BAB 22 - CD - MASA

Romance Completed 23254

"Sampai hati Tengku Kamarul...! Apa sebenarnya yang dia mahukan? Tak cukup ke dengan apa yang sudah dia rampas dari Daddy dan kawan-kawan Daddy?"

"Riz! Tengku Kamarul bukan sebarangan orang, Riz! Dia sanggup buat apa, asalkan impiannya terlaksana!"

"Termasuk membunuh?"

"Ya! Untuk pengetahuan Riz... Tengku Kamarul dah bunuh ramai orang kanannya yang berpaling tadah... Belum lagi mereka yang dibunuh kerana gagal melunaskan hutang mereka..."

"Macam-macam kekejaman yang telah si jahanam tu dilakukan...! Takkan takde tindakan yang dapat dilakukan untuk menahan Tengku Kamarul?"

"Riz, macam yang Pak Mid katakan tadi... Tengku Kamarul bukan sebarangan orang...! Segala bukti yang menunjukkan dia terlibat atau bersalah, cepat-cepat dihapuskan... Riz fahamkan maksud Pak Mid?"

"Nampak gayanya, kita perlu lakukan sesuatu...!"

"Itu yang Pak Mid nanti-nantikan dari Riz...!"

"Apa maksud Pak Mid?"

"Pak Mid hanya menunggu hint dari Riz...! Kalau Riz dah kata mahu buat sesuatu... Pak Mid sedia membantu...!"

"Apa yang perlu Riz lakukan Pak Mid?"

"Beli saham Tengku Riezman dalam organisasi... tapi Riz gunakan nama Hakimi... Bukan nama Riz..."

"Riz kurang faham...!"

"Begini... Hakimi adalah peguam yang akan mewakilkan Riz untuk membeli saham Tengku Riezman... Segala surat-menyurat perlu diserahkan pada Kimi..."

"Habis tu, Riz?"

"Riz hanya menandatangani segala dokumen yang berkaitan..."

"Maksud Pak Mid, Riz hanya akan muncul bila keadaan memerlukan..?"

"Exactly!" Rizqy terdiam seketika... Dia cuba mencerna segala kata-kata Pak Mid... Hakimi yang dari tadi sekadar menjadi pendengar setia... mengangguk-anggukkan kepalanya... sambil memandang ke arah Riz...

"Baiklah! Riz setuju!"

"Good! Kita akan mulakan hari ini juga... Hakimi...?"

"Ya, babah?"

"Kimi tahukan apa yang perlu kamu lakukan?'

"In sha Allah, bah!"

"Benda pertama yang perlu kita lakukan adalah, beli saham Tengku Riezman... Segala dokumen, Hakimi akan sediakan..."

"Baik, Pak Mid! Riz sanggup ambil risiko... Asalkan hak Daddy dikembalikan! Itu janji Riz!" Riz menggenggam kedua-dua tangannya...

Sementara di hospital...

Wajah pucat Selena diusap perlahan...

"Sayang, bangunlah! Jangan biarkan B keseorangan macam ni... I need you... I love you..." Berkali-kali kekura tangan Selena dikucup. Sayangnya Khai pada Selena tidak terucap dengan perkataan... Bagaimana hendak dia jelaskan pada Selena betapa dia menyayangi dan mencintai gadis bermata hijau itu...

"Sayang... Bangunlah! Sayang tak sayangkan B, ke? Sayang dah bencikan B? Sayang bencikan B sangat, kan...? Please jangan tinggalkan B! Jangan tinggalkan B!" Tangan Selena masih di dalam genggamannya...

Terasa basah tangan Selena dengan air mata Khai... Selena tersedar dari pengsannya... Pelipisnya dipicit sedikit... Kepalanya masih terasa sakit... Tangan kekar Khai berada di atas katil sambil menggenggam tangannya... Khai terlena di sisinya ketika ini...

Wajah tampan Khai diusap perlahan dengan tangan kirinya... Bagaimana hendak dilepaskan kekasih hatinya ini...? Satu-satunya yang lelaki yang bertahta di hatinya... Selepas papa dan abang Shah... Cinta pertamanya... Mampukah Selena berjauhan dengan Khai...?

Air mata Selena berguguran ketika ini... Sayu hatinya melihat wajah sugul Khai... Selena tahu Khai menyayanginya, mencintainya... Tapi, Tengku Kamarullah punca segalanya yang menyebabkan Selena terpaksa menolak Khai...

Ya, Khai sebagai satu-satunya anak Tengku Kamarul, satu-satunya waris Tengku Kamarul... tentu sekali akan mengikut segala arahan Daddynya... Siapa lagi yang akan mewarisi segala kekayaan dan kedudukannya dalam organisasi kalau bukan Tengku Khairul Khaseef?

Walau hakikat sebenarnya, Khai hanya dijadikan kambing hitam oleh Daddynya, namun sebagai anak, Khai tentu takkan biarkan Daddynya menguruskan perniagaan mereka seorang diri... Walaupun hakikatnya, Tengku Kamarul terlalu mengongkong hidupnya... Sebagai seorang anak, apa yang mampu dia lakukan selain berkhidmat untuk orang tuanya sendiri...!

"Eh, sayang dah sedar... ! Sorry sayang... B terlelap!" Air mata Selena mengalir semula... Hiba rasanya melihat layanan baik Khai padanya...

"Sayang... Kenapa ni? Masih rasa tak selesa lagi? Sakit kepala?" Selena menggelengkan kepalanya sedikit...

"Jadi, kenapa menangis ni...? Sayang masih marahkan B?"

"Khai..."

"Sayang..."

"Lena perlukan masa!"

"Masa? Masa apa sayang? Untuk apa?"

"Masa untuk memikirkan hal kita..." Khai sedikit terkejut... Selena masih dengan sedu-sedannya...

"Sayang... Please...! Jangan cakap sayang nak tinggalkan B!"

"Khai...tolong bagi Lena masa... Lena perlu memikirkan arah tuju hubungan kita ni, Khai..."

"Sayang, tolong B, sayang! Tolong! B minta maaf.. B janji akan tinggalkan segalanya demi sayang! Please, jangan tinggalkan B...! Please! B rayu sangat... Jangan tinggalkan B... B janji B akan tinggalkan segalanya... Asalkan sayang tak tinggalkan B...!" Tangan Selena yang berada di dalam genggamannya, dicium berkali-kali...

"Khai... Tolong! Lena perlukan masa... Tolong faham!"

"No! Sayang yang kena faham B...!" Terhinjut badan Selena mendengar suara Khai yang agak kuat... Naik seoktaf suara Khai...

"I'm sorry! I'm sorry! Sayang... Please listen to me... B janji, B akan tinggalkan Daddy... Tinggalkan segala kerja-kerja haram... Tolong, jangan tinggalkan B, sayang! B janji... B akan sentiasa dengan sayang... B akan bermula dari bawah asalkan kita bersama..." Air mata Khai semakin laju mengalir... Betapa dia terlalu menyayangi gadis yang bernama Sharifah Selena Sahara...

Selena yang tidak sampai hati melihat air mata kekasihnya yang semakin lebat... mengusap wajah tampan itu... Air mata Khai diusap dengan jari-jemarinya...

"Khai... Mungkin sudah tertulis jodoh kita setakat ini sahaja... Lena tak mampu nak harungi semua ini lagi... Lena sayangkan Khai... Tapi, apa yang Daddy lakukan pada keluarga Lena, cukup menyakitkan... Sangat menyakitkan, Khai!" Selena mengusap dadanya sendiri...

"Ap... Apa maksud sayang? B tak faham?"

"Khai tanya dengan Daddy Khai... Apa yang telah dia lakukan pada Sharifah Shahania Syed Shahabudin lebih 20 tahun lalu...?" Khai bingung...

'Apa yang berlaku 20 tahun lalu?'

'Apa yang Daddy rahsiakan dari aku selama ini?'

'Mummy! Mummy tentu tahu apa yang berlaku!'

"Sayang, bagi B masa... Please... B minta sedikit masa... B perlu tahu apa yang berlaku 20 tahun lalu... B cuma minta sangat, sayang jangan tinggalkan B... Tolong sayang... B boleh mati andai sayang tiada di sisi B..." Khai masih menggenggam tangan Selena...

"Khai... Lena janji Lena akan tunggu Khai... Jika benar Khai sayangkan Lena... Selesaikan segala masalah Khai dengan Daddy... Lena tak mahu andai akan akan timbul masalah lain pula... Cukup-cukuplah! Lena dan terlalu penat...!" Selena menghela nafasnya...

"Thank you sayang! B janji, B akan selesaikan segala masalah ini... B akan tinggalkan segalanya...!" Khai mengusap wajah Selena...

"B janji akan kembalikan keadaan pada asal... B tak nak kehilangan sayang..."

"Sayang rehat ya... Nanti B akan kembali... Bawakan makanan untuk sayang... Sayang nak apa-apa?" Selena menggelengkan kepalanya...

"Eh... Khai nak pergi mana?"

"Kan B cakap B nak pergi beli makanan untuk sayang! Sayang tunggu, ya?" Kepala dianggukkan sekali lagi...

Segala perlakuan Khai dan Selena diintai dari luar... Serena dan Ad masih menanti di luar wad sementara Khai menjaga Selena... Papa dan mama sudah diberitahu, namun Serena menghalang mereka untuk datang melawat, memandangkan Selena akan dibawa keluar dari hospital bila-bila masa sahaja...

"Dear, macamana ni? Macamana kita nak bawak Selena keluar dari sini? Khai sentiasa ada melekat kat Selena!"

"Baby, trust me...! Sebelum Khai kembali ke sini, kita akan bawa Selena keluar... Ad dah set dengan Shah... Kita tunggu je, Khai keluar dari sini, dulu..."

"Abang Shah?"

"Shah dah standby kat parking dengan budak-budak dia... Baby jangan risau ya? Everything under control!" Serena mengangguk.

Memang dia terlalu bimbangkan Selena... Walaupun Selena bukan adik kandungnya, tapi kasih sayang antara mereka terlalu utuh...

"Dear... Khai dah keluar!"

"Wait! Kejap lagi kita bawa Lena keluar dari sini... Ad percaya... Khai tentu akan call orang-ornag dia untuk jaga Lena d hospital ni! Dah mari!"

"Selena!"

"Kak Rena? Ad?"

"Dah! Jom kita pergi sekarang! Kita kena keluar dari sini sebelum orang-orang Tengku Kamarul akan menjejaki kita kat sini!"

"Apa yang korang cakap ni?"

"Selama ini, Tengku Kamarul tahu akan hubungan Lena dengan Khai... Dan Tengku Kamarullah yang menghantar orang untuk mengganggu kalian berdua... Termasuk seorang wanita bernama..."

"Qistina?" Ad agak terkejut mendengar nama seorang perempuan yang pernah Ad cintai suatu ketika dulu sehinggalah wanita itu mula mengatur rancangan dengan Tengku Iqbal untuk mengenakan Khai demi menjatuhkan Tengku Kamarul...

"Dear?"

"Ad!" Terkejut Ad saat jeritan Rena kedengaran di telinganya...

"Kenapa? Dear kenal ke dengan Qistina?" Ad mengangukkan kepalanya...

"So?" Serena dan Selena masih menantikan jawapan dari mulut Ad...

"Perempuan tak cukup kain tu...! Huh!"

"Dear?"

"Takpe! Nanti Ad ceritakan segalanya... Kita kena keluar cepat dari sini...! Selena, cepat!"

"Abang Shah..?"

"His waiting downstairs..."

"Ok! I'm done...!"

"Ok! Let's go!" Mereka bertiga melangkah keluar dari wad... Kelihatan di kawasan parking, Shah sedang menanti dengan Range Rover hitam miliknya... Jangan ditanya macamana Shah boleh pakai kereta seseksi itu...

"Abang Shah, apa yang berlaku? Kenapa kelam-kabut ni? Apa yang berlaku?" Selena kebingungan...

"Adik, nanti abang ceritakan ya... Sekarang, kita perlu keluar dari sini, segera...!"

"Tapi, bang shah...?"

"Adik... Please... Kita gerak dulu ya... Nanti Ad akan ceritakan semuanya...!"

"Tapi...?"

"Selena! You are in danger!" Jerit Serena saat Selena masih dengan kedegilannya... Selena terkejut dengan perkhabaran yang baru didengarinya...

Serena memeluk tubuh adiknya... Selena masih tergamam... Dia benar-benar terkejut...

"Adik... Selama ini, Daddy Khai yang selalu ganggu kita... Dia hantar orang ganggu Lena, kakak... Dia juga yang suruh Qistina ganggu adik dan Khai masa kat hotel hari tu... And for your information, hotel yang adik pergi tu, hotel Khai...!" Selena memandang tepat ke wajah Serena...

"Benar dik... Akak tak tipu! Ad ada segala bukti yang menunjukkan ini semua kerja Daddy Khai...!"

"Ya, dik... Secretary abang Ad yang bocorkan rahsia... Dia diugut oleh Tengku Kamarul..."

"Adik... Adik tak tahu nak cakap apa! Adik tak tahu nak percaya siapa... Betul ke apa yang abang Ad cakapkan...?"

"Lena sayang... Abang takkan tipu darah daging abang sendiri...! Tapi, abang yakin, Khai tak tahu ini semua angkara Tengku Kamarul!"

"Abang... Abang tak takut ke andai secretary abang akan bocorkan rahsia abang semua?"

"Abang dah bersedia, dik! Abang dah bersedia dengan apa jua ujian yang datang... Abang takkan ikut lagi segala kemahuan Tengku Kamarul...! Abang dah letak jawatan!"

"Abang!"

"Dear!

"Betul ke Ad? Tapi, kenapa?"

"Itu janji aku pada papa..."

"Janji? Abang janji apa dengan papa Am?"

"Abang janji, lepas dapat jumpa adik, abang akan letak jawatan! Abang dah nekad...! Abang nak bawak adik jumpa papa!" Selena merenung wajah abang kandungnya...

"Tapi, dear..." Terhenti butir bicara Serena...

"Baby! Ad sanggup ambik risiko... Ad dah janji akan bawa Lena pulang ke pangkuannya... Ad dah janji akan jaga Lena dengan papa... Ad nak tamatkan semua pertikaian ni! Ad nak jadikan baby permaisuri hati Ad... Itu janji Ad!"

"Dear...!" Serena terus menggenggam tangan Ad... Air mata gugur jua...

"Terima kasih sayang..."

"Baby doakan ya... Yang pasti... semua ini harus dihentikan segera!"

Maaf, lewat update... Penat sangat... Penat giler you...! Ok, banyak rahsia yang sudah terbongkar... Nak kata Khai salah atau tidak, terpulang... Apapun, kita tunggu next chapter... Den dah ponek nak pikir ni! Stay tuned.. Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience