BAB 21 - CD - RAMPAS

Romance Completed 23252

"Riz... Daddy harap sangat, Riz dapat rampas kembali organisasi milik ayahanda, Tengku Idham dan Sharifah Shahania... Pastikan hak kita yang dirampas oleh Tengku Kamarul, jatuh ke tangan kita semula..."

"Daddy... Riz akan cuba..."

"Jangan sekadar mencuba Riz! Riz mesti lakukan! Manusia sebegini terlalu bijak menjatuhkan orang lain demi nak meningkat naik...!"

"Tapi, Daddy... Riz masih belum habis belajar!"

"Riz, Daddy tak menghalang Riz menamatkan pelajaran Riz... Cuma, Daddy minta agar Riz berusaha, memikirkan bagaimana caranya untuk merampas semula hak kita...!"

"In shaa Allah, Daddy! Riz akan berusaha bersungguh-sungguh..."

"Selepas ini, Daddy mahu Riz bertemu dengan Hakimi, anak Pak Hamid... Setiausaha Daddy..."

"Untuk apa, Daddy?"

"Hakimi dan Pak Hamid pemegang amanah dan merupakan antara manusia yang paling Daddy percaya... Mereka akan bantu Riz mendapatkan maklumat dan segala dokumen yang berkaitan dengan organisasi..."

"Baik Daddy! Sekarang, Riz nak Daddy berehat... Riz perlu kembali ke kolej... Hari ni exam first paper... Daddy doakan Riz berjaya, ya?"

"Daddy sayang Riz... Daddy percaya hanya Riz yang mampu kembalikan kegemilangan organisasi seperti dulu... Pastikan pengkhianat itu mendapat balasannya...!"

"Riz janji Daddy! Riz janji akan jalankan amanat Daddy... Riz akan pastikan Tengku Kamarul jatuh menyembah bumi! Riz janji...!"

Tengku Rizqy Riezman masih teringat saat-saat beberapa hari sebelum kemangkatan ayahandanya, Tengku Riezman... Ya, dia tahu, ayahandanya bukan sakit tetapi disakiti... Disakiti oleh manusia yang bertopengkan syaitan...

Manusia yang terlalu rakus mengejar kekayaan, kemewahan dan kedudukan dalam melaksanakan impiannya biarpun sanggup membunuh...

Sehari selepas kemangkatan Tengku Riezman, Tengku Rizqy terus menemui Pak Hamid dan Hakimi...

"Pak Hamid, rasa-rasanya mampu ke Riz nak buat sepertimana yang Daddy amanahkan?"

"Tengku..."

"Pak Mid, jangan panggil saya dengan nama tu... Panggil Riz je dah cukup..."

"Mana mungkin saya boleh panggil Tengku dengan nama sahaja...?"

"Pak Mid... Kalau Pak Mid anggap Riz macam anak Pak Mid sendiri... Tolong jangan panggil Riz dengan panggilan tu..."

"Baiklah Tengku... Jika itu kemahuan Tengku... Eh... Riz... Maafkan Pak Mid..."

"Terima kasih Pak Mid!"

"Riz, ini Hakimi, anak Pak Mid... Selepas ini, Hakimi akan menjadi pembantu sulit Riz seperti yang dipersetujui arwah Tengku Riezman..."

Hakimi menghulurkan tangan, tanda perkenalan...

"Saya Hakimi... Tengku boleh panggil saya, Kimi atau apa jua panggilan yang Tengku berkenan..."

"Kimi, rules number one, panggil saya Riz bukan Tengku... Unless kalau kita sedang bertemu dengan orang luar... Deal?"

"Deal, Tengku... Oppss... Riz...!" Salam disambut. Bermulalah episod persahabatan mereka sehinggalah ke hari ini.

"Dari awal lagi, Tengku Riezman percaya dengan kebolehan Tengku... Dan Pak Hamid percaya, Riz mampu laksanakan..."

"Tapi Pak Mid...?"

"Riz... Pak Mid tahu Riz mampu... Hanya Riz yang mampu menundukkan Tengku Kamarul... Riz jangan bimbang, niat kita baik... In shaa Allah, Tuhan akan tolong kita..."

"Merampas hak Tengku Kamarul, baik ke Pak Mid...?"

"Riz, salah tu! Kita merampas semula hak milik Daddy Riz dan rakan baiknya... Bukan hak Tengku Kamarul! Riz kena tahu semua tu...!"

"Hakikat yang perlu Riz telan... Tengku Kamarul yang membunuh Daddy Riz...!" Rizqy memusingkan kepalanya serta-merta selepas mendengar kata-kata Pak Hamid...

"Pak Mid... Betul ke apa yang Pak Mid katakan ni?" Riz memegang lengan Pak Mid...

"Betul, Riz... Kami sendiri yang nampak apa yang telah Tengku Kamarul lakukan pada Tengku Riezman...!"

"Kami? Siapa 'kami' yang Pak Mid maksudkan?"

"Kami, Pak Mid, Tengku Idham dan Hakimi..."

"Betul ke, Kimi?'' Kimi memandang Pak Mid lalu menganggukkan kepalanya...

"Tapi, Pak Mid... Kimi, betul ke semua tu?"

"Riz, soal mati ni, mana boleh buat main-main... Silap haribulan boleh jatuh fitnah... Berdosa Riz...! Tapi... hal Daddy Riz dibunuh, itu realiti yang terpaksa Riz telan..."

"Tapi... Kenapa? Apa salah Daddy?"

"Daddy Riz tak bersalah!"

"Jadi, kenapa Daddy dibunuh? Apa yang menyebabkan Tengku Kamarul bertindak kejam sehingga membunuh Daddy Riz? Kenapa Pak Mid?"

"Riz... Bawak bertenang, Riz... Bawak bertenang... Kimi, bawakan air sejuk untuk Riz..."

"Pak Mid masih boleh nak minum air sejuk dalam waktu tegang begini?"

"Kimi... Pergi! Riz, duduk sini...! Pak Mid akan ceritakan semuanya... Dari A hingga Z..."

Riz melangkah longlai ke arah sofa panjang... Hatinya berbelah bagi saat ini... Pandangannya tertumpu pada Kimi yang membawa dulang berisi air botol dan beberapa gelas...

"Pak Mid harap, Riz dengar dulu penjelasan Pak Mid... Jangan potong ya... Bila dah selesai Pak Mid ceritakan semua... Baru Riz dibenarkan bertanya. Boleh?"

"Boleh, Pak Mid..."

"Baiklah... Semuanya bermula..."

*****************************

"B?"

"Ya...?"

"Emm..."

"Sayang... Kenapa ni? Ada apa-apa yang sayang nak cakap ke?"

"B, kalau sayang tanya sesuatu... B, marah?"

"Marah? Kenapa B nak marah sayang... Sayangkan buah hati B... Takkan B nak marah... Sayang nak tanya apa...?"

"Emm... Sebenarnya... Emm... " Selena serba salah sebenarnya... Bimbang andai persoalan yang bakal diajukan menjadi asbab kemarahan Khai... Jari-jemarinya diramas sendiri...

"Sayang..." Rambut panjang Selena diselitkan di telinganya... Khai mengelus lembut pipi Selena...

"B... Please, jujur dengan sayang...! Siapa B sebenarnya...? Siapa Tengku Kamarul sebenarnya...? Tolong B, terus-terang dengan sayang!"

"Sayang, kenapa ni? Apa yang berlaku? Cuba beritahu B, kenapa sayang tanya soalan macam ni?"

"B jawab dulu soalan sayang! Sayang nakkan kebenaran! Siapa Daddy B, sebenarnya...? Jawab B! Jawab soalan sayang!"

"Sayang...!" Khai cuba menarik tangan Selena...

"Don't touch me! Answer me Tengku Khairul Khaseef!" Naik seoktaf suara Selena seraya menarik terus tangannya dari disentuh Khai...

"Sayang... please..." Khai cuba memujuk Selena...

"Kalau B tak nak terus-terang dengan sayang... Sayang tak nak jumpa dengan B lagi! Kita putus! We're over!" Selena bagaikan hilang pertimbangan.

"Sayang... please... Jangan buat macam ni kat B... B sayang, sayang! B cintakan sayang! Jangan buat B macam ni..." Tangan Selena ditarik... Tubuh Selena dipeluk erat...

"Sayang, please... Jangan tinggalkan B...! Jangan tinggalkan B! Please... I really love you...!" Tubuh Selena terus didakap erat. Kedengaran esakan kecil dari Khai...

Selena terkesima saat terdengar esakan kecil Khai... Sampai begitu sekali sayangnya Khai pada Selena... Tubuh Selena masih di dalam dakapannya...

"Then, tell me, who are you actually... Who is your Daddy...? Your real Daddy!" Pelukan mereka terlerai.

