BAB 40 - CD - AKHIR

Romance Completed 23254

Selena pening memikirkan... Macamana hendak diluahkan pada Riz. Apakah Riz betul-betul menyayanginya ataupun Riz menerimanya hanya kerana simpati dengan nasibnya...?

Hati dan perasaannya masih pada arwah... Takkan semudah itu, Selena hendak melupakan kisah cintanya pada arwah hanya kerana kehadiran Riz...? Kata-kata Riz tempoh hari cukup menyesakkan dirinya...

Flashback#

"Riz tak surruh Lena lupakan kisah cinta Lena pada arwah Khai... Riz hanya minta Lena beri Riz ruang dan peluang memiliki cinta Lena...Itu aje..."

"Riz tahu, arwah cinta pertama Lena... Riz tak pernah halang Lena untuk melupakan arwah... Lagipun, dalam ni... Dalam ni ada benih cinta Lena dan arwah, kan? Mana mungkin ianya akan hilang begitu sahaja... Sedangkan bukti cinta suci itu telah wujud... Ada di sini..." Ujar Riz sambil mengusap lembut perut Selena.

"Lena minta maaf Riz... Lena belum mampu nak terima hati dan cinta Riz..."

"Selena sayang... Please... Bagi Riz peluang... Riz hanya minta peluang.. Lena tak kasihankan baby dalam kandungan Lena ke...? Anak ni perlukan kasih sayang Lena.. Perlukan seorang ayah... Lena sanggup nak tolak hak anak ini demi keegoan Lena sendiri?"

Selena terus memusingkan tubuhnya mengadap Rizqy... Air matanya mengalir sudah... Bukan ini yang dia pinta.. Bukan ini yang Selena mahukan... Ya, dia rindukan belaian seorang lelaki yang bergelar suami... Namun, Selena bimbang... Bimbang jika cinta baru yang datang akan menghapuskan cintanya pada arwah Khai...

"Selena... Lena sendiri dengarkan apa yang arwah pesan pada Riz... Riz tak sanggup nak tolak permintaan arwah... Hakikat sebenarnya, Riz sendiri menyayangi, mencintai Lena..."

Selena masih dengan tangisannya... Sayu hati Rizqy melihat air mata Selena yang berguguran. Rizqy sudah buntu. Dia sendiri tak tahu nak pujuk macamana lagi...

"Takpelah, Lena... Andai itu jawapan Lena... Lena masih dengan kehidupan Lena... Lena masih mahu hidup dibayangi arwah Khai... Riz mengalah... Biarlah Riz mengaku kalah... Khai... Cinta kalian terlalu utuh, Khai... Maafkan aku, Khai... Aku tak mampu nak penuhi impian kau..." Rizqy berura-ura melangkah pergi...

"Riz..." Langkah Rizqy terhenti... Lantas dia memusingkan tubuhnya memandang seraut wajah cantik milik Sharifah Selena... Lena melemparkan senyumannya...

"Bagi Lena masa sehingga Lena habis bersalin... Boleh...?" Rizqy tergamam... Betul ke apa yang dia dengar? Betulkah?

"Lena, betul ke apa yang Riz dengar ni? Lena tak main-mainkan?"

"Tak... Lena ikhlas. Lena tak main-main..."

"Riz tak bermimpi, kan?" Riz cuba menampar wajahnya sendiri...

"Tak... Riz tak bermimpi... Lena ikhlas menerima Riz..."

"Serius ni, Lena?"

"Ya... In shaa Allah... Lena akan cuba terima Riz dalam hidup Lena..."

"Terima kasih sayang..." Dahi Lena dicium... Sebelum tubuh itu dipeluk dari tepi... Gatal sangatkan...

"Assalammualaikum... baby... Daddy Riz is here..." Riz sempat mengusap perut Lena yang hanya menunggu hari untuk melahirkan...

**************************

Alhamdulillah, Selena selamat melahirkan seorang putera, seberat 3.2kg yang diberi nama, Tengku Khairul Khaizry, sempena nama arwah Khai dan nama itu diberikan sendiri oleh Rizqy...

"Ya Allah, semangatnya cucu nenda ni... Montel... Macam rupa arwah..."

"Ya, mama... Alhamdulillah... Mana Kak Rena...?"

"Kak Rena kat bilik sebelah... Pandai korang ya... Mengandung sama-sama, bersalin pun lebih kurang waktu je... Bertuah betul!"

"Hihihi... Rezeki, kan mama... Anak Kak Rena?"

"Anak perempuan... Tengku Sandra Shazilla."

"Sedapnya nama..."

"Ni, si montel nenda ni... Siapa namanya?"

"Tengku Khairul Khaizry..." Tiba-tiba Riz muncul.

"Eh, B... Bila sampai...?"

"Baru je.. Dengar sayang borak dengan mama..."

"Mama..." Riz menyalami bakal mertuanya...

"Riz dari mana?"

"Ni, cari barang tuan puteri ni..." Sambil menunjukkan seplastik barangan milik Selena...

"Sayang dah makan? Baby dah menyusu?"

"Alhamdulillah... Dua-dua sudah..." Tersenyum mama melihat kemesraan Selena dan Rizqy...

"Eh, mama.. Duduklah..." Rizqy menyuakan kerusi kepada mama... Sementara Rizqy duduk di birai katil, sambil mendukung Khaizry...

"Suka mama tengok korang berdua... Riz, janji dengan mama, jaga Selena dan cucu mama baik-baik, ya...?"

"In shaa Allah, ma... Mama jangan risau... Riz takkan lupa janji Riz... In shaa Allah..." Mama melebarkan senyumannya melihat Riz mengagah anak tirinya...

"Rasanya habis pantang... Dah bolehkan buat persiapan perkahwinan...?"

"In shaa Allah, mama. Memang itupun rancangan kami... Nak bagi Selena rehat betul-betul... Dah habis pantang baru fikir pasal persiapan... Tapi, setakat ni dah 50% siap, ma... Tunggu pengantin perempuan je..."

"La ya ke... Kenapa tak cakap dengan mama... Boleh mama tolong apa patut..."

"Takpe mama... Riz dah buat semua... Tinggal nak pergi jabatan agama, ujian darah HIV dan ukur baju je... Lain dah siap..."

"Wah, lajunya kau, Riz..."

"Eh, Papa, Ad, Shah, Papa Simon... Jemput masuk..." Riz menyalami semuanya.

"Dari mana?"

"Dari bilik sebelah, melawat cucu perempuan kat sebelah..." Jawab Papa Am...

"Lena macamana, sihat...? Baby sihat?" Rizqy terus menghulurkan baby Khaizry pada Papa Am...

"Alhamdulillah, sihat papa... Tu, cucu papa... Tengku Khairul Khaizry..."

"Alhamdulillah... Sihatnya... Subhanallah. Montelnya pipi dia..." Dicium-cium pipi montel Khaizry. Sementara Ad menolak kerusi roda yang dinaiki Serena sambil mengendong baby girlnya...

"Assalammualaikum, Tengku Khariul Khaizry, Tengku Sandra Shazilla datang nak melawat..."

"Kak Rena..."

"Adik... Alhamdulillah... Sihatnya dia... Macam rupa arwah, kan?"

"A'ah... Tapi, rupa Daddy Riz pun ada sikit ni..."

"Jadilah..." Nasib baik bilik VIP, kalau tidak memang kena halau... Bising bilik Selena dengan hilai tawa mereka...

Oh... By the way, Mama Mona berjaya diselamatkan... Dan kini, mama menetap di rumah nenda di Janda Baik... Sementara Tengku Kamarul Khaliff telah dimasukkan ke wad psikiatri dengan pengawasan dan kawalan ketat dari pihak polis...

