Faiq keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama office . Sebelah tangannya membimbit sebuah beg dan sebelah tangan lagi di masukkan ke poket seluar. Suasana agak lengang memandangkan dia tiba awal di office pagi ini. Bukaan langkah di atur bersahaja. Kelihatan beberapa orang yang sedang menuju ke pintu utama bersamanya. Mereka bertentang mata dan bersenyuman sesama sendiri.
Di satu sudut ada sepasang mata yang sedang memerhati. Keceriaan di wajah Faiq menambahkan lagi sakit hati yang di alaminya. Telefon bimbitnya di capai. Kedengaran deringan beberapa kali namun tidak ada yang menyahut.
"okey Faiq,takpe kalau kau taknak jumpa aku..kau tunggu! "kata Nadia sendirian sambil tersenyum sinis. Enjin kereta di start dan akhirnya dia berlalu dari tempat letak kereta Office Faiq .
Faiq yang baru tiba melabuhkan punggung di kerusi kerja dan menyandarkan badannya ke belakang. Sambil memejamkan mata ,bibirnya bersenyum lebar. Hatinya mula merindui sang kekasih hati. Keasyikkan malam yang mengimbau layar fikirannya. Pelukkan erat Maira begitu membahagiakan. Ya Allah, kekalkanlah ke bahagian kami berdua.
Ketukkan pintu biliknya mematikan lamunan.
"Yes?" tanya Faiq bila melihat seorang staff perempuan menjenggui kepala di muka pintu.
"Faiq ,kita ada appoiment dengan pihak pemaju. Dan Semporna Holding hantar wakil di sini petang ni pukul 3. Boss nak you handle memandangkan you yang akan draft dan sketch for the beginning." terang Mariam lancar
"Okey,i seorang je ke? berapa orang wakil akan sampai nanti? " Notnya di buka lalu beberapa paperwork di teliti kembali.
"Yes Faiq,boss bagi kepercayaan penuh untuk you petang ni. Tak silap i 2orang wakil."
"Boss pesan suruh jumpa dia dulu after lunch" Sambung Mariam sebelum perbualan mereka di tamatkan.
Faiq memulakan rutin kerja seperti biasa. Dia sangat sibuk bila project baru akan bermula. Dari awal perjanjian atau kontrak di tandatangi,dia perlu membuat persiapan rapi. Berat rasanya bila boss mengingatkannya berhati-hati dalam berbicara,projek yang bakal di laksana amat penting untuk mereka.
Langkah di perkemaskan memasuki bilik meeting. Dia bergerak kehadapan dan telah menunggunya 2 orang wakil dari Semporna Holding yang berpangkalan di Sabah itu. Namun beberapa buah anak syarikatnya berada di semenanjung Malaysia. Faiq sedikit terkejut namun tetap dia hulurkan tangan berjabat salam.
"Saya Faiq Hanaqi, selamat datang ke syarikat kami" suara Faiq tegas dan jelas. Dia bersikap profesional walaupon fikirannya melayang jauh. Muka slumber di hadapannya dan begitu profesional serta bersahaja dalam berbicara di tenung lama.
"Saya Zarith Asraff dan rakan saya wakil dari Semporna Holding" tangan Faiq di sambut dan mereka memulakan bicara. Wajah Asraff tegas tapi masih profesional. Suasana di bilik meeting tenang dan begitu alami. Lebih kurang 2jam lebih akhirnya mereka bersurai .Wakil Semporna juga berpuas hati dengan kertas kerja dan daft yang di kemukakan oleh Faiq Hanaqi tetapi ada beberapa perubahan perlu di baiki dan di bentangkan semula . Semuanya akan berlaku dalam tempoh sebulan lebih sebelum projek berjalan. Mungkin dia akan kerap bertemu dengan Asraff lagi selepas ini. Asraff wakil dari syarikat bapanya di Sabah sedangkan dia juga sudah mempunyai syarikat sendiri. Patut lah Faiq tidak perasan kedatangan Asraff untuk meeting tersebut.
******
Faiq menghenyakkan badannya ke katil. Fikiran berat. Jiwanya kosong. Masih tidak kelihatan kereta Maira di garaj. Lewat Maira balik hari ni. Macam-macam perkara yang bermain di fikirannya. Tiba-tiba fikirannya menjenggah kembali apa yang berlaku petang tadi setelah selesai meeting.
" Najla happy ke dengan kau? "tanya Asraff sinis setelah ruangan meeting itu di tinggalkan hanya mereka berdua. Keduanya bertentang mata. Faiq diam.Lama.
"Betul ke aku dengar Najla tak cintakan kau? Korang berkahwin bukan sebab cinta? (berjeda) Kesian Najla, aku tahu dia ada hati kat aku,tapi aku bodoh...lembab" Asraff mengeluh .Dia seakan meluahkan rasa kesalnya di hadapan Faiq. Telinga Faiq memerah. Tangannya di gempal di bawah meja. Naluri kelakiannya tercabar. Namun benak fikirannya laju memproses. Betul ke sebelum ni Maira ada menyimpan hati terhadap bossnya? Ya Allah .. aku tak tahu. Aku memisahkan dua hati yang sedang di lamun cinta? Patut lah Maira susah untuk menerimanya. Jadi betul lah selama ini...?
Anak mata Asraff di cari. Mencari kejujuran dalam bebola mata yang sedikit redup.
"korang bercinta ke?" di gagahi juga untuk bertanyakan soalan tersebut walaupon mungkin perasaannya akan tercalar bila mendengar jawapan dari Asraff.
"tak..." Asraff menggeleng. Mukanya di tundukkan ke bawah meja.
"Kalau di beri peluang kedua,aku tak mungkin akan sia-siakan" kata Asraff seolah-olah lupa dengan siapa dia sedang berbicara.
"Sorry bro, dia dah jadi hak milik aku, maaf kalau aku terpaksa berkasar,tak mungkin aku akan lepaskan Najla. Aku sayangkan dia dan aku harap kau boleh lupakan dia . Dia dah jadi isteri aku". suara Faiq sedikit kasar dan tegas. Hatinya bagai di robek-robek.
Asraff tersenyum sinis, bibirnye sedikit senget.
"Badan dia mungkinlah kau boleh dapat Faiq. Hati dia? kalau kau sayangkan dia.Biarkan dia dengan jalan hidup dia. Kau tak ada hak nak paksa dia. Kau tak ada hak untuk biarkan dia terseksa" sinis sungguh Asraff berbicara. Seolah dia mengetahui setiap apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.
Faiq ketawa.
"Aku akan bahagiakan dia. " jawab Faiq bersahaja menutup gelora di dada. Perasaan cemburunya di tepis jauh.
Faiq mengeluh lemah. Terasa berat kepalanya. Kedengaran sayup -sayup deruan enjin kereta milik Maira . Jam dinding bilik di pandang sekilas. 6.20petang. Bermalas-malasan dia membersihkan diri serta menunaikan solat asar. Moodnya hilang entah kemana. Dia tidak bersedia untuk bertentang mata dengan Maira hari ini. Jiwanya kacau.
****
Najla melangkah masuk, aik kereta ada di depan.Rumah sunyi sepi seperti tidak berpenghuni. Dia mengatur langkah dan meluru kebiliknya. Terasa melekit di badan dan di membersihkan diri. Nasib baik dia sudah menunaikan solat asar di office kalau tidak mesti tergopoh gapah sekarang ni.
rambut dia masih basah di keringkan menggunakan hair dryer. Lalu dia melangkah turun kebawah. Rambutnya di sikat dan di sanggul bulat diatas kepala. Bersahaja dengan memakai t-shirt berwarna putih longgar dan berseluar track hitam sudah memadai untuk menyerlahkan keayuan si pemilik. Lenggok badan Najla pasti akan memukau sang lelaki yang memandangnya. Pintu peti ais di buka.Termenung dia di situ.Nak masak apa yer?
Najla tersenyum bila terhidang 2 buah hidangan untuk makan malamnya dan juga Faiq. Masak lemak udang dengan Ayam goreng. Cukup la tu. Nanti tinggal susun je ulam-ulaman dalam pinggan dan juga sambal belacan. Wah,kecur air liur Najla. Dia kembali ke tingkat atas untuk memanggil Faiq. Sejak kebelakangan ini,dia jarang bertemu dengan Faiq. Faiq sibuk dengan projek yang baru bermula.
Dia melangkah menyusuri tangga. Beberapa kali pintu bilik Faiq di ketuk namun tidak ada sahutan. Tombol di pulas, kelihatan Faiq sedang bercakap telefon dengan seseorang di beranda biliknya . Najla cuba mengamati namun gagal. Tiba-tiba Faiq memusingkan badan dan Najla kaku di situ.
Terus talian telefon di putuskan.
"lama dah ke Maira kat situ? " tanya Faiq
"takkk..baru je." kata Najla.
"kenapa tak ketuk pintu?" tanya Faiq lagi dan melangkah kearah Najla.
"orang dah ketuk tadi banyak kali, tapi abang tak menyahut,lepas tu orang tengok pintu tak berkunci orang masuk la" balas Najla laju.
Faiq mengeluh.
" lain kali kalau abang tak menyahut jangan masuk ye?" Najla sedikit terkejut. Kenapa dengan Faiq hari ni? mendatar saja suaranya namun sudah menusuk ke jantung Najla. Kenapa baru sekarang? Dulu okey je? Najla bermonolog di dalam hati.
"Yea cik puan Maira, ada pa ye cari saya ?" tanya Faiq sambil memaniskan senyuman di bibirnya bila melihat Najla sedikit berubah dengan kata -katanya.
"orang dah masak, jom makan" jawab Najla
" sorry sangat, abang dah kenyang ,tadi dah makan sebelum balik" mood Faiq hilang. Seperti hilang di bawa angin. Jiwanya terasa kosong. Hatinya terasa sakit. Banyak perkara yang berlaku sejak dua menjak. Kepalanya berat.
Muka Maira yang berubah di pegang .
"sayang makanlah ye. Abang nak rehat" kata Faiq sambil mengukirkan segaris senyum yang di paksa. Akhirnya Najla melangkah keluar. Moodnya juga hilang entah ke mana. Dia turun dan mengisi perutnya yang terasa penuh.
Malam terasa kosong dan panjang. Whatsapp Faiq di tenung. Online kata Najla dia di dalam hati. Banyak sangat ke kerja? Najla positifkan diri. Semoga Faiq yang dulu kembali lagi.
sorry kalau bosan bab ni.
Share this novel