BAB 30

Romance Series 75927

Faiq dan Hakim menuju ke cafe office.Mood ceria Faiq menambahkan lagi ketampanannya. Kedua belah tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Faiq berjalan penuh bergaya. Sesekali dia bergelak tawa bersama Hakim.

"Bro, aku tengok dua tiga hari ni happy semacam je kau bro. Ada apa-apa yang aku terlepas ke ? ke dah jumpa awek mata biru?" kata Hakim sambil kedua belah keningnya dia angkat berkali-kali. Faiq ketawa besar. Dia tahu Hakim sekadar bergurau.Masakan Hakim tidak tahu sahabatnya seorang yang setia.

"eh kau,laju je kan? kalau tak menyakat aku tak boleh ke?" kata Faiq sambil ketawa. Sungguh Hakim senang dengan keceriaan yang di pamerkan oleh sahabat baiknya.

"Aku happy tengok kau happy macam ni Iq" Bahu Faiq di tepuk.

"kim,kau doakan aku kuat ye. Kuat dalam mengejar cinta bini aku. Sejak kebelakangan aku nampak Najla dah boleh terima aku,aku bersyukur sangat Kim" bersinar-sinar mata Faiq bila menyebut nama orang yang di cintainya.
Faiq masih menjadi buruan wanita di office mereka. Ada yang sudah tahu Faiq sudah berkahwin tapi masih mencuba nasib. yang belum tahu apatah lagi. Siapa tak terpikat dengan arkitek muda yang segak bergaya.

"Aku sentiasa doakan kau Iq, semoga Najla tak buta dalam menilai cinta kau.Gila la siapa yang tolak cinta Faiq Hanaqi. Bersusun menunggu." seloroh Hakim. Faiq sekadar tersengih seperti kerang busuk.

"aku tak berminat dengan cinta lain Kim sekarang ni. Aku cuma berminat dengan cinta bini aku je. " Faiq berhenti dan lama dia diamkan diri.

" Aku tak kisah Kim walaupon kau nak kata aku terdesak ke apa. Kalau aku perlu paksa dia terima aku. Lebih tepat lagi paksa dia cintakan aku. Aku akan buat kim .Percaya lah " Kata Faiq menyambung ayatnya yang terputus sejak dari tadi.

"Faiq ... Faiq... senang je Iq nak ikat bini kau tu, bagi anak, confirm dia tak lari dari kau Iq. Alang-alang Iq. Kau fahamkan maksud aku?" Hakim tersengeh. Faiq termenung mencerna setiap ayat yang di lontarkan oleh Hakim. Terasa ada benarnya. Mungkin kalau Najla mengandungkan anak mereka, perhubungan akan menjadi lebih rapat.

Sepanjang perjalanan Faiq masih memikirkan kata-kata yang di lontarkan oleh Hakim tengahari tadi. Dia perlu mencari masa yang tepat. Mungkin dia perlu merencana sebuah percutian bulan madu untuk mereka berdua.

******


Najla tiba di rumah awal dari biasa. Masih tidak kelihatan kereta Faiq di garaj. Bermalas-malasan Najla melangkah menyusuri anak tangga. Badannya terasa hangat. Bibirnya yang pecah di raba. Keringnya bibir aku ,gerutu Najla di dalam hati. Najla membersihkan diri. Lama pancuran air paip hujan di halakan ke kepala. Nyaman terasa. Dia perlu menyejukkan badannya yang terasa hangat. Lama di situ. Akhirnya pintu bilik mandi di buka. Tersembol muka Faiq di depan pintu. Tidak beriak. Faiq masih berbaju kerja. Najla janggal bertowel bila di tenung lama oleh Faiq.

"apa abang buat kat sini?" tanya Najla. Tanpa menjawab Faiq mendekati isterinya. Najla mengundur ke belakang. Haruman shampoo yang di pakai Najla menusuk ke hidung Faiq.Perasaannya sukar di tafsirkan. Badan Najla yang terdedah dan juga haruman shower gel bercampur shampoo rambut Najla membangkitkan syahwatnya. Langkah Najla terhenti bila belakangnya berlaga dinding.

"abang,please abang" Najla menolak dada Faiq bila Faiq makin merapatkan mukanya ke leher Najla. Najla seakan putus nafas. Jantungnya berdengup pantas. Kenapa dengan Faiq ni? tidak pernah dia masuk ke bilik Najla tanpa izin. Bibir Najla di raih. Lembut dan penuh romantis. Najla tidak menolak namun tidak juga membalas. Ciuman Faiq di biarkan tanpa balasan. Faiq meneroka segenap leher isterinya dan akhirnya turun ke dada . Lama di situ. Najla tidak menolak dan akhirnya dia membiarkan setiap sentuhan Faiq keatas badannya. Sensasi dan romantis. Faiq memperkemaskan pelukkannya.

"sayang, i love you " luah Faiq tanpa berselindung. Perlahan dan penuh romantis. Pelukkan di lepaskan. Dahi mereka bertemu.

"jangan tinggalkan abang," lirih sungguh permintaan Faiq. Air matanya mengalir.Najla terkesima. Kali pertama dia melihat Faiq menangis. Najla kaku. Tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Kenapa Faiq terlalu emosional hari ni? apa yang berlaku sebenarnya? Mata Faiq yang terpejam di sentuh. Basah dek kerana air mata. Tersentuh hati Najla. Laju jari Najla menyeka air mata Faiq. Teragak -agak tangannya melingkari pinggang Faiq. Pelukkannya di balas. Mata mereka bertemu dan perlahan-lahan bibir mereka bercantum. Lama dan mereka saling berbalas ciuman. Faiq merasakan keikhlasan Najla melayannya. Badan Najla yang masih bertuala di cepung dan di bawa ke katil. Cahaya samar dari lampu meja dan lampu bilik air menampakkan muka Najla yang memerah. Dia tidak menolak tindakkan Faiq malah merelakannya. Faiq menindih badan Najla ,mata redup milik Najla di tenung lama. Satu kucupan singgah di situ. Segenap inci muka Najla di kucup penuh kasih. Najla kaku di situ. Dia masih terkejut dengan tindakkan Faiq yang begitu bersahaja. Tiada perkataan yang di lahirkan dari mulut keduanya. Hanya tindakkan dan sentuhan yang memainkan peranan. Lidah terkelu. Masing-masing hanyut dalam sentuhan asmara.

Lambat-lambat Najla melangkah turun dari katil. Badannya yang tidak berbaju di pandang sekilas. Merah kedua belah pipinya. Tuala mandi di capai. Dia tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Faiq yang masih terbaring di dada katil. Pintu bilik air di tuju.

"sayannggg" panggil Faiq. Langkah Najla terhenti.

"thank you sayang" ucap Faiq penuh romantis. Tanpa balasan dan tanpa memusingkan badannya ke arah Faiq, dia maju ke bilik air. Pancuran paip hujan membasahi kepala dan badannya. Nyeri di setiap sendi. Sama seperti sebelum ini. Satu perasaan aneh mengelinap segenap ruang hatinya. Air yang mengalir di mukanya di raup beberapa kali. Dan akhirnya dia mandi hadas. Waktu maghrib yang kian hampir penghujung di kejar.

Faiq bergegas kebiliknya dan lekas- lekas membersihkan diri serta berhadas sebelum turut sama menunaikan solat maghrib.

Najla mengunci pintu biliknya. Malunya bukan kepalang. Badannya di rebahkan ke tilam. Detik- detik romantis bersama Faiq memenuhi ruang pikirannya. Mukanya di tekap dengan bantal. Kedengaran ketukkan pintu dan panggilan dari Faiq. Namun dia membatukan diri. Dia malu. Dia menunaikan solat isyak setelah azan habis berkumandang. Perutnya terasa kosong. Dia belum makan malam. Telefon bimbitnya di capai. Dia memesan McD delivery untuk dirinya dan juga Faiq. Dia bercadang untuk makan dahulu dan bila dia selesai baru dia memberitahu Faiq supaya mereka tidak bertembung. Lebih kurang setengah jam kemudian mcD delivery tiba dan senyap- senyap dia merayap turun kebawah. Bubur ayam Mcdonals di suakan kemulutnya. Sungguh berselera .

"sayang makan sorang ke?" tanya Faiq dengan wajah mencuka. Hampir tersedak Najla di buatnya. Najla berhenti menyuap bubur ke mulutnya. Alamak!

"orang sakit perut tadi,alang-alang tadi terus makan.Ingat dah siap nanti baru panggil abang. Tapi abang dah turun ,jom la makan". Pelawa Najla. Faiq masih bermasam muka. Dia tahu Najla sengaja mengelak. Sengaja dia mengambil tempat bertentangan dengan isterinya itu. Ayam goreng mcD di suakan ke mulutnya. Selera Najla tiba-tiba mati. Dia segan di tenung sebegitu.
Dia tahu Faiq tidak berpuas hati dengannya. Selesai makan dia menuju ke depan televisyen. Punggungnya di labuhkan ke sofa. Jarinya laju menekan-nekan button mencari siaran yang menarik. Faiq masih di meja makan.
Tanpa sedar Faiq sudah naik keatas. Dia sudah mengagak yang Faiq merajuk dengannya. Akhirnya dia melangkah naik ke atas . Mengantuk pula mata bila perut kenyang. Dia meraba-raba ke katil memandangkan biliknya gelap gelita. Badan di henyakkan ke tilam empuk miliknya.Tiba-tiba terasa ada tangan melingkari pinggangnya.

"Arghhhh!!!!" jerit Najla kuat.Dia terkejut.

"ssyhhh... ssyhhh.. sayang, sayang.. ni abang ni" kedua belah pipi Najla di pegang. Akhirnya Najla semakin tenang.

"orang takut, kenapa abang terkejutkan orang?" kata Najla perlahan.

"sorry sayang..sorry sorry..abang tak berniat nak takut -takutkan sayang . Abang tak tahu sayang boleh terkejut sampai macam ni sekali".Najla menangis kerana terkejut.

Faiq menenangkan Najla dan akhirnya mereka berdua terlena di buai mimpi indah. Najla begitu nyenyak dalam pelukkan suaminya.

happy reading.gengs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience