Bunyi bising di dapur sedikit menganggu lena Najla. Lebih-lebih lagi sejenis telinga lintah yang mudah menangkap bunyi. Akhirnya dia mengeliat keras dan duduk di birai katil.Dengan mata yang terpejam tangan kanannya meraba- raba mencari telepon bimbit. Screen teleponnya menyala dan jam menunjukkan pukul 6.40 pagi. Perlahan lahan Najla melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhuk. Selesai menunaikan kewajipannya ,langkah di atur ke dapur dan kedengaran mama sedang berbual kosong bersama abahnya.
"assalamualaikum ma ,abah" Najla memberi salam sambil kedua belah tangannya di letakkan di atas bahu mama. Terangkat sedikit bahu mama kerana terkejut.
" hei la anak bertuah, suka terkejutkan orang .Masa ni baru nak bangun,ni kan pula nak rasa masakan dia . Kelaparan kita dua bang kalau tunggu anak dara abang ni bangun masak." Mama membebel panjang.Najla tersengeh mendengar bebelan manja mamanya. Dia mencapai jug seramik dan membacuh tea panas . Kelihatan mama sedang berperang dengan kuali dan senduknya. Aroma dari gorengan ikan bilis membangkitkan selera Najla dan dia sentiasa mengakui bahawa masakkan mama adalah masakkan yg tersedap di dunia. Nasi goreng kampung adalah hidangan pagi kami pada pagi ini.
"Mama borak apa dengan abah sampai ke bilik kakak tau dengar." kata Najla
"Makngah kakak katanya nak cepatkan perkahwinan abang Faiq kamu tp si Faiq tak mahu." jelas mama
"Aik kenapa pulak abang Faiq tak nak ma? Dia tu dah tua gayut dah ma.Wajib sangat dah kawin tu." kata Najla sambil tangannya menyenduk nasi goreng kegemarannya ke setiap pinggan satu persatu.
"itu la yang Makngah kakak bising tu".Celah abah sambil menyedut perlahan tea panas yang baru sahaja di bancuh Najla.
"Mungkin belum ready lagi tu mama, kakak rasa la kan..tp tak tahu la jugak kan? kakak agak je".tempelak Najla.
"Nanti la ma ,kakak slow talk dengan abang Faiq kot la dia ade masalah ke? tak cukup duit ke? yela, nak kawin dengan anak kenamaan la katakan." Dia cuba menutup isu berkenaan abang Faiq supaya mama dan abah tak risaukan makngahnya.
Akhirnya topik mengenai abang sepupunya mati di situ. Mereka akhirnya berborak pelbagai topik berkenaan keluarga sehingga terdengar gelak ketawa yang bergema mengisi ruang makan.
****
Faiq bergegas menjemput tunangannya iaitu Nadia setelah menerima panggilan supaya mengambilnya di perkarangan rumah. Dari jauh kelihatan Nadia bercekak pingang sambil memasamkan mukanya. Nadia sering kali bersikap keanak anakkan yang kadangkala amat merimaskan Faiq. Faiq cuba bertolak ansur sehabis daya kerana sayangkan perhubungan yang sudah terjalin selama 2tahun. Faiq berharap Nadia akan berubah setelah ijab kabul di lafazkan nanti. Nadia masuk ke perut kereta dan melepaskan pintu kereta dengan kuat tanda protes terhadap Faiq.
"Apa lagi salah i kali ni baby?" tanya Faiq sedikit mengendur.
"you tahu kan i belum ready. Kenapa mama you pergi bising bising dekat mummy i supaya kita di cepatkan majlis? you tahu kan i tak suka keputusan yang orang lain buat tanpa bertanyakan pendapat i? please la jangan nak memandai!" tegas sungguh Nadia berbicara. Tersentak Faiq mendengarnya. Sememangnya isu ini sering menjadi punca pergaduhan mereka. Nadia seringkali menolak untuk berbincang tentang hubungan mereka. Pertunangan dengan Nadia ini juga di sebabkan oleh ugutan dari mummy Nadia sendiri dan akhirnya dia terpaksa akur. Untuk lebih serius sememangnya Nadia belum bersedia. Hidupnya terasa sempit dan terkongkong sejak bergelar tunangan orang. Hidupnya mulai terasa rimas .
Bagaimana pengakhiran perhubungan mereka sedangkan hanya Faiq yang sedaya upaya masih cuba untuk mempertahankan.
happy reading gengs
Share this novel