BAB 17

Romance Series 75927

Najla terpaksa juga menapak ke rumah neneknya setelah hampir 3bulan tidak menjejakkan kaki ke sana. Pelbagai alasan yang di berikan untuk mengelak dari terserempak dengan Faiq Hanaqi. Rumah nenek yang dahulunya merupakan salah satu tempat yang diwajibkan setiap minggu untuk di kunjungi kini bertukar menjadi tempat yang paling di elakkan. Hatinya resah.Mama kata makNgah ada perkara yang nak dibincangkan sebelum majlis berlangsung. Dadanya berdebar hebat.
Setibanya di perkarangan rumah nenek, di penuhi kereta-kereta yang dia sedia maklum siapa pemiliknya. Enjin kereta di matikan. Ramai di anjung rumah. Mereka berkumpul anak beranak sambil berborak kosong.Mama ,abah serta adik sudah ada di sana. Najla menebalkan muka berjalan tanpa melihat kiri dan kanan. Setelah memberi salam , dia menghulurkan tangan satu persatu kepada semua makcik yang berada di situ termasuklah makngah dan neneknya. Tangannya sejuk. Dia menempatkan diri di sisi nenek.

"lama kakak tak jenguk nenek" ujar nenek perlahan seakan berjauh hati. Najla memeluk lengan neneknya. Kepala di lentokkan ke bahu nenek.

"nenek rindu kakak ke? (tersengeh) kakak sibuk sebulan dua ni nek, Nanti kakak datang tiap minggu lepas ni ye nek?" Nenek memandang ke arah Najla. Dia mngukirkan senyuman manis.

"Kakak .... kakak takkan menyesal sebab pilih Faiq . Nenek yakin Faiq memang untuk kakak. Nenek tahu kakak tak boleh terima semua ni kan? tapi insyaAllah doa nenek sentiasa ada untuk cucu cucu nenek " nenek menggenggam tangan Najla. Erat sekali. Berlinang air mata Najla namun cepat cepat di hapuskan.Dia terharu.

Dia melangkah ke dapur mencari kelibat makngah. Dari jauh dia melihat makngah sedang menyusun bekas bekas ke dalam almari.

"makngah,mama mana?" dia cuba berlagak biasa.
Makngah memusingkan badan .

"ooo Najla, meh tolong mama kejap!" lalu memusingkan kembali badannya ke arah bekas- bekas plastiknya .Najla terpaku, mama? makngah membiasakan dirinya sebagai mama? Najla menelan air liur.Tekak terasa kering.

"mama kakak pergi bancuh air tadi, meh la tolong mama kejap, nanti dah siap kita hidangkan kuih yang kat atas meja tu kedepan." Najla masih keras di situ. Dia seperti tiang lampu.Tegak tak bergerak.
Akhirnya perlahan lahan dia mengatur langkah kearah Makngahnya. Kakak mengelap satu persatu bekas lalu di susun di dalam almari.

Dari satu sudut ada sepasang mata sedang memerhatikan tingkah lakunya.
"makngah ni bekas apa yang banyak banyak ni? "
tanya Najla inginkan kepastian.

"laaa anak bertuah ni, minggu lepas kan buat kenduri tahlil, banyak bekas belum di simpan.Hari ni baru mama sempat belek belek perkakas ni semua." kata makngah.

"ooooo kakak lupa la makngah ". Najla tersengeh. Makngah tersenyum sambil menepuk bahu Najla 2 3 kali. "kakak ...kakak".

"makngah,mama kata makngah ada perkara nak bincang dengan kakak ye? " tanya Najla berhemah. Sebelum ini pon dia sangat menghormati makngahnya.

"Ada, nanti dah selesai makan nanti mama bagitahu ye" kata makngah. Najla membalas dengan senyuman.

Selesai makan, Najla sempat berkemas di dapur serta membasuh pinggan mangkuk di sinki. Begitu lah rutinnya di rumah nenek sejak dulu. Makngah memanggilnya ke sofa di depan biliknya. Di tangan makngah terdapat kotak baldu berwarna merah. Najla dapat mengagak apa isi di dalamnya. Dia duduk di sisi makngah.

"ni Faiq nak suruh kakak try okey tak dengan saiznya. Sebab nanti kalau tak muat boleh tukar esok atau lusa." kata makngah. Tangan Najla di tarik perlahan,di sarungkan ke jari manis Najla. ngam saiznya. Pandai si Faiq ni cari saiz aku kata Najla di dalam hati. Makngah memakaikannya gelas tangan dan nampaknya pilihan Faiq betul betul kena dengan saiz tangannya.

"alhamdulillah, sesuai sangat dengan kakak." kata makngah.

" mama betul betul gembira kakak akan jadi menantu mama.Mama doakan kedua -dua anak mama akan bahagia nanti. Kakak jaga Faiq ye.." mkngah menggenggam erat tangan Najla.

Tiada balasan dari Najla.Dia seperti di pukau dan menurut sahaja semua yang berlaku dengan pantas dal hidupnya. Mungkin dia tidak sampai hati untuk mematikan kegembiraan yang terpancar di setiap wajah insan yang di sayanginya. Najmi melintas di hadapan mereka. Lalu mengambil tempat bersebelahan makngah.

" Kakak ,kau happy ke kak ? dah nak kawin dah kau kan? " kata Najmi .

"Bakal pengantin lelaki mana ni? tak nampak pon ma" tanya Najmi. Baru Najla tersedar semenjak dia sampai sehinggalah sekarang dia tidak melihat kelibat Faiq .Semasa makan pon dia tidak
ada.

"Abang Faiq keluar tadi, tak cakap pulak pergi mana." kata mama

" ek eleh abang ni,malu malu pulak dia. " makngah menyiku Najmi apbila melihat Najla diam tak beriaksi dan memberi isyarat supaya Najmi beredar dari situ..

*****

Selepas mandi dan solat isyak,Najla termenung sambil bersandar di kepala katil.Kakinya di luruskan. Tangannya menggenggam telepon bimbit. Beberapa keluhan di lepaskan.

"assalamualaikum?" Najla memberi salam bila talian di sambungkan. Suara di hujung talian kedengaran tenang.

"waalaikumusalam ". suasana canggung seketika .

"abang rasa masih tak terlambat ke kalau kakak nak tarik diri? kakak tak boleh nak terima semua ni. Tapi bila memikirkan semua orang happy, kakak tak sampai hati. Kakak tak boleh nak bohong hati kakak. Kalaulah abang yang boleh tarik diri mungkin keadaan tak sesukar ni ". Masih tiada balasan.

" masih ada peluang untuk batalkan semua ni. Kakak boleh tolong abang pujuk kak Nadia balik . " kata Najla bersungguh-sungguh.

"lagi seminggu je kak,terima la hakikat yang ni jodoh kita." tegas suara tu.
Najla terkesima.Harapannya kembali pudar. Air matanya mengalir laju.Abang Faiq betul - betul nekad untuk perkahwinan ni.

"kakak tak bersedia untuk semua ni " suaranya bergetar

" abang tahu..insyaAllah abang akan cuba yang terbaik untuk perkahwinan kita nanti" jantung Najla bagaikan di robek robek. Hatinya milik orang lain.

Hari- hari terasa cepat berlalu, namun Najla cuba untuk tidak mengingati peristiwa besar yang bakal berlaku dalam hidupnya. Dia cuba berlagak biasa dan menafikan akal fikiran yang ligat bekerja. Tumpuannya terhadap kerja merosot. Dia mula menjarakkan diri dari Sir Asraff. Hatinya terasa sakit. Najla menarik selimut paras dada, doa tidur di baca perlahan,akhirnya dia hanyut di buai mimpi.Berharap masih ada sinar di hari esok.

last untuk hri ni.. esok plak yer. :) smga berpuas hti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience