BAB 39

Romance Series 75927

Sudah 3hari Najla tidak mendapat apa-apa berita tentang Faiq. Dia keliru dan tidak tahu di mana harus memulakan.Otaknya ligat berfikir. Tidak senang duduk dia memikirkan akhirnya dia gagahkan diri untuk ke pejabat Faiq. Najla belum bersedia untuk memberitahu keluarga di kampung. Dia tidak tahu bagaimana harus bagitahu. Dan sudah tentu akan ada banyak persoalan-persoalan yang dia sendiri tidak ada jawapannya.

Najla menghayunkan kaki ke cafe office . Ini kali pertama dia menjejakkan kaki. Status mengenai diri Faiq di cari di file-file dan kertas kerja di rumah.

Meja bersebelahan cermin di pilih. Orang yang lalu lalang diperhati penuh minat. Dia cuba mengamati kalau ada muka yang di kenalinya.Lebih tepat lagi teman rapat Faiq. Pandangan di buang ke sekitar cafe. Lama dia begitu .Sesekali dia meneguk air yang sudah di pesan. Matanya masih melilau. Namun dia hampa bila beberapa jam di situ dan dia masih tidak jumpa apa yang di cari. Beg tangannya di kerusi sebelah di capai. Badannya di pusing untuk keluar dari cafe dan tiba-tiba dia terlaggar sesuatu.

"Allahhh!!! " Najla kelam kabut menjarakkan dirinya dari lelaki yang di langgar.

"sorry sorry sorry cik. Maaf saya tak perasan. "kata lelaki di depanya. Dia membetulkan pakaiannya dan penglihatannya di arahkan kepada individu di depannya.

"ehh wait! Najla kan? wife Faiq? what are doing here? " Najla kaget. Dia kelu. Ini yang dia inginkan namun lidahnya kelu diam tidak berkutik.

"errrr.. you Hakeem kan? kawan Faiq?" tanya Najla berbasa basi.Dia tidak tahu mahu mulakan macammana.

" Ye saya, buat apa kat sini? Faiq mana? Dah 3hari tak masuk office handfone di off. Ingat sambung bercuti lagi". Panjang pertanyaan Hakeem yang turut mengambil berat akan sahabat baiknya itu. Mana tidaknya. Diam seribu bahasa, tiada langsung khabar berita.

"Kita duduk dulu Hakeem? " Kerusi cafe di tarik dan tanpa banyak tanya Hakeem juga turut membuat perkara yang sama. Mukanya seakan keliru dan juga ingin tahu. Kedua tangannya menyatu di atas meja. Matanya di arahkan kearah wajah cantik yang berada di hadapannya.

"what's wrong Najla? Ada apa-apa masalah ke?" Hakeem kaget bila melihat wajah cantik dia hadapannya seakan kelu dan membeku.

"i tak tahu nak mulakan dari mana dan i tak tahu nak percayakan siapa." Najla mengeluh.

"Faiq dah 3 hari juga tak balik rumah. I contact tak dapat" Dia berbicara dan pandangannya di arahkan ke bawah meja makan.Matanya berbalam. Dia cuba menahan getra di dada.

"what?? Faiq pergi mana? wait. Saya tak paham, bila last you jumpa dia? korang gaduh ke?" Soalan bertalu-talu di anjurkan kearah Najla.

"i kena pergi Sabah dan sebelum i berangkat ke sana kami okey. Kami tak gaduh. Kami macam biasa tapi bila tiba sana i sibuk tak sempat nk contact dia. Bila i contact dia ,no reply. I call tak dapat so i thought dia merajuk dengan i. Selesai je job kat Sabah i trus fly malam tu juga balik semenanjung. Surprisedly, dia tak ada kat rumah. Sekarang ni dah tiga hari tanpa khabar berita hati i tak sedap and gagahkan diri datang sini kot dia masuk office. " Najla berkata lemah dan kembali menunduk pandangannya ke bawah. Air matanya menitis juga.

"Ya Allah ,serius la Faiq ni. Mana pula dia pergi ni?" laju Hakeem menekan- nekan telefon bimbitnya seperti sedang mencari sesuatu. Dia cuba lagi menelefon Faiq. Namun tetap masuk voicemail .Mulutnya terkumat kamit seperti membebel sesuatu. Laju tangannya menekan-nekan screen telefon.

"hello Susan, i emergency leave hari ni! okey thank you very much Susan" Hakeem bercakap dengan seseorang . Mungkin rakan sejawatnya.

" awak dah report polis ke Najla?" Hakeem kembali memandang Najla.
Dia berdiri dan mundar mandir di depan Najla.

" Belum. I takut." Najla gugup.

"okey kalau macamtu kita buat report dulu. Lepastu kita kena cuba cari Faiq. Dah tiga hari Najla. Kenapa baru bagitahu.Aduii.." Hakeem kelihatan begitu risau dan rambutnya di kuis-kuis beberapa kali.

"i tak nak family i risau je Hakeem. I taknak mereka fikir yang bukan -bukan"

"Nak tak nak awak kena bagitahu juga Najla. " Hakeem memotong ayat Najla.

" i know tapi i tak terpikir sampai macamni. I ingat Faiq merajuk sebab i sampai sana tak sempat nak contact dia " Najla tersinggung dengan kata-kata Hakeem yang seakan menyalahkannya.

"i'm so sorry Najla ,i did not mean it. Saya risaukan Faiq sekarang ni. Mana tahu dia sakit ke? " Hakeem berhenti di situ bila melihatkan kondisi Najla yang tidak berapa baik. Mereka berdua ke Pejabat polis berdekatan untuk melaporkan kehilangan Faiq. Najla mencari sedikit kekuatan dalam setiap tindakkan yang di lakukan oleh Hakeem. Badannya terasa penat, seharian dia tidak berselera untuk makan. Perutnya masih tidak terisi dengan sebiji nasi sekalipon.Fikirannya masih terarah pada suaminya yang hilang tanpa khabar berita. Dia juga seakan tidak percaya dengan semua yang berlaku.

*****

Dalam kegelapan malam, Najla mengeluh sepi. Matanya yang berbalam di sapu beberapa kali. Dia duduk di penjuru dinding bilik. Lututnya di tarik hingga ke dada. Kedua tangannya memeluk rapat ke lutut. Jiwanya lemah , terasa di awang -awangan seketika dan rupanya dia terlelap tanpa sedar.

Beep! Beep ! telefon bimbitnya bergegar di atas meja sisi katil. Najla mengengsot menghampirinya lalu whatsapp di buka. Hampir bercantum keningnya melihat gerangan yang menghantar whatsapp.

"kau seronok ke sekarang?Hahahhaha.." Satu whatsapp yang di terima seakan memerlinya. Nama si gerangan di tengok berulang kali.

Langsung Najla mendail number telefon tersebut. Deringan demi deringan namun tidak di angkat. Akhirnya Najla menghantar whatsapp pesanan balas.

"Kenapa kau tanya macamtu?? mana Faiq hah??" Najla seakan dapat mengagak yang Nadia lah dalang semua ini. Pesanan hanya tinggal blue tick tanpa balasan. Najla cuba mendail lagi beberapa kali namun masih tiada jawapan. Nama Hakeem di cari dalam contactnya.

******

"Jo, kau pantau dia elok-elok. Jangan bagi kebulur pulak" arah suatu suara kepada anak buahnya. Laju derapan kaki meninggalkan tempat misteri tersebut. Suasana malap dan suram menyebabkan Faiq sukar untuk mengesan lokasinya berada. Kepalanya yang berat di angkat perlahan. Kelibat lelaki asing melintas di pintu biliknya.

"hoii, aku sakit perut la!" jerkah Faiq.

"Berak je kat situ!" ketawa yang di hemburkan amat menyakitkan hati Faiq. Mereka memerlinya.

"woiii,aku betul-betul sakit perut ni! cepat lah! " Suaranya di tinggikan. Faiq mengagak ada 2 orang yang sedang berjaga di luar biliknya.
Pintu bilik di kuak dari luar. Kelihatan sesorang yang bertopeng merapati Faiq dan perlahan membuka ikatan di kaki Faiq. Faiq di bawa ke tandas dengan tangan yang masih terikat.

Perlahan lahan Faiq melangkah.Kali ni dia merasa semakin segar dari sebelumnya.Badan merasa ringan dan sihat. Dia cuba mengamati suasana sekeliling. Terdapat 2 orang yang sedang monitor di depan pintu utama dan seorang di dalam rumah. Faiq melintasi kawasan ruang tamu untuk menuju ke bilik air.

"bukakan tangan aku woii,kalau tidak macam mana aku nak berak?!" kata Faiq kasar.

Sambil menjerling kasar ,ikatan tangannya di buka. Petang tersebut Faiq masih mencari idea untuk meloloskan dirinya. Dia sedaya upaya cuba untuk mengumpul maklumat sebanyak yang mungkin. Rumah yang di huninya kini mungkin resort atau mungkin jgk rumah penginapan persendirian memandangkan suasana sunyi di dalam hutan dan sesekali terdengar deruan ombak di malam hari.
Nasi bungkus yang di letakkan di hujung kakinya di ambil. Tangan Faiq tidak lagi di ikat dia belakang cuma sebelahnya di ikat pada satu tiang besi. Pergerakkannya sedikit bebas berbanding sebelumnya.Perutnya perlu di isi untuk memastikkan dia sentiasa bertenaga. Dia kena sihat untuk membolehkan dia meloloskan diri dari tempat tersebut.

Kuakkan pintu menyebabkan Faiq menghentikan suapan kemulut. Lelaki bertopeng di hadapannya di tenung.

"aku tahu siapa yang upah korang. Berapa yang dia bayar korang? kau tak ada bini ke bro sampai buat kerja kotor macam ni?" Faiq memanaskan keadaan.
Masih membisu. Tiada balasan dari orang bertopeng tersebut.
"aku syak korang ni mesti tak ada bini,kakak atau mak kan? sebab kalau ada mesti kau faham macam mana perasaan bila tiba- tiba suami hilang, tiba-tiba abang hilang,tiba-tiba anak hilang kan? "sambung Faiq sambil tersenyum sinis.

"heii kau jangan banyak bunyi. Kami cuma buat kerja kami. Kau baik diam!" gertak laki bertopeng berbadan tegap tersebut.

"kalau setakat Nadia tu aku tak takut la . Kau panggil dia jumpa dengan aku! main cara kotor boleh laaa" teriak Faiq.

Pintu bilik di kuak kasar dari luar.

"woiiii apa bising -bising ni hah??!! bingit tau tak ,bingit! " tanya seorang lagi dari mereka.

"korang sampai bila nk kurung aku? sampai bila nk biarkan aku macamni?? kesian bini aku mencari!" kata Faiq kasar.Dalam hati berdoa agar apa yang di ucapkan menusuk ke hati salah seorang dari meraka.

"kau jangan nak cakap banyak!selagi bos tak suruh bebaskan ,kau akan tetap kat sini! kau bersyukurlah masih hidup! bos tak bagi kitaorg pukul kau.Kalau tak dah lama kau mampos! " kata salah seorang darinya lalu beredar.

Faiq membisu tanpa balasan.Tak guna menghabiskan tenaga bertekak dengan mereka. Yang penting dia perlu kumpul tenaga dan cuba mencari jalan untuk melepaskan diri. Memandang pujuk rayunya tidak berhasil.Dia perlu mencari jalan lain ,mungkin juga jalan kekerasan.

********

Di perkarangan balai polis kelihatan Hakeem masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Najla masih dalam keadaan terkejut. Dia seolah olah tidak percaya mengapa semua ni terjadi. Kehilangan Faiq menjadi tanda tanya semua orang.

Najla akhirnya menelefon ahli keluarga yang lain dan menceritakan semuanya dari awal.Semua turut terkejut dengan berita yang baru sahaja di terima.
Najla seakan bermimpi dengan perkara yang sedang di laluinya ini? masih menjadi tanda tanya kemana Faiq? dan mengapa dia menghilang? Polis sedang menjalankan tugas mereka. Najla balik kerumah untuk berehat serta tenangkan diri.

koranggg rindu takkk??

Share this novel

Nur Asma Hanif
2025-08-06 08:52:10 

dah lama sangat tergantung ni

Sal.malek
2024-12-19 14:15:02 

rindu.. next pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience