Hubungannya dengan Sir Asraff semakin hari semakin rapat. Sir Asraff semakin berani menunjukkan perasaannya terhadap Najla. Kadangkala Najla akan menerima bunga dan kad dengan kata kata romantis. Najla bahagia di manjakan sebegitu. Najla masih tidak memutuskan untuk menerima Asraff namun mereka berkawan baik dari sebelumnya.
Asraff sedaya upaya cuba untuk menambat hati Najla.
Manakala di rumah Najla mama , abah, makngah , pakngah dan juga nenek begitu teruja di kala mendengarkan keputusan yang telah di putuskan oleh Najla. Dia menyerahkan semuanya kepada kedua ibubapanya. Dia seakan berputus asa untuk mempertahankan hujah-hujahnya yang sememangnya dia tak kan pernah menang. Akhirnya dia akur dengan apa jua keputusan yang telah di rencanakan untuknya. Majlis pertunangannya dengan Faiq telah berlangsung jumaat lepas namun tiada siapa yang tahu selain ahli keluarga terdekat sahaja. Dia sendiri tidak pernah bercakap mahupon bersua muka dengan Faiq sejak panggilan telepon tempoh hari. Masing-masing membisu tanpa kata. Hanya keluarga menjadi perantara mereka berdua jika ada perkara yang mendesak untuk di bincangkan. Mama tidak memaksa Najla untuk memutuskan sesuatu kerana dia risau Najla akan berubah fikiran. Pertunangan dengan Faiq tidak sedikit pon menjejaskan hubungannya dengan Sir Asraff malah Najwa berharap akan ada keajaiban dalam hubungannya dengan Sir Asraff sebelum dia sah menjadi isteri Faiq Hanaqi.
Najla sudah jarang kerumah neneknya sejak dia ditunangkan dengan Faiq. Dia lagi banyak menghabiskan masa dengan bergayut di telepon bersama sir Asraff atau pon keluar lepak di mana-mana. Bukannya mama dengan abah tidak perasan tetapi mereka banyak berdiam memandangkan Najla sudah mengikut kehendak mereka itu pon sudah bernasib baik.
Tiada keterujaan untuk majlis perkahwinan yang bakal menjelma. Hanya keluhan dan tangisan di saban hari. Tiada siapa yang peduli. Hanya Najla merintih sepi. Bagaimana harus memadamkan api cinta yang kian membara?
*****
Najla terjaga dari lenanya. Jam di dinding di kerling, menunjukkan 3.15 pagi. Lantas dia duduk di katilnya. Beberapa kali mukanya di raup. Ya Allah. mimpi apakah ini?
Najla bangkit dari katil, dia bingkas ke bilik air, membasuh muka serta berwudhuk. Sejadah di bentangkan .Solat tahajud dan solat istiqarah di lakukan . Damai hatinya , Najla berdoa dan meminta Allah mengampunkan segala dosanya. Semoga apa yang berlaku adalah yang terbaik untuknya. Najla lebih tenang untuk menempuhi hari yang kian hampir.Dia di himpit perasaan cinta Sir Asraff dan juga kasih sayang terhadap keluarganya. Dia kembali melelapkan mata sehingga ke waktu subuh.
*****
"ehh dia,mengelamun ke cik adik? Mengelamun kat i ke tu? " tanya Sir Asraff sambil tersenyum lalu mempamerkan barisan gigi yang putih bersih. Tangannya di letakkan di atas partition meja Najla. Menongkat di situ.
"eh Sir Asraff, dah lama ke turun ? sorry saya tak perasan." sambung Najla dalam keadaan kalut membetulkan fail fail di atas mejanya.
"i dah berdiri depan u dekat setengah jam tau" tersengeh dia bila dapat mengenakan si Najla.Najla membulatkan matanya. Jam tangannya di pandang.
"serious la sir, kenapa saya tak perasan?" Najla menggaru garu kepalanya yang berlapik selendang itu.
"mana nak perasan kalau asyik berkhayal je. Kalau berangan kat i takpe,i izinkan. Kalau kat orang lain i marah tau," Najla sekadar tersengeh seperti kerang busuk bila di usik sebegitu.
" Petang nanti temankan i makan cendol durian dekat simpang Jalan Mahligai tu boleh tak?" Tanya Asraff
"wow..macam sedap je cendol durian. Macam tau tau je orang tengah teringin nak makan" Najla begitu teruja. Betul! dia dengan Sir Asraff banyak persamaan. Mereka banyak berkongsi hobi,fav food dan citarasa yang sama. Itu menyebabkan mereka cepat mesra dan senang bersama.
"Ajak la Susis join sekali Sir Asraff, " Najla cuba untuk mengelak berdua duan dengan Sir Asraff.
"Okey nanti i ajak dia kalau dia nak join la. Okey jumpa petang nanti.I naik dulu,bye" Sir Asraff sempat mengenyitkan mata kearah Najla. Dia hanya membalas dengan mengukir sebaris senyuman.
Najla dan sir Asraff menikmati cendol durian pada petang tersebut seperti yang telah janjikan. Ianya sebuah gerai yang menjual cendol,abc dan juga laksa . Mereka makan sambil menikmati kolam buatan yang berada di sisi tempat duduk mereka. Najla kelihatan tidak begitu teruja seperti sebelumnya. Cendol durian di suapkan ke mulutnya sesekali. Susis tidak menyertai mereka petang ni di sebabkan hal yang tidak dapat di elakkan. Mood Najla merudum.
"aik,kata teringin nak makan cendol durian, tapi i tengok macam tak je ni. Kenapa cendol you tak sedap ke?" kata sir Asraff sambil menarik mangkuk cendol Najla lalu merasanya. Terkejut Najla. Biar betul boss ni. Matanya di bulatkan.
"eh sedap je kat tekak i, you tak sihat ke Najla? " Dia cuba untuk merasa dahi Najla namun sempat Najla mengelak dengan menggerakkan kepalanya kebelakang.
"saya okey la boss. " jawab Najla mendatar,Dia tidak selesa di perlakukan sebegitu .Mungkin sebab dia sedar akan statusnya sekarang.
Selesai menikmati Cendol durian dan juga laksa akhirnya mereka berpecah pulang kerumah.
happy reading geng
Share this novel