BAB 26 - CD - TENGKU RIZ / TENGKU AD

Romance Completed 23254

"Tengku, macamana?" Tengku Rizqy menjongketkan keningnya memandang Kimi dari sisi...

"Emm... sorry Riz... Dah terbiasalah!"

"Banyaklah kau punya biasa... Annoying tau tak?"

"Ala, rilekslah... Ok, ok! Kita berbalik pada persoalan utama... Macamana dengan fail kewangan ni?"

"Maksud kau?"

"Setakat ni kita masih belum dapat apa-apa bukti yang boleh mengaitkan Tengku Kamarul dengan kes penyelewengan..."

"Takpe! Masih terlalu awal nak buat andaian ataupun keputusan... Kita kena sabar... Aku pasti, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..."

"Kita tak boleh nak meletak 100 kepercayaan pada fail ni je... Aku pasti, setiausaha Tengku Kamarul, tentu tahu pasal penyelewengan ni..."

"Gibrel, maksud kau?"

"Ya...! Untuk pengetahuan kau... Gibrel dulu, setiausaha sulit Tengku Idham Ibraheem, salah seorang share holder dalam Organisasi... Disebabkan Tengku lakhanat tu, Tengku Idham ditendang... So, sekarang, Tengku Kamarul yang memegang tampuk utama Organisasi. Walau hakikat sebenarnya, modal dalam Organisasi ni, adalah 100 milik Tengku Idham, Puan Sharifah Shahania dan Daddy aku sendiri..."

"Aku ada dengar pasal tu... Tapi, mana Tengku Idham sekarang?"

"Emm, babah kau cakap Tengku Idham masih dalam Organisasi, cuma sebagai ahli biasa..."

"Kesian, kan Tengku Idham... Eh, tapi, latest news yang aku dengar, Tengku Idham ada anak lelaki yang bekerja di bawah anak Tengku Kamarul di sebuah hotel... Kebetulan, anak Tengku Kamarul juga bos dalam tu..."

"Anak Tengku Idham dan anak Tengku Kamarul... Emm... yang tu aku tak pasti... Kau ada proile dorang..?"

"Ada, nanti aku forward kat kau..."

"Ala, sekaranglah.. Mana tahu, aku kenal dorang... Lagipun, bosan pulak aku tengok fail bodoh ni..."
Tengku Rizqy terus menutup fail di atas mejanya...

"Yelah...Aku ambik sekarang..." Sementara Kimi mencari fail-fail Tengku Rizqy dan Tengku Irsyad... Tengku Rizqy membelek-belek fail itu semula... Riz terpandang di sudut fail yang ditandatangani Tengku Kamarul, tertera TKK...

"TKK... Apa maksud TKK?"

"Kau bebel apa, Riz?"

"Eh, tak... Ni... Apa maksud TKK? Banyak aku nampak ada tag macam ni... TKK..."

"TKK for Tengku Kamarul Khalif..."

"Ceh! Berlagak macam company bapak dia je..."

"Apasal lak?"

"Setahu aku, dari aku kecil lagi, Daddy memang guna shortform untuk nama dia, TRR for Tengku Riezman Ryzal... Tak sangka pulak si jahanam ni curi identiti Daddy aku...! Dahlah company bapak aku dia rampas...! Sampai tag Daddy aku pun dia curi jugak! Jahanam!" Dihempasnya file kewangan tu atas mejanya...

"Dahlah tu... Kita nak marah pun tak guna... Sekarang ni, baik kita siasat benda ni... Lagi cepat kita siasat, lagi cepat kita dapat bukti...Ni hah! Dokumen pasal anak-anak Tengku Idham ngan Tengku Kamarul...

Riz membelek dokumen tadi... Berkerut dahinya melihat fail tadi...

"Kenapa Riz?"

"Ni... Tengku Isyraq Irsyad, anak Tengku Idham Ibraheem... Tengku Khairul Khaseef, anak Tengku Kamarul?"

"Ya, kenapa?"

"Aku rasa aku kenal dorang ni... Nanti aku ingatkan semula... Kat mana ya...? Think Riz! Think!... Yes! Ad! Khai! Dorang satu universiti dengan aku... Jurusan undang-undang!"

"Kau kenal, Riz?" Riz mengangukkan kepalanya...

"Tak sangka, kecil betul dunia ni... Pusing-pusing, kawan aku rupanya..."

"Serius Riz...?"

"Ya... Aku takkan lupa pelajar cemerlang kat universiti ni dulu... Khai ni kesian hidup dia... Sepanjang 5 tahun belajar kat sana, sekalipun, bapak dia tak pernah datang... Nasib baik ada Ad.. Bapak dia yang selalu datang melawat dia masa belajar dulu... Jadi, secara tak langsung Khai memang rapat dengan Khai... Dengan bapak Ad..."

"Emm, kurang kasih sayanglah ni... Tengoklah bapak dia macamana? Pentingkan diri... Anak sendiripun dia buat macam tu!"

"Dengar cerita pulak, sekarang ni, Khai dah larikan diri..."

"Larikan diri, kenapa?"

"Apa lagi kalau bukan pasal bapak dia yang suka mengongkong hidup dia..."

"Kongkong macamana?"

"Bapak dia aturkan semua jalan hidup dia... Dengan siapa dia boleh kawan..."

"Macam tu sekali?"

"Tulah! Yang aku dengar, dia laripun sebab si Kamarul tak restu hubungan dia dengan sorang perempuan, kalau tak silap aku, staff dia sendiri..."

"Giler! Apa masalah si Kamarul ni?"

"Perempuan tu, lawa giler Riz... Tergugat iman aku..."

"Ish, kau ni Kimi...!"

"Serius Riz... Aku tak tipu kau... Tapi, macam sesuailah dengan Si Khai tu... Dia pun hemsem... Tapi tulah, bapak dia pulak yang tentang...! Padahal dia dulupun, lagi jahat!"

"Wah, banyak jugak kau tahu, kan?"

"Babah akukan lawyer hebat kat Malaysia ni? Dan aku pun bakal mengikut jejak babah aku untuk menjadi lawyer yang berkaliber dan hebat...!" Terasa riak pulak si Kimi ni...

"Kalau macam tu, tolong semakkan fail kewangan ni, ya... Aku dah letihlah..." sambil menyerahkan fail itu pada Kimi...

"Ala Riz... Aku banyak kerja ni... Bagilah aku chance rehat dulu..."

"Ala, bagilah aku rehat pulak... Pening kepala aku nak semak setiap helaian kertas yang penuh dengan nombor ni..." Riz buat muka sedih...

"Ish, kau ni! Yelah... Tapi, upkan gaji aku..."

"Anything for you, dear...!"

"Ish, geli aku! Blahlah! Eh, Riz! Kau nak pergi mana?"

"Aku nak keluar sekejap... Nanti aku masuk semula... Kau jangan risau."

"Ok, Riz!"

**************************

Sebelum melangkah keluar, Riz sudah memaklumkan pada beberapa orang pembantunya merangkap bodyguardnya... Besar tau gaji dorang ni... Bukan kaleng-kaleng dorang ni...

"Tak perlu follow dekat sangat... Buat macam biasa... Aku tahu, kuncu-kuncu Tengku Kamarul ada berdekatan.... Korang just standby..."

"Baik, Tengku..." Talian diputuskan...

Riz melangkah memasuki mall yang berdekatan dengan bangunan Organisasi... Walaupun dekat, namun keselamatan perlu diutamakan... Riz tahu, Tengku Kamarul bukan sebarangan orang... Dia mampu lakukan apa saja demi mencapai hajatnya...

Entah di mana silapnya, Riz tak sedar yang dia diekori rapat oleh dua orang lelaki...

"Jangan bergerak kalau Tengku mahu selamat." Rizqy terkejut lantaran tangannya dipegang dari arah belakang dan terasa bagaikan ada benda tajam di belakang badannya... Tangan diangkat tinggi memberitahu pada pembantunya jangan lakukan apa-apa...

"Siapa korang? Apa yang korang nak?"

"Tengku tak perlu tahu siapa kami... Tengku hanya perlu tarik diri dari Organisasi..."

"Tapi, kenapa aku mesti ikut cakap korang?"

"Ini satu arahan, Tengku!"

"Arahan siapa?"

"Itu Tengku tak perlu tahu!"

Tanpa mereka sedari, segala tindak-tanduk mereka, diperhatikan seseorang... Mereka tidak sedar manusia misteri itu berada di belakang mereka dengan memegang sepucuk pistol.

"Jangan bergerak kalau korang tak nak kepala korang berkecai dengan pistol ni!"

"Jangan pusing! Kalau tidak aku tembak kepala korang!"

"Maaf Tengku... Rampas pisau di tangan mangkuk ni!"

"Emm, ok!" Rizqy merampas pisau rambo dari tangan salah seorang dari penjahat tadi...

"Argh!" Seorang sudah terkulai akibat dihentak di tengkuknya... Diikuti oleh seorang lagi yang pengsan akibat hentakan di tengkuk...

"Tengku ada sesiapa yang boleh tolong Tengku di sini...?"

"Ada... Nanti saya panggilkan..." Rizqy memanggil orang-orangnya...

"Pastikan mereka berdua tak dapat lepaskan diri... Campak dorang dalam gudang... Jaga mereka!"

"Baik Tengku..." Puas ditenung, ditelek wajah orang di hadapannya...

"Tengku Rizqy...?"

"Tengku Irsyad? Ad?"

"Ya Allah! Riz... Mana kau pergi hah? Lamanya kita tak jumpa..." Mereka berpelukan.

"Yelah, Ad! Lama giler, kan...? Last kita jumpa, masa graduate, kan?"

"Eh, jom Riz! Kita pergi cafe... Lepak-lepak, minum-minum... Wait! Kau dengan siapa...?"

"Aku soranglah... Ada kau nampak ada orang lain dengan aku ke?"

"Manalah aku tahu... Kau tunggu seseorang ke...?"

"Tak... Aku baru nak ke cafe... Tak sangka pulak ada orang follow aku... Thanks Ad. Kau memang dari dulu tak berubah... Selalu ada waktu aku dalam kesulitan..." Bahu Riz ditepuk...

"Ala, takde apalah Riz... Kebetulan aku nampak ada orang perlukan bantuan... Tak salahkan kalau aku tolong... Tuhan tu dah gerakkan hati aku lalu kat sini... Tolong kawan baik aku sendiri."

"Terima kasih banyak Ad... Dah, jom...Kita ke cafe... Banyak aku nak tanya kau, ni! Eh, kau tak tunggu sesiapa, kan?"

"Taklah... Aku ada kerja sikit tadi... Nantilah aku cerita... Dah jom, kita gerak dulu..."

"Ok, jom..." Kedua-duanya melangkah beriringan menuju ke Coffee Bean Tealeaf Cafe...

Sementara...

"Mana pulak mangkuk dua ekor ni? Takkan kerja senang pun tak boleh nak buat...?"

Nombor yang sama di dail lagi... Masih sama, tiada sahutan...

"Cis! Mana korang ni? Selagi mangkuk Rizqy ni tak berambus dari sini.. selagi itu, kedudukan aku tergugat... Celaka! Mana korang ni hah?"

Nombor lain didail...

"Hantar orang, cari Lokman dan Eddie...!" Talian dimatikan...

****************************

"Macam tu sekali Daddy Khai buat..."

"Itulah Riz! Aku sendiri kesiankan Khai... Tapi, aku tak mampu nak tolong Khai... Kau tahulah Daddy Khai macamana... Silap haribulan, papa aku jadi mangsa...! Cukuplah dia dah hancurkan hidup kami sekeluarga..."

"Tapi, mana Khai sekarang... Ada di rumah mama aku... Buat sementara ni, kami tak benarkan dia keluar mana-mana..."

"Kau cakap mama kau... Bukan mama kau dah...?"

"Itu mama kandung aku... Sekarang aku dah berjumpa dengan adik kandung aku... Bekas isteri papa aku..." Berkerut dahi Riz mendengar kata-kata Ad...

"Sorry, Riz! Macam ni... Lepas mama kandung aku meninggal, aku dijaga oleh keluarga sebelah mama... Kemudian, papa berkahwin dengan Mama Nia di luar negara... Disebabkan Daddy khai punya angkara, mama Nia menerima surat cerai, kononnya dari Malaysia... Dalam masa itu, Mama Nia mengandungkan adik aku..."

"Oh..."

"Papa ada beritahu aku pasal Mama Nia... Pada mulanya, memang papa tak tahu yang Mama Nia mengandung... Sampai satu ketika, mereka pernah sekali berhubung bagitahu pasal kelahiran adik aku..."

"Jadi, papa minta aku carikan Mama Nia dan adik kandung aku. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan kami... Sekarang, aku dah jumpa adik kandung aku..."

"Alhamdulillah... Aku tumpang gembira, Ad... Tapi, bagaimana penerimaan Mama Nia dan adik kandung kau?"

"Mula-mula tu, memang sedikit mengejutkan... Tapi, rupa-rupanya Mama Nia dah tahu pasal aku sebab dia masih berhubung dengan papa aku... Adik aku terkejut... Tapi, dia dapat terima kehadiran aku dalam keluarga..."

"Kau sendiri, macamana? Kau tak marah dengan papa kau?"

"Takde apa yang perlu aku marahkan... Ini semua sudah tertulis... Sekurang-kurangnya, aku bahagia sebab aku punya keluarga yang cukup sempurna walaupun hakikatnya aku punya tahap marah dan benci pada Tengku Kamarul, tak terhitung banyaknya...!"

"Eh, kau kerja ke tidak ni?"

"Aku tahu sekarang kau dah pegang Organisasi, kan?"

"Wah! Cepat betul tersebar, kan?"

"Aku dan papa dah lama tarik diri dalam Organisasi... Dah tak sanggup nak menanggung dosa bersubahat dengan Tengku Kamarul... Aku sendiripun dah angkat tangan... Sekarang ni, cuba berjina-jinak dengan business kecil share dengan bakal isteri aku...!"

"Bakal isteri? Kau nak kahwin ke Ad?"

"In shaa Allah... Kau doakan ya... Aku cuba nak pastikan aku tak lagi dibawah kawalan Tengku Kamarul..."

"Maksudnya kau bukan lagi di bawah Organisasi...?"

"Ya... aku surrender... Biarlah ak tak kaya, pun... Yang peting aku bahagia dan tidak dibawah kawalan sesiapa lagi..."

"Eh, papa kau macamana Ad?"

"Ada... Kat kondo aku! Papa selesa duduk kat sana... dengan aku! Nak jauh dari Tengku Kamarul... Aku pun tak nak apa ambik tahu lagi pasal Organisasi..."

"Tapi, Ad... Kau tahu, kan... Papa kau ada 25% share dalam Organisasi...?"

"Aku tahu, Riz... Tapi, apa yang boleh kami buat... Kalau segalanya dikawal oleh si jahanam tu! Papa aku jadi kambing hitam je dalam Organisasi tu... Orang-orang kepercayaan papa pun dah berpaling tadah!"

"Emm... Apa kata kita bekerjasama jatuhkan Tengku Kamarul..?"

"Maksud kau, kau, papa dan aku?"

"Ya... Tapi, aku masih perlu mencari siapa Sharifah Shahania Syed Shahabudin..."

"Hahaha...! Riz... Riz... Aduhai..."

"Kenapa kau gelak, Ad? Apa yang kelakar?"

"Sharifah Shahania binti Syed Shahabudin tu mama aku... Mama Nia..."

"Hah! Betul ke, Ad? Kau tak tipu, kan?"

"Ya Allah! Kau ni, Riz... Betullah... Takkan aku nak tipu... Mama Nia yang aku maksudkan, bekas isteri papa aku... Mama aku..."

"Alhamdulillah... Kerja kita dipermudahkan, Ad... Bila kau nak bawa aku jumpa mama dan adik kau...?"

"Amboi, bersemangatnya kau!"

"Ala Ad! Aku dah tak larat dengan Tengku Kamarul ni! Kalau tak sebab amanat arwah Daddy aku, dah lama aku angkat kaki, Ad! Aku nak cepat selesaikan segala dengan cepat, kau fahamkan?"

"Aku faham sangat! Tapi, kau tak nak jumpa Khai ke...?"

Eh, mestilah aku nak jumpa Khai! Kawan aku, kan? Lagipun aku kesiankan dia... Nasib dia dapat bapak macam si Kamarul tu...!"

"Yelah! Nak buat macamana... Apapun, aku sentiasa doakan kebahagiaan Khai... Kami dah kenal dari kecil lagi... Dah macam adik-beradik dah..."

"Aku faham, Ad!"

"Eh, budak dua ekor tu, kau nak buat apa?"

"Yang tu kau takyah risau Ad! Tahulah aku nak buat apa dengan dorang...! Celaka betul... Berani nak ugut-ugut aku! Kau tunggulah Tengku Kamarul...!"

"Kau betul-betul nak jatuhkan Tengku Kamarul n, Riz?"

"Kau ingat aku main-main ke? Aku dah puas bersabar Ad... Lama sangat aku nantikan saat-saat begini... Saham terbesar aku dah pegang... Tinggal nak singkirkan dia dengan konco-konco dia je... Aku nak kembalikan zaman kegemilangan Organisasi sepertimana yang Daddy buat dulu... Itu janji aku pada arwah Daddy aku!"

"Baiklah Riz! Kalau itu keputusan kau, aku akan tolong kau apa yang patut... Aku sendiripun nak lihat Tengku Kamarul tu jatuh... Kesian Daddy ngan Mama Nia... Segala hasil usaha mereka dirampas dengan kejam oleh si jahanam tu! Aku nak papa ceria seperti dulu... Aku nak papa kembali memegang tampuk utama Organisasi dengan Mama Nia... Aku nak tuntut bela atas apa yang telah Tengku Kamarul lakukan pada keluarga aku!"

"Ya Ad! Kita akan bergabung untuk jatuhkan si jahanam tu! Aku akan pastikan segala usaha kau selama ini, takkan sia-sia!"

"In shaa Allah, Riz! Yang penting, kita banyakkan berdoa... Moga-moga usaha kita akan diberkati..."

"Aamiin..."

Tengku Riz bertembung Tengku Ad selepas Tengku Ad menyelamatkan Tengku Riz. Sama seperti ketika mereka belajar di luar negara dulu... Riz nak jumpa Mama Nia dan adik Ad, Selena... Agak-agaknya apa akan berlaku... Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience