IMBAS KEMBALI
"kau ingat tak masa kita kat restoran tu kita ada nampak siapa? " tanya Nadia .
" ingat ,kenapa? si crush kau kan..Asraff" tanya Amy. Amy merupakan sahabat karib Nadia. Kebanyakkan rahsia Nadia dia yang simpan termasuk isu-isu personal Nadia. Mereka berdua berkawan sudah lama.
"Dia kan datang seorang perempuan , kau tahu tak siapa perempuan tu??" kata Nadia dengan muka yang tidak puashati.
"kau tak bagitahu mana la aku tahu. Kau ni pun" kata Amy sambil tergelak kecil.
"babe, perempuan tu bini Faiq babe!" kata Nadia sambil menepuk meja di depan mereka.
Amy terdiam. Bukankah?
"Faiq ex fiance kau tu ke? seriously babe?! mana kau tahu!?" Amy cuba untuk mencerna berita yang baru sahaja di dengarinya. Wow Faiq dah kahwin. Dalam diam dia memuji siapa gerangan wanita yang berjaya merebut kedua-dua jejaka handsome tersebut.
Nadia seperti cacing kepanasan. Berani Faiq berkahwin tanpa pengetahuannya. Perempuan mana yang berjaya menakluki hati jejaka yang pernah mengilai dirinya. Dia seakan tercabar.
"Faiq cintakan aku,kenapa senang -senang dia berkahwin dengan perempuan tu?! " Nadia bermonolog sendirian. Hatinya berceramuk. Mana Faiq yang begitu setia dengannya. Mana Faiq yang menyantuninya dalam berbicara. Mana Faiq yang begitu menagih kasihnya. Faiq Hanaqi sampainya hati kau. Dia perlu mendapatkan Asraff memandangkan dia masih lagi belum berpunya . Tapi Asraff juga seakan menyukai isteri Faiq.
"wait! Asraff macam tak tahu yang perempuan tu dah kahwin.Siapa perempuan tu?? kau tolong aku Amy siasat siapa dia! "satu arahan tegas kepada Amy. Amy sekadar mengangguk dan menunjukkan sign OK dengan jarinya.
"tak boleh jadi, aku tak kan biar kan dua -dua orang yang aku sayang jatuh ke tangan perempuan tu!" tegas Nadia.
"kau nak buat apa Nadia? kau jangan macam-macam! " kata Amy perlahan. Nadia memandang Amy lalu tersenyum sinis.
"My,aku nak jumpa Rizal kejap.Apa -apa roger yer. Nah!" Dia meletakkan not rm50 di meja dan berlalu pergi. Jiwanya kacau. Dia perlu cari jalan untuk memastikan kedua insan di sukainya kembali kepadanya. Dia tidak akan kalah.
******
Kelihatan seorang perempuan yang sahaja keluar dari pintu belakang ke parking kereta. Cantik orangnya, tidak terlalu tinggi, berbadan sederhana ,tidak terlalu langsing tapi mengiurkan para lelaki yang memandangnya ,pandai berfesyen muslimah dan berkarisma. Matanya tidak beralih melihat langkah yang di hanyun ke kereta. Dia mengikuti jejak perempuan tersebut beberapa hari. Detail perempuan itu di kutip sedikit demi sedikit. Oh rupanya dia bekerja dengan Asraff. Sekarang dia mulai faham. Dia perlu memberitahu Asraff yang perempuan tersebut sudah berkahwin.
Lama dia termenung.
"Hello,hye Asraff" Terketar suara Nadia nyebut nama Asraff.
"Hello ,hye...yes??" jawab Asraff
"hello?! " ulang Asraff bila tiada balasan di hujung talian.
"Asraff,sorry mengganggu, its me, Nadia.." jawab Nadia perlahan.
"oh. ada apa-apa ke yang i boleh tolong? " Jawab Asraff tenang.
"Asraff,jom kita keluar.Ada perkara i nak bagitahu you. I harap you tak tolak perlawaan i " bersungguh Nadia mengajak dan berharap.
"sorry Nadia,i tak rasa i nak keluar dengan sesiapa buat masa sekarang, lagi - lagi dengan you. I'm so sorry". perlawaan Nadia di tolak mentah oleh Asraff. Nadia berdegus di hujung talian.
"Kenapa? perlu appoiment ke sekarang kalau i nak jumpa you? don't you be so rude Asraff!" suaranya sedikit bergetar melawan marah.
" yes ! Nadia kita bukan di zaman belajar lagi, you dengan i dah tak ada apa-apa. You dah ada some one yang you sayang. I pon dah ada someone yang dah sentuh hati i, So please stop for disturbing me! leave me alone and please lets me live my life in peace! i'm begging you" Asraff memutuskan talian. Nadia menghempas telefonnya ke tilam. Sakit sungguh hatinya .
"oo kau berlagak ye! nanti bila kau tahu kebenaran kau akan menangis !" kasar Nadia bersuara.
Nadia tidak senang duduk. Otaknya ligat berfikir cara untuk menyedarkan Faiq dan Asraff. Fikirannya masih segar dengan wajah polos insan yang bernama Najla. Istimewa sangatkah dia berbanding aku?? kata Nadia, dia berdegus perlahan.
Setelah usahanya untuk mendekati Asraff di tolak mentah akhirnya dia mencapai telefon bimbitnya ,gambar mesra Asraff dan juga Najla di tenung lama. Dia menghantar ke satu nombor telefon yang sangat di kenalinya. Hatinya puas.
Di khabarkan oleh Amy , Asraff dan beberapa orang staff yang lain termasuk Najla akan ke Brunei, dalam diam dia mendapatkan segala info dari seorang staff Asraff merangkap sahabat lamanya. Dia mengikuti mereka ke Brunei dan mula mengatur strategi.
"tiada seorang pon akan bahagia kalau aku menderita" kata Nadia bengis.
Dia bahagia bila semua rencananya berjalan dengan lancar. Dia nekad untuk mendekati Faiq dan Asraff. Pelbagai usaha yang di lakukan supaya terjadi salah paham yang menyebabkan Najla makin di benci oleh keduanya. Perempuan tu tak pantas untuk menyainginya. Dadanya berombak,nafasnya turun naik.
******
Suasana bilik yang sunyi di pandang Faiq. Tidak kelihatan kelibat Najla di bilik. Kedengaran bunyi air di bilik air. Oh dia mandi. Faiq tersenyum sendiri. Badannya berkeringat. Baju persalinan yang lama tersarung di badannya di buka satu persatu. Tuala mandi di capai. Jam sudah lewat petang,Dia masih belum solat asar. Matanya terarah pada pintu bilik mandi yang di buka, Najla yang melangkah keluar dan dia tidak perasaan akan kehadiran Faiq. Faiq yang hanya bertuala bangun dan menuju kebilik air. Najla kaget,dia yang hanya bertuala dan satu lagi tuala di lilitkan kerambutnya .Badannya di tilik di cermin. Omaigod!!! Laju dia mengenakan pakaian lengkap dan menunaikan solat asar.Setelah selesai memberi salam dia perasan Faiq sedang berdiri tegak di belakangnya. Hatinya berdebar -debar.
"boleh abang pakai sejadah? " tanya Faiq lembut.
Tanpa suara Najla bangun dari duduk dan beralih ke katil. Doa di teruskan seperti biasa.
Selesai menunaikan kewajipannya dia bersiap dan turun ke bawah tanpa memperdulikan pandangan Faiq yang baru sahaja selesai memberi salam. Langkah di hayun ke ruang tamu. Dia menempatkan diri di sofa. Mana la orang lain dalam rumah ni. Setelah beberapa minit terasa bosan dan dia melangkah ke bilik nenek. Pintu di kuak perlahan, nenek yang sedang menuang air ke cawan di perhatikannya.Tidak mahu mengejutkan nenek,di biarkan dahulu nenek selesai menuang air. Langkah di hayun mendekati nenek yang sedang duduk di depan televisyen. Bilik nenek kemas,mama akan selalu memastikan bilik nenek kemas. Terdapat katil bersaiz queen, sebiji televisyen yang di gantung di dinding biliknya. Sebuah peti ais satu pintu dan almari baju . Bilik nenek juga terdapat bilik air dan toilet yang bersambung bagi memudahkannya. Semuanya di sediakan oleh mama-mamanya untuk ibunda mereka yang tersayang.
"nekk," panggil Najla sambil bibirnya menguntum senyuman manis.
"eh kakak, Faiq mana? " tanya nenek.
"ada tadi nek kat bilik,baru siap solat asar. Nek, yang lain -lain mana? kakak tak nampak pon" kata Najla mengelak dari bercerita panjang lebih lebih lagi bila nama Faiq di sebut.
"bukan ada kat belakang ke mama kamu, diorang nak settlekan barang-barang kenduri dulu tu." balas nenek
" ooo ye ye..Mama kata nak settle sebelum malam." kata Najla setelah baru terteringat.
"nek,kalau camtu kakak pergi tolong mama dulu la ye, kesian pulak mama buat seorang seorang." balas Najla.
" ha elok sangat la tu, mama kamu tu mana berehat lagi dari semalam. Nenek takut dia pula yang pengsan nanti" Nenek meluahkan rasa bimbangnya bila melihat mama bekerja tanpa lelah.
"okey nekk" Najla tersenyum dan meminta diri ke belakang untuk membantu ibu mertuanya.
Kepalanya berpusing mencari mamanya,tidak kelihatan.
"Allah!! " jerit Najla terkejut bila dia terlanggar seseorang. Badannya rapat di dada seseorang. Dadanya berdegup kencang bila terhidu aroma perfume si gerangan pemakai. Mukanya di angkat dan sepasang mata sedang tunduk merenungnya. Najla cuba manjarakkan dirinya namun Faiq lebih pantas menarik pinggang Najla rapat kebadannya. Najla terdiam kerana dia terkejut dengan tindakkan drastik Faiq. Belum sempat mengelak Faiq lebih pantas dalam setiap tindakkan.
"Abang,please!! " kata Najla perlahan dan tangannya cuba sedaya menepis pelukkan Faiq. Dia cuba untuk meloloskan diri.Lantas kedua belah tangannya di peluk kemas menyebabkan Najla tidak mampu untuk meronta dan menepis. Faiq makin kejap memeluk Najla. Rindu? ye Faiq rindukan isterinya. Faiq tersenyum bila mendengar perkataan abang kembali menghiasi bibir munggil milik isterinya.
"Sayang, abang rindukan sayang" perlahan tetapi menusuk ke cuping telinga Najla. Meremang bulu romanya. Begitu dalam dan ikhlas ucapan romantis itu sehingga sampai ke lubuk hati Najla. Dia cuba menolak tapi masih tidak di hiraukan Faiq. Leher isterinya di cium. Dan akhirnya singgah di kedua belah pipi gebu milik Najla. Najla menggeleng- gelengkan kepala. Dia cuba menolak setiap sentuhan Faiq. Namun dia tak mampu.
"Faiq Hanaqi , tak malu ke ni tempat orang lalu lalang?please ,jangan buat orang macamni." Lirih suaranya, dia cuba memujuk Faiq .
"abang akan pastikan sayang cintakan abang. Dengan cara apa sekalipon." amat perlahan dan penuh romantis. Najla menolak badan Faiq kebelakang. Dia mengambil jarak. Pipinya merona merah.
"gila! " kata Najla sambil berlalu dari situ. Terlepas gelak Faiq. Sayang..sayang. Jangan kau cuba untuk lari ,sedangkan hatiku sudah lama kau curi. Faiq mula merasa Najla menerimanya . Sabar Faiq, slowly but surely.
adoii busy betul seminggu dua ni..insyaAllah cuba untuk menulis. hope you guys like it. love u all gengs
Share this novel