Najla bersiap ringkas di hari minggu memandangkan dia ingin keluar berjimba bersama rakan-rakannya. Jam dinding bilik di kerling. "Janji pukul 11 pagi ,ni baru pukul 9 pagi. Boleh la makan dulu kejap lagi " rungut Najla di dalam hati.
Perlahan lahan Najla melangkah menghampiri mamanya yang sedang mencuci pinggan. Kelihatan abah di ruang tamu sedang ralit menonton tv. Tak lain tak bukan siaran sukan atau ulangan tayangan bola sepak la tu. Abah berpaling ke arahnya dan Najla terus membuat isyarat jari di mulut tanda tidak membenarkan abah bersuara. Abah hanya mengangguk dan matanya kembali tertacap di kaca televisyen.
"ma maa!" jerkah Najla sambil memeluk pinggang mamanya.
"astaghfirullah anak bertuah" mama berpaling dan memukul bahu Najla. Najla mempamerkan sengehnya.
"mama, masak apa pagi ni"? tanya Najla
" haaaa iya laaa..sepatutnya mama ni ha tanya anak dara dah masak apa hari ni? ini tidak, mama jgk la kan yang pagi pagi bagun kungkang kungkang kat dapur ni" Najla menggaru bahagian kepalanya yang tidak gatal.
" ok mama nt esok kakak masak ya. Mama cakap je nak makan apa" pujuk Najla dengan suarai berlenggok.
"haa iya la tuu.... tu ada meehoon goreng tu dalam tupperware. Jangan lupa tutup balik bekas tu kakak. Adik belum makan lagi." arah mama
"ok baik ma" Najla bergerak ke sinki dan mencapai pinggan serta cawan.Meehoon goreng di sudipkan ke pinggannya serta menuang air milo yang masih lagi berasap ke cawannya.
"Ni kakak bersiap nak keluar ke kak? " sambil menarik kerusi bertentangan Najla.
"iya ma, ingat nak lepak ma hari ni, esok dah kena jadi tukang masak," gurau Najla sambil tersengeh.
"ha iya la tu.jangan balik lewat ye. Mama nak ke rumah makngah petang nanti nak pergi jenguk nenek." jelas mama
"ok baik maa.. " Najla mengangkat tangan tanda tabik hormat menandakan dia akan pulang awal petang nanti.
Meehoon goreng di kuis kuis menggunakan garfu. Mama memerhatikan gelagat anak daranya. Fikiran Najla mengimbau kembali peristiwa semasa berada di Raub minggu lalu. Dia ibarat patung hiasan berdiri tegak mengikuti setiap langkah Sir Asraff. Bila dia bertanyakan tujuannya berada di sana,Sir Asraff hanya mendiamkan diri. Senyum pon tidak. pelik!? ya memang tu la yang Najla pikirkan.
****
Dari jauh kelihatan Alia sedang melambai lambaikan tangan ke arah Najla. Dia belum terlihat kelibat dua orang lagi sahabatnya iaitu Faiz dan Naim padahal mereka berdualah yang begitu beria ria mahu melepak hari ini. Dia berjalan menuju kearah Alia.
"Pukul berapa kau sampai Alia?" tegur Najla
"Ada la kot dalam 30minit macam tu," jawab Alia sambil tangannya memanggil pelayan restoran tempat mereka duduk.
"mana lagi 2orang lelaki melayu idaman melaya kita? " seloroh Najla sambil tersengeh.
"tengah parking katanya,jap lagi sampai la tu. Apakata kau order dulu kau nak makan apa Najla," cadang si Alia.
"Ala kat rumah tadi aku dah breakfast la Alia,aku minum je la. Nanti kita makan tengahhari kan Alia,?" Najla sememangnya masih kenyang dan akhirnya dia mengoder jus tembikai cawan besar. Dari jauh kelihatan si Naim dan Faiz sedang menuju ke arah mereka berdua. Mereka berdua sedang berborak sesuatu di sepanjang perjalanan menuju ke tempat kami. Naim seorang yang sangat kelakar dan dia merupakan seorang kawan yang amat mengambil berat tentang sahabatnya yang lain. Naim sudah bertunang dengan seorang junior kami yang bernama Sakinah. Mereka bercadang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun ini.
Faiz pula seorang yang sangat rajin serta bertanggungjawab terhadap keluarganya di sebabkan oleh dia merupakan anak yang pertama. Dia masih single kerana dia tidak pernah cuba untuk menerima. Alia selalu mengusik si Faiz dengan Najla kerana menurutnya Faiz ada simpan perasaan terhadap Najla. Najla hanya tersenyum namun tidak menidak atau mengiyakan kata kata Alia. Hanya dia dan Faiz yang tahu.
.....
Imbas Kembali..
Deringan telepon berbunyi beberapa kali. Najla memandang screen telepon yang tertera nama Faiz Bff. Button answer di tekan.
"kau dah tidur ke Najla?" tanya Faiz di hujung talian ketika Najla mengangkat panggilannya.
"belum la Faiz, kenapa call aku malam malam buta ni? menceroboh hak asasi aku tau.Nasib baik belum ada laki,kalau dah ada laki mati la kalau kawan lelaki call malam-malam buta. Kan di copnya aku ada scandal " kedengaran Faiz ketawa kecil di hujung talian.
"Kau nanti akan kawin dengan aku lah,jangan risau" kata Faiz senada dan akhirnya Najla ketawa besar.
" kau buat lawak eh. Sakit perut aku gelak " kata Najla dan menyambung gelaknya
"aku serius la Najla,aku memang suka kau,tapi aku tau kau anggap aku kawan rapat kau je," suara Faiz mengendur. Suasana sunyi seketika.
"macamni Faiz,aku cukup-cukup selesa kau jadi kawan aku Faiz, dan aku bersyukur ada korang di sekeliling aku, tapi kau fahamkan,aku memang tak de hati kat kau lebih dari seorang kawan. Aku harap kau pon jangan lah layan sangat perasaan kau tu.Aku tak salahkan kau kalau kau suka aku. Kalau one day di takdirkan kau jodoh aku,aku terima tp buat masa sekarang cukup la perhubungan kita sebagai kawan ye. Aku taknak sebab perasaan kau tu tiba tiba kita jadi tak rapat. Kau faham kan maksud aku?" Panjang lebar penjelasan Najla dan akhirnya Faiz perlu terima hakikat yang dia dengan Najla tak mungkin akan bersama dengan satu ikatan yang sah.Dia perlu terima hakikat yang dia hanyalah seorang kawan di mata Najla dan akhirnya dia akur. Rahsia itu di simpan rapi hampir setahun yang lalu kerana bagi Najla dia tidak mahu perhubungan dengan Faiz terjejas. Mereka masing masing berlagak seperti tiada apa yang berlaku.Itu lebih baik dari berasa canggung dan tidak selesa.
Seharian di habiskan di panggung wayang,bowling dan karaoke bersama sama. Masing masing melepaskan tekanan di tempat kerja dengan bergembira seharian. Banyak yang mereka borakkan sehinggalah jam menunjukkan pkul 6 petang. Masa berlalu dengan pantas. Akhirnya masing masing bergerak ke parking kereta. Jantung Najla berdegup pantas. Kelihatan Sir Asraff bersama seorang perempuan dan mereka sangat mesra menuju kearah mereka. Mata Sir Asraff tajam kearah Najla namun kelakuannya nampak biasa. Dia mempamerkan senyuman kepada kami berempat. Najla kaget.
"wehh Sir Asraff weh!" Naim menyiku Faiz.Kemudian masing-masing terdiam dan akhirnya Sir Asraff berlalu melintasi mereka. Najla seperti hilang nafas saat Sir Asraff semakin menghampiri mereka sekejap tadi. Fuhhhh... Nasib baik dia tak berhenti tadi kata Najla di dalam hati.Tapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran Najla, siapa perempuan cantik di sisi Sir Asraff tadi sebab setahu Najla bos jarang mempamerkan kemesraannya bersama perempuan di tempat awam. Bab kata Susis boss akan keluar dengan orang yang dia selesa. Mungkin teman istimewa barangkali. Itu sangkaan Najla. Hatinya sedikit terusik.
Adakah dalam diam Najla menaruh hati terhadap Sir Asraff? entah la.. dia sendiri keliru dengan perasaannya sekarang ini. Enjin keretanya di start dan akhirnye mereka meninggalkan perkarangan pusat shopping kompleks tersebut.
sorry kalau penggarapan kurang utk bab ni ..
Share this novel