"I'm sorry B... I just... I just need to know... Who are u... Who is Tengku Kamarul Khalif? Please tell me the truth! I do love you... But, please... Untuk kebaikan kita berdua, sayang perlu tahu... Siapa Daddy B sebenarnya...?" Air mata yang masih bersisa di tubir mata Khai, diusap...

"B takut... B bimbang jika sayang tahu siapa Daddy sebenarnya, sayang pasti akan tinggalkan B... B tak sanggup nak berpisah dengan sayang..." Merah mata Khai menahan air matanya dari terus mengalir... Hilang sudah perasaan malunya di hadapan Selena...

Biarlah dia dikatakan pondan sekalipun, kerana menangis kerana seorang perempuan... Dia tak kisah asalkan Selena tidak tinggalkan dia... Selena satu-satunya wanita yang bertahta di hatinya selain Mummy...

"Try me...! Khai percayakan Lena, kan?" Seraut wajah cantik Selena, ditatap penuh cinta... Diusap berkali-kali...

"Baik... Demi cinta dan sayang B pada sayang... B akan berterus-terang..." Keluhan dilepaskan... Senyap seketika suasana di cafe, tempat kesukaan mereka berdua menghabiskan masa...

"Ya, Tengku Kamarul Khaseef memang Daddy kandung B... Tapi, percayalah sayang... Segala kegiatan yang Daddy lakukan, B tak tahu-menahu langsung...! I swear...!" Tangan diangkat seolah berikrar...

"Jangan bermain dengan sumpah, Tengku Khairul Khalif!"

"Sayang..." Berkerut dahi Khai mendengar Selena menyebut nama penuhnya... Terasa peluh terbit di dahinya walaupun ketika itu, air-cond dipasang .

"Betul B tak tahu pasal kegiatan Daddy B?" Khai menggelengkan kepalanya...

"Betul ni, B?" Khai masih menggelengkan kepalanya... Selena tiba-tiba tergelak...

"So, ini apa? Siapa lelaki dalam gambar ni? Apa kaitan lelaki ini dengan Tengku Kamarul di pelabuhan dengan lelaki bertattoo yang serang kita di mall parking baru-baru ni...? Tell me Tengku Khairul...! Tell me!" Gambar di tangan Selena, dilempar tepat mengenai dadanya...

Wajah Khairul sudah kelihatan pucat... Macamana gambar ini boleh berada pada Selena...? Siapa yang menjadi tali barut? Khai kelihatan gelisah...

"Jawab Khai! Jawab!" Khai terdiam 1000 bahasa...

"Jadi, lelaki yang serang kita tempoh hari sebenarnya memang Khai kenal kan? Betulkan?" Tiada balasan dari Khai... Sesekali Khai menggosok tengkuknya...

Pap! Pap! Pap! Selena menepuk tangannya berkali-kali...

"Patutlah Khai selalu saja hilang dari pejabat... Khai kata, Khai pergi meeting, kan? Dengan Daddy?"

"Sayang, please, let me explain!"

"Silakan Khai... Lena sanggup tunggu... Penipuan apa kali ini..." Khai serba tak kena... Dia masih terfikir siapa yang sanggup membocorkan segala rahsianya dengan Daddy...

"Sayang... please!"

"Stop calling me sayang! I'm not your sayang anymore! How could you lie to me? How could you do this to me...!" Selena mula menghamburkan air mata...

"Lena sanggup bodohkan diri semata-mata cinta dan sayang Lena pada Khai... Tapi... Khai hanya jadikan Lena kambing hitam... Menyembunyikan kegiatan jahat Khai demi kepentingan Khai dan Daddy Khai?" Selena terus terjelepuk ke lantai cafe... Nasib tiada orang yang perasaan, memandangkan itu private room dalam cafe Khai... Tiada siapa yang berani masuk ke situ.

"Sayang..." Khai cuba memegang tangan untuk membantu Selena bangun...

"Jangan sentuh Lena! Jangan sentuh Lena...! Lena jijik dengan Khai...! Sampai hati Khai tipu Lena selama ini! Sampai hati! Lena akan pastikan Kak Serena juga tidak tertipu dengan Ad...!"

"Sayang... Ad tak bersalah...!" Selena mendongak memandang wajah sugul Khai... Mata mereka bertentangan... Cepat-cepat Selena mengalihkan pandangannya...

"Ad tak bersalah... Malah dia tak tahu langsung pasal kegiatan haram yang kami lakukan... Ad hanya melaksanakan tugas-tugas pentadbiran... Dan selebihnya hanya Khai dan Daddy yang menjalankan segala urusniaga haram tu..." Terang Khai... Selena rasa lega sedikit apabila nama Abang Ad tidak terkait dalam kegiatan haram itu.

"Jadi, betullah selama ini, Khai tipu Lena?"

"B tak pernah tipu sayang pasal hati dan perasaan B pada sayang!" Khai kelihatan sugul... Perlahan suaranya...

"Stop calling me sayang! I really hate it! Lena dah tak peduli pasal hati dan perasaan Khai!"

"Sayang...please! Jangan tinggalkan B... B tak boleh hidup tanpa sayang! Please sayang! B cintakan sayang, sayangkan sayang!"

"Kalau betul Khai sayang, cintakan Lena... Khai takkan tergamak menipu Lena... Takkan Khai...!"

"Sayang..."

"Once Lena tahu Khai menipu Lena... Hati Lena hancur berderai... Hati ini terlalu sakit! Sakit Khai!Sampai hati Khai buat Lena macam ni...! Sampai hati Khai...!" Selena menepuk-nepuk dadanya sebelum mengambil tas tangannya yang berada di atas meja...

Lena terus melangkah lemah keluar dari cafe... Namun sempat ditarik Khai... Selena tersembam di dada tegap Khai... Air matanya dihamburkan di dada Khai yang berlapik kemeja lengan panjang, warna biru muda, kesukaannya yang telah dihadiahkan Selena padanya baru-baru ini...

"I hate you! I hate you!" Selena yang sedang menangis, menumbuk-numbuk dada Khai dengan tangan kecilnya... Hatinya terlalu sakit ketika ini... Segala yang dikatakan Papa, Mama dan Abang Shah, rupanya realiti yang terpaksa Selena telan...

"I love you! I love you!" Ubun-ubun Selena didiciumnya berkali-kali... Khai mendakap erat tubuh kesayangannya... Sama-sama menangisi segala yang berlaku... Entah apa yang akan berlaku selepas ini, tidak diketahui... Khai cuma berharap, Selena masih menyintai dirinya dan dapat menerima diri Khai yang sebenarnya...

Khai terasa pukulan tangan Selena terhenti... Khai menunduk memandang wajah Selena... Selena pengsan dalam dakapannya... Barangkali terlalu terkejut dengan apa yang berlaku... Selena tentu tidak dapat menerima apa yang telah Khai lakukan...

"Sayang...! Sayang...!" Pipi gebu Selena ditepuk berkali-kali...

"Sayang... Please... Bangun sayang! Jangan buat B macam ni! Sayang...!" Khai masih mencuba mengejutkan Selena dari pengsannya... Lastly, Khai menekan butang untuk memanggil pekerjanya masuk...

"Yes, sir?"

"Call ambulance...! Now!" Arah Khai pada pekerjanya... Kelam-kabut pekerja wanita itu...

"Sayang... I'm so sorry... I'm so sorry! I love you... I love you so much!" Wajah mulus Selena diusap... Hampir 10 minit, ambulance tiba.. Tubuh Selena dicempung dan diletakkan di dalam ambulance... Khai meminta orang suruhannya memandu kereta miliknya mengikut ambulance, sementara dia menemani Selena di dalam ambulance berkenaan...

Hampir 2 jam Selena tidak sedarkan diri... Ad dan Serena sudahpun diberitahu perihal Selena... Mereka di dalam perjalanan ketika ini...

"Khai...?"

"Ad! Rena! Maafkan aku...!"

"Mana Lena? Apa yang berlaku Khai?" Khai hanya mampu menundukkan dan menggelengkan kepalanya...

"Khai, you buat apa dengan adik I, Khai? You jangan berani buat benda tak baik dengan adik I, Khai!" Kolar baju kemeja Khai ditarik Serena... Khai tidak melawan...

"Baby! Stop it! Kita kat hospital ni! Be patient, please...! Kita boleh bincangkan." Serena melepaskan genggaman tangannya pada kolar kemeja Khai...

"I akan pastikan you menyesal jika sesuatu berlaku pada adik I... Mark my words!" Serena meninggalkan Khai dan Ad di luar dan terus melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Selena...

Maaf atas kelewatan meng'update' chpater baru... Busy sikit... Penat habis berniaga tak hilang lagi... Tapi, demi minat yang mendalam dalam bidang penulisan ini... Sis teruskan jua... Maaf, ada merapu sikit... Kekadang, lain yang kita draft, lain yang jadi... Hihihi... Banyak conflict yang akan berlaku... Stay tuned... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience