BAB 36

Romance Series 75927

Faiq menyedari mood Najla yang tiba-tiba berubah sejak pagi tadi. Dia banyak diam dan suka berkurung lama di bilik mandi. Dia rindukan isterinya sebelum ini yang sentiasa ceria dan happy go lucky.

"Sayang petang nanti kita tengok sunset jom? " ajak Faiq teruja.

Najla yang sedang baring di tilam dan matanya masih tertacap pada screen televisyen. Tiada jawapan yang di berikan.

"sayangggg.. dengar tak ni?" tanya Faiq lagi. Dia menghampiri isterinya yang membatu seperti pohon kayu. Remote tv di capai dan di off kan.
Mencerlung mata Najla memprotes tindakkan Faiq.

" bukalah balik,orang tengah tengok kan??" Najla cuba mencapai remote yang di sorok Faiq di belakang badannya.

"We need to talk sayang. Kita datang kat sini bukan untuk tengok tv. Kita datang sini untuk habiskan masa bersama. U and me sayang. Kalau abang ada buat salah atau sayang ada terasa hati dengan abang. Bagitahu sayang, jangan buat abang macamni. Benda boleh bincang ..... Abang rindukan isteri abang yang suka bercakap dan banyak cakap tau tak?" tangan Najla di raih. Anak mata mereka bertemu. Najla masih membisu. Namun dia fokus setiap kata yang keluar dari bibir seksi suaminya. Di biarkan tangannya di raih dan akhirnya Faiq membawa jari-jemarinya kebibir. Berulang-ulang kali dia mencium pundak tangan Najla.

"Orang nak abang jujur dengan orang.Boleh? "pinta Najla.Hatinya masih ragu-ragu adakah ini soalan yang sesuai untuk di tanya pada ketika itu.

"apa dia sayang...." tanya Faiq dengan lenggok yang sengaja di lunakkan..Bahu Najla di rapatkan ke dadanya. Ubun-ubun Najla di cium .

"Betul ke abang masih cintakan cinta pertama abang?" Faiq mengeluh perlahan. Jadi ini lah yang menyebabkan dia berubah mood. Najla di bawa menghadapnya. Kedua-dua bahu Najla di pegang agar mata mereka bersatu.

"ni ke yang membuatkan mood sayang swing tu?" tanya Faiq. Senyuman manis di ukir. Cemburukah?
Najla masih kaku di situ.Wajahnya masih tidak beriak.

"look sayang, abang tak tahu apa yang sayang pikir sekarang, tapi abang nak sayang tahu.. sayang yang terakhir dalam hati abang." jelas dan lancar kata-kata yang meluncur keluar dari bibir Faiq. Namun masih tiada respond. Sepi..lama..

"Kalau abang masih cintakan kak Nadia, orang rasa abang pergi la dengan dia.Lagipon dia masih tunggu abang kan?" sayu Najla mengungkapkan kata-kata. Wajah keruh Najla di tenung lama. Apalah yang sedang sayang fikir ni.

"abang rasa sayang dah salah faham ni, ada sesuatu yang abang perlu clearkan, supaya sayang tak fikir yang bukan-bukan. Okey, pertama abang dah tak cintakan Nadia, yang kedua Nadia bukan first love abang" Jawapan Faiq menyebabkan mata Najla membulat.

" Habis siapa first love abang? so maksudnya abang pernah bercinta dengan someone sebelum Nadia? and abang masih cintakan orang tu?? " tanya Najla dengan nada yang berbaur cemburu. Najla di raih dan Faiq memeluknya erat. Cuba menenangkan Najla yang masih dalam kesamaran.

"mungkin" balas Faiq pendek. Dia tersengeh bila dapat mengusik Najla. Seronok pula dapat mengenakan si jantung hati.

" Betul- betullah!" marah Najla bila merasakan Faiq sedang mempermainkannya.

"sayang nak tahu tak siapa first love abang tu?"
Tiada jawapan. Suasana sunyi menyelubungi.
Berjeda.

" Najla Humaira first love abang. "Mata Najla membulat tidak percaya dengan apa yang baru sahaja di dengarinya.

"Yes abang masih cintakan "dia" dan sampai bila-bila pon abang akan cintakan dia." Najla terkedu. Betul ke apa yang baru di dengarnya. Atau Faiq hanya ingin menyedapkan hatinya. Faiq menjarakkan badan mereka. Anak mata Najla di cari. Ciuman romatis singgah di kelopak mata Najla dan kedua belah pipinya.

"tipu la... Orang tak percaya. Bila masa pulak abang sukakan orang?" tanya Najla dengan penuh persoalan.

"abang tak pasti bila, cuma abang paling sakit bila sayang mula bercinta. Hati abang pedih sangat. Abang tak berani nak bagitahu sayang yang abang cintakan sayang. Abang takut sayang gelakkan abang. yela..kita kan sepupu.Lagipon abang taknak hubungan kita makin renggang dan sayang makin menjauh dari abang. " Faiq mengeluh halus. Hembusan angin pantai menyapa muka mereka. Senyap dan sunyi. Agak lama. Faiq menarik nafas dalam.

"untuk lupakan sayang,abang belajar terima orang yang cuba mendekati abang. Kebetulan masa tu Nadia orangnya. Abang tak teragak-agak untuk terima dia. Abang belajar menyayangi dia. Namun akhirnya dia khianati abang di saat abang mula menyimpan perasaan . Kali kedua abang sakit masa ni. Abang dah nekad taknak ada komitmen buat masa tu, namun Allah dengar suara hati abang. Allah maha baik,dia jodohkan abang dengan cinta hati abang. Abang bersyukur sangat-sangat walaupon sukar untuk sayang terima abang pada awalnya. Abang happy bila mama kita plan untuk jodohkan kita. " lirih setiap pengakuan dari Faiq. Air matanya menitis .
Najla menarik Faiq ke dalam pelukkannya. Sungguh dia terharu dan tidak menyangka. Jadi abang menyimpan perasaan sejak sekian lama? Ya Allah kenapa aku tidak perasan? Fuhh, Lega dan lapang rasa di dada.

*******

"shit! why i tak tahu?" bentak Asraff. Meja office di hentak kasar. Kelihatan Susis sedikit terkejut dengan tindakkan Sir Asraff.

"Sorry boss, ada apa-apa ke? " tanya Susis inginkan kepastian bila melihat bossnya tiba-tiba berubah tegang bila menerima satu panggilan telefon.

"Sorry Sis if i mengejutkan you" kata Asraff bila sedikit tenang. Cawan yang berisi air di sebelah nya di capai. Asraff kelihatan sedikit kusut. Susis tidak berani untuk menegur berlebih lebihan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berdiam.
Rambutnya di kuak kebelakang beberapa kali.

"Boss kalau ada masalah dan boss rasa nak luahkan, i ada je untuk jadi pendengar " ikhlas Susis menawarkan diri memandangkan dia merasa kesian dengan boss yang di kasihinya.
Sir Asraff bukanlah seorang lelaki yang suka bad mood sesuka hati. Mungkin ada perkara yang benar-benar mengganggu pemikirannya.

"its okey Susis , thank you" Sir Asraff menekan-nekan screen telefon di tangannya.

"you boleh call Najla untuk i?" berkerut dahi Susis mendengar permintaan bossnya

"kenapa boss tak call sendiri?" Susis bertanya dalam kehairanan.

"Najla tak mungkin akan angkat call i,
.You tengok la sekarang, kalau terserempak je mesti dia akan cuba larikan diri. Kalau kat office ni you tau la kan bukan senang nak berborak kosong. Banyak mamapaparazi" jelas Asraff

"Sir nak i cakap apa? " Wajah Sir Asraff di tenung

"you tanya dia , dia kat mana sekarang? you cakap kita ada urgent meeting lagi 2 hari nak kena attend di Sabah. I nak dia ikut" pelik nya Sir Asraff ni kata Susis dalam hati.

"tapi boss, Najla tengah bercuti. Dia dah apply awal dan apa kaitan dia dengan project baru ni?"

"yang tu nanti dah sampai sana baru i terangkan. Tapi yang penting sekarang,i nak Najla ikut sekali" jelas dan tegas arahan sir Asraff.

"baik," Susis tidak berani lagi untuk bersuara. Dia hanya menurut apa yang di suruh oleh bossnya.

*****

Faiq dan Najla berjalan di persisir pantai. Skirt labuh Najla sedikit basah bila menghampiri gigi -gigi air. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Faiq berpeluk tubuh sambil memerhatikan gelagat Najla yang berlari anak mendahuluinya. Hatinya senang bila melihat Najla kembali ceria. Perasaan cinta yang tiada penghujung dari dulu lagi. Terima Kasih Allah kerana memberi peluang untuk menyintai orang yang di cintai. Tiada istilah bosan bila bersama Najla. Semuanya terasa baru dan excited. Ajaibnya kuasa Allah yang menghadirkan perasaan sebegini

"aaaabangggg.... cepat la..lambatnya abang jalan" teriak Najla dari jauh bila.menyedari Faiq jauh ketinggalan di belakang. Najla mengibai-ngibaikan tangannya supaya Faiq melajukan langkah.
Berlari anak Faiq ke arah Najla.

"abang mengelamunkan apa? tersenyum sorang-sorang. Ingat makwe ke??" tanya Najla berbaur cemburu. Semakin lebar senyuman Faiq.Jari jemari Najla di raih dan akhirnya bersatu dengannya. Berpimpinan tangan keduanya sambil berjalan di gigi air. Tidak ramai orang petang tersebut memandangkan bukan hari minggu. Hanya beberapa pasangan sahaja yang turut menikmati keindahan petang sama seperti mereka.

"Ni makwe abang.. si jantung hati abang " pipi Najla di cubit manja. Najla tersenyum memandang ke arah Faiq. Faiq segak dengan berkaca mata hitam . Tipu la dia tidak jatuh cinta lagi- lagi dengan lelaki sekacak Faiq. Dia bahagia dan bersyukur.

Telefon bimbit Najla berbunyi menandakan ada pesanan whatsapp yang di terima. Laju dia mencapai telefon bimbit di dalam handbag lalu di buka.Susis?

Susis
{Assalamualaikum Najla,sorry for disturbing your honeymoon. On monday, kita kena ke Sabah memandangkan boss nak kita ada semasa Grand Opening company Dato Mukris . And its compulsary!}
Kiriman Whatsapp dari Susis mematikan senyuman di bibirnya.

Najla
{Wasalam .Okey }

Hanya OKEY yang mampu di balas ketika itu. Nampaknya mereka perlu pulang awal sehari dari plan awal. Najla memberitahu Faiq dan dia memahami tuntutan kerja yang perlu Najla selesaikan.

hallo genggz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience