BAB 37 - CD - CULIK

Romance Completed 23254

"Am, Nia... Mona rasa bahagia sangat... Kita dah menang... Kita dah menang! Inilah yang Mona nanti-nantikan selama ini... Tengku Kamarul telah berjaya kita sumbat ke dalam penjara...!"

"Alhamdulillah... Tak sia-sia usaha kita selama ini..."

"Tak sangka, macam-macam tuduhan yang dikenakan pada Kamarul!"

"Tapi, pelik... Macamana Jason boleh bertahan lama dengan Kamarul...? Padahal, dia dari Interpol... Bertahun-tahun dia mengikut Kamarul..."

"Kerja macam dorang, memang macam tu! Kena undercover... Bukan sekejap, tapi, ambik masa berbulan, kekadang bertahun lamanya..."

"Tapi, macamana Gibrel, lepas Mona jumpa dia di mahkamah?"

"Gibrel dah minta maaf dengan Mona... Mona pun tak salahkan... Dia dah letak jawatannya di Organisasi dan pulang ke pangkuan keluarganya. Dia dah minta fasakh... Sebab selama ini Kamarul tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami... Sebaliknya, dia dijadikan kambing hitam untuk kegiatan haram Kamarul."

"Ya Allah, betul ke Mona?"

"Ye, Nia... Gibrel minta maaf sangat-sangat dengan Nia dan Idham atas segala kesilapan dia... Dia mengaku dia yang menyebabkan Nia dan Am berpisah... Semuanya atas arahan si Kamarul!"

Tengku Idham dan Puan Nia berpandangan sesama sendiri...

"Macamana Gibrel boleh terlepas, sedangkan dia turut bersalah... Dia bersama-sama dengan Kamarul, kan?"

"Betul, dia bekerja dengan Kamarul... Tapi, dia takde kaitan dengan kegiatan haram Kamarul... Lagipun, Gibrel yang bocorkan rahsia Kamarul pada pihak polis. Dan sebab itu, dia dibebaskan tanpa dilepaskan."

"Dibebaskan tanpa dilepaskan? Apa maksud Mona?"

"Emm, macamana ya nak cakap... Apa yang Mona tahu, Gibrel dibebaskan dari semua kesalahan tapi, masih dalam pemerhatian pihak polis... Lebih kurang macam tulah!"

"Oh..."

"Maksudnya, selama ini, pasal gudang, barang kena rampas, kerja Gibrellah?"

"Gibrel dan Jason!"

"No wonderlah..."

"Takpelah, Mona... Benda dah berlaku, pun!"

"Tapi, macamana dengan Organisasi? Macamana kita nak percayakan ahli-ahli naungan yang ada orang lain yang mampu mengendalikan Organisasi?" Soal Mama Nia...

"Itu tak jadi masalah... Kita adakan mesyuarat tergempar sebelum mengumumkan siapa yang bakal menerajui Organisasi..." Tambah Mummy Mona.

"Am, apa kata, kalau Am yang jadi pengganti, menjadi Pengarah Organisasi?"

"Hah, aku? Aku jadi Pengarah? Ish, tak mahulah!"

"Hei, kenapa pulak? Am lebih layak selepas ketiadaan Tengku Riezman..."

"Nia, sudahlah... Am rasa cukuplah setakat ini... Am tak mahu lagi memegang apa-apa jawatan dalam Organisasi... Am dah tak mampu nak mengendalikannya..."

"Am, Mona rasa Am lebih layak... Betul tak Nia?"

"Betul tu, Am. Antara kita bertiga, Am pemegang saham terbesar dalam Organisasi... Lagipun, ahli naungan lebih mengenali Am berbanding Nia..."

"Cukuplah! Am rasa sudah tiba masanya kita serahkan jawatan ini kepada mereka yang lebih layak... Am rasa, kita patut serahkan pada yang lebih muda dan berkelayakan..."

"Maksud Am?"

"Macamana dengan Tengku Rizqy?"

"Rizqy? Rizqy anak Riezman?"

"Ya... Tengku Rizqy lebih layak... Dah tiba masanya yang muda-muda ni, kita bagi peluang untuk mengemudi Organisasi. Dan, Am benar-benar rasa, Rizqy layak menjadi pengganti Tengku Riezman..."

"I agree with Idham..." Entah dari mana datangnya Papa Simon, tiba-tiba muncul dan bersetuju dengan pendapat Tengku Idham. Tengku Idham, Mama Nia dan Mummy Mona memusingkan tubuh mereka memandang tuan empunya suara.

"Thank you, Simon..." Papa Simon melemparkan senyuman.

"Tapi, macamana dengan Ad? Takkan Am tak mahu tengok Ad mengemudi Organisasi?"

"Ya, Am! Ad layak untuk memegang Organisasi!"

"Ad tak berminat!"

"Ad?" Masing-masing terkejut mendengar suara Tengku Irsyad yang tiba-tiba terpacul di ruang tamu dengan ditemani Serena, isterinya...

"Ad tak mahu pegang apa-apa jawatan di Organisasi... Cukuplah. Ad lebih selesa dengan kerja-kerja Ad sekarang."

"Ad betul-betul tak kisah?"

"Ya. Ad tak kisah dengan semua tu... Yang penting sekarang, Ad nak concetrate pada syarikat Ad yang semakin berkembang dan Ad nak spend time untuk Serena, wife Ad dan bakal baby kami." Jawab Ad sambil mengusap perut kempis Serena.

"Maksud Ad, Serena mengandung?"

"Ya, ma. Serena mengandung."

"Mama dan papa bakal jadi atok dan nenek?"

"Ya, mama... Mama dan papa bakal menjadi nenek dan atok... In shaa Allah..."

"Ya, Allah... Alhamdulillah... Syukur Alhamdulillah. Darling, kita akan jadi atok nenek, darling..." Keterujaan mama sambil memeluk lengan papa, membuatkan kesemua mereka tersenyum. Mama terus menerpa ke arah Serena... Tubuh ramping dipeluk...

"Tahniah, anak mama..."

"Thanks ma..."

"Tahniah, Ad, Serena... Mummy tumpang seronok..."

"Thanks, mummy... Doakan Serena dan Ad ya mummy..."

"In shaa Allah... Mummy sentiasa doakan korang berdua... Eh, sejak tadi, mummy tak nampak Selena ngan Khai... Mana dorang?"

"Yelah, Mona... Nia baru perasan, mana Selena dan Khai...?"

"Auch!" Ad mengaduh selepas terasa perutnya disiku isterinya.

"Err, Khai ngan Lena, keluar sekejap mummy..." Ad menjawab.

"Sakitlah, baby!" Ad menggosok perutnya.

"Keluar? Tak cakap ngan mama, pun?"

"Tadi... Khai cakap ngan Ad..."

"Dorang pergi mana? Patutlah, mummy call tak angkat..."

"Err... Ad tak pasti pulak, mummy... Khai cuba cakap nak keluar... Sekejap je... Lepas ni dorang baliklah..."

"Tapi, Khai bawak Selena pergi mana?"

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Eh, Khai... Selena."

"Panjang umur anak menantu mummy... Pergi mana hilang macam tu je?"

"Sorry, mummy, mama, papa, Papa Am... Kami keluar tak cakap..." Tangan mummy disalami sebelum beralih ke arah, Mama Nia, Papa Simon, Papa Am...

"Khai pergi mana dengan Selena?"

"Pergi klinik!"

"Hah, kenapa? Siapa yang sakit? Selena ok, Khai ok ke?" Mummy mula menyoal...

"Mummy... bawak bersabar... Takde siapa yang sakit..."

"Habis tu, pergi klinik buat apa? Takkan jumpa kawan kat klinik, kot?" Khai, Selena, Ad dan Serena sudah tergelak...

"Mummy ni... Takde siapa yang sakit... Kami jumpa doktor sebab mummy nak dapat cucu..."

"Cucu... Oh, cucu..." Mummy Mona nampak selamba je menyebut perkataan 'cucu'... Sebaliknya, Mama Nia sudah teruja. Nampaknya, kedua-dua puterinya bakal bergelar ibu, tak lama lagi.

"Mona... Mona... Selena mengandung, Mona... Selena mengandung..."

"Hah! Selena mengandung? Betul ke, Nia?"

"Ya, Mona... Kita bakal jadi nenek, Mona..."

"Betul ke Ad, Selena? Mummy bakal jadi nenek? Betul ke?"

"Ya, mummy... Lena mengandungkan anak Khai... Dah hampir 2 bulan, mummy." Perut kempis Selena diusap...

"Mummy suka?"

"Suka sayang... Mummy suka sangat... Terima kasih Selena..." Tubuh menantunya dipeluk erat.

"Mummy, takkan Selena je... Khai?" Khai merengek... Macam budak kecik...

"Ish, mengada je kan? Dah nak jadi bapak orang pun, mengada lagi..." Usik Mummy Mona lantas tangannya didepangkan menyambut pelukan Khai...

"Alhamdulillah... Hari ni, betul-betul hari bahagia buat papa... Papa akan menerima 2 cucu sekaligus. Alhamdulillah..." Tengku Idham meluahkan rasa gembiranya, sambil memeluk tubuh Selena dan Ad...

"Alhamdulillah. Terima kasih semua... Anak-anak mummy... Ini merupakan anugerah terindah buat mummy..."

*****************************

"Papa! Papa!"

"Eh, Ad... Kenapa tergesa-gesa ni? Apa yang berlaku? Mana Serena?"

"Papa.... Tengku Kamarul dah terlepas!"

"Terlepas? Macamana boleh terlepas? Siapa yang lepaskan dia?"

"Menurut pihak polis, ada seseorang yang menyelamatkan Kamarul!"

"Seseorang? Allahuakhbar..." Papa meraup wajahnya...

"Err, dari mana Ad dapat info ni?"

"Riz...! Riz yang call Ad tadi..."

"Nampak gayanya kita kena berhati-hati! Ad dah inform Khai?"

"Belum, pa...! Riz baru call Ad..."

"Call semu orang... Including Papa Simon dan Shah... Kita kena berjaga-jaga. Papa yakin, Kamarul tentu akan cari kita semua..."

"Baik, pa! Ad call semua sekarang... Err, pa... Mummy Mona?"

"Takpe, papa call Mona sekarang."

"Ok, pa!" Kedua beranak sibuk menyampaikan berita yang mengejutkan kepada semua orang... Bimbang keselamatan mereka... Papa menelefon pihak polis untuk meminta perlindungan... Keselamatan Nia, Selena cukup penting baginya...

Walaupun antara Tengku Idham dan Sharifah Shahania sudah tiada ikatan, tapi, Mama Nia tetap menjadi insan yang terpenting dalam hidup Tengku Idham... Lagipun, Selena merupakan anak, hasil cinta mereka sebelum ini...

"Ad, pastikan budak-budak Ad berjaga-jaga di rumah Mama Nia... Papa dah call pihak polis... Sekarang ni, kita kena ke rumah Mama Nia..."

"Dah, pa! Ad dah arahkan dorang... Papa jangan risau."

"Err, Ad...?"

"Ya, pa?"

"Serena mana?"

"Rena kat butik... Ad nak pergi jemput Rena dulu."

"Baiklah... Hati-hati Ad..."

"Baik, papa..."

"Err, Ad..." Tiba-tiba Tengku Idham memeluk tubuh Ad...

"Papa, kenapa ni?"

"Papa sayangkan Ad..."

"Ad pun sayangkan papa..."

"Papa minta maaf sebab kurang tumpukan perhatian pada Ad, selama ini..."

"Pa, Ad dah dewasa pa... Ad tahu apa yang papa buat selama ini untuk Ad juga... Papa jangan risau... Ad tak pernah salahkan papa. Walau apa jua yang berlaku... Papa tetap papa Ad dunia akhirat..."

"Terima kasih, Ad... Papa sayangkan Ad dan menantu papa... Papa sentiasa mendoakan kebahagiaan korang berdua..."

"Ad pun macam tu juga... Ad tak pernah lupakan segala jasa baik papa selama ini... Ad tahu, papa terluka selama ini... Tapi, Ad dah janjikan, Ad akan buat papa bangga dengan Ad..."

"Ya, Ad... Papa bangga dengan Ad. Papa bangga anak papa dah semakin matang sekarang ni..."
Tengku Idham terus memeluk tubuh Ad... Begitu juga Ad yang membalas pelukan papanya...

"Papa pergi dulu, ya... Ad, jaga Serena dan bakal cucu papa baik-baik..."

"Baik, pa... Papa, take care... Ad sayang papa..." Papa melebarkan senyumannya, sebelum melangkah keluar dari kondonya...

***************************

Sementara di rumah Mama Nia...

"Nia... Simon..."

"Am, kenapa ni?"

"Nia, mana Simon, Shah?"

"Dorang kat office... Kenapa Am? Apa yang berlaku?"

"Kamarul! Kamarul berjaya meloloskan diri dari pihak polis!"

"Hah! Biar betul, Am... Allahuakhbar... Macamana ni Am?"

"Mana Khai ngan Lena?"

"Dorang keluar...!"

"Allah...!"

"Am, macamana Kamarul boleh terlepas? Am tahu dari siapa?"

"Tadi... Ad datang kat kondo... Rizqy call Ad... Bagitahu Kamarul dah terlepas..."

"Kalau macam tu... Kita semua dalam bahaya... Khai! Khai ngan Lena dalam bahaya!"

"Am, macamana ni...? Selena, Am... Khai...? Allah... Lena... Lena pregnant Am..."

"Sabar, Nia... Call Simon ngan Shah balik sini... Kita kena bincang... Benda macam ni, kita tak boleh nak panik... Call Simon sekarang! Am call Khai dan Lena."

"Ok! Nia call sekarang!" Nombor Khai di cari dan didail... Namun tiada bunyi... Nombor Selena didail...

"Hello... Papa, tolong Lena, papa... Tolong Lena...!"

"Lena kat mana? Kenapa Lena?"

"Papa... Lena tak tahu... Lena tak tahu...! Tolong Lena, pa!"

"Mana Khai? Apa dah jadi?"

"Papa... Lena tak..."

"Hoi! Berani kau...!" Tiba-tiba kedengaran suara orang lain di belakang...

"Argh... Papa, tolong Lena, pa... tolong Lena!" Suara Lena menjerit meminta tolong kedengaran semakin jauh...

"Hello! Hello! Lena... Lena!"

"Argh...!"

"Am, kenapa ni? Kenapa Am? Lena kat mana?"

Tengku Idham menghenyakkan punggungnya di sofa ruang tamu sebelum menundukkan kepalanya... Wajahnya diraup kasar...

"Am... Mana Lena...? Kenapa dengan Khai?" Lengan Tengku Idham digoyang berkali-kali... Tengku Idham mengeluh kasar...

"Nia dah call Simon, Shah?"

"Dah! Dorang on the way balik...! Am, mana Lena...? Dia kat mana?"

"Nia, sabar ya... Sabar dulu..."

"Am, jawab soalan Nia... Mana Lena?"

"Nia... Am tak tahu! Am tak tahu! Am call, Lena menjerit minta tolong..."

"Am? Apa dah berlaku?"

"Am tak tahu, Nia..! Am cuma dengar suara Lena minta tolong..."

"Am... entah-entah Lena kena culik, tak? Mana Khai...? Lena cakap apa?"

"Lena tak tahu mana Khai...! Am tak tak dapat nak bercakap dengan Selena lepas telefon tu dirampas seorang wanita..."

"Mana Am tahu 'dia' wanita?"

"Eh, Simon..."

"Darling... Selena darling... Selena..." Mama Nia terus menerpa ke arah Papa Simon... Mama terus mengogoi di pelukan.

"Sabar Honey... Sabar..."

"Mama, sabar, ma..." Shah cuba memujuk mamanya yang benar-benar terkejut.

"Papa, macamana Selena...? Macamana papa tahu ada perempuan dengan Selena...?"

"Papa call Selena... tiba-tiba, Selena meminta tolong... Papa tanya pasal Khai... Selena tak tahu... dan papa dengar suara perempuan marahkan Selena... Then, panggilan terputus... Berkali-kali papa call semula... Tapi, tak dapat..."

"Takpe, pa... Shah boleh detect nombor Selena..."

"Macamana Shah...?"

"Sabar ya, pa... Bagi Shah cuba..." Shah naik ke biliknya. Kemudian, Shah turun dengan membawa dua buah laptop dan beberapa barangan sebelum meletakkannya di atas meja...

"Shah nak buat apa, nak?"

"Shah nak cari Lena, ma... Mama sabar ya... Bagi Shah buat kerja Shah..."

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Rena... Tolong mama, Rena..." Mama terus menerpa ke arah Serena sebelum menghamburkan tangisannya dalam pelukan Serena...

"Ma, kenapa ni?"

"Selena... Selena kena culik..."

"Hah, Lena kena culik?"

"Ya, Rena... Lena kena culik..." Mama mengogoi didalam pelukan Serena...

"Mama, sabar... Lena pasti dapat ditemu... Kita tunggu ya... Kita doa banyak-banyak."

"Papa..." Serena menyalami Papa Am... Tubuh Mama dipeluk semula lalu ditarik duduk di sofa...

"Macamana Shah...? Dapat detect Selena... Khai?"

"Aku tengah cuba lagi ni, Ad... Ehh... Kau dah call Rizqy?"

"Dah, dia on the way sekarang..."

"Selena... Mama nak Lena... Lena..." Mama masih mengogoi...

"Mummy Mona... Macamana Mummy Mona?"

"Ad dah inform... Mummy cuba secepat mungkin datang sini..."

"Khai, aku tak dapat call dia... Aku rasa memang dia dengan Selena kena culik..."

"Ya Allah..." Mama Nia tak mampu menahan kesedihannya...

"Mama... Mama... Mama... Bangun mama..." Serena memaut tubuh mama yang tiba-tiba melorot...

"Abang, papa... Mama pengsan..." Papa Simon terus mendapatkan isterinya. Papa mencempung tubuh mama sebelum meletakkan tubuh mama di sofa panjang... Rambut mama dielus... Serena duduk di samping mamanya...

"Abang..."

"Abang faham... Baby jaga mama... Abang akan follow Shah cari Lena dan Khai..."

"Thanks, abang..." Dahi Serena dicium...

Siapa culik Selena, Khai... Keadaan semakin tegang setelah mengetahui Tengku Kamarul berjaya meloloskan diri dari pihak polis denggan bantuan seorang wanita... Siapakah wanita itu? Selamatkah Tengku Khai dan Selena...? Apakah yang akan berlaku selepas ini? Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience