BAB 34

Romance Series 75927

Penat badannya hilang bila melangkah memasukki perkarangan rumah. Maira mesti tengah tidur waktu sebegini.Kereta di parkir jauh sedikit dari pagar rumah. Hari minggu sebegini mesti Maira menyambung tidurnya selepas bangun solat subuh pagi tadi. Jam di pergelangan tangannya di kerling. Pukul 9.30 pagi.

Pintu rumah di buka perlahan. Suasana rumah sunyi sepi dan gelap. Suis lampu ruang tamu di tekan. Bibirnya mengukirkan senyuman. Bagasinya di angkat bagi mengelakkan bunyi bising. Perlahan -lahan dia mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Kakinya di jengketkan sedikit. Pintu bilik Najla terkunci rapat. Dia lanjut ke biliknya. Selesai membersihkan diri dia duduk di kerusi bersebelahan katil. Kaki disilangkan. Laju tangannya menekan screen telefon.

Faiq Hanaqi.
{ Assalamualaikum sayang?} laju salam di hulur bila kedengaran talian di sambungkan.

Najla Humaira
{ hurmmm.. waalaikumusalam abang} balas Najla
mamai.

Faiq Hanaqi
{tak bangun lagi ke? dah pukul berapa ni? bangun la sayang masak. Abang lapar} Faiq merengek.

Najla Humaira
{ abang pergi la turun bawah hotel tu mesti ada cafe kan.? makan la. Kalau malas turun abang order je.Orang ngantuk la..} ngomel Najla sambil mata terpejam.
Faiq Hanaqi.
{Alaaa..abang nak merajuk la macamni. Abang teringin nak makan masakkan sayang.}

Najla Humaira.
{@&#$&.......................}

Tiada balasan dari Najla .Yang kedengaran cuma dengkuran halus . Alahaila sayang.. ngantuk sangat ni. Faiq tersenyum sendiri. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke bilik Najla. Tombol pintu di pulas perlahan. Eh tak berkunci.

Laju Faiq melangkah dan menghampiri sekujur tubuh yang sedang tidur membelakanginya. Badannya di rebahkan di sisi Najla dengan hati- hati . Akhirnya dia turut terlena dalam keletihan.

Najla mengeliat kecil. Matanya di buka perlahan sambil meraba-raba telefon bimbitnya di meja sisi katil. Screen telefon menyala. Argh sudah pukul 10.30pagi. Aroma bauan perfume Faiq memenuhi ruang kamarnya. Aduhaiiii rindunya pada si pemakai. Terbau -bau pulak. Tanpa menoleh ke sisi ,dia bingkas bangun dan mencapai towel yang tersangkut bersebelahan pintu bilik air.

Dalam keadaan mata yang separa sedar ,dia melangkah memasuki bilik air. Terasa segar bila sudah siap mandi. Tuala di lilitkan di keliling dada nya. Tuala yang singkat di paras lutut menyebabkan lipatan hadapannya terbuka. Najla membiarkan sahaja. Tiada sebab untuk dia membetulkan semula. Dia melangkah ke depan cermin sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala yang di lilitkan di kepala. Dia melangkah ke almari baju. Tiba-tiba terasa pinggangnya di peluk erat. Lantas laju dia menyiku dan menjerit. Meringis kesakitan Faiq di belakangnya. Tangannya di tekap ke perut. Adoii sakitnya..

"sayanggg... ni abang laa.." kata Faiq dalam suara yang tersekat- sekat. Mengkerekok Faiq di buatnya.

"sayanggg... sakit... " suaranya tersekat.

"Ya Allah Abanggggg!! apa ni??? terkejut orang tau?! kenapa buat orang macamni. Ingatkan perompak tadi. Kalau orang tikam dengan pisau macam mana? tak pon pukul dengan besi?? " kata Najla marah. Tidak sampai hati hendak memarahi Faiq bila melihat mukanya berkerut menahan sakit.

Najla pantas memegang perut Faiq. Mukanya cemas.

"abang ni.. kenapa dah balik tak bagitahu orang?" bebel Najla.

"Sorry sayang,abang ingat nak surprisekan sayang tapi nampaknya abang yang tersurprise ni " kata Faiq sambil tergelak kecil. Najla memukul lembut bahu Faiq.

"Abang ni..!" jelingan maut di hadiahkan kearah Faiq. Najla terlupa bahawa dia masih bertuala pendek dan mendedahkan pangkal pahanya yang putih menggebu. Patut la pandangan si Faiq lain macam sejak dari tadi. Hai lah kalau dah namanya lelaki.

Tangan Najla di tarik dan Faiq merapatkan badannya ke badan Najla. Terasa kehangatan dari tubuh Najla mengalir ke segenap tubuh Faiq. Terasa berkongsi haba yang sama.

"i miss you so much sayang" kata Faiq perlahan namun masih cukup untuk di dengari Najla. Bibir Najla terukir senyuman walaupon Faiq tidak dapat melihatnya.

"abangggg.. orang nak pakai baju laa.. " kata Najla merengek.

"eh ..ingat memang nak goda abang seksi-seksi macam ni." kata Faiq berseloroh. Merah padam muka Najla.

"Mana ada.." mukanya kembali di sembamkan ke dada Faiq. Faiq ketawa mengekek. Di perketatkan pelukkannya dan pipi Najla di cium bertubi -tubi. Sampai rimas Najla di buatnya.

"Abangg.. tak boleh bernafas orang tau tak?? " rungut Najla. Dan akhirnya Faiq berhenti mencium pipinya. Muka mereka di jarakkan. Faiq mencari anak mata Najla dan akhirnya pandangan mereka bertaut.

"oo dah pandai merungut yer sekarang? Kalau tak boleh bernafas pakai hidung,guna mulut ni sayang" kata Faiq sambil mecuit bibir mungil milik Najla.

"dann kalau tak boleh bernafas pakai mulut ,kne guna hidung. Sayang kena belajar tau... " kata Faiq nakal sambil mengenyitkan matanya.

" eeeii abang nii ke situ pulak!" marah Najla .Mukanya mencuka.

"meh abang ajar" Tanpa jawapan pantas bibir Najla di pangut. Membulat mata Najla kerana terkejut. Faiq begitu menikmati romantic kisses dan akhirnya Najla membalas perlahan, akhirnya bertukar menjadi sensasi. Simpulan tuala di dada Najla di lucutkan. Rambut Najla masih sedikit basah di cium penuh ghairah. Ya Faiq rindukan setiap inci Najla Humaira. Najla hanya membiarkan setiap sentuhan yang di rasakan penuh ke asyikkan .Matanya di pejamkan rapat. Malu untuk menatap kedua anak mata Faiq. Mereka melempias kerinduan masing-masing. Faiq mengangkat dan merebahkan Najla ke katil. Tidak ada sepatah kata-kata yang terkeluar dari mulut keduanya. Hanya sentuhan dan pandangan mentafsirkan segala. keduanya hanyut dalam kenikmatan syurga duniawi. Keduanya berpeluh keringat melepaskan kerinduan terpendam.

*****

"Betul ke tindakkan i ni Sis? you rasa macam mana?" Susis diam membatu. Tidak mengiakan dan tidak pula menidakkan.

"I sepatutnya buat benda ni lama dulu Sis." Kata Asraff sambil mencapai cawan yang berisi coffee panas di hadapannya. Perlahan-lahan di suakan ke bibir lalu di sedut perlahan.

Berjeda.

"i tak tahu nak bagi komen apa boss, tapi satu je i nak cakap..kalau jadi apa-apa please jangan libatkan i ye ." kata Susis sambil mengangkat kedua belah tangannya ke atas tanda mengalah.
Sir Asraff menjeling kearah Susis.

"I rasa baik boss siasat betul-betul dulu,jangan terima dan percaya bulat-bulat. Bahaya boss!" nasihat Susis sambil memberi ugutan supaya Sir Asraff melupakan hajat yang ingin di lakukannya.

Sir Asraf berpeluk tubuh lalu telefonnya di atas meja di capai. Screen telefon di tenung lama.

"i takkan biarkan benda ni lama-lama. Akan jadi parah nanti. Sebelum nasi menjadi bubur better i selesaikan semua" tegas dan matanya menerkam ke arah screen telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience