Nadia sedang bergelak tawa bersama kawan-kawannya di sebuah cafe. Dari jauh dia melihat seorang yang di kenalinya bersama seorang perempuan melangkah memasuki cafe yang sama. Perempuan tersebut berdiri di sisi Zarith Asraff.Mereka nampak sepadan. Sedikit perasaan cemburu terbit dari lubuk hatinya sedangkan sebelum ini lelaki tersebut sukar di dekati. Zarith Asraff satu satu - satunya lelaki yang mampu mencabar keegoannya .Lelaki itu memang di gilai ramai gadis termasuk dirinya.
Zarith Asraff melintasi meja mereka seolah -olah tidak menyedari akan keberadaannya di situ.
"you okey makan kat sini? kalau tak okey kita pergi tempat lain," tanya Sir Asraff
"saya okey je sir,lagipon sir yang nak makan.Saya dah kenyang " jawab Najla bersahaja.
"i tak kira,you kenyang ke lapar you tetap kena makan yer cik adik. Kalau you taknak order takpe,i tolong orderkan untuk you okey," kata Asraff mempamerkan barisan giginya yang tersusun rapi. Najla hanya mendiamkan diri. Dia perasan ada beberapa pasang mata sedang memerhati gerak geri mereka. Mungkin peminat Sir Asraff barangkali kata Najla. Dia sedia maklum bahawa Sir Asraff sememangnya ramai yang meminati.
" you fikirkan apa sampai berkerut dahi ? i tanya pon tak berjawab." senyuman nipis di pamerkan.
"hah apa dia Sir? sorry sorry.. tak dengar.,pardon please? " dia meletakkan sudu dan juga garfu di pinggan. Matanya di fokuskan pada Sir Asraff yang sedang duduk berhadapan dengannya.
" Kalau i nak mama i jumpa mama you boleh? " perlahan. Sangat perlahan tapi menusuk ke telinga Najla. Dahinya berkerut. Sir Asraff menyambung makan dan lagaknya seperti biasa.
" untuk apa yer sir?" tanya Najla dalam keadaan formal.
"i rasa you tahu dan tak perlu kot i nak jelaskan. Dan i yakin you dengar dengan jelas tadi kan permintaan i?" kali ni Sir Asraff memandang tepat ke anak mata Najla. Najla menggenggam tapak tangannya yang mula membeku.. sejukk guys. sejuk macam dalam peti ais. Darahnya seperti tidak mengalir. Mata redup milik sir Asraff di tatap lama. Mencari jawapan yang sebenar.
" i tak tahu bila,tapi i suka u Najla". jelas dan romantis.
Bernafas Najla,Bernafas! Tiba-tiba dia seakan terlupa cara bernafas dengan betul.
Itu lah ungkapan yang di tunggu selama ini. Namun bila berhadapan dengan situasi sebegini, Najla kaget. Masa seakan berhenti, jiwanya seakan di awang-awangan.
"Sir, saya... saya minta maaf sangat-sangat.Saa....yaa..." jawab Najla dalam terputus- putus.
"its okey..terlalu drastik kan? i faham, i bagi you ruang untuk you fikir dan harap you boleh bagi i peluang,,...ke you dah ada someone special? " duga Sir Asraff
Laju Najla menggeleng. Dia tersenyum lebar. Dari reaksi Najla dia tahu gadis cantik itu juga menyukainya. Manakan tidak setiap kali bersua muka, Najla seakan panik dan tidak keruan. Najla.... Najla. you dah rembat hati i Najla. Asraff berkata- kata di dalam hati.
"i tahu you mesti tak selesa kan bila berjumpa i lepas ni bila dah tahu perasaan i ni? Jangan risau okey. I takkan campur personal matter kat office. Soo please,.. don't worry okey, " Kata Sir Asraff sambil mengenyitkan matanya ke arah Najla sebelum Najla menutup pintu kereta. Dia seakan dapat menghidu apa yang bermain di fikiran Najla ketika itu. Najla berdiri di depan pintu pagar rumahnya dan menunggu audi a3 milik Sir Asraff menyunsur laju.
keep supporting me gengs
Share this novel