BAB 35

Romance Series 75927

Wajah kacak di sisinya di pandang lama. Tenang sekali. Sesekali terukir senyuman di bibir Najla.

"kenapa pandang abang macam tu? rindu ke? " Pertanyaan Faiq menghentikan lamunan Najla. Laju dia mengalihkan pandangannya ke arah jalan raya. Pertanyaan Faiq di biarkan tanpa balasan. Bibirnya menguntum sebaris senyuman. Kereta milik Faiq meluncur laju. Faiq menjeling sekilas.Bibirnya turut menguntum sebuah senyuman. Jari jemari Najla di raih. Erat bersatu. Najla membiarkan tangan Faiq menggengam jari jemarinya. Terasa kehangatan mengalir ke segenap jarinya.

Faiq begitu sibuk kebelakangan ini. Najla sering di tinggalkan keseorangan bila dia terpaksa outstation. Rutin Najla berlalu seperti biasa. Adakalanya, dia akan pulang ke kampung sendirian bila Faiq tiada. Hubungan mereka makin akrab. Namun kekangan masa yang menyebabkan Najla merasa sedikit terabai. Lumrah manusia suka di beri perhatian,di belai dan di manja. Namun hari ini setelah Faiq pulang dari outstation, Faiq menyuruh Najla mengemas pakaian dan mereka akan bertolak ke suatu tempat yang masih di rahsiakan oleh Faiq. Yang pasti perjalanan mereka menghala ke timur tanah air.

"Abanggg... sebenarnya kita nak pergi mana ni?" Hari semakin larut. Kegelapan malam membuatkan Najla tertanya-tanya lokasi mereka sekarang. Sesekali dia terlelap dan tersedar kembali. Masih belum tiba ke destinasi yang di tuju. Faiq kelihatan tenang dalam pemanduannya. Faiq tersenyum pulas melihat isterinya yang penuh dengan tanda tanya.

"sayang tidur dulu,dah nak sampai. Nanti abang kejutkan sayang." Najla hanya menurut memandangkan matanya terlalu berat.

Lebih kurang 20 minit pemanduan Faiq memberhentikan kereta di sebuah chalet yang
telah di tempah seminggu yang lepas. Chalet cantik berhampiran pantai itu menjadi pilihan Faiq. Wajah tenang Najla yang sedang di buai mimpi di tenung lama. Pipi isterinya di elus lembut. Kelihatan Najla menggeliat kecil.

"Sayang... bangun..kita dah sampai ni.." di tepuk perlahan bahu isterinya. Najla perlahan-lahan membuka kelopak mata. Matanya di tenyeh beberapa kali menggunakan belakang tangan. Dia mengeliat lagi dan membetulkan kedudukkan.

"abang, dah sampai ke? pukul berapa dah ni?" tanya Najla bertalu-talu. Matanya liar memandang sekeliling. Suasana sejuk menyebabkan dia dapat mengagak mereka berhampiran pantai. Tulisan di pintu lobi di baca berulang kali. Selamat Datang ke Chalet Marina Terengganu. Wah dah sampai Terengganu bisik Najla di dalam hati.

"Abang harap sayang happy. Abang tahu sayang suka pantai kan? " tanya Faiq sambil merenung isterinya.

"Orang suka sangat! terima kasih abang" keterujaan Najla tidak dapat di sorok. Dia begitu excited untuk check in . Laju dia mengeluarkan barang- barang mereka. Faiq tersenyum lebar sambil menggeleng beberapa kali. Sayanggg...sayangg..

Selesai check in mereka membersihkan diri dan menunaikan solat bersama. Mereka tertidur keletihan. Najla menyambung tidurnya di katil empuk dengan lena sekali memandangkan tidur semasa perjalanan yang panjang menyebabkan badannya terasa sakit-sakit. Tidurnya juga tidak berkualiti memandangkan sering terjaga -terjaga.

******

"Assalamualaikum isteri abang" senyuman manis di lontarkan . Kepalanya di tongkat menggunakan tangan. Bandannya di gerakkan mengadap Najla. Muka putih bersih milik isterinya di usap perlahan.

"sayanggg.. bangun..subuh sayang.Dah lewat ni." Suara Faiq bergemersik memecah gegendang telinga Najla. Pipi Najla di cium bertalu-talu.Akhirnya Najla mengalah dan bangun membersihkan diri serta menunaikan solat subuh. Suasana sejuk menikam sampai ketulang hitam.Laju dia menyusuk masuk ke selimut setelah sesuai solat. Badan Faiq di cari lalu di peluk erat. Faiq membetulkan kedudukan dan memusingkan badan kearah isterinya.

"eh abang belum tidur ke? ingat dah sambung tidur balik. Kesian abang kan memandu sorang-sorang.Orang terlelap pulak. " kata Najla menyalahkan diri sendiri. Bibir Faiq mencium dahi Najla berulang ulang. Pelukkan di perkemaskan.

"tak pe sayang.. abang okey.. Memang abang nak suruh sayang rest je. Kan abang nak surperisekan sayang. Kalau sayang tak tidur nanti kantoi la.. " kata Faiq menyedapkan hati Najla dari terus menyalahkan diri sendiri.

"Sayang happy? abang harap abang boleh ganti masa yang abang banyak keluar out station sejak dua menjak ni.. Kesian isteri abang terabai." Najla mendongak mencari mata Faiq. Senyuman manis di lemparkan dan sebuah ciuman hangat singgah di pipi Faiq.

"thank you abang. Orang happy sangat-sangat!" mukanya di sembamkan ke dada bidang milik Faiq. Terasa kebahagiaan menerpa rumahtangga mereka.Dan akhirnya mereka terlelap kembali dalam keadaan fizikal yang masih memerlukan rehat yang cukup.

*******

Angin sejuk menerpa ketubuh Najla. Pandangan di halakan kearah pantai yang terbentang luas. Najla berdiri di beranda sambil berpeluk tubuh. Tiba- tiba terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Najla tersenyum kerana sudah mengagak si gerangannya. Perfume milik Faiq menusuk ke segenap rongga hidungnya. Leher Najla di cium beberapa kali.

"sayang buat apa berdiri kat depan ni sorang -sorang? tak sejuk ke? hurm?" tanya Faiq penuh romantis. Terasa hangat sedikit .

"saja. Orang suka tengok pantai. Boleh menenangkan kita. Kalau ada masalah atau jiwa kacau,boleh datang ke pantai. InsyaAllah tenang. Bila kita melihat pantai secara tak langsung kita akan memuji kebesaran kuasa Allah swt. " kata Najla bersahaja. Dalam diam Faiq mengagumi wanita yang amat di cintainya itu.

Berjedaa

"abanggg.. betul ke orang kata,cinta pertama tu sukar untuk di lupakan?" soal Najla tanpa memandang Faiq.

"betul." jawab Faiq ringkas. Masing-masing diam.Jadi betullah Faiq masih belum melupakan Kak Nadia? Najla bermonolog sendirian di dalam hati. Tiba-tiba sahaja hatinya tersentak namun dia cuba tenang dan bersahaja.

"abang masih tak dapat lupakan cinta pertama abang?" sambung Najla lagi.

" nope! dan abang tak mungkin akan melupakan." Tangan Faiq yang melingkari pinggangnya di kuis beberapa kali namun semakin Faiq memeluk erat.

"heii..kenapa ni? Dia yang tanya lepastu bila abang jawab ,merajuk pulak dia." Faiq cuba membuat lawak.Dia tahu Najla terasa hati dengan jawapan yang di beri.

"Kalau macamtu kenapa abang tak kawin je dengan cinta pertama abang tu. Lagipon dia masih menunggu abang kan?" apa yang di lontarkan Najla mengejutkan Faiq.

"Sayang.. kalau sayang nak tahu.."

"Dah la abang,orang takmau dengar apa-apa. Hilang mood orang kalau macamni." Potong Najla menyebabkan Faiq hilang kata-kata.

IMBAS KEMBALI.

Nadia berpeluk tubuh di hadapannya. Mata mereka bertentangan. Lama dan hati masing -masing berbicara sendiri. Agak lama suasana canggung antara keduanya. Akhirnya Nadia membuka mulut.

"kesian kau kan. Dah la terpaksa ganti tempat orang, lepas tu tak di cintai suami sendiri." Kata-kata Nadia menusuk ke jantung Najla. Namun Najla berlagak tenang.

"Sekarang Faiq dah jadi suami saya dan dia milik saya sekarang" Najla mempertahankan hak dia sebagai seorang isteri.

"Aku tahu dia memang dah jadi suami kau! jasad dia memang dengan kau,tapi hati dia? kau tahu tak kat siapa?? tak kan? Aku yakin dia masih cintakan aku. Kau ingat laki ni senang ke nak lupakan cinta pertama? kalau kau tak percaya cubalah kau tanya dia" kata Nadia yakin dan penuh sinis.

******

Najla meraup mukanya berkali-kali. Cermin di kamar mandi di tenung lama. Terasa kerdilnya dia berbanding Nadia yang persis model arab tu. Faiq dan Nadia sememangnya sama cantik sama padan. Hatinya bercelaru. Panggilan telefon misteri dan ugutan dari Nadia menyebabkan dia lemah dalam mempertahankan cintanya yang kian bercambah.Jiwanya terasa berat dan akhirnya air mata merembes laju . Najla menangis semahunya melepaskan segala yang terbuku di hati.

fuhh.. bersawangbl sawang dah aih.. hehee.. kita jengah kembali >.<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience