BAB 13

Romance Series 75927

"ka...kak!!! " sergah adiknya di kala mata Najla sedang tertacap di kaca televisyen.

"apa kau ni dik? kau nak kakak kau ni mati kering ke dik?" marah Najla sambil matanya menjeling tajam.

"kak, mama mana kak? tak keluar ke kak hari ni? ke kakak nak ikut mama pergi rumah nenek?" tanya adik bongsunya.

" Entah .. tadi ada je. Takde ke kat dapur tu? kau pergi ke dik petang ni? kakak malas la nak pergi sana lagipon anak-anak makngah semua ada kat sana. Tak reti kakak nak bawa diri kat sana. kakak je tau perempuan." luah Najla.

"Lah,habis mama,makngah,nenek tu lelaki ke kak?" seloroh adiknya .Najla pantas mencapai bantal kecil yang berada di sofa lalu mencampak dan mengenai bahu adiknya. Adiknya tersengih.

"Boleh tahan loya buruk kau ni kan dik?? Dah pergi main jauh-jauh sana. Jangan kacau kakak tengok tv. Mengganggu ketenteraman betul la kau dik." bebel Najla lagi.

Adiknya hilang dari penglihatan. Dari atas kelihatan abah dan mamanya sedang turun beriringan dari tangga ke bawah. Mama dan abah sudah bersiap untuk kerumah nenek. Lalu mama abah menempatkan kedudukan di sisi Najla. Uish lain macam mama abah ni. Kenapa di himpitnya aku macam ni kata Najla di dalam hati.

"kakak, mama abah ada benda nak bincang ni." mama memulakan bicara.

" ya ma ada apa ye? it sound serious.Mama buat kakak nervous je" kata Najla sambil tergelak kecil.
Agak lama suasana sunyi dan sepi. Najla pelik dan tertanya-tanya.Akhirnya abah bersuara.

"kakak tahu kan Faiq putus tunang? " Tanya abah

"tahu." jawab Najla ringkas

"Faiq nak meminang kakak " kata mama dan abah serentak.

"hah!?? " terbangun Najla dari sofa. Tiba- tiba terasa darahnya tidak mengalir. Betul ke apa yang baru sahaja di dengarnya.Dua tiga kali dia menggeleng - gelengkan kepalanya. Di kerdipkan matanya berkali-kali. Ya dia tidak bermimpi.Matanya membulat memandang mama dan abah. Dia tergelakk besar.

" mama ni...tak lawak la bah,mama, abang sepupu kot" dia ketawa lagi. Di menganggap abah dan mama hanya bergurau. Ketawanya terhenti bila melihat abah mama masih serious dan memandang tepat kearahnya.
Okey.. ini tak kelakar guys.

"Mama abah suka ke abang Faiq tu jadi menantu? kami sepupu la ma,abah.Serious la .." Najla mula gelisah bila merasakan apa yang di sampaikan mama abahnya bukanlah sesuatu yang boleh di buat main. Mukanya pucat.

"ke kakak dah ada yang istimewa? Kalau dah ada yang istimewa boleh la mama bagitahu Faiq nanti. Tapi mama rasa takde kan?" terus terbayang muka Sir Asraff di benak fikirannya .Ya Allah hatinya baru sahaja berbunga-bunga. Mengapa macam ni ? Najla blur. Tiada jawapan darinya. Dia mendiamkan diri.

*****

Petang ni, dia tidak mengikuti yang lain ke rumah nenek. Dia menghabiskan masa berada di dalam bilik. Dia merayu supaya mama dan abah tidak mendesaknya dalam hal tersebut. Dia perlu bercakap dengan Abang Faiq untuk settlekan semua ni. Menurut abah dan mamanya, Faiq bukan di paksa atau ini bukanlah perkawinan aturan keluarga. Ini adalah kehendaknya sendiri. Dia yang menghendakinya.

Sikat rambut di capai,perlahan -lahan rambut yang masih basah di sikat rapi. Di tekapkan sedikit toner dan serum kewajahnya. Liptint di eloskan di bibir munggilnya. Najla menepis semua yang cuba untuk bertandang di benak fikirannya. Dia positifkan fikiran dan menganggap semua ini hanyalah prank atau gimik semata mata.

Telepon bimbitnya berdering nyaring.

Sir Asraff
{assalamualaikum?}

Najla Humaira
{waalaikmussalam sir Asraff}

Sir Asraff berdehem beberapa kali
{ehermm.. You busy ke petang ni,jom temankan i jap} Belum sempat Sir Asraff menghabiskan ayatnya Najla sudah mencelah.

Najla Humaira
{Sir, im so sorry, saya tak rasa nak keluar hari ni, sir, im not feeling well. Lagipon saya rasa nak habiskan masa kat rumah la sir. Malas nak heret kaki keluar. }

Sir Asraff
{ ohh..yeke? you okey tak ? kaki ke yang sakit? tak payah la drive, i pickup you. Boleh tak? }

Najla mendiamkan diri. Hatinya gembira namun jauh di sudut hatinya dia gusar akan perkara yang baru sahaja berlaku. Terbayang wajah mama dan abah.

Fikiran cuba untuk menolak namun hati amat menginginkannya. Akhirnya di setuju untuk menemani dengan Sir Asraff.
Najla bersiap secepat yang mungkin.Petang ni dia bersiap simple tapi cantik dengan mengenakan skinny jeans, yang di padankan dengan blouse longgar berlengan panjang. Selendang di ikat rapi ke belakang lehernya. Kakinya laju menyarung sneakers berwarna pink apabila dia melihat kereta yang sudah berhenti betul-betul di depan pintu rumahnya. Najla memasukki perut kereta lalu kereta Audi A3 milik sir Asraff meluncur laju.

harap2 tak cliche la story linenye.. sorry yer kalau agak membosankan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience