Najla leka dengan telefon di tangan. Dia baru sahaja balik ke office dari makan tengahari. Lagi 10 minit waktu lunch habis. Nasib baik dia ABC tidak perlu berkejar ke surau pada hari ini. Sempat dia menarik nafas lega di kerusinya. Jambangan bunga ros putih menghiasi penjuru meja. Alahai sir Asraff, jangan la kerap sangat bagi bunga ,nanti saya cair tau. Kata Najla di dalam hatinya. Kad yang terselit di tarik.
"Melihatmu tersenyum buatku hilang gundah,
melihatmu berduka buatku hilang arah,
semoga yang di impi menjadi nyata,
hanya yang tersirat di balik permata."
Najla tersenyum.Hai la boss jiwangnya lahai. Pandai betul menyorokkan perasaan bila bersama. Sir Asraff nampak tenang berdepan dengannya.Itu lah yang membuatkan Najla mengaguminya. Walaupon dia telah meluahkan perasaannya, dia tidak pernah mendesak Najla untuk menerimanya. Sangat profesional dan berkarisma. Sesungguhnya Sir selayaknya dapat wanita yang lebih baik dari saya.
Telefon office di meja Najla berdering.
"yes, ooo okey susis" Najla mendapat panggilan dari Susis supaya dia ke floor atas. Tanpa baik soal ,note book dan HPnya dicapai. Setibanya di atas, kelihatan Susis dari jauh.
"Jom-jom ke bilik boss. Susis mengheret Najla dan memanggil beberapa orang staff lain ke depan bilik boss,pintu di ketuk, sehingga suara dari dalam memberi arahan masuk.
"okey Najla, Susis,Fana, and Sue have a seat. Okey macamni, 5 of us akan ke Brunei jumaat ni, dan harap semuanya boleh la ye. Setiap department dari level 2 wakilkan seorang untuk bengkel seminar budget yang bakal release. I rasa Najla okey sebab memang dia dah biasa dengan purchasing then senior exe memilih dia. Harap yang lain boleh ye? " jelas Sir Asraff.
"berapa hari boss?" tanya Sue.
"Sampai ahad tengahari. Yang dah berkeluarga don't forget to ask your husband and who those yang belum berkahwin tapi tinggal dengan parents,don't forget to ask family members permissions first. But i really really hope you guys can join this friday" kata Sir Asraff lancar.
Najla bagai terkena di batang hidung bila Sir Asraff menyuruh meminta izin suami nanti. Pucat mukanya. Terasa panas telinganya.
Mereka masing-masing pulang ke tempat setelah di breif serba sedikit. Esok akan ada lagi taklimat untuk outstation nanti.
*****
Najla turun dari tangga menuju ke dapur. Faiq tengah menonton televisyen di pandang sekilas. Hanya televisyen terbuka namun matanya tertacap pada screen telefon.
Langkah di atur ke ruang dapur, laparnya.
Faiq masih tidak sedar akan kewujudan Najla.
Najla membancuh 2mug milo panas . Lalu di bawa ke depan.
"abang,nah air" air milo di hulurkan.
"eh bila Maira turun? siap bancuh air,abang tak perasan. Sorry. " katanya sambil menghirup air milo panas perlahan lahan.
"mana abang nak perasan kalau mata macam nak terkeluar tengok telefon tu" jawab Najla memerli.
Bibir Faiq tersenyum.
"amboi... abang kerja la sayang" sambil tergelak kecil.
"arkitek ni memang sejenis bawak kerja balik rumah ke?" soal Najla membuatkan Faiq memandangnya. Telefon bimbitnya ditekan button sisi. Gelap screennya. Posisi duduknya di alih mengadap Najla di sebelahnya. Jarak mereka jauh .Selang satu tempat duduk. Faiq merapatkan kedudukan. Dia tersenyum. Pipinya di tongkatkan dengan tangan dan pandangannya terarah pada Najla yang tengah menghirup air milo panas.
"Maira maira. Emo pulak dia hari ni. Kenapa ni? nama pon kerja ,ada sesetengah tu abang tak sempat siapkan kat office.Maira okey ke hari ni?everthings is good today? "tanya Faiq.
"oh sebelum orang lupa nak bagitahu,Jumaat petang orang outstation tau ke Brunei." kata Najla.
"Ramai ke terlibat? berapa hari? " suaranya tenang.
"5 orang termasuk boss,wakil department je yang kena pergi" jawab Najla.Faiq diam. Lama juga. Mata terarah pada kaca televisyen.
"okey Maira. Jangan lama-lama nanti abang rindu" kata Faiq sambil tersengeh macam kerang busuk. Najla tidak membalas.Dia hanya fokus ke kaca televisyen sambil menyedut perlahan air milo panasnya.
Satu lagi taklimat di adakan sebelum mereka ke Brunei.Masing - masing sibuk dengan hal masing -masing. Beberapa content perlu di siapkan sebelum jumaat tengahari. Atur cara di terangkan satu persatu oleh Susis. Semuanya sudah bersedia. Cuma menunggu hari esok untuk ke sana.
Penerbangan ke Brunei lancar, mereka tiba di Brunei International Airport lebih kurang jam 6.30 petang. Segera bertolak ke hotel yang telah di booking Susis. Masing-masing kepenatan menuju kebilik. Najla di tempatkan sebilik dengan Susis. Sue di tempatkan bersama Fana. Boss sendirian.
Malam tersebut mereka tidak turun untuk dinner kerana bos telah sponsor makan malam dan di hantar kebilik. Susis bergayut di telefon manakala Najla meniarap di katil sambil matanya tertacap pada screen laptopnya. Tangannya menari -nari di keyboard laptop dengan laju.
Telefon Najla berbunyi menandakan ada whatsapp masuk.
Faiq Hanaqi
{ Dah sampai ke? Abang call tak angkat}
Alamak lupa nak bagitu. Nama Faiq di cari dan lalu button memanggil di tekan.
tutttt..tuttt.tuuttt
"assalamualaikum ? maaf sangat lupa orang nak bagitahu, orang dah sampai ni"
"waalaikumusalam.. oo okey. Takpe lah kalau dah selamat semuanya. Maira berehatlah.take care Maira. " kata Faiq
"okey .. insyaAllah. thank you. okey bye..assalamualaikum?
"waalaikumusalam". button end di tekan. Faiq menghembuskan nafas.
Fikiran Faiq tidak tenang, beberapa hari ini banyak benda yang bermain di benak fikirannya. Plan Kerja yang perlu disiap dalam masa terdekat, masalah personal,masalah macam-macam. ya rabbi. time-time macamni tolong la. Faiq mengeluh namun dia bersyukur kerana hubungan dia dengan Maira semakin okey. Dulu Maira banyak mendiamkan diri,mukanya mencuka.Sekarang mereka lebih mesra ,terbuka dan boleh di bawa bergurau. Dia bahagia. Faiq terbaring di katil Najla. Kedua tangannya di letakkan di belakang kepala dan matanya merenung syiling. Bibirnya tersenyum dan akhirnya dia tertidur.
haii semuaa .happy reading
Share this novel