Kenapa Tengku Kamarul masuk ke tempat begitu? Tentu ramai yang tertanya... Kamarul tidak dapat menerima kematian Khai adalah disebabkan pistol yang berada di tangannya... So, kifarah itu ada... Kat dunia lain... Kat akhirat nanti macamana? Kalau kat dunia pun kita tak tahan, macamana pula kita nak bertahan dengan balasan di akhirat nanti? Lu, fikirlah sendiri...!

***************************

"Sayang..."

"B..." Tengku Rizqy merangkul pinggang ramping Selena dari belakang... Dagunya diletakkan di bahu Selena... Usai sudah majlis pernikahan dan bersanding di hotel milik Rizqy. Dengan sekali lafaz, Selena telah menjadi milik hakiki Tengku Rizqy Riezman.

"Sayang tengok apa?"

"Cantikkan view kat sini...? Sayang suka sangat! Thanks B..." Sebuah kucupan singgah di pipi Rizqy.

"Anything for you, dear..."

"Eh... B, mana Khaizry...?"

"Khaizry kat mama... Mama nak jaga... Nak bagi pengantin baru honeymoon..."

"Nanti, Khaizry nak menyusu, macamana?"

"Sayang punya susu EBM kan ada... Mama ada bawak spare dari rumah..."

"Oh..."

"Kenapa ni..? Sayang ok?"

"Sayang ok... Cuma... teringatkan arwah... B, tak marah, kan?"

"Kenapa nak marah...? Come..." Riz menarik tangan Selena ke birai katil... Jantung Selena dah kuat bekerja...

"Sayang kena tahu satu benda... B takkan marah kalau sayang teringatkan arwah... Tapi, jangan sampai terbawak-bawa emosi... Tak bagus... Sayang fahamkan? B takkan marah... Lagipun, arwah kawan baik, B..."

"Thanks B... I love you..." Selena mencium pipi Riz...

"Eh, situ je... sini...?" Riz menunjukkan bibirnya yang dimuncungkan...

"B... Malulah..."

"Apa pulak nak malu... Kita dah halalkan?"

"Tapi..."

"Sayang... B cintakan sayang... B sayangkan sayang... B tahu, B takkan dapat menjadi arwah... Tapi, B janji akan menyayangi sayang dan Khaizry macamana B jaga nyawa B sendiri..."

"Terima kasih B... Sebab memahami..."

"B faham... B tahu ini perkahwinan kedua sayang... Tapi, tak bermaksud sayang kena buang perasaan sayang pada arwah... B faham sangat..." Dahi Selena dicium penuh syahdu... Mengalir jua air mata Selena...

"Hei... kenapa menangis ni...? B tak marahkan..."

"Tak, sayang terharu... B, terima kasih kerana sudi menerima sayang dan Khaizry."

"I love you so much... B tak nak sayang fikir bukan-bukan... Dah pergi mandi... Kita nak berjemaah ni... Nanti habis waktu."

"Sayang dah mandi... B yang tak mandi lagi. Busuk peluk-peluk orang..."

"Hei, sayang... B dah mandilah..."

Eh, bila pulak...? B pakai baju tadikan..? Bila B mandi?"

"Pagi tadi..." Selamba je jawapan Rizqy...

"B... Ish..."

"Ok... Ok... Sorry... B gurau jelah... B nak mandi... Nanti kita solat jemaah, ya? Lepas ni nak makan malam pulak."

"Ok, B..." Selena membentangkan sejadah dan menyediakan telekung... Pakaian untuk Rizqy juga disediakan...

Usai makan malam yang disediakan khas buat pengantin baru... Segalanya telah disediakan oleh chef terkemuka hotelnya atas arahan Rizqy... Yelah, pemilik hotel, kan?

"Come... Kita rehat..." Tangan Rizqy disambut Selena... Rizqy memainkan muzik romantik... Lagu lama, Endless Love dendangan Diana Ros dan Lionelle Richi berkumandang...

Rizqy menarik tangan Selena untuk menari bersamanya... Selena sekadar mengikut... Saat pinggang ramping Selena dipegang, dada mereka berlaga sesama sendiri... Jantung kedua mereka lagu mengepam darah... Kuat jantung mereka bekerja saat ini...

Rentak muzik yang perlahan dan romantik, dialunkan dengan merdu sekali... Membuatkan Selena dan Riz terbuai sambil menari...

"Terima kasih sebab sudi menerima B... B janji akan jaga sayang dan Khaizry sebaik mungkin... B takkan biarkan sayang dan Khaizry sendirian..."

"Terima kasih sebab menerima sayang dan Khaizry dalam hidup B... Maaf andai sayang tak sempurna di mata B."

"Tiada siapa yang sempurna, sayang... B menerima sayang seadanya dan B berharap sangat sayang juga dapat menerima B seadanya... Kita saling melengkapi..."

"In shaa Allah..." Dahi Selena dikucup sekali lagi... Riz terus memagut bibir delima Selena... Selena yang pada mulanya tergamam dengan kelakuan suaminya, hanya mengikut rentak... Selena rindukan belaian seorang suami...

Riz melurutkan zip dress malam Selena. Ciuman masih melekat... Selena yang terbuai dengan belaian lembut Riz, hanya membiarkan sahaja kelakuan Riz... Dada Riz ditolak perlahan...

Tubuh Selena dicempung dan diletakkan di atas katil king di bilik mewah itu.

"Izinkan B." Selena mengangguk. Riz memulakan dengan bacaan doa sebelum menutup tubuh mereka yang sudah tidak berpakaian... Riz terus memagut bibir Selena...

Selena merelakan... Riz berhak ke atas dirinya... Selena terasa bagaikan di awang-awangan... Riz bijak memainkan peranannya... Selena terbuai dengan perlakuan Riz yang cukup lemah lembut. Seolah-olah berada di syurga ciptaan mereka...

**************************

Dua tahun kemudian...

"B... B... ?"

"Ya sayang... B kat luar ni..."

"La... kat sini rupanya..."

"Kenapa sayang?"

"B, tengoklah ni...?" Selena menghulurkan pregnant test kit pada Riz...

"Wah, alhamdulillah... Melekat lagi... Rezeki kita sayang..."

"Memanglah Rezeki... Tapi, tak awal sangat ke B... Khaizry baru 3 tahun, Reandra, 2 tahun... ni lagi..."

"Takpe... Rezeki Allah, sayang... Kenapa sayang tak suka ke?"

"Ish, bukan macam tu... Kesian kat anak-anak ni... Tak sempat nak bermanja... Lagipun, B tentu penat, nak cari rezeki lagi, nak jaga anak lagi..."

"Sayang..." Tangan Selena ditarik dan didudukkan Selena di atas ribanya...

"Sayang... B tak kisah... Memang B penat, letih dengan kerja hakiki B... Tapi, sayang dan anak-anak keutamaan B... B lagi kesian dengan sayang... Tidur tak cukup, dengan nak layan B, anak-anak lagi..."

"Itukan dah memang tugas sayang..."

"Ya... betul tugas sayang... Tapi, B pun bertanggungjawab ke atas sayang dan anak-anak... B dah janjikan nak jaga sayang dan anak-anak sampai akhir nafas B..."

"B, jangan cakap macam tu? Sayang tak suka!" Selena memalingkan wajahnya...

"Ok, ok! B minta maaf... Sayang tak payah risau semua tu... Selagi B bernafas, kita jaga anak-anak kita sama-sama, ya...? B sayang, cintakan sayang..."

"Sayang pun cintakan B..." Selena memaniskan wajahnya... Dahi Selena dikucup...

"B nak ambik pembantu, sayang tak nak..."

"Memang sayang tak nak! Selagi sayang mampu, sayang akan jaga dorang... B, tak yah risau ya..."

"Ok, it's up to you... B ikut... Tapi, andai kata, sayang dah tak larat... terpaksa juga nak guna pembantu... just let me know, ya?"

"Ok, B... Love you B." Satu ciuman singgah di pipi Riz...

"Love you, sayang..."

**************************

5 tahun kemudian...

"Khaizry, Reandra, Khalisha, Remy..."

"Ya, mummy..."

"Meh, makan... Ajak daddy sekali.. Mummy dah siap masak ni..."

"Ok, mummy..."

"Daddy... Daddy..." Khaizry mengejut Riz yang sedang tidur...

"Daddy... Bangunlah... Mummy dah panggil... makan..." Reandra pulak yang mengejut daddynya. Namun, daddy masih tidur...

"Abang, kita panggil mummylah... Biar mummy yang kejut daddy..."

"Mummy, daddy tak nak bangun..."

"Takpe, abang bawak adik makan ya... Mummy dah letak nasi dan lauk kat pinggan masing-masing... Makan dulu... Mummy kejutkan daddy..."

"Baik, mummy..." Selena dan Riz bertuah dianugerahkan anak-anak yang bijak dan sangat mendengar kata...

"B... Bangun... Makan.. Sayang dah masak ni..."

B... B... Bangunlah... Anak-anak dah tunggu tu... Nak makan bersama..."

"Ish, daddy ni nak kena tau... siap dia..."

"Emm..." Belum sempat Selena memanggil mengejutkan Rizqy, bibirnya terlebih dahulu dipagut... Terbuntang mata Selena... Namun, tidak kesampaian apabila, Selena sendiri merangkul leher Rizqy... Ciuman bertautan agak lama...

"Sorry, sayang... I miss your lips..."

"B ni... Terkejut sayang... Nasib baik anak takde..."

"B rindukan sayang... Rindu sangat kat bibir ni..."

"Sorry, B... Sayang tak sempat nak layan B... Bukan sengaja... Sayangpun nak layanan dari suami sayang... Tapi... Bila tengok B keletihan, sayang tak sampai hati..."

"B tahu... B pun macam sayang juga... B pun rindukan belaian sayang... Tapi, tengok sayang keletihan, B tak sampai hati... Sorry sayang..."

"Takpe.. sayang faham sangat... Macam nilah bila dan ada anak-anak..."

"Thanks sayang... Nanti B ingat nak bawak sayang pergi bercuti..."

"Anak?"

"Emm, sayang nak bawak anak ke? B tak kisah."

"Emm, macam ni... First trip, kita bawa anak-anak bercuti, then second trip kita berdua pulak, boleh..."

"Ok, B setuju... Kesian pulak B rasa... Tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak..."

"Kan, sayangpun fikir macam tu... Nanti sayang rindukan anak-anak..."

"Anak-anak je, B?"

"Ish, ngada-ngadalah B ni... Tentulah sayang rindukan B jugak..."

"Thanks sayang... Dah jom, malam karang kita continue bercinta, ya?"

"Emm, kalau dapat..."

"Takpelah... Demi anak-anakkan... Nanti kita cuba curi masa untuk kita ya...? B rindu..."

"Sayangpun... Dah, kita makan dulu ya... Kesian anak-anak dah lapar tu... B tentu laparkan?"

"B lapar sayang..." Selena dah tersipu malu... merona wajahnya.

"Jom, kita makan... Nanti B makan sayang pulak kat sini..."

"Ish, B ni..." Selena dan Rizqy beriringan menuju ke ruang makan...

Moga kebahagiaan berterusan buat mereka sekeluarga...

************** TAMAT************

Bab akhir Cinta @ Dendam... CD melabuhkan tirainya... Maaf atas kekurangan... Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience