Najla termenung di meja makan. Mengapa kedua-duanya terjadi serentak. Dia pening memikirkan cara yang terbaik untuk menolak risikkan dari Faiq Hanaqi. Bagaimana perasaan Makngah, Pakngah, mama,papa dan juga abang Faiq sendiri. Dia nekad untuk berbincang dengan Abang Faiq selepas selesai makan malam sekejap lagi. Suasana di meja makan agak suram memandangkan Najla banyak berdiam dari biasa. Selalunya dia la yang paling becok. Abah dan mama beranggapan Najla memprotes risikkan dari Faiq. Bila dia tanya sepatah, sepatah juga yang di jawab.
"kakak marahkan mama dengan abah ke? kakakkkk... mama abah mintak maaf ,tp tak salah kan kalau kakak cuba terima Faiq? ke tak handsome Faiq tu? "tanya mama menduga.
"maa,sebab dia handsome la kakak tak layak dengan dia, he's deverse better than me ma.Kakak tahu abang Faiq tengah terluka ma,tapi dengan kawin dengan kakak bukan solusi yang terbaik.Kakak tak cintakan Abang Faiq ma, kakak dah anggap dia macam abang kandung dah ma." Najla cuba mengusun kata- kata supaya tidak di anggap biadap oleh mama dan abahnya. Tangan mama di genggam erat. Dia melihat mama memandang kearah abah. Abah diam tak berkutik.
"mama tak sampai hati nak hancurkan hasrat hati Faiq. Faiq baru lepas terluka kak," mama seakan mengeluh. "Makngah kalau boleh tak mau terima dah orang lain selain kakak. Mama pon cuma ada kakak seorang je anak perempuan,kalau ada dua,mama bagi kat seorang lagi." kata mama sambil berseloroh.Mama cuba mengawal situasi yang agak tegang.
"mama ni... main-main pulak.". kata Najla
"Betul la kak apa mama cakap tu, kita pon dah kenal hati budi Faiq tu, sebab tu bagi abah tak salah kan kalau kita eratkan lagi hubungan kekeluargaan ni" celah abah. Kali ni Najla mengeluh. Terpadam hasratnya untuk menelefon Faiq bagi menolak risikkannya.
Hatinya benar -benar berbelah bagi. Antara cinta yang baru memekar dengan kasih sayang terhadap keluarganya. Hatinya menjerit.
"mama harap kakak boleh terima lamaran Faiq yer" pujuk mama lagi.Najla diam tanpa suara. Nasi di pinggan di kuis -kuis ,selera makannya mati.
*****
Telepon bimbitnya di capai, sesekali button tepi di tekan, screen telepon menyala.Laju tangannya menekan contact dan scroll kebawah mencari nama Faiq Hanaqi. Najla menekan button memanggil. Beberapa kali deringan,
namun tiada jawapan. Najla tekan button memanggil lagi sekali. Jantungnya berdegup pantas.
"Assalamualaikum? " kedengaran seseorang memberi salam.
"waalaikumusalam. Abang Faiq busy ke? Kalau busy takpe lah,kakak call lain kali je". duga Najla
"eh..tak la.. abang baru siap solat." suasana sunyi seketika
"aaa abaang Faiq ada hantar lamaran ke? (sunyi seketika) kakak rasa abang tahu kan keputusan kakak,lagipon kakak dah anggap abang macam abang kandung kakak sendiri " tanya Najla tergagap gagap.
"Sorry sangat abang tak sempat nak tanya Najla dulu.Abang harap kakak boleh terima lamaran abang .." suaranya mendatar namun ada ayat penegas di situ. Ini soalan atau ayat penyata?
" kakak mintak maaf sangat kakak rasa kakak tak boleh," perlahan,tapi jelas.
"abang tak rasa akan lepaskan kakak kali ni. Abang minta maaf kak. Abang yakin dengan keputusan abang kali ni."
"semua happy bila dengar abang nak melamar kakak. Cik Lia,abah Kakak, mama,nenek,papa semua happy. Dan abang pon happy sangat" suasana sunyi.Lama.
Najla terdiam.Apa maksud Faiq? Faiq tetap akan mengahwininya walaupon tahu kakak tak boleh terima dia??
"kakak tak tahu apa niat abang Faiq sekarang ni,tapi yang kakak tahu ,abang tak patut kambing hitamkan kakak.Kenapa perlu kakak yang ganti tempat kak Nadia? abang Faiq boleh pilih orang lain. Ramai lagi yang boleh terima abang. Kakak tak boleh." suara Najla sedikit tegang.
"one day kakak akan tahu. Kakak pergi la tidur.Dah lewat ni. Assalamulaikum? selamat malam kakak" kata Faiq senada. Tiada keceriaan,tiada kegirangan yang ada cumalah kegusaran.
Belum sempat Najla membalas ,panggilan di matikan. Hatinya masih sakit .Kenapa Faiq berkelakuan sebegitu. Pada Najla,Faiq sangat pentingkan diri bila memaksanya dengan cara
licik. Mengapa perlu gunakan nenek,makngah,pakngah,mama dan juga abah.Semestinya Najla tidak akan menang. Sememangnya dia tidak akan mampu untuk menolak. Remuk sungguh hatinya.
Nah lanja lagi satu yer sbab hri ni hari minggu sempat la menulis :*
Share this novel