BAB 2

Romance Series 75927

Sudah sebulan si kuning kesayangan Najla sihat kembali. Syukur segala rutin hariannya berjalan seperti biasa,tiada lagi terkejar kejar ke perhentian bas. Tiada lagi kena bebel dengan abah sebab lambat bersiap sedangkan abah sudah tercegat tepi kereta dengan wajah mencuka. Hehe.abah... abah...

Najla bukanlah dari keluarga yang kaya raya,cuma dia tidak pernah merasa tidak mencukupi. Najla amat bersyukur kerana dia memiliki sebuah keluarga yang sempurna serta amat menyayangi dirinya. Abah yang tegas tapi penyayang,mama yang garang tapi amat memahami anak daranya. Najla banyak berkongsi rahsia bersama mamanya. Mama sangat sportting bila bercerita berkaitan hati dan perasaan. Mungkin di sebabkan Najla merupakan satu satunya anak perempuan dalam keluarga mereka menyebabkan mama amat rapat dengannya. Mama merupakan bff Najla di rumah.

Najla masih memiliki seorang nenek sebelah mamanya. Arwah atoknya sudah meninggal lebih kurang 5 tahun lepas. Nenek tinggal bersama kakak mama iaitu makngah. Makngah memiliki 3 orang anak lelaki. Ketiga tiga anak makngah sangat rapat dengannya semasa mereka kecil. Bila masing masing menginjak usia 20 an keatas. Masing masing malu dan kurang bercakap. Jika ada kenduri kendara,mereka sekadar senyum sesama sendiri. Tiada lagi gelak tawa seperti masih kecil. Anak anak makngah sudah berjaya semuanya. Abang Faiq dah jadi arkitek di salah sebuah syarikat di bandar Kuala Lumpur, Angah Muiz pulak dah jadi seorang doktor pelatih.Tunggu masa saja nak jadi doktor terlatih. Dan akhir skali Acik. Acik atau namanya Najmi berumur sebaya dengan aku. Tapi aku tak berape pasti dia kerja apa. Tapi yang aku pasti seorang yang bekerjaya jgk la katanya. Jarang dengar mama sebut nama dia.Mungkin sebab mama kurang rapat dengan acik berbanding kedua abangnya.

*****

"kakak,mama dengan abah nak kerumah nenek petang ni, katanya ada hal yang makngah kakak nak bagitahu. Kakak nak ikut tak? " tanya mama memecah keheningan pagi.
"tapi ma, kalau kakak tak pergi pon takpe kan ma? " terasa berat hati Najla kali ni hendak ke rumah neneknya.Selalunya hari minggu sebegini dia akan habiskan masa di rumah nenek. Temankan makngah berceloteh sambil melepaskan kerinduan terhadap nendanya.
tapi di sebabkan mama kata si along Faiq balik minggu ni. Aku jadi malas nk menjejakkan kaki kerumah nenek. Faiq merupakan anak sulung makngahnya.Lama betul mereka tak bersua muka.

"jom la kak, bukan ada apa nak buat pon kan kt rumah". pujuk mama lagi.

"ok la ma..." kata Najla lemah. Najla tahu dia tak akan pernah di beri peluang untuk kata tidak.

Seperti biasa Najla bersiap ala kadar dengan mengenakan straight jeans bersama baju lengan panjang. Dia memusing musingkan badannya kekiri dan kekanan sambil membetul kan tudung di kepala. Bedak pixy di tekap kan di muka serta di elos sedikit liptint berwarna red chili dari in2it.Sedikit semburan perfume the body shop di tudung dan baju Najla. Akhirnya dia melangkah turun ke tingkat bawah.

"haaa. baru siap anak dara ni. Punya lama bersiap,kalah nak jumpa bakal suami" bebel mama.

"mama ni..kan kejap je kakak bersiap ni." muncung Najla smbil berjalan memasuki keretanya. Kali ni mama tak bawa kereta sendri memandangkan dia pergi bersama Najla.

****

Menurut apa yang aku paham. Abang Faiq nak bertunang hujung bulan ni. Untung laa dapat tunang dengan anak orang kenamaan. yela kann.abang Faiq tu pon bukan tak ada rupa..kerjaya pon boleh tahan. Lagipon dia pon dah 31 tahun memang layak sangat dah berkahwin. Sepanjang aku kt ramah nenek ,tak nampak pulak kelibat abang Faiq. eh biar je la dia..

Esok merupakan hari pertunang abang faiq. malam ni mama dengan abah sibuk di rumah nenek.Aku baru sahaja sampai dari office merebahkan badan di katil.Beg tangan di campak kan di sisi tempat aku merebahkan diri.
"penatnya hari ni.." keluh Najla di dalam hati.
terasa berat untuk melangkah ke bilik air tapi di gagahi jua memandangkan sudah hendak habis waktu solat maghrib. Najla nekad untuk ke rumah nenek memandangkan hanya dia di rumah.Along ,angah dengan adik pon di beritahu mama sudah berada di sana. Hanya dia belum menunjukkan muka dan dia risau mama membebel bila balik nanti. Setelah bersiap seringkas mungkin akhirnya dia mencapai kunci kereta dan meluncur ke rumah nenek. Meriah suasana di rumah nenek. Memandangkan adik beradik mama ade 4orang dan semuanya berkumpul dalam satu rumah. Begini la rutin keluarga besar kami bila ada majlis pertunangan atau perkahwinan. riuh rendah dengan suara mak saudara menyembang sampai ke depan rumah nenek. Setelah melaporkan diri (tunjuk muka) akhirnya aku melangkah ke depan rumah.Kelihatan beberapa orang kampung serta abah ,pakngah dan pak usu memasang khemah untuk persediaan hari esok.
Masing masing sibuk dengan tugasan yang di berikan.

Aku hanya perhatikan dari tingkap rumah nenek sambil tangan ku menongkat dagu.
"eii termenung nampak anak dara" kata abang senada .
"mak aii... abang ni la..terkejut orang tau" di hadiahkan jelingan maut kepada Faiq. Faiq tersenyum segaris.
"kakak baru balik kerja ke? sibuk betul kan.abang nak tunang pon tak sempat nak datang tolong". kata Faiq seolah2 menunggu riaksi Najla.
"ha,ah orang penat minggu ni abang Faiq. Semua kena settle minggu ni..kan dah masuk hujung bulan ni.. qoutation selagi xkeluar senior exe bising.. bingit sungguh.. sakit telinga tau" luahahn Najla mendapat perhatian si Faiq .
"biasa la tu kak, kerja xpernah habis. Tak mau penat kawin cepat.nanti dah ada orang jaga ,tak payah susah susah nak kerja dah,duduk rumah goyang kaki,bersiap cantik cantik untuk suami je. " kata si Faiq sambil matanya menatap ayahnya dan beberapa org bapa saudaranya yang sedang memasang khemah.
"orang tunggu abang kawin dulu la.. " kata Najla sambil tersengeh memandang abang Faiq.
" ek eleh abang.. mentang mentang dah nak kawin.. dia basuh pulak kita ye .Dah la ...orang nak masuk dalam tengok ada apa yang boleh di tolong tak ..layan abang ni buat sakit hati". Najla berlalu tanpa menunggu jawapan dari Faiq. Faiq tersenyum sambil menggeleng gelengkan kepala.
(Najla.... najla.. xpernah berubah) kata Faiq di dalam hati.

tq to all readers .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience