BAB 20

Romance Series 75927

Sudah sebulan pernikahan Faiq dan Najla . Faiq sudah kembali bekerja pada hari ke tiga selepas perkahwinan mereka. Faiq sudah balik ke KL untuk kembali bekerja. Najla masih di Bentong bersama keluarganya .Memandangkan tempat kerjanya tidak jauh dari rumah dia memilih untuk tinggal bersama keluarganya berbanding menyewa di bandaraya Kuala Lumpur. Dia masih belum bersedia untuk tinggal bersama Faiq walaupon sudah dua kali Faiq memujuknya. Setiap hari minggu Faiq akan pulang ke kampung untuk berjumpa Najla. Mereka berdua banyak bergilir -gilir tidur di hujung minggu samada di rumah Najla atau di rumah nenek.

*****

Imbas Kembali

"Abang cuti tiga hari, sayang pon ambil la cuti, boleh kita spent time bersama" kata Faiq setibanya Najla di rumah dari office. Najla sudah mula bekerja sedangkan dia masih bercuti. Kalau balik rumah seorang diri nanti mama bertanyakan Najla,dia tiada jawapan. Apa pula kata mama nanti, dia tidak mahu mama berfikiran negatif terhadap isterinya. Dia putuskan untuk berada di rumah mama dengan abah.

"Orang tak apply cuti. Payah nk cuti kalau tak ada orang backup." kata Najla acuh tak acuh. Dia penat.
Suasana sunyi.

"sayang ,kita balik rumah kita. Abang dah belikan rumah kat KL .Tak de la jauh sayang nak ke tempat kerja nanti." kata Faiq lambat lambat. Sememangnya dia tahu Faiq ada membeli rumah di KL kerana mama pernah memberitahunya sebelum ini. Padanya Bentong ke KL tidaklah jauh mana lebih kurang 45minit dengan kenderaan beroda empat. Tidak menjadi satu masalah padanya.

"Orang okey je ulang alik. Lagipon dari awal kerja memang dah terbiasa." tanpa riaksi muka dia membalas kata -kata Faiq.

"eh satu lagi , tak payah la abang panggil orang sayang sayang, tak selesalah " sambung Najla tanpa rasa bersalah.

"okey ,tapi depan orang abang paggil sayang okey" kata Faiq sambil tersengeh.

*****

Setibanya di rumah mama kelihatan kereta Faiq sudah terpakir di garaj kereta. Dia mengambil tempat di sisi kereta Faiq. Langkah di atur ke anjung rumah .

"assalamualaikum ma,abah. " Najla memberi salam dari luar rumah.

"waalaikumusalam, mama abah balik rumah nenek. " kedengaran satu suara menyahut. Kepalanya di pusingkan ke arah Najla di muka pintu.

"tapi kereta mama abah ada kat depan" hatinya masih tidak berpuas hati.Mengapa mama dan papa tidak menunggunya .

"Mama abah naik kereta Along" kata Faiq memdatar.

Tanpa membalas dia terus mengatur langkah ke arah tangga menuju kebilik. Badan di rebahkan ke katil,tangan di depa dan mata di pejam. Akhirnya dia terlelap sehingga maghrib. Dia terjaga setelah merasakan ade tangan yang menggoyang -goyangkan bahunya. Matanya di buka sedikit.

" Sayang.. bangun.Dah masuk maghrib ni" kedengaran satu suara dari arah belakangnya. Akhirnya dia terjaga dan duduk di birai katil.

"pukul berapa dah ni? " tanya Najla sambil mengosok- gosok kedua belah matanya.

" 7.21 sayang.Dah maghrib dah pon." Faiq tersenyum sendiri melihat gelagat Najla. Comelnya isteri aku ni. Faiq berbicara dalam hati.

"senyum- senyum dah kenapa abang ni? ada orang buat lawak ke? orang tanya jam kan pukul berapa? tak suruh sengih pon" marah Najla Moodnya berubah,mungkin di sebabkan oleh dia masih mamai baru bangun tidur.

"tak ada apa- apa sayang." kata Faiq.

"tak lawak,okey!" Najla menjerling kearah Faiq. Moodnya tiba - tiba berubah.Dia merasakan Sir Asraff dingin kepadanya di sebabkan oleh Faiq . Faiq yang cuba mengambil alih perhatiannya, masanya, dirinya dan segalanya. Dia dapat merasakan Faiq cuba untuk control hidupnya. Kini hidupnya terbatas. Dia perlukan ruang untuk hatinya berbicara sendiri. Tolong jangan terlalu mendesak sehingga ada hati- hati yang akan terluka.

"bangun mandi cepat, mama suruh makan kat sana." Faiq berjalan mendekati Najla .

Najla ke bilik air membersihkan dirinya serta bersolat. Selesai semuanya dia melangkah ke dapur, perutnya kosong tidak di isi apa -apa sejak tengahari tadi. Pedih.Peti ais di buka, mencari sesuatu untuk di alas sebelum tiba di rumah nenek. Risau gastriknya menyerang lagi. Dia terpandang roti gardenia butterscoth di penjuru rak mama. Penyelamat ,penyelamat!
Dia mengisi perutnya dengan 2 keping roti dengan air susu suam.Terasa sedikit selesa. Hilang perit di hulu hatinya.
Mana pulak la si mamat ni, lama betul bersiap.
Langkah kaki di atur menuju kebiliknya kembali, Kelihatan Faiq baru selesai solat tengah membuka almari baju.

"abang buat apa ni?" Najla seakan terkejut. Faiq terkulat -kulat di situ.

"tukar baju." jawab Faiq ringkas.

"eh kenapa tak tukar dalam bilik air?? lain kali cakap la kalau nak salin baju takde la orang masuk bilik" marah Najla

"abang ingat sayang kat bawah. Lagipon kenapa kalau tukar baju kat sini? salah ke? tak dosa kan? give me one reason ,why?" langkah Faiq menuju ke arah isterinya yang sedang berdiri di depan pintu bilik.

"stop situ,jangan datang dekat dengan orang. The reason why...orang taaak suka!" Faiq berpeluk tubuh di depannya. Di tenung isterinya lalu bibirnya menguntum senyuman.

"sayang..sayang.." kepalanya mengeleng kecil.

"cuba pandang abang,ada benda abang nak bincang dengan sayang," kata Faiq sambil memegang kedua belah bahu Najla. mereka bertentangan. Najla tidak berani untuk mendongak melihat muka Faiq. Jantungnya beralih rentak .Dia cuba melepaskan bahunya namun Faiq makin menguatkan pegangannya.

"we must talk sayang.Dari minggu lepas abang nak cakap tapi sayang asyik mengelak" Najla sememangnya mengelak dari berdua duaan dengan Faiq .Dia mencipta jurang supaya mereka sentiasa jauh.

"okey! tapi please jauh sikit" mukanya berpeluh.

"okey.. jangan la nervous sangat ,abang tak makan sayang pon" kata Faiq sambil menyorokkan senyumannya.

"okey, macamni la .. abang sebenarnya rindukan "kakak" yang dulu. Yang ceria dan yang suka mengusik abang. Boleh tak sayang layan abang macam dulu-dulu" permintaan Faiq kali ni membuatkan Najla terdiam. Lama dia diam.

"dulu lain ..lagipon abang menyebabkan kita renggang. Kalau kita masih sepupu ,mungkin kita boleh rapat macam dulu-dulu.Mungkin!" kata Najla.

"kalau macamtu, sayang tak payah la anggap abang suami. Kita kawan. Kawan macam kita masih berstatus sepupu dulu..Boleh? sayang anggap je macamtu sekurang-kurangnya kita masih boleh berbual,takdelah macam sebelum ni,seorang kehulu ,seorang ke hilir. we can be friend.Good friend" kata Faiq sambil mengukir senyuman ikhlas.

"abang harap, sayang boleh pertimbangkan" Faiq mengeluh

"okey,tapi mungkin akan ambil masa nak back macam dulu. Lagi satu ,stop calling me sayang.Geli tau ..meremang! " Najla mengosok2 lengannya.

Faiq ketawa bila dia merasakan ada keselesaan di antara mereka. Najla lebih banyak bercakap .

"okey,then what should i call you? jangan suruh panggil kakak ! "

" panggil nama". balas Najla ringkas.

"i call you maira" Faiq putuskan dia ingin memanggil maira singkatan dari Humaira.

"what so ever. asalkan bukan sayang!. tapi kenapa tak panggil Najla je?" kata Najla tegas.

"saja".jawab Faiq.

"okey .. lagi satu , abang nak Maira balik rumah abang. Lagi dekat nak pergi kerja. Abang risau Maira ulang alik pagi-pagi balik malam. " luah Faiq apa yang terbuku di hatinya.

"Orang dah ulang alik dah bertahun tahun dah.okey je. Tengok la orang fikir dulu. Yang penting sekarang orang lapar. Dah pukul 8 dah . "

"abang harap kita boleh jadi macam dulu." kata Faiq mengendur. Najla buat-buat tak dengar. Dia memakai tudung lalu mencapai telepon bimbitnya dan terus turun ke bawah menuju kereta. Najla sampai dulu kerumah nenek sebelum Faiq. ya! mereka datang berasingan. Hati Faiq berbunga bunga. Dia cuma berharap Najla akan sudi bercakap dengannya seperti dulu-dulu.Dia rindukan Najla yang ceria suatu masa dulu.akhirnya dia putuskan untuk menjadi sahabat isterinya. Slowly but surely. Tiada jalan mudah untuk kembalikan Najla Humaira yang dulu. Najla seorang yang makin kita berkasar,makin dia menjauh. Jalan terbaik adalah mengikut rentaknya. Step pertama kena pastikan Najla kembali selesa dan percaya padanya.

hai gengs..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience