Wajah anggun menawan di hadapannya di tenung lama. Cantik!.Najla bersahaja namun di hati tiada siapa yang tahu.
Renungan tajam dari sepasang mata di hadapanya membuatkannya kaget. Namun dia masih cuba untuk berlagak biasa. 10minit lepas ,Najla bergegas Najla turun ke cafe office apabila menerima panggilan telefon dari seorang perempuan yang mengajaknya untuk bertemu. Tiada kata sapaan,tiada kata aluan. Cuma kedengaran suara yang tegas dengan nada ugutan yang memintanya untuk turun ke cafe. Kedengaran mustahak sekali. Najla masih berteka-teki.
Langkah di hayunkan laju menuju ke Cafe.
Dari jauh kelihatan seorang perempuan yang sedang merenung tepat setiap langkahnya. Mata mereka bertemu. Tanpa di pelawa,Najla mengambil tempat berhadapan dengan si gerangan. Najla mengamati rupa paras tersebut yang kelihatan menegang. Otaknya cuba recall siapa gerangan perempuan tersebut.
Omaigad! Jantungnya mengepam laju.
Nadia!
yes Nadia bekas tunang Faiq.
Nadia berpeluk tubuh. Matanya terarah pada perempuan "special" yang kononnya menjadi rebutan ramai lelaki. Lagi-lagi lelaki yang pernah menjadi taklukkannya. Faiq yang dulu begitu menyintainya kini lebih memilih perempuan ni untuk tidak di sakiti. Begitu Faiq menjaga hati dan perasaan perempuan di hadapannya ini. Apa yang special sangat? cantik? boleh la. Seksi? aku lagi seksi. Menarik? Mengoda? ohh please.. bukan tandingan aku si ratu penggoda.
Setelah agak lama masing-masing membatukan diri. Hanya berteka -teki sesama sendiri.
"kau mesti tertanya-tanya kan kenapa aku nak jumpa kau?" tanya Nadia dengan kedua tangannya yang di silangkan kedada. Najla kelihatan agak tenang.
"Dan aku rasa kau kenal siapa aku?" sambung Nadia sambil ketawa kecil. Lebih tepat lagi ketawa sinis.
" iye ,saya kenal kak Nadia, bekas tunang Faiq " Laju Najla menjawab.
" Bagus lah kalau kau dah kenal aku..... Tak perlu aku perkenalkan diri aku. Macam mana? best ke khawin dengan lelaki yang tak cintakan kau? eh sebelum tu, aku nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi gantikan tempat aku. Yer la kau kan pengantin bidan terjun" lagaknya biasa tapi setiap kata-katanya tajam menghiris.
Najla merasakan pertemuan ini bukanlah satu satu perkara yang baik buat masa sekarang.
"Kalau awak tak ada apa yang mustahak untuk di bincangkan , saya rasa lebih baik saya naik dulu. Banyak benda yang saya perlu settle kan." Kata Najla sambil menolak kerusi ke belakang. Telinganya panas. Hatinya sakit.
" eh ehh kau,aku tak habis lagi.Baik kau duduk sebelum aku naik mengamuk dalam office kau tu!" ugut Nadia bila melihat Najla yang ingin berlalu. Najla mengalah ,dia kembali duduk.
"kau dengar baik-baik yer perempuan. Aku dengan Faiq tu saling menyintai. Kami dah bercinta lama. Aku yakin dia masih cintakan aku macam dulu -dulu. Tapi di sebabkan kau perempuan! dia jadi serba salah. Kau tak sepatutnya muncul dalam hidup kami. " kata -kata Nadia menikam ke dada Najla. Kedua tangannya di letakkan di atas meja dan mendekatkan mukanya ke arah Najla. Matanya merah menahan marah. Sifat biasa dah bersahaja tanpa riaksi yang di tunjukkan Najla membangkitkan lagi api kemarahannya.
" ada apa-apa lagi ? kalau tak ade saya nak sambung kerja. Dah habis waktu lunch kan?" Najla cuba meloloskan diri dari perempuan di hadapannya. Najla cuba mengawal emosi di tempat awam.Dia perlu bersikap profesional.
Ini kan tempat dia mencari rezeki.
"eh kejap! aku nak kau tahu,macam mana sekali pon Faiq kena nikah dengan aku, sebab aku akan pastikan dia akan jadi suami aku! aku tak kesah kalau terpaksa jadi bini nombor dua. Kau faham kan? kalau kau tak kesah lah,tapi kalau kau kesah aku rasa better kau mintak cerai. Aku pon bukan hingin sangat bermadu dengan kau." Nadia ketawa sinis. Rambutnya yang ikal mayang di putar- putar seperti seorang perempuan yang sedang menggoda.
Pipi Najla memerah. Air matanya seakan ingin tumpah. Najla menahan gelodak di hati.
"kalau betul awak cintakan Faiq,kenapa tinggalkan dia terkontang kanting suatu masa dulu? kenapa baru sekarang nak datang kutip balik? kenapa selepas 5 bulan lebih baru nak munculkan diri kembali? " suara Najla yan sedikit meninggi dan tegas . Tercabar dengan kata-kata Nadia s
ebentar tadi.
"heiii kau perempuan! kau tak ada hak nak mempersoalkan! kau tak tahu apa-apa. Lagipon semua yang kau tanya sekarang tak penting! yang penting kau kena bersedia untuk hidup bermadu!. kau kena bersedia untuk berhadapan dengan aku perempuan! " kata Nadia lantang.
Najla bingkas bangun dan laju melangkah meninggalkan Nadia keseorangan. Tidak pernah dia sebiadap itu dengan orang lain sebelum ni.
Dari kejauhan ,sepasang mata sedang mengamati setiap perbualan mereka sebentar tadi.
Nadia kelihatan tersenyum puas.
******
Najla banyak termenung di meja kerjanya. Harinya terasa suram. Semuanya serba tidak kena. Akhirnya dia menyembamkan mukanya ke meja kerja. Air matanya mengalir deras. Hujung baju menyapu air matanya beberapa kali. Basah di hujung lengan baju.
tok! tok! tok!
Mejanya di ketuk seseorang. Laju dia mengelap air mata yang masih bersisa. Mukanya di angkat dan berpinar-pinar matanya cuba mengecam gerangan yang sedang berdiri di hadapannya. Sir Asraff!! lama dia tidak bertentang mata dengan Sir Asraff. Kenapa sekarang? kenapa ketika dia sedang menangis??
"Najla,are you okey?" sapa Sir Asraff.
"i'm okey sir" sambut Najla sambil mengukirkan sebuah senyuman bagi menyorok kesedihan yang di alami.
"Kalau perlukan {bahu untuk bersandar} i ade untuk you Najla. Anytime okey." kata Asraff bersungguh-sungguh.
"Tak ada apa-apa sir.Betul! saya okey." Najla tersenyum lebar menampakkan gigi putih yang tersusun rapi dan juga lesung pipit sebelah kiri pipinya. Wajah tanpa makeup yang tebal seperti wanita lain di luar sana itu sering menjelma di ingatannya . Namun laju dia menepis dan menyedarkan sang empunya diri sudah bersuami. Kalau dapat di undurkan masa, dia takkan terlambat walaupon sesaat untuk memiliki hati sang puteri. Namun apakan daya.
~Indah sungguh ciptaanmu Ya Allah. Kenapa bukan menjadi milikku? hati Asraff berkata-kata.
"baguslah kalau tak ada apa-apa. I tak suka nak tengok you bersedih. Sesiapa yang i tahu sakitkan hati you,siap i kerjakan" Sir Asraff menggunakan ayat penegas. Terkejut Najla atas riaksi bossnya.
*****
Najla menghempaskan badan ke tilam. Kerinduan terhadap mama dan abahnya datang menerpa. Mama,kakak rindukan mama.Kakak sedih ma. Kakak perlukan mama untuk meluahkan semuanya. Dinding bilik di tenung tanpa sebab. Pikirannya menerawang jauh.
"jahat ke aku memisahkan pasangan kekasih yang menyintai satu sama lain untuk bersama?" Najla berkata-kata sendirian. Jiwanya galau.Faiq.. kenapa sekarang? kenapa tidak dulu? sebelum dia mulai berharap.
beep!
Faiq Hanaqi
{jom video call}
Najla tidak membalas. Di biarkan whatsapp Faiq tanpa balasan.
Tidak lama selepas itu deringan telefon nyaring kedengaran.
" Assalamualaikum sayang" Najla dapat menangkap suara riang Faiq di hujung panggilan.
"waalaikumusalam" balas Najla ringkas.
"heii kenapa ni sayang? tak rindu abang ke?" tanya Faiq bila menyedari intonasi suara Najla yang sedikit berbeza.
"orang okey je.Cuma penat sangat hari ni. Banyak benda kena settle dalam masa satu hari" jawab Najla mengelak.
"tak rindu? i miss you so much sayang." sayu suara Faiq di talian.
" esok dah balik kan? pukul berapa flight?" tanya Najla lagi dan masih cuba berdalih.
"insyaAllah esok kita jumpa ye. Petang sayang. Pukul 5pm. Dalam kul 7 dah sampai rumah insyaAllah." jawab Faiq teruja.
"ok Faiq Hanaqi, kita jumpa esok" balas Najla lemah.
"Okey sayang, good night. Assalamualaikum?" Faiq memutuskan talian setelah salamnya di sambut oleh Najla.
*****
"ohh sekarang semua suka dia lah? Wow hebat!" kata Nadia sambil menepuk kedua belah tangannya.
"hebat betul perempuan tu" sambung Nadia lagi bila menyedari ada mata yang sedang merenung tajam seolah-oleh mahu menelannya hidup -hidup.
"jangan you pernah cuba nak buat perkara yang tak elok pada Najla! kalau i tahu,nahas i kerjakan!"
ugut Asraff
"wooo woo woo.. takutnya i."kata Nadia mengejek. Dia ketawa besar.
"sayangggg.. i kejar you,you taknak.You sibuk kejar bini orang kenapa? tak cukup cantik ke i ni?" kata Nadia sambil mengelilingi Asraff. Bahu Asraff di pegang namun dengan pantas dia menepis.
puihhhh !!
Asraff meludah ke arah Nadia.
"i takkan pernah terima you walaupon hanya you seorang je yang tinggal atas bumi ni! mungkin betul you cantik, tapi peribadi you tak secantik rupa paras you! " tegang wajahnya.
"auchhh ... sedihnya i dengar tau. Kecil hati i tau...Jangan macamtu sayang, i taknak you meludah dan jilat balik nanti" kata Nadia sambil ketawa.
"i takkan jilat balik ludah i. I bukan macam you!" Asraff menarik kasar tangan Nadia.
"lepas lah Asraff. Sakit tangan i! You ingat you boleh dapat Najla ke kalau you buat macamni.? you ingat dia akan datang kat you ke?? takk kan?? you cuma akan dapat dia bila dia dah berpisah dengan Faiq! " Nadia cuba melepaskan cengkaman tangan Asraff. Di tepis-tepis tangan Asraff yang menggenggam kuat. Sakitnya terasa sampai ke tulang.
"You jangan berani dekat dengan Najla.!!!" satu ugutan yang sangat tegas di lontarkan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Nadia keseorangan.
happy reading gengz
Share this novel