamana mama boleh sekuat dan setabah itu... Dan, persoalan utama... Macamana mama boleh terselamat dan tahu tentang semua kegiatan Kamarul..." Mama memandang Papa yang sedari tadi lebih banyak mendiamkan diri... Hanya bersuara sekali-sekala...

"Papa... Sebab papa."

"Papa?"

"Macam yang papa katakan tadi, papa undercover... Masuk dalam organisasi untuk mencari bukti kesalahan Kamarul... Sebelum diarah untuk membunuh mama..."

"Wah, papa herolah!"

"My true hero..."

"Yes, that's right! Papa, hero mama..." Tersenyum simpul mama, apabila papa mendakap bahu mama seraya mendengar ayat potong kaki dari papa.

"Jadi, itulah ceritanya... Tengku Idham tak bersalah... Mungkin sekarang ini dia bekerja di bawah Tengku Kamarul... Lagipun, hanya dia yang tinggal... dan hanya dia yang boleh membuat pengeluaran wang dari akaun organisasi kan..."

"Takpe, ma... Bagi Shah masa... Shah tahu nak buat apa..."

"Papa, mama... Ad, Khai macamana?"

"Mama tak larang kakak dan adik berhubung dengan Ad dan Khai... Macam yang papa katakan tadi... Please take care of yourself, boleh kan?"

"Baik mama, papa." Jawab Serena Selena serentak...

"Shah, biarkan Serena dan Selena, ya...? Sesekali Shah kena perhatikan atau pantau kakak dan adik, ya...? Dorangkan adik Shah? Shah tak sayang kakak adik ke?"

"Shah sayang adik-adik, Shah... Cuma, Shah kena lebih tegas berkaitan hal keselamatan keluarga kita..."

"Ya, mama papa tahu... Tapi, Shah pernah cakapkan, kebahagiaan adik-adik Shah, kebahagiaan Shah juga."

Nafas ditarik sebelum dilepaskan...

"Baik mama... Shah terima kata-kata mama, papa... Cuma, abang harap sangat... macam yang papa kata... ke mana jua korang pergi please... please inform us... Atleast, kalau tak dapat call, wassup or just message us, kay?"

"Thank you so much, abang! We love you, abang!" Baik Serena, mahupun Selena, kedua-duanya terus mendapatkan tubuh sado Shah. Sayangnya Shah pada kedua-dua adiknya tidak dapat disangkal lagi...

Mama dan Papa tersenyum bahagia melihat anak-anaknya bahagia dalam pelukan Shah.. Moga Shah akan terus menjadi pelindung buat keluarganya...

Ibu bapa mana yang mahu melihat anak-anak mereka tidak bahagia...? Semua mahu begitu, kan? Begitu juga Shah yang mahukan adik-adiknya merasai kebahagiaan... Cukuplah banyak ujian yang terpaksa harungi selama ini sebelum berpindah ke Malaysia...

"Sudah tu nak peluk-peluk... Pergi tidur... Dah midnight ni...!"

"Baiklah mama dan papaku sayang... Kami menurut perintah!"

"Mama, jangan lupa ya... Nanti kita balik kampung... Selena tak pernah merasa kehidupan kampung..."

"In shaa Allah... One day... "

"Honey... Are you ok?"

"In shaa Allah, ok! Don't worry..." Papa memeluk Mama lantas ditarik tangan mama lau dikucupnya sekali...

"I'll always be by you side... I promise...! I love you, honey."

"Thank you so much darling... I love you too..."

Rahsia dah dibongkarkan... Siapa Kamarul Khalif... Siapa Idham Ibraheem? Apa akan berlaku selepas ini, stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience