BAB 21

Romance Series 75927

Asraff berlari - lari anak , baju singletnya sudah basah dengan peluh. Telepon bimbitnya di sangkut di bahu. Dia lengkap berseluar treksuit dan berkasut sukan. Berpakaian sebegitu pon masih handsome. Sepasang mata mencuri pandang Asraff sedang berlari lari anak.
Asraff akhirnya berhenti di sebuah kerusi setelah 10 round pusingan.Botol mineral kecil yang sedari tadi dari di genggam akhirnya di buka.Leganya. terasa hilang keringatnya.Sedang dia meneguk air saki baki dari botol mineralnya, terdengar suara orang memanggil namanya.

" hai asraff" tegur satu suara.

"oh hai ." terus Asraff berdiri dan memusingkan badan kearah suara yang menyapanya.

"lamanya i tak jumpa you.Sihat? " lembut sahaja suara wanita tersebut.

"im okey. Tq. you buat apa kat sini? " Asraff seperti tidak menyukai kehadiran Nadia di situ.

"sama macam you. Jogging," Nadia memaniskan senyumannya. Lenggok badannya sungguh menggoda dengan memakai baju senam yang ketat membaluti tubuhnya yang langsing. Rambutnya yang terikat tinggi serta bewarna light brown sekali pandang orang tidak menyangga orang melayu. Langkah di atur makin mendekati duduk Asraff. Asraff membuang pandang kearah taman permainan di depannya.

"makin handsome," kata Nadia sambil ketawa kecil. Nadia cuba untuk beramah mesra dengan crushnya.
Asraff tidak beriak.Dia sudah lali dengan pujian pujian dari perempuan-perempuan yang ingin mendekatinya.

"Dulu bukan you kata you nak tunang ke? you janji takkan ganggu i lagi kan? ni tergegeh kat sini kenapa." Asraff tersenyum sinis.

"wow garanggg.. i loikee! mentang -mentang dah jumpa awek kan,tu yang sombong kan?" Nadia sedikit tercabar.

" i ada awek ke,takde ke, none of your business !" Asraff berdiri dan berlalu tanpa menghiraukan Nadia yang terkebil-kebil.

'sombong kau yer!! ' bentak hati Nadia.
Lelaki tersebut sering menguji keegoannya. Begiru sukar untuk di dekati. Dingin!
Penumbuk di genggam.

" nah air you" tegur satu suara.

"thank you Wan" kata Nadia kepada seorang lelaki yang menemaninya jogging pagi ini.

"siapa tu? " tanya Wan inginkan kepastian setelah 10 minit menjadi penonton tak berbayar.

"my old friend. Dah la,jom kita sambung sikit lagi" ajak Nadia mematikan pertanyaan Wan sebelum lagi banyak soalan yang bertandang.

*****

Najla ceria berborak dengan mama dan nenek. Sesekali kedengaran hilai dan tawa. Faiq begitu senang dengan situasi yang berlaku di depannya.
Bibirnya turut tersenyum. Pandangannya terarah pada Najla yang sedang leka berbual.

"haii Faiq,kau tenung adik aku macam tak jumpa setahun,macam nak telan aku tengok,tahu la pjj. tapi takkan tak habis rindu lagi kot." tegur Angah setelah melihat gelagat Faiq yang seakan gila bayang. Faiq hanya tersenyum dan menggeleng kecil.

"angah kawin dulu ngah. Baru tau nak makan ke nak telan." kata Faiq sambil tergelak besar.

"tu la,bila tengok orang baru kawin ni macam gila bayang,angah pon macam teringin pulak nak kawin cepat - cepat" kata Angah sambil gelak yang masih bersisa.
Deringan telefon bimbit angah mematikan perbualan mereka. Dia meminta diri untuk menjawab panggilan.

"maira,maira" Najla mencari suara yang memanggilnya. Faiq menggamit menyuruh dia datang.

"ada apa abang panggil orang? " tanya Najla setelah berlalu dari kumpulan yang sedang berborak.

"dah dekat pukul 12tengahmalam, Maira nak tidur sini ke? "tanya Faiq menyedari malam sudah lanjut.

"laa iye ke? okey kejap, salam mama dengan nenek" dia tergopoh gapah menghampiri nenek dan mama. Dan tepat jam 12 tengahmalam baru mereka berdua bertolak balik. Kereta berasingan tetapi Faiq mengikuti bontot kereta Najla.

Minggu tersebut juga Najla bersetuju untuk mengikuti Faiq balik ke KL memandangkan hubungannya dengan Faiq makin okey. Dia belajar untuk selesa dengan kehadiran Faiq dalam hidupnya. Faiq sememangnya lelaki yang baik. Sebagai seorang abang sepupu sahaja Faiq sudah terlalu baik untuknya.

Kehidupan mereka berlangsung seperti biasa di rumah baru Faiq. Najla dengan hidupnya yang sentiasa sibuk .Banyak workprogress yang kena fullfill mengikut duedate yang di tetapkan. Lagi-lagi yang melibatkan purchasing. Sesekali dia diajak boss untuk menemaninya makan dan lepak. Kebanyakkan Najla menolak dengan pelbagai alasan. Sesekali bila di desak dia menurut juga. Namun tidak berdua,tapi bertiga bersama Susis. Najla lebih menjaga dirinya kini. Namun untuk berturus terang mengenai statusnya kepada semua dia belum bersedia. Dalam kesibukkannya menekan keyboard , Kak Shila mengetuk mejanya.

"Najla, ada bunga dengan coklat" satu jambangan bunga rose berwarna merah terang di sambut Najla. Lama dia tidak menerima kiriman bunga atau coklat. Najla melihat screen telefon ,seperti biasa, tiada punya bos bertanya mengenai bunga yang di kirim kepadanya . Satu kad di selitkan di celahan jambangan bunga. Kadnya di ambil.


" Untuk memiliki untuk bukannya mudah,

namun tiada yang mustahil, moga

yang hadir hanya yang indah-indah"

Najla termenung lagi, bagaimana dia ingin membalas sedangkan dia berstatus isteri orang. Bunganya di letakkan di sisi meja di bahagian bawah. Coklat di dalam kotak itu di biarkan di atas meja. Kerjanya di teruskan seperti biasa sehingga habis waktu kerjanya.

kita kasi can Najla enjoy dulu yer >.<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience