BAB 24

Romance Series 75927

Bengkel Seminar berlangsung seharian dengan meriah di dewan hotel tajaan Syarikat Teguh International Holding. Masing -masing cukup teruja membentangkan content -content yang telah di sediakan. Perdebatan demi perdebatan merungkaikan permasalahan.Sesekali kelihatan tegang dan sesekali kelihatan menyeronokkan. Akhirnya seminar satu hari satu malam berakhir dengan successnya. Mereka begitu gembira kerana dapat menimba ilmu baru dan mendapat kenalan baru di sini.

"alhamdulillahh.. its going very well. Thank you very much to all of you yang masing-masing begitu commited sepanjang seminar berlangsung," kata Sir asraff begitu bangga dengan team yang di bawanya. Satu tepukkan gemuruh di kalangan mereka.

Setelah seharian memerah keringat serta pikiran. Mereka berlima makan malam di sebuah restoran berhampiran pantai yang telah di tempah Sir Asraff. Sedang mereka bergembira di satu penjuru terdapat sepasang mata yang sedang memandang dengan perasaan yang sukar untuk di tafsirkan. Tangannya di gempal.

Sisus bersama 2 rakan Najla yang lain sudah balik ke hotel memandangkan hari sudah larut malam. Jam di tangan Najla di kerling. Dia masih setia menemani Sir Asraff berjalan di gigi air. Deruan ombak sangat ketara. Samar- samar sahaja cahaya lampu dari restoran berdekatan. Hanya mereka berdua, suasana sungguh sunyi ,damai dan menenangkan.Sir Asraff berjalan di depan sambil menjijit kasut di tangan sebelah kiri.

"I suka betul bau air laut. Bunyi tu yang buat i tenang, you tahu tak Najla,i selalunya kalau susah nak tidur ,i akan on kan bunyi -bunyi alam semula jadi,macam bunyi hujan,bunyi ombak,bunyi cengkerik. Damai sangat.Sekejap je terus tertidur. " Sir Asraff menarik nafas dalam -dalam dan memusingkan badan ke belakang memandang Najla yang membototinya.

"Kan, tenang je.Terus hilang segala masalah." Kata Najla.Fikirannya terbang jauh ke Semenanjung,Faiq seharian tidak menghubunginya ,mungkin dia tidak mahu menganggu Najla memandangkan Najla sudah memberitahu hari ini seharian dia sibuk . Perasaan menyesal mula bertandang bila sedar hanya dia dan Sir Asraff di persisir pantai. Menyesal terima ajakkan boss tadi. Jam tangan di kerling beberapa kali. Pukul berapa bos nak balik bilik ni. Guman Najla di dalam hati.

o"boss,jom kita balik ,dah lewat ni" Lalu Sir Asraff memandang jam tangan g-Shock di pergelangan tangannya.

"uishh dah dekat pukul 12 la ,adoii i baru nak feeling-feeling berlari-lari tepi pandai macam dalam filem hindustan tu" Kata Asraff sambil tergelak. Najla turut sama tergelak. Mereka akhirnya melangkah untuk balik kebilik.
Tiba-tiba

"Assalamualaikum En,Cik, Saya dari Majlis ugama islam Brunei,boleh kami tahu nama dan status hubungan En berdua?"

"Saya Asraff dan dia staff saya Najla" kata Asraff

"Maafkan kami En, kami di beritahu terdapat kes sumbang mahram yang berlaku di persisir pantai. Boleh kami dapatkan ic En dan cik? " kata seorang yang mengaku seorang pegawai dari Majlis ugama islam Brunei.

"Eh encik salah faham ni, kami bukan berdua,kami berlima encik." kata Najla gugup. .

" Maaf cik kami tak nampak orang lain selain kamu berdua."

"tapi kami tak buat apa-apa Tuan,kami cuma bersiar-siar,lagipon dah nak balik kebilik masing-masing" .tegas Najla.Dia kaget.

"Tiada siapa yang akan mengaku perkara yang dah di buat Cik. Sapa nak mengaku berak tengah jalan kan? "

"sir.. " Najla memandang Asraff supaya buat sesuatu.

"tapi encik sumpah kami tak buat apa -apa encik. Kejap saya call staff saya di sini " lalu Asraff menekan- nekan screen telefonnya.

"En ,sila ikut kami ye. Sila bagi kerjasama." kata salah seorang dari pegawai tersebut.Najla masih tidak berganjak,wajah Faiq terbayang di layar ingatannya. YaAllah kalau Faiq tahu macammana ? Hati Najla menjerit .

"En,Cik tahu kan berdua -duaan di tempat sunyi dalam keadaan meragukan atau mencurigakan akan menimbulkan fitnah ? Sila beri kerjasama. " tegas seorang pegawai lagi.

Najla terdiam,air matanya mengalir laju.Tangan dan kakinya sejuk. Sir Asraff kelihatan mundar mandir tanpa arah. Screen teleponnya di tekan-tekan. Sir Asraff menelefon Susis dan selang beberapa puluh minit Susis berada bersama kami semua. Kes kami di cas dengan kes berkhalwat. Ya Allah lemah gemalai lutut Najla. Memandangkan esok mereka akan pulang ke semenanjung,bos meminta Susis merahsiakan hal tersebut dari Fana dan Sue bagi mengelakkan kes ini tersebar di pejabat nanti. Hanya mereka bertiga yang tahu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi .

"Kalau En dan cik bersetuju untuk berkahwin saya rasa semuanya akan jadi mudah, Kalau tidak masih panjang lagi ni" kata salah seorang Pegawai. Najla mengeluh.
Sir Asraff kelihatan tenang. Dia seakan menerima segala yang berlaku. Namun berbeza pula dengan Najla,dia seperti cacing kepanasan.

"Tuan, Sir Asraff,Susis pertama sekali,saya nak bagitahu tak ade apa yang berlaku antara kami. Dan yang kedua,saya tak boleh berkahwin dengan sesiapa sebab saya isteri orang". kata Najla. Dia tidak berani untuk melihat riaksi Sir Asraff ketika itu.

"Najla,kalau tak ready nak kawin dengan boss pon jangan la cakap dah kawin.Tak lawak tau". kata Susis.

"betul Susis,i tak tipu" Kata Najla lagi

" you dah kawin Najla? bila? kenapa i tak tahu??" suara Sir Asraff tegang. Terduduk dia di situ.
Mungkin dia tak percaya yang Najla sudah berstatus isteri orang. Mukanya di kaup beberapa kali.

"ya Allah" terpancul di mulut Sir Asraff

"kalau betul Puan dah isteri orang ,suami puan kena datang ke sini." kata seorang pegawai.

"Dia kat semenanjung En. " sambung Najla putus- putus.

Susis dan Sir Asraff diam tak berkutik,mungkin masih terkejut dengan berita yang baru di dengari. Najla diam di satu sudut. Dia terpaksa memberi tahu Faiq. Dia menekan lock screen telefonnya. Nama Faiq Hanaqi di cari, lalu dia mendail. Tiada jawapan.

Number telefon Faiq di serahkan kepada seorang pegawai. Najla pasrah bila kedengaran pegawai tersebut tengah bercakap dengan seseorang di talian dan orang tersebut adalah suaminya.
Air matanya laju mengalir. Menyesal dengan semua yang berlaku.Faiq terpaksa datang ke Brunei esok pagi.

******

"Jadi En ni Faiq Hanaqi? Suami puan Najla Humaira? " Tanya seorang pegawai bila faiq tiba . Kami bertiga masih dalam keadaan terkejut. Najla tahu Faiq kecewa. Dari riak mukanya ketika tiba tadi sudah cukup menggambarkan kekesalannya terhadap Najla. Penerbangan di awal pagi dan tiba di sana pukul 9 pagi. Bergerak terus ke Majlis Ugama dan bertemu Najla di sana jam 10 pagi. Suasana suram.

"ya saya tuan". Faiq menghulurkan kad nikah yang serupa dengan Najla. Namun kad nikah Najla tertinggal di rumah mamanya.

Pegawai -pegawai berbincang sesama mereka. Tiada tegur sapa antara Faiq dan juga Sir Asraff. Masing -masing diam. Kes mereka selesai kerana Najla sudah bersuami dan Susis menjelaskan semuanya kepada Majlis Ugama tentang kehadiran mereka ke sana hanya atas dasar kerja.Akhirnya di terima alasannya. Najla lega. Najla pulang ke semenanjung bersama Faiq. Tiada satu pon perkataan yang keluar dari mulut Faiq sepanjang di dalam airplane mahupon di dalam kereta .Cuma Najla perasan Faiq bawa kereta sangat laju semasa dalam perjalanan kerumah.
Di dalam hati Najla berdoa supaya Allah jagakan dia. Semoga Faiq tenang melalui situasi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience