Nadia mundar mandir di bilik tidurnya. Masih tergiang-ngiang arahan dan ugutan dari mummynya.
"oh my god! tak kan sekali lagi! " ngomel Nadia sendirian.
Nadia menyayangi insan bernama Faiq namun kadangkala dia keliru dengan perasaan dan impiannya sendiri. Dia sudah lama mengenali Faiq semenjak mereka masih belajar lagi. Namun sikap Faiq yang dingin serta tidak mengendahkan pelajar junior yang lain menyebabkan dia mempunyai tarikkan yang tersendiri serta di gilai ramai pelajar perempuan dalam diam. Faiq memiliki segala kreateria seorang lelaki yang di idamankan oleh setiap wanita. Di sebabkan Faiq di gilai oleh teman teman rapat Nadia,dia nekad untuk mencabar dirinya dan cuba mendapatkan Faiq. Sikap Faiq yang dingin menyukarkan Nadia untuk memikatnya. Setelah graduate mereka loss contact sehinggalah 2 tahun lepas ada satu tragedi di mana mereka terlanggar antara satu sama lain di depan office Faiq. Di situ lah bermula nya kembali perhubungan yang sudah lama terputus. Faiq membuat keputusan untuk serius dalam hubungannya kali ini. Namun Nadia masih bermain tarik tali sehingga lah mereka di paksa bertunang oleh mummy Nadia.
Nadia masih ragu ragu tentang masa depannya bersama Faiq. Hidupnya yang sosial kini terbatas selepas dia berhubungan dengan Faiq. Hati dan perasaan berceramuk pada saat itu. Deringan telepon di pandang sekilas lalu. Tertera nama Faiq Hanaqi di screen teleponnya. Di biarkan deringan tersebut mati dengan sendirinya. Akhirnya dia terlelap tanpa menjamah makan malam.
******
Najla tiba di parking kereta awal hari ini, kelihatan parking kereta basement office lenggang ,mungkin di sebabkan oleh dia yang tiba awal di office. Jam di desboard menunjukkan 7.00pagi sedang kan waktu finger print adalah 8.30pagi. Dia tiba di office awal sejam dari biasa. Najla mencari mood ceria di pagi hari lalu perlahan-lahan melangkah ke lift. Najla lebih selesa memgunakan lift berbanding escalator memandangkan pintu lift lebih dekat dengan enterance office. Terasa figura manusia yang berdiri tegak di belakangnya. Namun dia cuba berlagak tenang
(ya ampun pagi pagi buta ni takkan la hantu pula,nak pusing tengok tak berani)
Tingg!!
Lift terbuka dan keduanya memasukki perut lift.
Kelihatan Najla sedikit terkejut.
"Mor..ning sir Asraff ,"tegur Najla dalam keadaan yang terketar ketar. Meletus tawa Asraff . Dari tadi dia melihat Najla kaku ,berdiri tegak memandang pintu lift.
"you kenapa muka macam nampak hantu? i tahu la i ni handsome kan ? " kata Sir Asraff sambil menyambung gelaknya.
" Boss ni kuat perasan yer?" tempelak Najla
"eh kalau tak handsome tak la you tenung i lama lama tadi kan?" Kata Sir Asraff dengan gelak yang masih berbaki
"excuse me boss, saya tengok boss lama- lama bukan sebab boss handsome ye! tapi nak pastikan samaada orang atau hantu!"
sekali lagi tawa Asraff meletus.
pintu lift terbuka menandakan sudah sampai di level 2, Najla mengatur langkah keluar.
"bye sayang" seakan bermimpi siapa pula panggil aku sayang ni soal Najla di dalam hati. Pintu lift akhirnya tertutup rapat. Mimpi la kot boss panggil sayang. Najla menggeleng beberapa kali dan menganggap itu hanyalah perasaannya sahaja.
Termenung Najla memikirkan pertembungan dia bersama boss pagi tadi. Boss sememangnya seorang yang berkarisma serta mempunyai pakej yang lengkap sebagai lelaki idaman melaya. Tinggi ,handsome dan clean gosip gosip liar walaupon banyak pisau cukur cuba menempel. Bos tidak merokok tu yang di beritahu Susis kepadanya suatu masa dahulu. Najla memuji dalam diam kerana kebanyakkan lelaki zaman sekarang adalah perokok. Menyukai dalam diam atau lebih tepat lagi crush... hehehe
Jam menunjukkan pukul 12.30tengahhari,lagi setengah jam waktu lunch . Najla meletakkan pen di meja serta menggeliat kecil. Kelihatan Susis tergesa gesa berjalan kearah bilik senior executive departmentnya. Najla hanya mengikuti langkah Susis sehingga dia memasukki bilik tersebut. Najla tidak sempat untuk menegurnya kerana Susis kelihatan tengah kelam kabut. Lebih kurang 10 minit berada di bilik boss, akhirnya Susis keluar dan menuju ke meja Najla.
"lets go Najla" tanpa berhenti dan ajakkannya seperti sekali lalu.
" hah?? kemana Susis " kata Najla
"you will known soon dear" suara susis sedikit meninggi kerana dia sudah berada agak jauh dari meja Najla.
"hurry up!! i wait for you at downstairs okey?"
Najla masih lagi tidak paham. Dia menyambung kembali kerjanya .Telepon bimbitnya berdering dan tertera nama Sir Asraff. Nasib baik dia sudah menyimpan number telepon majikannya . Kalau tidak ,panggilan tersebut akan di biarkan berlalu.
Button answer di tekan.
"memang jenis tak dengar arahan ke cik Najla kita ni, Susis suruh you turun ke bawah kan?" perli Sir Asraff di talian.
"sorry boss,saya tak berapa faham untuk apa yer? maaf tanya sebab saya kena siapkan lagi sikit attachment ni," sopan.Najla menjawab.
"i lapar ni Najla.Cepat turun sekarang,kerja you tu kejap lagi sambung .I tunggu kat hall ni." arah boss
"taa..pii Sir Asraff".Najla ingin mengelak.
"no tapi-tapi.Hurry up!" talian di putuskan.
Najla berkira kira kerana banyak mata yang akan memandangnya sekejap sahaja lagi.Dia tidak mahu menjadi sebahagian dari gosip-gosip murahan di pejabat ni. Lagi pula sakit telinga bila di gelar pisau cukur. Akhirnya dia menghibernate pc serta mencapai handbegnya lalu bergegas turun. Jam menunjukkan pukul 1.15 tengahhari. Sampai sahaja di hall, tidak kelihatan Sir Asraff mahupon Susis.
Tiba tiba telepon bimbitnya berdering
"i tunggu depan office. enterence" kata Boss
"ok ." talian di putuskan dan Najla terus menghala ke enterance . Kelihatan boss sedang bersandar di keretanya sambil bercakap dengan Susis.
" finally! lets go!" kata Sir Asraff sebaik sahaja melihat kelibat Najla menghala kearahnya.
Najla kebinggungan.
Najla cuba mengatur pernafasannya. Suasana di dalam kereta sunyi tanpa suara dan radio. Sir Asraff kelihatan fokus pada pemanduannya. Susis di depan kelihatan cool dan matanya masih tertacap pada ipadnya. Najla tidak berani untuk menegur. Di biarkan sunyi sepi. Akhirnya mereka tiba di sebuah restoran buluh dan agak Najla restoran tersebut di kawasan pedalaman. Mereka berhenti dan makan di situ. Najla masih belum membuka mulut untuk bertanya namun sesekali pertanyaan bos atau susis di jawabnya sesimple yang mungkin. Benak fikirannya masih ligat berpikir. Namun dia tidak berani hendak bertanya.
Selesai makan Najla menghala ke surau restoran. Selesai menunaikan solat dia kembali ke meja makan kelihatan susis masih di situ namun kelibat boss masih tidak kelihatan.
"Susis,Sir Asraff mana?" Najla mencuit lengan Susis.
"Dia ke surau.Solat ." kata Susis tanpa memandang ke arahnya. Susis seperti sedang sibuk men"updte" sesuatu di ipadnya.
"ooo" hanya itu jawapan Najla. Dia kembali diam.
Dia membelek iphonenya sesekali. Screen iphone di scroll berulang kali.
10minit berlalu bayang bayang boss masih tidak kelihatan.
"arghh akhirnya! thanks god! " kata Susis memecah kesunyian. Kedua -dua tapak tangannya meraup kemuka.Najla hanya memerhati dalam diam.
"sorry Najla tadi i tengah cari satu file yang hilang. i ingat i dah emailkan kat boss memandangkan kejap lagi kita akan ke Raub. All the documents that we needs during meeting this evening in that file.oh god! Syukurlah dah dapat balik. Mati la i kalau file tu hilang." kata Susis dalam nada yang ceria dan gembira.Patut la suasana agak tegang tadi. Susis kelihatan sibuk. Sir Asraff kelihatan agak tertekan. Namun dia masih bingung apa fungsi dia ada di sini.
Otaknya cuba mengaitkan hubungannya dengan meeting di Raub kejap lagi.
"Susis, i kene buat apa nanti?" tanya Najla jujur.
"you takpayah buat apa apa Najla, duduk je diam diam ok. Sir Asraff yang nak you ada " jelas Susis dan susis dapat menangkap riak muka Najla yang terkejut.
"so untuk apa ya susis i kat sini? " tanya Najla masih mencari jawapan.
"I have no answer. U kena tanya boss sendiri. " jawab Susis sambil tersenyum dengan kedua dua tangannya di angkat keatas sebagai tanda tidak tahu apa apa. Kelihatan Sir Asraff menuju kearah mereka dan kedua duanya kembali diam.
tq for supporting me
Share this novel