Pintu bilik Faiq di kuak. Faiq begitu sibuk sejak kebelakangan ini sejak projek baru berlangsung. Faiq banyak menghabiskan masa di pejabat dan akan balik pada lewat malam. Faiq kerap melawati tapak projek yang bakal di bangunkan. Selaku arkitek yang di berikan tugasan dalam menyediakan dan memastikan site engineer membuat pemilihan bahan-bahan yang sesuai d
seperti yang telah di mintanya. Gabungan hebat kedua-dua orang penting ini amat penting dalam satu pembinaan tapak projek. Kesibukkannya makin menjarakkan hubungannya dengan Najla.
Namun,walaupon mereka jarang bertemu muka, ada ketika Faiq akan menelefon atau menghantar whatsapp untuk bertanya khabar.
Langkah Najla terhenti di depan pintu bilik yang sedang ternganga luas. Najla berjalan menuju ke meja kerja Faiq. Matanya terarah pada satu penjuru meja. Bibirnya tersenyum. Bingkai gambar mereka berdua di capai. Wajah Faiq yang tengah senyum meleret di tatap lama. Ya Allah,insan ini mula bertapak di hatinya. Dia melabuhkan punggung di kerusi Faiq. Aroma perfume Faiq mengisi ruang kamar. Najla rindukan aroma tu. Sudah lama mereka tidak bertemu mata. Bilik yang tidak berpenghuni selama beberapa hari itu di terokai penuh minat. Selalunya Najla jarang melangkah ke bilik Faiq memandangkan Faiq tidak mahu di ganggu ketika dia sedang menyiapkan lakaran dan sebagainya. Lagipula,bilik Faiq yang bersepah-sepah ketika sedang menyiapkan kerja menyebabkan Najla sakit mata bila berlama-lamaan di situ. Dia lebih senang membiarkan Faiq sendirian.
IMBAS KEMBALI
" abang nak pergi mana ni?" tanya Najla ketika melihat Faiq melintasi biliknya dan mengheret sebuah bagasi sederhana besar. Dia yang meniarap di atas katil bingkas bangun dan meluru ke depan pintu bilik. Langkah Faiq terhenti.
"eh abang belum bagitahu Maira ke?Abang kena pergi ke Sabah untuk site visit." terang Faiq. Najla terdiam. Dia terkilan kerana Faiq tidak memberitahunya lebih awal. Wajahnya yang redup di tenung Faiq.
"i'm sorry Maira, abang pon dapat info lambat.. dan abang ingat abang dah bagitahu Maira" sambung Faiq bila melihat wajah Najla yang mengeruh.
"its okey....lama ke? " tanya Najla lagi.
"seminggu jugak ni katanya.Kalau Maira rindu abang nanti kita call ye? tak pon kita video call yer?" pujuk Faiq sambil mengenyit mata. Najla kemudian tersengeh. Langkah di atur menuruti langkah Faiq ke kereta.
****
PRRENG!!!
Terlepas frame gambar dari pegangan tangan Najla. Bingkai frame tersebut pecah berkecai.
Di kutip satu persatu dan di sapu penuh teliti bagi memastikan tiada lebihan kaca yang tertinggal. Otaknya bekerja keras mencari alasan yang sesuai untuk memberitahu Faiq.
Gambar yang sudah tidak berbingkai itu di letakkan di tempat asal. Alahai la,baru 4 hari Faiq ke Sabah ,hati sudah mulai rindu.
Laci di buka satu persatu. Beberapa buah buku di dalam drawer di tarik. Tersenyum Najla sendirian. Oh dia baca tips memikat isteri lah . Najla tersenyum lebar.
Buku di belek laju beberapa kali dan matanya tertacap pada celahan buku tersebut yang terselit beberapa kad kecil. Dahi Najla bercantum .Berkira-kira apakah isi di setiap kad-kad kecil tersebut. Teragak-agak kad kecil itu di buka satu persatu.
(Cinta tidak selalunya harus di miliki, Namun cinta akan selalu kekal di hati)
Kad kedua di buka perlahan.
(Cinta itu bukan apa yang dipikirkan oleh akal, tapi Cinta adalah apa yang di rasakan oleh hati)
Mulutnya di tutup dengan tangan. Jantungnya berdegup kencang.Tulisan tu!! Tulisan tu Najla pernah lihat sebelum ni.
otaknya ligat bekerja. Ya Allah!
"Abang ke yang kirimkan bunga dan coklat dan sebagainya selama ni?" kata Najla sendirian.
Bermati-matian dia menyangka sir Asraff yang menghantar kad ucapan berserta bunga dan coklat.
Kad-kad kecil itu di ambil. Buku-buku Faiq di susun dan di kemas kembali. Lampu bilik di tutup. Dia bergegas mendapatkan telefon bimbitnya. Nama Faiq di cari.
{kenapa abang tak bagitahu orang?"}
Satu potong ayat di hantar melalui whatsapp.
Di sertakan sekali gambar beberapa keping kad kecil. Double tick tapi tidak di baca.
Badan di rebahkan ke tilam. Matanya masih tidak mengantuk. Beberapa kali dia berkalih ke kiri dan ke kanan dan akhirnya penat berfikir dan menunggu jawapan dari Faiq, matanya makin kuyu dan tenggelam dalam lena yang panjang.
Terjaga dari mimpi bila terdengar deringan telefonnya begitu nyaring memecah gegendang telinga. Matanya di kecilkan dan tertera nama Faiq Hanaqi. Button answer di tekan laju.
"hello?" kata Najla di talian. Dia masih dalam keadaan mamai.
"Assalamualaikum sayang," romantis sekali.
" hurm,waalaikumusalam. Pukul berapa ni? " jam di dinding bilik di pandang sekilas. pukul 5 pagi.
"Pukul 5 sayang, sorry abang tak balas semalam ,abang tidur awal.. sakit kepala" kata Faiq di hujung talian.
"hurmm.. okey" kata Najla pendek. Dia mamai teruk.
"sayang ,abang mimpikan Maira. Rindu sangat agaknya. " kedengaran gelak kecil Faiq di hujung talian.
"maira rindu abang?" tanya Faiq. Mata Najla di buka seluasnya. Hatinya berbunga -bunga. Siapa tak gembira bila suami rindu-rinduan. ihikss. Tanpa membalas, Najla hanya terdiam.
"abang je la ni rindu Maira? takpe la, abang tahu siapa abang kan? siapalah kita untuk orang rindu tu" Faiq seolah-olah berjauh hati.
"hurm, mesti la rindu, suami kan?" sahut Najla lambat-lambat .Terasa kebas pipinya menahan malu. Kedengaran suara Faiq ceria dan ketawa di hujung talian.
"iye ke? alhamdulillah. Thank you sayang. Tak sabar abang nak balik. Nak bagi hadiah special untuk sayang" Bibir Faiq tersenyum.
"Wah ada hadiah ke? " suara Najla kedengaran teruja.
"eh mesti la ada. Nak yang special macam mana? ishh sejuk-sejuk macam ni kalau isteri kat sebelah ni best jugak.. "ayat Faiq kedengaran nakal dan akhirnya meletus tawanya bila Najla cuba mengelak. Malu la tu.
Berjedaa.
"Abanggg.. orang nak tanya abang, boleh? " tanya Najla berhemat.
"ermm...apa dia?" jawab Faiq .
"abang dah baca kan whatsapp orang semalam? Kenapa selama ni abang tak bagitahu orang abang yang hantar semua bunga-bunga tu? " tanya Najla yang perlukan penjelasan.
"Maira tak tanya pon,abang ingat Maira dapat syak abang. Selama ni Maira ingat siapa yang bagi? " suara Faiq kedengaran sedikit kuat dan berbaur cemburu.
"eerr orang ingat sir Asraff yang bagi" jawab Najla tanpa berselindung.
Faiq mendiamkan diri. Cemburu mungkin. Najla serba salah kerana menyebabkan suaminya berasa tidak selesa. Suasana sedikit canggung. Dan akhirnya Faiq menamatkan panggilan mereka dengan alasan sudah azan subuh. Ketara sekali bila Faiq menunjukkan perasaan cemburunya.
morning gengzz
Share this novel