Semakin hari, Tengku Kamarul semakin dihimpit kebimbangan. Kali ini kebimbangannya semakin terasa apabila isterinya, Puan Mona sudah lari dari rumah... Nak kata lari tak boleh, sebab Puan Mona berkerusi roda... Jadi, senang cakap, Puan Mona keluar dari rumah agam tanpa memberitahunya...
Hanya yang tinggal, sepucuk surat yang ditinggalkan di atas meja kopi di ruang tamu rumah agam itu... Menjelaskan mengapa Puan Mona meninggalkan Tengku Kamarul sendirian...
~Maafkan saya... Saya dah tak mampu nak menghalang abang menjadi lebih baik... Saya rasa cukup sampai sini lakonan kita selama ini... Saya tak mampu nak menahan awak dari terus melakukan kesalahan. Saya gagal menjadi seorang isteri yang awak idam-idamkan selama ini... Lepaskan saya dan nikahi Gibrella~
~Hentikan segala kejahatan dan kekejaman yang awak lakukan selama ini... Seperti yang saya katakan sebelum ini, jangan ingat saya tutup telinga atau tutup mata. Saya tahu apa yang berlaku selama ini... Pulang ke pangkuan jalan yang sebenar-benarnya... Ingat Allah... Selama ini Dia hanya memerhatikan segala kejahatan dan kekejaman yang awak lakukan~
~Bertaubatlah sebelum terlambat. Jangan menyesal... Saya akan ambil semua hak saya, bila tiba masanya... Jangan salahkan Khai atas apa yang berlaku... Salahkan diri sendiri... Berubahlah Tengku Kamarul Khalif~
Surat tadi terus direnyuk. Panas hati Tengku Kamarul.
"Cis! Sialan! Berani dia tinggalkan aku! Tak padan dengan sakit!"
Tengku Kamarul menghenyakkan punggungnya di sofa kulit berjenama mahal... Kakinya disilangkan... Sunyi rumah agam itu...
"Macamana dia tahu aku dengan Gibrel? Siapa yang bagitahu dia? Tak mungkin Gibrel!"
"Dia tahu semua kerja jahat aku! Siapa informer dia ni? Ish! Sial betullah!"
"Hak kau? Aku yang bermatian cari harta wang beribu bagai... Kau kata, hak kau? Huh, mimpilah...!"
"Bertaubat konon! Kau tu yang patut mati dulu! Menyusahkan aku je!"
"Ini semua pasal budak pungut sial tu! Kalau dia takde dulu, dah tentu takde masalah timbul! Hish!" Tengku Kamarul terus-menerus memaki-hamun Khai dan isterinya, Puan Mona...
Makin benci Tengku Kamarul pada Khai... Seolah-olah Khai yang membawa nasib malang buatnya... Segala-galayang berlaku, hanya secara kebetulan... Selepas Khai diambil dari rumah anak-anak yatim, isterinya Puan Mona ditimpa kemalangan hingga menyebabkan dia hanya mampu duduk di kerusi roda...
Walaupun hakikatnya, semua yang berlaku, adalah ketentuan Allah swt... Bagi, Tengku Kamarul, Khai adalah penyebab nasib malangnya. Dan kini, isterinya pula meninggalkan dirinya seorang diri...
*************************
Sementara di rumah Mama Nia...
"Jadi, macamana sekarang?"
"Khai, Ad?"
"Apa pula kata Rena, Lena?"
"Emm, kami semua dah berbincang mama, papa dan kami setuju dengan cadangan mama, papa..."
"Alhamdulillah... Ad, macamana? Papa setujukan?"
"Alhamdulillah... papa takde masalah... Malah papa lagi suruh Ad cepat kahwin... Papa cakap nak main cucu..." Ad memandang Rena sekilas... Merona wajah Serena mendengar ulasan Ad...
"Khai...?"
"Ya, mama..."
"Khai ok ke? Khai ada masalah?" Khai menggelengkan kepalanya.
"Khai ok... In shaa Allah, takde masalah... Tapi, Khai ada call mummy... mummy dah takde kat sini..."
"Eh, mummy pergi mana?"
"Mummy dah keluar dari rumah agam tu..."
"Kenapa?"
"Mummy dah tak tahan perangai Daddy..."
"Kau call mummy guna handphone baru kau, kan Khai?" Soal Ad...
"Ya, Ad... Jangan risau! Aku takkan susahkan keluarga baru aku..." Sambil melembarkan senyuman ke arah Selena...
"Khai, mummy Khai sekarang kat mana?"
"Mummy ada di rumah nenda di Janda Baik..."
"Daddy tahu ke mummy ke sana?"
"Tak... Rumah nenda di Janda baik hanya Khai je yang tahu lokasinya... Daddy tak tahu... "
"Nanti, pernikahan Khai dan Selena?"
"In shaa Allah, mummy akan hadir... Khai dah beritahu mummy pasal pernikahan ini..."
"Khai minta maaf pada semua... Khai malu sangat dengan apa yang telah daddy lakukan... Khai betul-betul minta maaf, tulus dari hati Khai."
"B...?" Selena merapati Khai yang sedang kesedihan...
"Khai dah tak tahu nak cakap apa lagi... Khai benar-benar rasa terharu dengan kebaikan semua orang yang melayan Khai dengan baik... Sanggup terima Khai walaupun tahu siapa daddy Khai..."
"Khai... sudahlah tu! Mama, papa, Shah, Serena dan Selena... Even papa Am sekalipun... Kami tahu Khai tak bersalah... Tak perlu menyalahkan diri Khai sebab Tengku Kamarul... Khai berhak memilih jalan hidup Khai sendiri... Khai berhak bahagia..."
"Mama, papa... Khai tak tahu nak cakap apa... Terima kasih mama, papa sebab restu hubungan Khai dengan Selena... Khai janji akan jaga Selena sebaik mungkin... Khai janji akan melindungi Selena biarpun nyawa Khai menjadi taruhan..."
"B... Jangan cakap macam tu...!"
"Maafkan Khai... Apa yang berlaku selama ini berpunca dari Tengku Kamarul... Orang yang telah membesarkan Khai... Menyekolahkan Khai... Memberi Khai pelajaran dan memberi Khai kehidupan... Maafkan Khai..."
"Khai, mama faham, Khai... Jangan risau... Kami takkan salahkan Khai andai ada benda yang berlaku... Mama yakin, Khai bijak memilih mana intan mata permata, kan?"
"Terima kasih, mama... Terima kasih kerana sudi menerima Khai dalam keluarga bahagia mama... Khai...terharu sangat..."
"Ok, ok! Sudah tu... Kita nak happy kan... Takmu sedih-sedih lagi..." Usik Shah.
******************************
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba... Awal pagi lagi, mereka semua telah tiba di perkarangan Pejabat Agama Islam... Kelihatan Khai dan Ad, segak berbaju Melayu berwarna krim dengan songkok hitam terletak elok dikepala mereka... Mereka ditemani Shah dan Tengku Idham...
Sementara menanti ketibaan pengantin perempuan, Tengku Idham memberi sedikit nasihat pada Ad dan Khai... Tengku Idham beberapa mengulangi kata-katanya...
"Ingat Khai, Ad... Dalam hidup berumahtangga, banyak pancarobanya... Kita sebagi suami, perlu bijak menangani masalah... Benda paling penting, kejujuran... Jangan sesekali bersikap tidak jujur dengan isteri kita... Apa jua yang berlaku, pastikan kita bawa berbincang..."
"Walau bersilih faham, jangan sesekali pisahkan tempat tidur... Ke mana jua kita hendak pergi, jangan lupa beritahu isteri kita... Jangan sampai mereka buat kesimpulan sendiri... Tak bagus biarkan isteri bermasam muka... Nanti segala benda yang isteri kita buat, jadi tak ikhlas... Ingat tu... Sayangi mereka, cintai mereka... Mereka yang akan hidup dengan kita sehingga ke akhir hayat... In shaa Allah..."
"In shaa Allah, uncle..."
"In shaa Allah, papa. Terima kasih untuk peringatan ni... Kami akan ingat segala pesanan papa..."
"Khai, Ad... Mari, tok kadi dah panggil..." Panggil Shah.
Mereka melangkah memasuki pejabat yang disediakan... Teruja mereka melihat Serena dan Selena yang anggun dan ayu berbaju kurung moden bersama hijab... Tak berkelip mata kedua-duanya meliht bidadari di hadapan mereka...
Sejam kemudian... Serena telah sah menjadi isteri kepada Tengku Isyraq Irsyad. Ad dinikahkan sendiri oleh bapa mertuanya, Tuan Simon Abdullah. Sementara Selena sah menjadi isteri kepada Tengku Kamarul Khaseef dengan sekali lafaz. Selena diwalikan sendiri oleh bapa kandungnya, Tengku Idham Ibraheem.
Selesai majlis pernikahan, mereka pulang ke rumah Mama Nia dan sedikit majlis doa selamat diadakan buat keluarga rapat... Khai turut merasa bahagia, saat menerima kehadiran mummy...
"Mummy..." Tubuh tua itu dipeluk bagi menghilangkan rasa rindunya...
"Alhamdulillah. Tahniah Khai... Dah jadi suami orang, anak mummy ni... Mummy teruja sangat... Mana isteri Khai...?" Khai cuba mencari kelibat Selena... Kelihatan Selena sedang menuju ke arahnya...
"Sayang... Mari sini..." Selena bergerak laju menuju ke arah suaminya yang baru dinikahi...
"Sayang, ini mummy abang... Mummy, ini Selena, wife Khai..." Selena menyalami ibu mertuanya... Sebelum tubuhnya dipeluk Puan Mona... Khai tersenyum memandang Selena yang terkejut apabila tubuhnya di tarik mummy. Khai terasa terharu melihat kedua insan kesayangnya berpelukan.
"Pandai Khai cari isteri... Cantiknya menantu mummy..." Selena dah tersipu malu...
"Khai, nanti bawalah Selena ke Janda baik ya...? Boleh honeymoon sekali kat sana..."
"In shaa Allah, mummy... Err, mummy, Khai nak tanya sikit, boleh?"
"Mummy tahu Khai nak tanya apa... Khai nak tanya pasal kaki mummy, kan?" Khai mengangguk...
"Err, abang, mummy... Lena sediakan tempat makan kita dulu, ya... Abang nanti bawk mummy ke meja sana ya...?" Sambil menuding jari ke arah meja VIP yang telah tersedia..
"Ok, sayang... Nanti abang ke sana..."
"Minta maaf ya, mummy... Selena ke sana dulu... nanti mummy jemput ke sana ya.. Kita jamu selera..."
"Thanks sayang..." Mummy sekadar memandang ke arah Khai yang tak berkedip mata memandang lenggok isterinya yang berlalu pergi.
"Ish, sudahlah tu! Tak lari isteri tu..." Tersengeh Khai mendengar usikan mummy.
"She's beautiful... Kan mummy?"
"Ya, Selena cantik, berbudi bahasa, sopan orangnya... Mummy suka sangat..."
"Terima kasih mummy... Khai memang sayangkan Selena... Sayang sangat... Daddy pernah suruh Khai tinggalkan Selena."
"Pedulikan daddy! Khai berhak pilih hidup Khai sendiri... Mummy sendiri tak sanggup nak mengadap sikap daddy Khai yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit... Macam kaduk naik junjung..."
"Tapi, mummy..."
"Khai, mummy minta maaf sebab rahsiakan dari Khai pasal siapa Khai sebenarnya... Mummy minta maaf..."
"Takpelah mummy... Khai faham... Cuma, Khai nak tahu sejak bila mummy dah boleh berjalan? Sedangkan, Khai balik baru-baru ni, mummy masih berkerusi roda... Maksudnya mummy dah sihatkan?" Mummy melemparkan senyuman ke arah Khai... Nampak riak wajah Khai berubah sedikit...
"Mummy...?" Khai menantikan jawapan...
"Untuk pengetahuan Khai... Dah bertahun, mummy pulih... Mummy dah lama boleh berjalan.. Tapi, mummy terpaksa berlakon depan daddy... Untuk mengaburi mata daddy yang mummy masih tak sihat..."
"Untuk apa? Untuk apa mummy buat semua tu?"
"Mummy nak tengok sejauh mana daddy Khai berbohong dengan mummy..."
"Bohong? Daddy tipu mummy?"
"Kalau Khai nak tahu, mummy ada madu... Sebelum mummy kahwin dengan daddy, daddy dah ada anak sendiri... Daddy dah pernah berkahwin sebelum ni... Dan anak daddy masih hidup sehingga ke hari ini..."
"Hah? Betul ke mummy? Maksudnya mummy ni, isteri kedua...?"
"Kedua atau ketiga, maybe... Dan madu mummy, Khai sendiri kenal dia..."
"Siapa yang mummy maksudkan?"
"Aunty Gibrel... Secretary daddy..."
"Serius mummy! Tapi, macamana mummy tahu semua ni?"
"Mummy ada banyak mata-mata... Mummy sentiasa dihubungi orang-orang mummy... Setiap masa, mummy akan menerima segala info pasal daddy.... Inlcuding you young man!" Tertelan air liur Khai...
"Maksud mummy, apa yang Khai buat kat luar dengan Selena, mummy tahu...?"
"Yes!" Kelat air liur yang ditelan Khai...
"Kenapa takut? Khai ada buat benda tak baik ke dengan Selena...? Khai jangan macam-macam...!"
"Tak mummy! Tak! Jadi, apa yang Khai buat dengann Daddy kat luar, ke mana Khai pergi, mummy tahu?"
"Ya... Semuanya... Takde satupun yang tertinggal! Mummy akan pastikan segala info yang mummy terima, tepat dan sahih!"
"Maafkan, Khai mummy... Khai dah tak tahu nak buat apa... Khai dah lukakan hati mummy lepas Khai melangkah keluar dari rumah agam tu... Khai betul-betul minta maaf... Takde niatpun di hati Khai nak lukakan hati mummy... Khai cuba dah tak tahan jadi lembu kena cucuk hidung dengan daddy!" Tangan Khai digenggam mummy...
"Takpe, Khai! Mummy tak salahkan Khai... Khai dah buat benda yang betul... Mummy sendiri dah tak sanggup nak berhadapan dengan daddy... Itu sebab mummy tinggalkan daddy sendirian... Mummy tahu, dia lagi suka mummy takde di sisinya..."
"Dah seminggu mummy tinggalkan daddy... Mummy tak rindu daddy?"
"Huh, rindu? Mummy dah takde perasaan kat daddy lagi selepas daddy bawah Gibrel pulang ke rumah... Segala-galanya dah berlalu, Khai... Mummy redha dengan apa yang berlaku..." Sayu hati Khai melihat mummy begitu.
"B, hidangan dah siap... Mari kita makan... Ajak mummy..." Panggilan Selena mengejutkan dua beranak itu dari lamunan.
"Coming, sayang...! Mari mummy, kita makan dulu... Nanti kita berbual lagi... Selena dah panggil tu..."
"Yelah... Mummy pun lapar pulak rasanya... Tengok anak menantu mummy, mummy makin lapar!"
"Hihihi... Mummy ni..." Khai dan mummynya melangkah ke meja VIP yang menempatkan hidangan yang telah disiapkan Selena...
"Mummy, silakan..."
"Selena duduk sini... Dekat mummy... Kita makan sama-sama ya...?"
"Err... Baik mummy... Terima kasih..."
"Mummy, Khai...?"
"Yelah... Khai sekalilah makan dengan mummy dan isteri Khai yang cantik jelita ni? Mengadakan?" Mummy menyakat Khai... Tersipu-sipu Selena mendengar usikan mummy...
Sesekali mereka bergurau senda ketika menjamu selera... Selena seronok melihat ibu mertuanya yang cukup ramah... Tak kekok makan bersama-samanya... Tentu berbeza dengan Tengku Kamarul...
Sesudah menjamu selera, Khai membawa mummy berkenalan dengan keluarga mertuanya...
"Mama, kenalkan ini mummy Khai, Puan Mona." Mummy dan mama Nia saling berpandangan...
"Mona?"
"Nia...?" Semua yang berada berdekatan berpandangan...
"Ya Allah... Kecilnya dunia ni... Nia, lamanya tak jumpa...? Nia apa khabar? Macamana dengan Idham?"
"Allahuakhbar, Mona! Lamanya kita tak jumpa... Mana Mona pergi...? Mona dah tak sayangkan Nia, ya?"
"Mona ada, Nia! Mona ada...! Alhamdulillah... akhirnya kita dapat juga bertemu. Allahuakhbar... Rindunya Mona pada Nia... Dah lama Mona nak cari Nia... Sana, sini Mona cari Nia... Mana Nia menghilang...? Eh, mana Idham?" Mama memandang wajah suaminya, sebelum Tengku Idham menyertai mereka...
"Mona...?"
"Am?" Masing-masing terkedu... Nampak gayanya, rahsia baru bakal terungkai...
"Mona...? Mona datang dengan siapa?"
"Dengan bodyguard... Ada kat sana, tengah menjamu selera..." Mummy menunjukkan 2 orang bodyguardnya.
"Err... Mummy, mama, papa...? Ada benda yang kami perlu tahu?" Mummy sedikit terkejut mendengar kata-kata Khai...
"Come, kita masuk dulu... Mama akan explain. Mari Mona, kita masuk ke dalam... You need to know something..."
"Kenapa? Explain apa?"
"Come... Kita masuk dulu... Pengantin, mari masuk..." Selena memandang Khai sebelum tangannya di tarik perlahan...
"Mari sayang..."
"Baby, come..." Ad menghulurkan tangannya sebelum Serena menyambutnya...
"Err, Tengku Rizqy, Hakimi... Come, join us." ajak mama Nia.
"Tengku Rizqy? Anak Tengku Riezman ke?" Soal Puan Mona...
"Ya, anak Riezman..."
"Riezman mana? Mona dah lama tak dengar pasal Riezman..."
"Aunty kenal daddy saya ke?" Riz sedikit tersentak mendengar puan Mona menyebut nama arwah daddynya...
"Err, Mona...Riz... Kita masuk dulu ya... Kat dalam, Nia ceritakan semuanya..."
Puan Mona kebingungan apabila Mama Nia menarik perlahan tangannya masuk ke rumah... Berkerut dahinya melihat ramai memandang ke arahnya...
Mummy Khai dah boleh berjalan...? Puan Mona dan Mama Nia, kenal satu antara lain... Siapa Tengku Riezman pada mereka? Apa yang akan berlaku selepas ini...? Stay tuned... Enjoy reading
Share this novel