BAB 5

Romance Series 75927

Sir Asraff dan Najla akhirnya sampai di Klia dengan menaiki pesawat yang sama. Mereka beriringan keluar dan Sir Asraff di sambut oleh Susis di balai ketibaan. Kelihatan Susis melambai lambai tangan kearah kami.
"wah boss,Najla..I rasa macam i jemput orang baru balik dari honeymoon je "... gurau Susis.
merona pipi Najla apabila di usik Susis
Sir Asraff hanya tersenyum lebar. Eh boss happy nampak kena usik ya? hati kecik Najla berbicara.

*****

Sudah 3bulan Najla tidak berurusan dengan Sir Asraff dan Susis. Tiba-tiba terasa rindu dengan bossnya yang handsome tu.
Boss memang jarang turun melawat setiap department ,kalau dia turun tu mesti ada event atau hal hal mustahak. Najla ada jugak beberapa kali terserempak dengan Susis tapi berseorangan. Mungkin boss outstation barangkali. Itu yang di pikirkan Najla. Seperti biasa di menekan keyboard computer dengan laju sambil mulutnya terkumat kamit seperti membaca mentera. File di atas meja di buka satu persatu dan mata nya kembali tertacap pada screen computernya.Hari yang sibuk membuatkan Najla tiba lambat di rumahnya.

"Kakak baru balik ke?" tanya abah.
"ya bah, kena settlekan yang nak urgent esok bah,yang nak lusa tu boleh bertangguh lagi" senyum Najla sambil duduk di sofa berhampiran abahnya..
"mama dah tidur bah? " sambung Najla.
"Baru je mama masuk bilik.Dia tunggu kakak tadi tapi lama sangat tu mama masuk bilik tu".
"Abah taknak tidur lagi ke? Ooo patut laaa tengok bola.. habis la memang sampai ke pagi la. Kesian mama tau tidur sorang sorang.Nasib la dapat suami suka bola." Seloroh Najla sambil mengangkat punggung untuk berlalu ke bilik tidurnya.
"hah kakak jangan cakap abah ya,nanti kalau kakak dapat jodoh suami suka bola baru kakak tau ". kata abah membidas gurauan Najla tadi. Akhirnya Najla berlalu ke biliknya sambil senyuman yang masih bersisa.
Badannya di hempas ke katil sambil matanya berkelip kelip memandang syiling rumah. Pikirannya menerawang jauh mengingatkan kembali perbualannya dengan sir Asraff semasa dalam perjalanan pulang ke Semenanjung 3bulan lepas.

Imbas kembali.

****

"Boss, boss tak takut ke nanti ada gosip gosip liar mengenai kita ni. Lagi lagi berduaan dengan boss risau saya boss." luah Najla terhadap Asraff mengenai kebimbangan yang bermukim di benak pikirannya.
Kali ini Sir Asraff memandang tepat pada Najla dan tersenyum.
"tak perlu nak pikir apa orang anggap kita Najla. oYou and i tahu apa yang kita buat kat sini kann"?
soal Sir Asraff perlahan namun jelas di tanggap oleh pendengaran Najla.
"tapi... boss tak kesah ke?" tanya Najla lagi inginkan kepastian.
"nope Najla, i tak keee...saaahh". Sir Asraff memandang tepat kedalam mata Najla. Tak keruan si Najla di tenung sebegitu rupa.

*****

Asraff baru sahaja tiba di rumah mamanya Datin Rohani di Bukit Antarabangsa. Punggung di henyakkan di sofa empuk milik mama dan papanya. Kepala di dongakkan keatas, dan matanya tertutup rapat. Kedengaran derap kaki semakin menghampiri.
"Sir Asraff nak air?" kata pembantu rumah Asraff yang mesra di panggil kak Ani tu.
Perlahan lahan Asraf membuka mata dan imemandang kearah pembantu rumahnya .
" boleh jugak kak Ani, mama ada tak kak? "
"Tadi ada Sir Asraff,mungkin tengah solat asar ," jawab Kak Ani sambil berlalu ke dapur. Lebih kurang 5 minit kemudian Kak Ani datang dari arah dapur membawa secawan fresh oren serta sepiring donut.
"Wah sedapnya donut, lama saya tak makan kak," kata Asraff sambil tersenyum.
" Makan la Sir, kak Ani ke belakang dulu ya?" Kak Ani mengatur langkah kebelakang apabila melihat anggukkan kecil dari Asraff. Kak Ani merupakan anak saudara maksom iaitu pembantu rumah yang sebelum ini. Kak Ani di kenalkan oleh maksom sebelum beliau nekad untuk pulang ke kampung halamannya dan berhenti menjadi pembantu rumah. Sir Asraff sangat rapat dengan Maksom memandangkan Maksom menjaganya sejak dari kecil.Maksom ibarat ibu keduanya selepas mama. Namun kita mereka hanya kerap berhubung melalui telefon dan kadang kala bervideo call bersama. Maksom hidup sebatang kara selepas kehilangan suaminya yang tercinta. Datin Rohani sekeluarga sudah menganggap Maksom sebahagian dari keluarga meraka.
Fikiran Asraff menerawang jauh bersama kenangan Maksom suatu ketika dahulu.
" aii teruna mama ni dah pandai berkhayal ke? tringatkan bidadari mana la tu kan? " suara mama yang agak lantang mengejutkan lamunan Asraff.
"maaa..donut ma" pelawa Asraff sambil tersengih.
" Selalunya orang bercinta je yang kuat mengelamun . Asraff dah jumpa bidadari kayangan yang asraff tunggu tu ke?" .Tersembur fresh oren yang baru saja singgah di kerongkong Asraff. Tersentap dengan pertanyaan itu Asraff berdahem beberapa kali.
"mama ni.. tersedak Asraff tau." berkerut Asraff memandang wajah mamanya yang tersayang.
"Asraff jangan la asyik pikirkan kerja je. Dah 33 tahun dah tahun ni kan? kalau dah ade calon tak payah la nak tunggu-tunggu lagi. Lagipon benda elok tak elok lengah - lengahkan". kata-kata mama meresap ke jiwa Asraff
Akhirnya dia tersenyum sambil menggenggam kedua belah tangan mamanya.
"insyaAllah ma. Doakan Asraff ya?" mama Asraff membalas genggamannya dan mengangguk sambil tersenyum .

happy reading gengs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience