Ketukan pintu bilik mengejutkan Najla dari lena yang panjang. Hari- hari cuti begini baru hendak qada' tidur. Ade saja yang menganggu.
"yer dikkkk!!!! " laung Najla dari dalam bilik setelah mendengar beberapa kali suara adiknya memanggil namanya.
"Kakak,mama ajak pergi rumah nenek! " teriak adik nyaring.
Haish laa kenapa pagi-pagi mama dah ajak pergi umah nenek ni, selalunya petang minggu barulah kami sekeluarga ke sana.
Najla bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil. Matanya yang masih mengantuk di pejam rapat. Bunyi bising di ruang tamu mengganggu ketenangan tidurnya. Langkah kaki di atur ke bilik air. Selesai membersihkan diri dia segeran ke dapur. Kelihatan mama ,abah dan adik sedang bersarapan.
"lah kakak belum bersiap lagi ke? kejap lagi nak pergi rumah nenek ni." kata mama.
" ma, kalau kakak pergi petang petang sikit boleh tak ma?" Najla mencuba nasib namun selalunya gagal.
" Laaa.. kenapa jom la sekali ,lagipon anak anak makngah semua ada tu".
Hah sudah,ni tak berapa best ni, sejak besar panjang ni segan betul dengan anak-anak MakNgah. Alahai la macam mana nak mengelak ni.aduh blur plak kepala.
"Kakak jangan nak bagi alasan ya, bukan mama tak kenal kakak tu, jom pergi jangan nak berdalih". Mama seakan dapat menghidu niat hati Najla.
" Eh kakak tak de kata apa pon ma," Najla berdalih.
"Siap makan kejap terus bersiap, mama nak tapaukan nasi lemak untuk bawa ke sana." kata mama setelah melihat Najla makan perlahan lahan tanpa menghiraukan jelingan maut dari mamanya.
Lebih kurang jam 10.30 pagi mereka tiba di perkarangan rumah nenek. Di halaman rumah nenek di penuhi barisan kereta yang mewah-mewah. Ni tidak lain tidak bukan kereta anak - anak makngah la ni. Nasib baik la tak bawa si kuning hari, bisik Najla di dalam hati. Segan den nak paarking sebelah-sebelah.
Mereka sekeluarga melangkah masuk ke rumah nenek ,dari dapur kedengaran suara Makngah berteriak nyaring.
" Dah sampai dah, mai la makan meh,anak bertuah baru nak breakfast ni" Makngah melambai lambai tangan kerarah kami.
"Laa ngah,takpe kami sekeluarga dah makan nasi lemak, ni aku ada tapaukan nasi lemak ni," kata mama Najla.
Najla menghulurkan tangan kearah Makngahnya lalu makngah mencium pipi Najla di kiri dan kanan. Makngah sememangnya menyayangi Najla dan melayan seperti anak sendiri memandangkan dia tidak mempunyai anak perempuan.
"Kakak sihat ke? rindunya Makngah kat kakak. Sejak dah besar panjang ni sudah dah nak jumpa ye? Dulu kecik kecik selalu main dengan abang Faiq,bang ngan dengan si Najmi." kata Makngah sambil tersengeh.
"Makngah ingat kakak umur 14 tahun ke Makngah? Orang dah 25tahun la makngah. Dah kerja pon. Dah tak boleh lepak lepak dengan makngah macam dulu dulu dah la " Najla tersenyum sambil melentokkan kepalanya di bahu Makngah. Makngah ketawa gembira.
"sedapnya bau nasi lemak mak! " Najmi mencelah
"hah habiskan dulu roti canai tu Najmi" kata Makngah kepada anak bongsunya apabila melihat Najmi sudah membuka penutup tupperware nasi lemak mak saudaranya.
Adegan mereka di lihat oleh sepasang mata dari
tingkat atas. Bibirnya tersenyum lebar. Matanya tidak berkelip memandang adik sepupunya yang sedang ketawa gembira.
"ngah,ada hal mustahak ke ajak datang pagi pagi ni? " tanya Puan Kamalia kepada kakaknya.
" Faiq tu , entah Lia,pening la kepala kakngah camni." kata Puan Kasmara kepada adiknya. "Bertunang dah hampir 6 bulan. Masa tunang dulu kata 3bulan dah nak langsung ,taknak tangguh lama lama. Sekali Faiq balik semalam kata dah putus dengan Nadia." sambungnya lagi.
" Faiq belum ready kot ngah?" tanya mama kepada Makngah.
"entah la Lia, pening la hai.. kalau tak ready boleh terima lagi alasan tu,masalahnya Lia,dia kata dia dah putus tunang. Lia rasa apa kita perlu buat? takkan nak senyap je? kalau betul kena la putuskan betul- betul. Bertunang beradab takkan la putus macamtu je.?"
Najla hanya menjadi pendengar setia, Dia menundukkan pandangannya di bawah meja makan. Jarinya ligat mengscroll ig dan juga fb. Seboleh bolehnya dia tidak mahu masuk campur dalam urusan Makngah memandangkan ini adalah urusan pribadi Abg Faiq.
"Makngah,mama kakak tengok nenek kejap yer" Najla berlalu ke bilik neneknya.
"kakak bawak buah dengan air ni bagi kat nenek" kata Mama sambil menghulurkan.Najla menyambut dan berlalu pergi.
Najla menjengah neneknya yang terbaring tidur.Alahai la nenek ni.. tidur pon comel tau. pinggan buah dan air di letakkan atas meja di penjuru katil nenek. Nyenyaknye nenek tidur. Tidak sampai hati Najla untuk mengganggu akhirnya dia tidur di sisi sambil mengiring . Akhirnya dia turut terlena di situ.
"Kakak, oo kakak" panggil nenek
"amboih anak dara ni tidur betul ye?" Najla bangun dan duduk di birai katil.Dia menggeliat kecil.
"lama ke nek kakak tidur? "
" lama la jugak ,sempat la nenek dengar kamu berdengkur tadi.Abang Faiq masuk pon kamu tak terjaga,dua tiga kalo dia panggil kakak tadi. Najla menggelabah tiba-tiba.
"lah nenek dah bangun ke masa abang Faiq masuk tadi? alaaaa nekk kenapa tak kejut kakak nek?? " tanya Najla mempamerkan muka seposennya.
{Adoi mana nak sorok muka ni?? bisik Najla di dalam hati }
nt kita smbung lgi ye
Share this novel