BAB 5 - CD - SEKSI

Romance Completed 23254

Tok... Tok... Pintu bilik diketuk...

"Masuk!" Shaza terus masuk dan meletakkan bekas makanan di atas meja Khai...

"Tuan Khairul... ni ada bekalan buat Tuan."

"Saya tak order apa-apapun..."

"Takpelah, Tuan makan je ya... Nanti Tuan tahulah. Saya permisi dulu ya pak..." Seraya Shaza meloloskan dirinya... Malas nak jawab lebih-lebih... Pandai-pandailah settle sendiri masalah korang...

Khai membuka bekas makanan dan terdapat sehelai stick-note di penutup bekas...

'Apologies accepted'

Senyuman terukir di bibirnya... Senyum lebar Khai... Fuh! Lega doh dah dapat kemaafan... Dari kesayangan tau! Tapi, jangan lupa ya Khai, can forgive cannot forget! Kemaafan dendam yang terindah tau... Hah, cari sendiri maksud lagu tu ya... Oh, ya... tu senikata lagu... Cari sendiri... Sis malas!

#Flashback end

"Amboi, panjangnya flashback Selena..."

"Nak buat macamana... Penulis dah jadikan Lena main character dalam novel ni...!"

Woi, apa pulak penulis masuk dalam part ni...! Buang character kang... ! Biasa ya...?

"Jadi, maksudnya... Serena dan Serena tak tahu kedua-dua, Ad dan Khai anak tengku...?" Soal Shah...

"Tengku... anak Tengku?" Kedua-duanya menggelengkan kepala...

"Takpelah... Sekarang ni... buat macam biasa je... Ad dan Khai mungkin tak tahu pasal ni... Atau dalam maksud lain... Diaorang tak bersalah... Mungkin ada orang lain yang tak mahu korang bersama-sama..."

"Tapi, siapa bang...? Pelikkan? Kitaorang baru je pun kenal... Dan kitapun baru je lagi tinggal kat sini... Takkan dah ada orang benci?" Serena memberi pendapatnya.

"Rena... Orang kalau dah tak suka, dah benci... macam-macam dorang boleh buat, dik! Macam sekarang ni... Sesiapa pun yang menghantar surat ugutan ni... Tentu tahu pasal Rena dan Lena..."

"Abang tak rasa ke, ini tentu dari musuh-musuh Papa. Mana tahu ada yang follow kita sampai sini?"

"Abang tak fikir macam tu...! Papa sendiri dah sahkan dengan pihak perisikan luar, tiada apa yang boleh buat kita curiga dengan musuh dari luar! Takpelah... Rena, Lena jangan risau ya... Apa-apapun, Abang Shah nak korang sentiasa berhati-hati..."

"Abang... Abang tahukan... Kami boleh jaga diri sendiri... Kamikan ada..." Belum sempat Rena menghabiskan butir bicaranya... Shah dah potong...

"Ya.. Ya... Korang ada karate...! Tapi, apapun, kita tetap kena hati-hati! Kita tak tahu apa yang akan berlaku lepas ni..., kay?" Seraya itu menyentuh pipi kedua-dua pipi adik kesayangannya.

"Baik, bang! In shaa Allah, kami akan jaga diri kami... Abang pun... Jaga diri jugak ya!"

"Dah, blah! Abang nak buat kerja sikit!" Sambil menolak tubuh kedua adik-adiknya keluar dari bilik.

"Apa abang ni... tolak orang! Ish!"

"Blah! Blah! Bye...!" Seraya itu menutup pintu biliknya... Shah perlu melakukan sesuatu... Keselamatan adik-adiknya perkara utama... Handphone diambil... Nombor seseorang dicari... laptop dibuka... Pesanan dihantar melalui wassup...

"Papa... Papa perlu tahu pasal hal ini...!" Kaki melangkah keluar dari bilik... Papa dicari...

"Ehh, Lena... ceritalah... macamana Lena jatuh cinta pada Khai...? Lena kan susah nak suka dengan orang..."

"Ops, pembetulan... Bukan jatuh cinta, tapi suka..."

"Ok, whatever...! Ceritalah cepat!"

"Entahlah kak... Tapi, Khai tak pernah putus asa nak dapatkan perhatian adik... Macam-macam dia buat untuk ceriakan adik... Macam-macam hadiah dia bagi... makanan, hadiah... bunga... Apa yang dia tak buat..."

"Bila Khai cakap dia jatuh cinta pandang pertama... Adik terkejut gak... Giler... baru jumpa dah suka... Mana ada orang macam tu?"

"Ish, adik ni! Tulah... Lain kali keluar sikit dari kepompong ni... Cinta pandang pertama tu wujud, sayang... Macam Khai... Kali pertama dia nampak adik, dia terus terpikat... Jantung berdebar... Hati tu berdegup laju... Hah, tu jatuh cintalah tu...!"

"Betul eh, kak...? Tapi..."

"Tapi apa...? Lena pun dah jatuh cinta dengan Khai...?" Wajah Lena dah merona merah... Malu nak mengaku walau hakikatnya, ya... Lena dah mula jatuh hati pada Khai... Dah berbulan-bulan hubungan mereka...

"Akak tahu, Khai baik sangat... Memang ada perempuan kat ofis tu yang sukakan dia... Tapi dia tolak cara baik... Katanya hati dia telah dimiliki... Akak bayangkanlah... bukan sorang tau, kak! Ada 4, 5 orang..."

"Itu maksudnya, Khai betul-betul sukakan adik... Adik kena jaga hati Khai macamana Khai jaga hati adik, tau...! Jangan dengar kata-kata mulut puaka...! Dalam perhubungan ni, komunikasi amat penting selain kejujuran dan keikhlasan... Ingat tu!"

"In shaa allah, kak! Thanks for the advice...Eh, akak dengan Ad, macamana?"

"Setakat ni, Alhamdulillah... Kami masih bertahan... Ad pun, macam Khai... Soft spoken. Baru-baru ni, ada makhluk Allah yang datang spa akak, dok saja-saja cerita pasal Ad... Tapi, akak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ada aku kisah? Selagi Ad jujur dengan akak... In shaa Allah, everything will be fine...!"

"Ya ke, kak? Akak kenal ke perempuan gedik tu?"

"Kenal... Kawan Ad... Dia memang suka Ad... Tapi, family Ad tak dapat terima dia sebab pekerjaan dia... "

"Kerja? Kerja apa, kak? GRO ke?"

"Ish, adik ni...! Perempuan tu model. Model antarabangsa... Maria Gonzalez..."

"Hah, Maria Gonzalez... Model tu memang cantik tu...! Nampaknya akak dah ada pesaing... Kena berusaha keras nak jaga hati Ad"

"Memang cantik... Tapi, Ad memang anggap dia kawan je... Ad ni, antara lelaki pelik yang akak pernah jumpa..."

"Pelik macamana?"

"Selalunya, lelakikan suka tengok perempuan seksi... terdedah sana, sini... Melentik sana sini... Tapi, tidak pada Ad... Parents dia dah tetapkan, no model dalam family....!"

"Huish... Lain macam ni... ! Kalau macam tu, akak ada chancelah!"

"Entahlah dik! Kitapun pakaian seksi juga, apa? Cuma, kita bukan model..."

"Salah, kak! Kita memang bukan seksi... Tapi kita seksa... Kita menyeksa hati lelaki...! Hahaha...!" Serena menggelengkan kepalanya berkali-kali...

"Bertuah punya adik... Ada macam tu lak..."

"Tapi, betul, kak! Akak kena berusaha jaga hati dan perasaan, Ad...! Takut kalau-kalau Ad kena caras..."

"Akak sentiasa berdoa untuk itu... Tapi, adik kena faham... Sebagai manusia... Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan..."

"Maksud akak?"

"Andai termaktub, dah tertulis, Ad milik akak, macamanapun, apapun yang berlaku... Dia tetap akan menjadi hak akak... Tapi, andai sudah tertulis, Ad bukan jodoh akak... Kita kena terima dengan redha..."

"Tapi, apapun, kita kena berusaha dan berdoa agar hubungan kita berpanjangan, kan?"

"Betul tu... Cuma, kekadang hati akak berbelah bagi... Ada perasaan tidak sedap hati... Perasaan yang sukar diungkapkan..."

"Maksud akak? Akak jangan takutkan adik, boleh tak? Ad ada buat masalah ke dengan akak?"

"Akak tak pasti! Tapi, ni... adik tengok ni...!" Seraya menunjukkan gambar Ad dengan seorang wanita yang agak seksi... Dan Serena dan Selena cukup mengenali wanita ini...

"Nelly! Nelly Nadra? Macamana dia boleh dengan Ad? Apa hubungan Ad dengan Nelly? Akak dah bincang dengan Ad...?"

Serena menggelengkan kepalanya...

"Akak kena tunjuk kat Ad? Tapi, siapa yang hantar gambar ni kat akak?"

"Tu yang akak tak tahu... Tapi, akak ingat nak minta tolong Abang Shah... Nak tau juga siapa yang hantar gambar ni... Akak pasti, orang yang hantar gambar ni, kenal kita!"

"Betul ke, kak?"

"Tak mustahil..."

"Lena rasa jangan minta tolong dengan Abang
Shah... Kita try tanya Abang Yan... Aryan Arman... Diakan assistant Abang Shah...?"

"Betul jugak tu...! Thanks dik...!"

"No prob, sis! Lagipun, akak tahukan macamana perangai Abang Shah... Silap haribulan, lunyai orang tu dibuatnya...!"

"Kak... Walaupun kita berpakaian macam ni, takdelah kita lentik sana sini... Saja nak pakai ketat... Kita bukan nak dedahkan sana sini... Tonjol sana sini... Kita pakai sebab kita selesa..."

"Betul tu, dik! Akak akui walaupun kita pakai pakaian yang menutup badan, tetap berdosa sebab kita tak menutup rambut kita dari pandangan mata lelaki yang bukan ajnabi.. In shaa Allah, suatu hari nanti... Akak berharap akak dapat berubah ke jalan yang lebih baik..."

"In shaa Allah, nanti kita berubah sama-sama ya, Adik memang dah lama nak tukar cara berpakaian... Walaupun bukan sampai nak berhijab... Tapi, adik nak pakaian yang menutup tubuh kita dengan sempurna... Tak nak lagi pakai seksi-seksi!"

"In shaa Allah, dik! Sekurang-kurangnya kita mencuba menjadi terbaik... Kita doa sama-sama moga doa dan impian kita, menjadi kenyataan... Aamiin...!"

"Ok, sekarang ni... Adik nak akak bincang dengan Ad, pasal gambar yang dihantar pada akak. Jangan rasa bersalah, kak... Sebab kita nak tahu apa hubungan dorang berdua... Tapi, kan kak, andai kata diaorang memang ada hubungan macamana?"

"Akak kena redha... Mungkin Ad bukan jodoh yang terbaik untuk akak... Walaupun pahit untuk ditelan, akak percaya, Tuhan tu dah aturkan yang terbaik buat hambaNya..."

"Adik bangga dengan kakak! Akak kuat semangat!"

"Kita kena kita semangat, dik! Kita kena sentiasa bersedia... Dunia kita berbeza dik... Adik kena ingat tu semua..."

"Sampai bila kita nak macam ni, kak? Tak sudah-sudah ujian yang kita lalui..."

"Tak baik mengeluh, tau?"

"Kekadang adik rasa penat sangat... Susah sangat ke kita nak rasa bahagia...?"

"Adik, apa yang berlaku selama ini, sudah tertulis... Papa dan Mama dah berusaha sebaik mungkin untuk kita... Adik sabar, ya! In shaa Allah, kita akan bahagia juga satu hari nanti..."

Senyuman dilemparkan pada Serena... Selena cukup sayang kakaknya... Serena... Kakak yang banyak mengalah dalam segala hal berkaitan hidupnya...

Serena banyak membantu Selena dalam segala hal... Tapi, tak dinafikan, Serena lebih garang dan tegas berbanding dirinya... Serena juga lebih tangkas dan berani... Sejak kecil, Serenalah yang sentiasa menjaga keselamatannya di sekolah...

Maaf lewat sikit update... Banyak urusan... Ok... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience