BAB 38

Romance Series 75927

Bingkai gambar semasa hari pertunangan mereka di pegang. Nadia merengus kuat. Hatinya masih mengharapkan Faiq. Perutnya yang kempis di pandang sepi. Kalau la dia tidak mengandung masa tu, mungkin mereka sudah berkahwin.
Dia rindukan Faiq yang begitu lembut dalam menyantuni kerenahnya. Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Terpalit perasaan yang begitu kesal di dadanya. Bingkai gambar tersebut di tarik kedadanya dan akhirnya dia menangis semahunya.

******

Kelopak mata di buka perlahan. Berat kepalanya. Berpinar-pinar penglihatannya. Sesekali di angkat kepalanya memandang sekeliling. Terasa sakit di kedua belah pergelangan tangannya. Faiq berdegus kuat. Fikirannya kosong. Banyak pertanyaan yang bermain di benak fikirannya. Badannya masih terasa lemah.Pandangan mata kabur dan kesakitan yang di alami di kepala serta di pergelangan kaki dan tangan menyebabkan dia menjerit kuat.

"oiiiiiii..... tolonggggg!! tolonggggggg!!! " setelah beberapa kali menjerit meminta tolong akhirnya dia kehabisan tenaga. Tangan yang di ikat di belakang cuba di gerakkan namun gagal. Pergerakkannya terbatas. Tubuhnya lemah dan akhirnya dia mengalah. Perlahan-lahan matanya di pejam kembali dan dia terlena lagi.

*******

Pintu bilik di kuak dari luar. Kosong dan sunyi sepi. Mana Faiq ?? sepanjang dia di Sabah tidak ada khabar berita dari Faiq yang menyebabkan dia membuat keputusan untuk balik awal ke semenanjung .Dia bergegas ke airport setelah mendapat kebenaran dari Sir Asraff. Tiket flight yang sudah di book oleh company di cancel dan burn. Dia membuat tempahan tiket urgent. Untung masih ada tiket yang masih tersisa.

Lampu bilik di tekan. Masih seperti yang dia tinggalkan. Cadar seakan tidak terusik. Laju langkah Najla menuju kebilik kerja Faiq. Bilik di mana Faiq tidur sebelum ini. Lampu di buka. Sama. kosong dan kemas. Mana Faiq? balik kampungkah? kenapa telefon bimbitnya tidak aktif. Tidak berani untuk menelefon untuk mama,abah di kampung untuk menanyakan tentang Faiq. Dia membuat keputusan untuk berdiam diri sehingga pagi esok. Memandangkan esok hari sabtu,dia fikir akan bertolak ke kampung jika masih tiada khabar berita dari Faiq. Teleponnya di unlock screen. Whatsapp Faiq masih 1tick. Telefonnya rosakkah? kemana Faiq menghilang?

"abangggg.. mana abang? abang marahkan orang ke? orang ada buat salah ke? " perlahan Najla bermonolog sendirian. Sayu hatinya. Kerinduaannya terhadap Faiq memuncak bila terbayangkan kenangan-kenangan mereka yang baru tercipta. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Dia mencari punca jika perbuatannya ada menyinggung hati Faiq tanpa sedar.
Dia perlu mendapatkan rehat yang cukup memandangkan esok di akan balik ke kampung.Hatinya berharap Faiq akan ada di rumah mama kat kampung. Lock screen telefonnya di tekan. Wallpaper telefon di tenung lama.Terpampang gambar mereka berdua di atas pelamin dan Faiq sedang tersenyum manis. Akhirnya air mata Najla menitis. Setelah puas menangis akhirnya dia tertido sendiri.

******

Perjalanannya terasa panjang. Semuanya seakan ikut sama bersedih dengan apa yang sedang dia in lalui. Dia sesekali membuang pandang ke luar cermin kereta. Kehijauan pokok-pokok sedikit sebanyak membantu memberikan ketenangan.

Setibanya di perkarangan rumah,dadanya berdebar-debar. Kelihatan mama tersenyum di pintu hadapan rumahnya. Dari jauh adik sedang melambai-lambai. Kecohlah kau dik.

"Lah,kakak.. Faiq tak balik ke? ingat dia balik sekali dengan kakak? " Najla kaget. Bagaimana harus di katakan bahawa kepulangannya pada hari ini untuk mencari Faiq sedangkan Faiq tiada di sini. Jantungnya berdegup laju. Tangannya di hulur dan mama memeluknya seperti biasa. Tiada jawapan dari Najla namun dia membalas dengan sebuah senyuman yang dia sendiri tidak pasti ikhlas atau sebaliknya. Tahulah Najla bahawa Faiq tidak ada di kampung. Tapi di mana? kenapa menghilang tanpa khabar berita??
Faiq sakit kah? banyak persoalan yang berlegar-legar. Langkahnya di hayun menuju ke bilik tidur.Bagasinya di tarik dan di letakkan di bilik. Terasa kosong bilik tidurnya seakan memahami akan kekosongan di hatinya. Laju dia melangkah kebilik air. Mukanya di raup beberapa kali. Ya Allah dugaan apa pula yang mendatang? mana lagi dia harus mencari Faiq. Seorang pon kawan pejabat Faiq dia tidak simpan number telefon. Seakan menggagau di dalam gelap. Dia perlu bertindak cepat.

Kedengaran beberapa kali pintu biliknya di ketuk. Laju dia bingkas bangun dari pembaringan dan menuju ke pintu bila kedengaran suara nyaring mama memanggil namanya. Pintu bilik di tarik berkeriuk. Tersembul mama di muka pintu sambil bercekak pinggang.

"amboii, balik sini pon senyap je. Abah kakak tunggu nak makan nasi. Jom la. Perit tekak mama ni menjerit panggil dari tadi. Bukan nak menyahut". bebelan mama hanya di balasan dengan senyuman meleret.Tangan mamanya di paut dan kepalanya di letakkan di bahu mama sambil beriringan menuju ke dapur.

"mama ni makin kuat membebel la. Kakak nak rehat kejap pon tak boleh " kata Najla sambil menjuihkan bibirkan kononnya sedang merajuk.

"Mama risau kakak lapar je.Lagipon malas la dengar abah bising- bising dia cakap mama tak panggil kakak makan pula. Padahal kita ni dah panggil sampai berbuih dah mulut ni." Najla tersenyih. Dia tahu mama dan abah risaukan dirinya. Dia tiada selera untuk makan. Namun dia ceriakan riak wajahnya untuk insan-insan tersayang yang begitu mengambil berat akan dirinya.

"Dah dah. Kakak makan yer mama. Abah takkan bising-bising kat mama dah. "

Kelihatan abah sedang fokus di depan televisyen sejurus melintasi ruang tamu. Najla menuju ke sinki untuk membasuh tangan serta menghidangkan lauk serta masakkan yang sudah siap di masak oleh mama. Untung bila balik rumah mama sendiri ,rasa lapar je mama dah siap masak kat dapur.hehe.

Mama berteriak memanggil abah untuk makan bersama-sama.

"Dah turun dah tuan puteri raja? haih la.. berkurung je dalam bilik. " abah ke tempat duduk berhampiran Najla .

Terhidang beberapa menu di atas meja yang begitu menarik perhatiannya. Hilang masalah yang sedang bertandang. Seleranya yang hilang kembali menerjah. Menu ikan patin tempoyak membuka seleranya. Sambal belacan,ayam goreng berlado serta ulam-ulaman membangkitkan seleranya. Laju tangannya menyuapkan kemulut. Terpejam matanya menikmati kelazatan masakkan mama. Sememangnya tidak pernah mengecewakan.

"kakak tak balik rumah mama ke? mama tahu tak ni balik minggu ni? " Najla berkira -kira untuk menjawab pertanyaan mamanya. Dia tahu mama dapat menghidu sesuatu yang tidak kena .Namun mama masih mempercayainya.

" tak kot ma ,kakak balik sehari je ni.Pagi esok dah nak balik Kl dah.Ada hal penting ma." kata Najla sambil menyuakan nasi kemulut. Lagaknya seperti tiada apa. Dia cuba sedaya upaya.

"Faiq tak balik kenapa?"pertanyaan yang tidak di jangka itu membuatkan Najla terbatuk batuk.

" Faiq out station ma. Seminggu jugak ni ma" terasa bersalah bersarang di hati.Namun apakan daya. Dia terpaksa menipu untuk tidak merisaukan orang tuanya. Abah yang tidak berkata apa-apa seakan memberi ruang kepada Najla untuk mencari solusinya. Seperti ada yang tidak kena namun dia percaya Najla mampu mengatasinya.

*****

Kedengaran derapan kaki yang menghampirinya. Suasana yang gelap tidak berlampu menyebabkan Faiq mengerutkan dahinya. Dia pura-pura tidur lagi. Di sebalik pintu yang sedikit terbuka kedengaran suara orang sedang bersembang.
Faiq cuba mengamati.

"Dah makan ke belum? "

"Dah boss."

"kau jangan bagi dia mati pulak! " tegas suara tersebut kepada seseorang. Faiq membatukan diri. Dia cuba untuk melihat muka orang yang sedang bercakap dan memberi alasan namun gagal dek terhalang di sebalik pintu. Suasana yang gelap menambahkan lagi kesukarannya untuk mengamati muka mereka.

" hoiiiii korang siapa hah?? korang nak apa?? bagitahu aku!! " teriak Faiq kerana sudah tidak tahan di kurung sebegitu. Kedua belah tangannya yang terikat terasa amat sakit. Mereka bertopeng separuh muka. Hanya kelihatan mata sahaja. Dia hanya akan di bawak ke toilet dan di jaga dengan ketat. Faiq tiada peluang untuk meloloskan diri.

" Sapa yang upah korang hah?? sampai bila korang nak kurung aku?? aku nak balik lah! aku ada bini,ada mak ayah! korang nak apa??" laungan Faiq di biarkan sepi .Pintu bilik tersebut di hempas kuat dari luar. Terkulai Faiq dalam keletihan.

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-01-03 17:51:54 

xde update ke...lama tunggu ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience