Sejak kejadian itu,Najla mengelak dari bertembung dengan Faiq. Dan yes! dia berjaya. Sudah 3 hari mereka langsung tidak bertembung. Dia pergi kerja awal dari biasa dan balik pada lewat malam. Kadang-kadang pukul 12 tengahmalam baru sampai di rumah. Dia sengaja melepak di McD dengan menyiapkan kerja-kerjanya yang tertangguh dan juga online.
Hatinya galau memikirkan esok dia terpaksa pulang ke Pahang. Cuti sudah di pohon untuk esok iaitu jumaat dan juga isnin minggu depan. Najla belum bersedia untuk bersua muka dengan Faiq.
Segala persiapan di buat oleh mama Faiq dan juga mama Najla sendiri. Majlis bertandang juga tidak ramai yang di jemput cuma saudara- saudara yang terdekat sahaja. Najla masih di meja kerjanya menyiapkan kerja-kerja yang masih tersisa.Dia cuba menyiapkan semuanya hari ini memandangkan esok dan isnin dia bercuti.
IMBAS KEMBALI
Faiq mengeliat kecil. Matanya sedikit di buka. Auch silau matahari pagi memenuhi ruang kamarnya.Jam di dinding bilik di pandang. Argh sudah pukul 11. Dia cuba mengingati apa yang berlaku pagi tadi. Tiba-tiba semuanya jelas di ingatannya. Astaghfirullahalazim.. Dia duduk di
birai katil. Badannya yang tidak berbaju dipandang. Mukanya di raup beberapa kali. Maira.....
Sekeliling bilik di lihat. Tiada kelibat Najla dan dia yakin Najla sudah kembali kebiliknya semasa dia masih tidur. Tuala mandi di capai dan dia bersiap - siap untuk ke office. Kalau tak de hal penting mungkin Faiq apply cuti hari tersebut .Namun emergency call menyebabkan permohonan cutinya di tolak. Faiq bergegas ke office .Tadi sempat dia menjeling ke pintu bilik Najla,tertutup rapat. Kereta Najla masih di depan gate. Sah dia pon tak pergi kerja. Dia kesal di sebabkan sikapnya yang tak dapat mengawal amarahnya dia tewas dengan bisikkan syaitan. Dia yakin Najla akan makin menjarakkan diri darinya.
Stereng kereta di hentak beberapa kali.Entah apa yang merasuk dirinya pagi tersebut. Mairaa..maafkan abang..
"seriouslly la kau ni?!" tanya Hakim terkejut setelah mendengar cerita Faiq pagi tersebut.
"kau senang la cakap Kim, bini kim ..bini. Bukan girlfriend,bukan tunang. Suami mana tak sakit hati bila isteri dia sukakan laki lain.Bercinta dengan laki lain .Agak- agak la kau ni..." kata Faiq.
"tapi bro,aku rasa kau kena siasat betul-betul bro. Jangan tuduh tanpa bukti.Yang pasal kau sentuh dia tu,aku no komen la kan, aku faham.. lagipon dia memang hak kau . Cuma cara kau tu salah bro.. silap langkah kau boleh bilang bini wo" Hakim menasihati Faiq supaya lebih berhati-hati dalam menilai.
"Kim, aku ni bukannya desprate sangat Kim,aku dah bagi masa dia beberapa bulan. Almost 3months, aku tak sentuh dia sebab aku hormat dia,aku tahu dia belum ready. Tapi kau tahu la bila nafsu amarah tu menguasai diri. Aku pon menyesal Kim buat dia macam tu. Aku buntu, dalam masa yang sama bila Najla buat aku macam ni ,aku rasa macam lelaki dayus, Kau faham tak?" Faiq stress. Jiwanya kacau bilau.
"aku paham bro,aku kenal kau,cuma pandai-pandai la kau ambil hati Najla balik" kata Hakim sambil menepuk bahu Faiq.
*****
Hanya sebiji khemah yang di pasang di depan rumah nenek. Kereta di parkir jauh dari perkarangan rumah nenek memandangkan esok ruangan ini akan di penuhi dengan orang ramai. Faiq bergerak balik ke Pahang tengahari dan dia tidak nampak Najla di rumah pagi tadi. Mungkin Najla sudah bergerak ke Pahang semalam. Majlis bertandang yang bakal berlangsung esok bukanlah satu keputusan yang baik memandangkan hubungan mereka yang kurang baik sejak kebelakangan ini.Namun atas desakkan nenek,dan mama-mamanya akhirnya dia setuju. Lagipon mereka sudah mula membuat persiapan untuk majlis tersebut. Boleh di katakan kau nak atau tak nak majlis ni tetap akan berlangsung.
Suasana riuh dengan anak buah yang sedang bermain di laman rumah. Abah dan papa sedang berborak di ruang tamu.
"Assalamualaikum bah,papa," Faiq bersalam kedua -dua orang tuanya.
"Najla kat dalam tu,pergi la tengok dia ."kata abah kepada Faiq.
"okey bah". Dia berlalu ke dapur,tidak terlihat kelibat isterinya di dapur. Kedua mamanya sibuk berborak dengan jiran-jiran. Tombol pintu biliknya di pulas, kelihatan sekujur tubuh yang sedang baring di katil. Pintu bilik di tutup kembali. Langkah kakinya di hayun perlahan menuju ke katil. Dia duduk di birai katil. Tenang dan nyenyak sekali Najla tidur. Rambut isterinya yang ikal mayang di selak ke tepi telinga. Lama dia merenung wajah tenang itu. Pandangannya turun ke leher dan seterusnya ke dada milik isterinya. Leher baju Najla yang sedikit terbuka memberi ruang untuk Faiq menghayati keindahan ciptaan Allah itu. Pandangnya jatuh pada kesan merah di leher Najla. Bibirnya tersenyum sendiri. Terbayang kembali kehangatan sentuhan pertamanya ke atas tubuh Najla. Betapa rakusnya dia mengomoli leher dan bibir isterinya. Alangkah bagus kalau bukan dengan cara sebegitu.Dia mengeluh perlahan. Mukanya kembali keruh. Maafkan abang Maira. Bisik Faiq perlahan. Najla mengeliat kecil ,matanya di buka perlahan.
"arghhhh!!! apa kau buat ni???" membulat matanya dan terus terduduk.
"sorry sorry sorry sayang" kalut Faiq sambil meletakkan jari telunjukkan ke mulut sebagai isyarat menyuruh Najla senyap.
Lalu pintu di buka dari luar.
"kakak?? kenapa?? Laaaaaa bertuah ni, mama ingat apa la tadi. " kata mama tersembul di pintu bilik . Dia di depan bilik terkejut bila terdengar jeritan Najla. Faiq tersengeh.
"Dia terkejut Faiq depan mata dia ma,"kata Faiq.
"Faiq jangan terkejutkan dia, dia demam tadi" kata mama memberi amaran kepada menantu kesayangannya. Najla menggosok gosokkan matanya, masih mengantuk.
"kenapa kacau orang tidur?" kata Najla setelah mamanya kembali menutup pintu. Badannya kembali di rebahkan ke tilam, selimut di tarik sehingga menutupi kepalanya. Faiq tahu Najla takut kepadanya. Faiq kembali duduk di birai katil.Najla yang sedang berselubung itu di tenung. Lama.suasana sunyi. Najla pula menyangka Faiq sudah berlalu memandangkan suasana di dalam bilik sunyi sepi. Dia terlela kembali. Mungkin di sebabkan badannya yang masih panas menyebabkan matanya suspah untuk di buka. Risau akan majlisnya esok,Najla menelan ubat setiap 6 jam untuk memastikan dirinya sihat esok. Petang tersebut Najla balik ke rumah mamanya untuk persiapan esok hari.
Badan Najla terasa segar setelah tidur hingga ke petang. Dia balik ke rumah mama untuk membuat persiapan di sebelah pengantin perempuan.
Faiq Hanaqi
{assalamualaikum sayang}
Najla merenung lama whatsapp yang di hantar Faiq. Lalu ibu jari kanannya laju menekan button home tanpa membalasnya. Jijik bila mengenangkan panggilan sayang tersebut bermain di bibir Faiq. Sedangkan dia dilayan seperti haiwan bila Faiq mengaulinya dengan rakus. Tiada belas kasihan yang di pamerkan .Hanya sifat amarah dan cemburu yang menguasai. Ya Allah pedihnya hati .
Najla masih trauma dengan perubahan drastik yang berlaku pada Faiq pagi tersebut.Dia seperti di rasuk. Hilang pertimbangan. Faiq,andai kau tahu hati ini mula redha dengan ketentuan Ilahi namun kau telah calarkan kembali Faiq. Najla merintih di dalam hati. Tiada siapa peduli. Sakit badan yang di rasai,sakit lagi hati yang di calari. Najla secara tiba -tiba demam mungkin terkejut dengan hal yang tidak di sangka.Badan dan fikiran masih tidak menerima.
Majlis bertandang berlangsung seperti yang di rancang.Tiada cacat celanya,pandai betul Najla berlakon menjadi isteri solehah di depan semua orang. Dia tersenyum manis melayan tetamu dan juga ahli keluarga yang lain. Faiq menggenggam tangannya seperti tidak mahu melepaskan. Rimas tapi apakan daya. Luaran kelihatan Najla seperti pengantin-pengantin yang lain bahagia dengan suami tercinta namun jauh di lubuk hatinya dia tak menerima semua yang terjadi. Di paksa tanpa rela dan akhirnya dia rebah di pelukkan insan yang bergelar suami.
sorry lmbt updte
Share this novel