Beep!
Telepon bimbit Najla bergegar menandakan ada whatsapp masuk. Tertera nama Sir Asraff di screen teleponnya. Najla membiarkan whatsapp tersebut tanpa balasan malah dia tidak membacanya pon. Najla menarik selimut keparas dada. Matanya terbutang memandang syiling bilik. Dia pelik kenapa dia perlu cemburu dengan Sir Asraff sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan special pon selain hubungan seorang majikkan dengan staff. Akhirnya dia menarik selimut menutupi mukanya dan terlena dengan nyenyak kerana keletihan.
Rutin hariannya berlalu seperti biasa, tetapi hari ini moodnya tidak berapa elok. Fikirannya banyak menerawang dan berceramuk memikirkan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Najla tidak keluar lunch tengahri ni memandangkan dia sudah menyuruh Rani membungkuskan subway untuknya. Moodnya kurang baik dan dia ingin merehatkan minda dengan menghabiskan masa rehatnya dengan tidur sekejap. Kepala di letakkan di atas meja beralaskan kedua belah lengannya. Matanya di pejamkan. Arh terasa nyaman sekali. Baru sahaja matanya terlelap terdengar bunyi ketukan kecil di hujung mejanya. Terpisat pisat Najla membuka mata dan belakang tapak tangan mengosok matanya yang berpinar. Tiada suara kedengaran. Sir Asraff sedang berdiri di hujung mejanya dengan sebelah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Wajahnya tidak beriak. Lengan kemejanya di sinsing keparas siku. Kelihatan sempurna sekali Sir Asraff di penjuru itu. Terbuai seketika Najla dengan pemandangan yang indah itu. Sir Asraff tanpa pakaian korporat pon masih lagi menjadi kegilaan staff di sini.
"tak lunch ke? kenapa tidur di meja? kalau tak sihat kenapa tak mc je?" tanya Sir Asraff dengan pandangan yang serious.
"saya ok boss,cuma nak rest je kejap.Lagipon saya dah suruh Rina tapaukan subway .Kejap lagi sampai", balas Najla bersahaja. Dia segan di kerling oleh beberapa staff lain yang sememangnya sudah naik ke tempat masing masing. Najla cuba bersikap biasa namun dia tidak selesa di perhatikan sebegitu rupa.
"Kalau tak sihat ambil Mc je.Jangan skip lunch ,sakit susah nanti," pesan Asraff dan dia perlahan lahan mengatur langkah ke lift .Asraff perasan Najla tidak selesa bila mendapat jelingan dari staff staff yang lain.Dia membuat keputusan untuk beredar dari situ.
fuhh lega,kenapa la dia turun waktu orang tengah ramai ni. Cukup la hari tu dia menjadi buah mulut ketika di culik oleh susis untuk ke Raub. Macam- macam cerita yang sampai di telinganya,namun dia pekakkan saja.
10 minit kemudian kelihatan Rani meletakkan Subway di mejanya.
"nah amoii u punya subway. Sorry tau lambat ,i pergi atm kejap cucuk duit" terang Rani panjang lebar kerana bimbang Najla kelaparan .
"tak apa la Rani. Bytheway thank you very much yer" kata Najla sambil tersenyum ikhlas kearah Rani.
"welcome amoii cantik" .. Rani tersengeh.
Najla menikmati lunchnya dengan cepat tanpa berlengah kerana kejap lagi dia perlu ke surau untuk solat zohor.
Selesai menjalankan kewajipannya sebagai hamba ,dia kembali ke mejanya. Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi terlihat satu bungkusan plastik di hujung penjuru meja. Najla memandang kiri dan kanan. Masing masing sedang sibuk di meja masing- masing. Dia menggapai telepon bimbit di dalam laci meja. Telepon bimbitnya di tinggalkan di laci semasa dia kesurau tadi. Terdapat whatsapp yang belum di baca dan beberapa missed call. Dia menekan button password .
{Lain kali jangan lupa makan tengahhari, kalau sakitkan susah! }
{i dah suruh susis tapaukan u nasi ayam kat cafe tadi}
{ada masa lapang nanti makan ! jangan lupa.Ini satu arahan!}
Di pandang whatsapp yang di hantar dari Sir Asraff, Dia mengeluh perlahan.
beep!
{hah! mengeluh!}
sepantas kilat Najla memusingkan badan dan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Namun tidak kelihatan kelibat Sir Asraff . Najla menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fikiranya ligat memikirkan bagaimana Sir Asraff boleh mengetahui gerak gerinya. Pertanyaan yang berlegar legar di biarkan berlalu pergi. Dia dengan pantas menekan keyboard computernya dan meneruskan kerja yang masih bersisa untuk hari tersebut.
Harinya sungguh sibuk dan tidak sedar jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Makanan yang di beli oleh Sir Asraff belum terusik. Kelihatan rakan sekerja memenuhi ruang fingerprint untuk balik. Najla masih di meja. Matanya kembali tertacap di screen computer dan jari jemari nya menari-nari laju di keyboard. Suasana office sunyi sepi. Beberapa buah lampu office masih terbuka namun hanya beberapa kerat sahaja yang masih tekun di meja kerja masing-masing.
Najla menggeliat kecil.
"belum balik lagi? " tegur satu suara dari belakangnya. Dia sudah mengenali gerangan suara tersebut. Jantung Najla berdengup laju .
"Belum Sir, sir buat apa tak balik lagi?" soal Najla kembali. Dia buntu idea. Najla memusingkan badannya mengadap Sir Asraff.
"sir ni memang tak takut gosip ke?" tanya Najla
Sir Asraff tidak menjawab malah dia tergelak
kecil.
"kalau i kata i tak heran pon u percaya tak?" tangannya menahan di meja Najla ,kepalanya di tundukkan sedikit dan menghampiri wajah Najla. Beberapa inci sahaja hidung mereka hampir bertemu. Jantung Najla tidak berentak,nafasnya seakan terhenti.Aroma perfume Sir Asraff menusuk ke liang hidungnya. Hermm Wangi. maskulin, Hati Najla berbicara.
Mata mereka bertemu. Lama.
"Sir Asraff,Jom! " Suara Susis memecah kesunyian.
Fuhhhh lega.. Ya Allah. Jagakanlah hatiku ya Allahh. Najla membetulkan duduknya. Sir Asraff seakan baru tersedar dan cepat cepat dia menegakkan badannya.
"oh okey Susis. Lets go, you pon Najla blik kejap lagi. Jangan nak tunjuk rajin sangat. Waktu kerja dah lama habis. Syarikat pon tak banyak duit nak bayar ot you tu." kata Sir Asraff mendatar.
Najla mencebik, tak claim ot pon kan walaupon kerja sampai malam buta. Najla bermonolog sedirian.
Langkah Sir Asraff terhenti,
"apa?"
"takde apa apa. Ada orang bercakap ke boss? " soal Najla tak beriak. Asraff meneruskan langkahnya keluar dari department Najla. Beberapa pasang mata sedang memerhati drama sebabak sekejap tadi. Najla mengemas meja kerjanya dan menoffkan computer serta printernya. Handbag,kunci kereta ,dan telepon bimbit di capai lalu dia meninggalkan perkarangan office.
trima kasih pada smua pembaca Cinta Paksa, Jom follow auranasuha untuk mendapat notifikasi updte2 terbaru. terima kasih :*
Share this novel