BAB 36 - CD - SELENA

Romance Completed 23254

"Apa buktinya barangan tu milik saya?'

"Tengku... Saya mohon beri kerjasama..."

"Tuan Inspektor tak jawab lagi soalan saya...! Apa bukti, semua tu milik saya, kerja saya?"

"Tengku, kami sudah menahan beberapa orang pekerja Tengku yang mengaku mereka bekerja untuk Tengku dan mereka melakukan segala kerja ini atas arahan Tengku..."

"Siapa? Siapa yang Tuan Inspektor maksudkan...?"

"Tengku tak perlu berpura-pura tidak mengenali mereka."

"Saya cakap benda yang betul. Saya takde kena-mengena dengan mereka... Mungkin mereka salah orang!"

"Hahaha... Kami tak mungkin salah orang, Tengku! Segala bukti sudahpun kami temui..."

"Mereka yang telah ditahan bersedia menjadi saksi di mahkamah nanti!"

'Shit! Berani dorang!' Penumbuk dikepal...

"Mana buktinya? Hah, mana buktinya?"

"Kami dah lama mengikuti segala perkembangan Tengku dan kami tahu apa yang Tengku lakukan selama ini..."

"Pihak polis tak bodoh, Tengku! Tengku mungkin boleh mengaburi mata orang lain, tapi bukan kami!"

"Bertahun-tahun kami mengumpul segala maklumat tentang Tengku... Cukuplah selama ini, Tengku menggunakan kuasa dan wang ringgit untuk menutup segala kesalahan Tengku..."

"Kali ini, Tengku takkan terlepas lagi!"

"Selagi korang belum buktikan daan sabitkan aku yang bersalah, korang tak boleh nak tahan aku! Jangan ingat aku tak tahu pasal undang-undang!"

"Tengku Kamarul Khalif... Agak-agaknya kalau Jason buka mulut, macamana ya nasib Tengku nanti?"

"Ja... Jason?"

"Ya, Jason, orang kanan Tengku yang paling Tengku percayai... Jason ada dengan kami, dan jangan risau Tengku... Kami tahu macamana nak bagi Jason muka mulut..."

"Huh! Jason takkan berani nak muka mulut... Aku kenal Jason!"

"Kalau macam tu, Tengku juga tahu Jason bertugas sebagai polis, kan?"

"Hah! Polis?"

"Ya, Jason merupakan pegawai Interpol, yang telah bertahun-tahun menjejak Tengku..."

"Jason... Interpol?"

"Ya! Kali ini Tengku takkan terlepas lagi! Sarjan, tangkap tertuduh!"

"Aku mahukan lawyer!"

"Tengku, sila beri kerjasama dengan pihak kami..."

"Aku mahukan lawyer aku!"

"Tengku boleh call kemudian... Tengku perlu ikut kami...!"

"Aku nak lawyer aku!"

"Tengku, sila beri kerjasama... Kami tak mahu berkasar dengan Tengku. Sila beri kerjasama...!"

"Aku tak nak pergi selagi lawyer aku takde!"

Nampak gayanya Tengku Kamarul bermain tarik tali... Inspektor Aiman perlu bertindak sekarang...

"Sarjan Haikal, Sarjan Kamal... Tahan yang tertuduh! Gari tangannya...!" Arahan dikeluarkan.

"Tak! Kau tak boleh gari tangan aku! Aku tak salah!"

Sarjan Haikal dan Sarjan Kamal terus menerpa ke arah Tengku Kamarul... Berlakulah pergelutan sehingga tercampak pistol milik Tengku Kamarul... Tergamam seketika...

"Tuan, pistol!"

"Gari tangan tertuduh!"

"Baik, tuan!"

Inspektor Aiman membelek-belek pistol yang baru diserahkan kepadanya. "Wow! Ini pistol semi automatik, Glock 45 GAP, buatan Austria... Mahal ni! Mana Tengku boleh dapat ya, pistol ni? Setahu saya, pistol ni diharamkan di Malaysia." Tengku Kamarul sekadar memandang sinis.

"Tentu ini juga, salah satu barang seludup, kan?"

"Huh!"

"Tengku tahu tak, untuk kesalahan memiliki senjata haram, apa hukumannya?" Tengku Kamarul sekadar menjeling.

"Tuan, ini satu lagi senjata api...!" Satu lagi senjata ditemui di kocek kot Tengku Kamarul.
Senjata tersebut diserahkan kepada Inspektor Aiman.

"Dahsyat, Tengku! Ini pistol Desert Eagle Mark XIX, 50 Action Express, buatan Israel. Pistol yang mampu membunuh dengan sekali tembak. Macamana Tengku boleh dapat semua senjata api yang diharamkan di Malaysia...? Hebat Tengku!"

Tiada sahutan, hanya senyuman sinis yang tergambar di wajah Tengku Kamarul.

"Tengku, kesalahan yang Tengku lakukan bukannya kecil... Cubaan membunuh, mengugut, penyeludupan dadah dan ini penyeludupan senjata api haram... Besar kesalahan Tengku!"

"Sarjan, bawak tertuduh!"

"Baik, tuan!"

"Lepaskan aku! Aku tak bersalah! Lepaskan aku!" Berkali-kali Tengku Kamarul meronta-ronta, cuba melepaskan diri...

Memang mencabar untuk menahan seorang lelaki bernama Tengku Kamarul Khalif... Hampir 10 minit, barulah mereka berjaya menahan Tengku Kamarul...

Tubuh Tengku Kamarul tertiarap di lantai sebelum kedua tangannya ditarik ke belakang dan digari. Tengku Kamarul masih meronta-ronta walaupun tubuhnya sudahpun ditahan dengan lutut Inspektor Aiman.

"Tuan..."

"Bawak tertuduh ke balai..."

"Baik, tuan!" Tengku Kamarul dibawa keluar dari pejabatnya... Para pekerja terkejut melihat majikan mereka digari tangannya... Begitu juga Gibrel... Yang hanya tersenyum sinis memandang suami atas kertasnya...

Tengku Kamarul mengerling Gibrel dengan pandangan yang cukup menjengkelkan.

'Kau tunggu, Gibrel! Aku tahu ini tentu kerja kau...! Celaka!'

****************************

"Eh, Mona? Bila sampai?" Mama Nia terkejut menerima kedatangan Mummy Mona yang tiba-tiba menerpa ke arahnya sebelum mereka berpelukan...

"Baru lagi. Mana yang lain?"

"Masuklah dulu, kot ya pun..." Mummy Mona melangkah masuk dan terus menghenyakkan punggungnya ke sofa.

"Nia, mana yang lain?"

"Kenapa ni, Mona? Kelam kabut je...?"

"Jawablah dulu! Mana Am, Simon, Shah, Khai, Ad..."

"Ya, Allah! Kau ni Mona... Dorang pergi berjogging kat taman sebelah..."

"Eh, Rizqy ada datang sini?"

"Kebetulan... Ada sekali dengan pembantu dia, Kimi... dorang ikut pergi jogging... Kejap lagi baliklah dorang..."

"Mummy, Mama..." Serena dan Selena baru tiba, menyapa kedua orang tuanya. Tangan dihulur dan dikucup...

"Selena, Serena dari mana?"

"Jogging tadi... Kami balik dulu... Sebab Selena pening kepala..." Jelas Serena.

"Pening? Kenapa?" Sola mama pula. Wajah pucat Selena ditenungnya.

"Lena ok, mama, mummy... Barangkali Lena letih sangat agaknya..."

"Come... baring kat sini..." Mummy menarik Selena, berbaring di pahanya... Pada awalnya, Selena menolak sebab malu... Lagipun, segan dengan pandangan mama ke arahnya... Tapi, selepas dipaksa mummy dan mendapat keizinan mama, Selena akur...

Tak sampai beberapa minit, Selena terlena di paha ibu mertuanya...

"Kesian, menantu mummy ni... Baru berkahwin, dah macam-macam ujian yang datang... Tak sempat nak pergi honeymoon. Moga kebahagiaan milik Khai dan Lena..." Mummy mengelus rambut lurus Selena... Mama dan Lena yang sedari tadi memandang, sekadar tersenyum.

"Err, mama, mummy... Rena naik dulu ya... Nak bersihkan badan..."

"Yelah... Pergilah mandi, siap sementara dorang belum balik lagi ni! Nanti boleh makan sama-sama.."

"Baik, mama... Mummy, Rena naik dulu, ya?"

"Yelah..."

"Nia, dah berapa lama Lena dengan Khai dah kahwin?"

"Kalau tak silap Nia... lebih kurang sebulan setengah. Sama dengan Rena. Err, kenapa Mona tanya macam tu?" Mummy Nia sekadar tersenyum mendengar soalan Mama Nia...

"Entah-entah, Nia pregnant tak?"

"Pregnant? Eh, ya ke? Tak awal sangat ke nak tahu?"

"Manalah tahu, Nia bunting pelamin? Nia tak tanya kat Rena?"

"Tak pulak! Sebab takde pulak Rena mengadu sakit kepala bagai!"

"Nanti, Rena turun, cuba tanya."

"Yelah, nanti Nia tanyakan... Mona dulu macam ni ke? Maksud Nia, masa pregnant dulu."

"Nia lupa ke, Mona tak pernah mengandung disebabkan si Kamarul tak mahu Mona mengandung awal. Sampailah sekarang. Mona tak boleh mengandung terus!"

"Maaf, Mona..."

"Takpelah! Eh, Nia masa pregnantkan Lena, macam ni ke?"

"Tak pulak! Cuma Nia asyik muntah-muntah je... Melepek je kerjanya! Tapi, takde pulak sakit kepala atau pening...! Ya ke, Lena pregnant? Lagipun, sebelum ni Lena memang selalu sakit kepala."

"Mona tak pasti... Tapi, lain macam sangat ni...! Kesian Lena... Takpelah... Nanti kita tanyakan Lena, bila dia sedar nanti."

"Tanya apa?"

"Eh, Khai, Ad, Shah? Mana salam ni?"

"Sorry mama, mummy... Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Khai, Ad dan Shah menyalami tangan mencium dahi mummynya...

"Mummy bila sampai?"

"Baru lagi... Dalam setengah jam."

"Korang bertiga je... Papa Am, Papa korang, Rizqy ngan Kimi, mana?"

"Ada kat luar lagi... Tengah bincang apa tah?"

"Pergilah mandi, siap... Boleh makan sama-sama lepas ni... Mummy Mona ada benda yang nak dibincangkan."

"Mama, Rena kat atas ke?"

"Ya, dia dah naik tadi..."

"Thanks, ma... Ad naik dulu, mama, mummy."

"Baik..."

"Mummy, tadi Khai dengar mummy kata nak tanya Lena... Tanya apa?" Mummy Mona memandang Mama Nia...

"Err, Khai dan Lena dah kahwin lebih kurang sebulan setengah, kan?"

"Ya, mummy... Kenapa?"

"Err, macamana ya nak cakap..." Mummy menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mummy nak cakap apa...? Mama, kenapa ni?"

"Khai, selalu ke Lena ni sakit kepala macam ni?"

"Adalah 2, 3 kali... Tapi, selalu sakit kepala tu datang pagi ngan malam..." Mummy memandang Mama dengan senyuman...

"Kenapa, mummy ngan mama tersenyum?"

"Kalau time Lena sakit kepala tu, dia ada cakap apa-apa ke? Maksud mummy, nak makan something ke nak apa-apa jelah!"

"Dia merungut je... Pastu asyik nak melekat je dekat Khai... Pening Khai dibuatnya..." Kali ini Mama tersenyum memandang Mummy...

'Kenapa mama ngan mummy aku ni? Tersengeh-sengeh macam kerang busuk!' Getus hati Khai sambil menggosok tengkuknya yang tidak gatal...

"Takpelah... Nanti mummy bagi Khai something... pastu bagi pada Lena, ya?"

"Apa yang something, Mummy? Nak bagi apa?"

"Adalah... Dahlah, pergi mandi...! Busuk! Bersihkan diri... Nanti boleh makan sama-sama..." Ujar mama pula.

"Err, mummy... Khai nak angkat Lena..."

"Khai, larat ke?"

"Ish, mummy ni... Buat malu je...! Takkanlah anak mummy yang gagah perkasa dan hemsem bergaya ni tak larat nak angkat isteri yang kecil molek macam ni...? Mestilah boleh... Lagipun, Lena belum mandikan...?"

"Yelah... Lenguh juga paha mummy ni..."

"Hah, tahu pun... Khai naik dulu ya" Mummy dan mama menganggukkan kepala mereka... Khai terus mencempung tubuh isterinya naik ke biik mereka.

Tubuh Selena diletakkan perlahan-lahan di atas katil kelamin mereka. Dahi Selena dikucup sebelum Khai masuk ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya.

Pintu bilik air, dikuak... Lena sudahpun membuka matanya. Sesekali pelipis dipicit. Selena cuba membetulan kedudukannya. Bantal diletakkan menegak di kepala katil sebelum Selena menyandarkan dirinya. Pelipisnya dipicitnya kembali.

"Eh, sayang dah bangun... Pening lagi ke kepala tu?"

"Emm..." Selena terus memicit kepalanya...

"Come... B picit kepala sayang ni..." Lena dibaringkan dan Khai mula memicit kepala isterinya.

"B, siapa yang angkat sayang naik atas ni? B ke?"

"Eh, taklah! Pakcik guard kat depan pondok yang angkat sayang!"

"Ish, B ni! Main-main pulak!"

"Sayang ni... Dah tentulah hubby sayang yang hemsem bergaya ni yang angkat sayang... Takkanlah B nak bagi orang lain angkat sayang B ni..."

"Thanks B... Sorry ya... Sejak dua menjak ni, entah kenapa kerap sangat pulak sakit kepala..." Selena sambung memicit pelipisnya.

"Kesian, sayang B, ni... Kenapa ni, asyik sakit kepala je? Sayang buat apa, masa B kat pejabat?"

"Mana ada buat apa-apa... Buat kerja-kerja dalam rumah ni je, macam biasa..."

"Habis tu, B peliklah... Kerap sangat sakit kepala ni... Kita pergi klinik ya?"

"Taknaklah! Sayang tak suka bau-bau ubat tu... Loya tekak sayang ni."

"Tapi, takkan nak makan ubat sakit kepala je... Kat klinik nanti doktor boleh pastikan apa yang tak kena dengan sayang ni..." Khai mencuit hidung mancung isterinya.

"B, please... Sayang tak naklah... Sayang nak rehat je kat sini..."

"Yelah... Degil, kan? Wife siapalah ni...?" Wajah isterinya dielus lembut.

"B... Nak peluk..." Selena mendepangkan tangannya.

"B nak pakai bajulah..."

"B, nak peluk. Please..." Inilah yang memeningkan Khai... Selena pantang nampak dia depan mata, mesti nak melekat... Pernah Khai mengabaikan permintaan Selena... Seharian Selena merajuk dengannya...

"Ish, sabar jelah... Sayang ni asyik nak melekat je kat B, kenapa?"

"Kenapa? B tak suka ke sayang peluk B? Kalau tak suka, takpelah!" Ah, sudah! Selena terus memusingkan tubuhnya, membelakangkan Khai... Terpinga-pinga Khai dengan telatah isterinya yang kerap tersentap...

"Bukan macam tu... B tanya je... Itu sebab B ajak pergi klinik... Sayang, janganlah macam ni..." Khai menepuk dahinya apabila terdengar esakan kecil Selena...

"Ya Allah, sayang ni... B tak marahpun... Kenapa cengeng sangat ni..." Selena masih dengan tangisannya... Khai cuba memusingkan tubuh Selena, tapi, Selena mengeraskan tubuhnya...

"Sayang, B minta maaf... Sayang, please... I'm sorry, kay? B minta maaf... Sayang..." Sudahnya Khai memeluk tubuh Selena dari belakang... Keluhan dilepaskan. Beberapa minit berlalu, Selena masih enggan dirinya dipujuk...

Sudahnya, Khai bergerak ke sebelah... Menukar posisinya mengadap Selena yang masih dengan tangisannya...

"Sayang... sudahlah tu... B minta maaf... B tak marah pun... Dah ya... B sayangkan sayang... B takkan marah sayang... Sudah ya? B minta maaf..." Air mata yang masih bersisa diusap dengan jari besarnya... Dikucupnya mata isterinya...

Selena membuka matanya yang merah menyala. Matanya memandang tepat ke arah Khai...

"B minta maaf ya... B takkan buat macam tu lagi.. B takkan cakap macam tu lagi... B promise... Come... Let me hug you..." Tubuh isterinya didakap... Kepala Selena diangkat sedikit sebelum Khai meletakkan lengan kekarnya di bawah kepala Selena...

"Ok tak, B dah peluk ni..." Selena dam membisu... Matanya terpejam menikmati kehangatan tubuh suaminya yang masih belum sempat berbaju lantaran rajuknya.

"Sayangnya dengan isteri B, ni... B sayang sangat dengan sayang. Nanti kalau B takde, macamana? Sayang nak peluk siapa?" Selena terus menolak tubuh Khai sedikit.

"B cakap apa ni? Kenapa cakap macam ni?" Air mata Selena merembes keluar... Baru nak kering, dah mengalir semula...

"B minta maaf..."

"B tak sayangkan sayang ya?"

"Kenapa cakap macam tu? B sayangkan sayang.. B cintakan sayang... Kalau tak, B takkan pertahankan rasa yang kita ada... B sayang sangat-sangat kat sayang..." Dahi Selena dicium berkali-kali...

"Jangan cakap B nak tinggalkan sayang... Sayang tak suka...!" Selena terus mendakap erat tubuh Khai...

"Ok, ok! B janji."

Tiba-tiba, Khai merasakan jari-jemari Selena bermain-main di dada bidangnya... Rasa yang satu itu mula menjelma...

"Sayang..." Wajah Khai tidak keruan... Leher Selena ditujunya... Hidung mancung Khai diarahkan ke ceruk leher Selena... Digigit manja disitu...

"B... Sayang nak..." Gemersik suara Selena menaikkan lagi nafsunya... Pucuk dicita ulam mendatang... Tuala ditarik sebelum pakaian di tubuh Selena dilepaskan. Tubuh mereka ditutupi dengan comforter sebelum keduanya hanyut dalam syurga ciptaan mereka.

Hah, macamana...? Tengku Kamarul telah diberkas... Rasa-rasanya dapat tak Tengku Kamarul terlepas dari kesalahan besar yang telah dilakukan? Jason, Interpol... Kau rasa? Ngada-ngada pulak Selena... Kenapa dengan Selena? Stay tuned... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience