BAB 19

Romance Series 75927

Najla naik kebilik ketika semuanya masih rancak berborak. Dia tidak mahu berborak lama memandangkan esok dia kerja.Dia risau tidak tersedar memandangkan hari ni badannya penat sepanjang hari. Meluru dia ke bilik air untuk berwudhuk lalu menunaikan solat isyak. Perasaannya bercampur baur sejak dari tadi. Dia memikirkan bagaimana kehidupanya bersama Faiq nanti. Baru beberapa minit mereka berada sebilik Faiq dah berani melampaui batas. Padanya ini semua tak patut terjadi. Fikirannya menerawang pada Sir Asraff ,terbayang senyumannya yang menggoda,ayat-ayat cinta yang selalu di hantar melalui kad kad ucapan. Dia bahagia. Air matanya mengalir. Comforternya di tarik keparas dada. Baru sahaja menutup lampu bilik tiba -tiba pintu bilik di kuak dari luar. Najla mengecilkan matanya. Perfume Faiq mengisi ruang di dalam biliknya. Aduih mamat ni malam malam buta dia pakai minyak wangi berapa botol ni. Satu bilik tau pergi bau dia. Najla buat- buat tidur.

Kelihatan Faiq menuju ke meja solek Najla. Dia membuka jam tangan polo miliknya lalu di letakkan di atas meja. Faiq memusingkan badannya melihat Najla sudah berselimut litup. Dia tersenyum sendiri. Keluar sahaja dari bilik air terus menuju ke katil.Najla kaget. Dia menuju kerarah Najla. Punggungnya di labuhkan di sisi Najla. Najla membatu kan diri. Matanya di pejam rapat. Dalam samar -samar cahaya dari bilik air,kelihatan Faiq semakin menghampiri. Badannya terasa berbahang, penghawa dingin 16°c tidak terasa ketika itu. Faiq mendekatkan mukanya ke muka Najla. Rapat namun tidak bertemu. Segenap inci wajah isterinya di tatap dan di amati.Lama.
Akhirnya dia bangun dan merebahkan badannya di sofa di sisi katil mereka. Sofa tersebut bertentangan dengan kedudukan Najla.Tidak bernafas Najla di buatnya. Akhirnya Najla mengeliat kecil lalu memusingkan badan kearah sebelah kiri . Barulah dia boleh bernafas normal dan akhirnya terlelap dengan sendirinya.

Najla menggosok gosok matanya beberapa kali, alarm di telefon betul - betul menganggu tidurnya. Bau perfume Faiq menusuk rongga hidungnya. Uishh kuatnya bau. Telefonnya di capai,lalu screen di unlock.Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Dia menggeliat kecil. Badannya di pusing ke arah sofa di mana Faiq sedang tidur. Faiq tiada di situ. Najla menggosok- gosok matanya beberapa kali. Mana pula mamat ni menghilang? Hati Najla berbicara. Pintu bilik air di tolak kasar, Dia membersihkan diri serta berwudhuk. Solat subuh di laksanakan. Selesai Najla bersiap untuk ke tempat kerja tiba -tiba pintu bilik di kuak. Dari pantulan cermin dia melihat Faiq berjalan menuju kearahnya. Kedua bahunya di pegang dari belakang lalu kepalanya yang siap bertudung di cium. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Najla seperti di pukau. Dia hanya mampu terdiam.Belum sempat dia berkata apa-apa Faiq sudah mencapai tuala mandi danw terus kebilik air. Dari pakaiannya yang basah lencun tu ,sah dia ikut angah jogging. Hurm tapi masa Najla bangun tadi dia dah tak ada di sofa. Awal betul keluar jogging. 6.30am mungkin. Fikirnya di dalam hati.

Dia turun ke bawah lalu mencapai sekeping roti bakar dan minum seteguk dua air milo yang mama sudah sediakan. Sengaja dia makan laju laju supaya tidak terserempak dengan Faiq. Dia menonong ke pintu depan dan menyarungkan kasut kerjanya.

"sayang.. " terjenggui si Faiq di muka pintu.alaamakkk!

"nah telefon .Tertinggal atas katil." Najla tanpa sebarang suara mendapatkan telefonnya di tangan Faiq.

"Salam dulu baru abang bagi" Najla menurut memandangkan dia tidak mahu berlama-lama dengan Faiq . Lagipon mama, abah dengan abang -abangnya sedang memandang ke arah mereka. Dia terus masuk ke tempat memandu. penghawa dingin di kuatkan. Peluh menitik dia tepi dahinya. Ciss dia ambik kesempatan berkali-kali. Najla sendiri tidak mengerti kenapa dia tidak mampu menolak atau bersuara bila berdepan dengan Faiq. Fuh dia mengeluh lalu bergerak ke office.

*****

Jam di tangannya di jerling sekilas, hampir- hampir pukul 5.00pm. Yeah lagi setengah jam nak habis waktu bekerja. Najla membetulkan kedudukkannya. Mug yang sudah kehabisan air di pandang dan dia membawanya ke pantry. Ada beberapa senior exe di dalam pantry sedang berborak sambil menyuci mug masing-masing. Najla berhenti di depan bilik pantry untuk memberi laluan kepada senior-seniornya.

"eh Najla, meh la guna sebelah sini kosong " kata Zetty kepada Najla sambil jarinya menunjuk kearah sinki yang sebelah lagi. Najla mengangguk dan mula membasuh mugnya. Najla jarang bersembang dengan senior -seniornya memandangkan mereka di partition yang berbeza. Kebanyakkan mereka bergaul sesama mereka. Sesekali Najla sempat berborak memandangkan mereka berkongsi pantry yang sama.

"Datin Rohani datang tadi kenapa Zetty? "tanya kak Sarra kepada Zetty.

" Dia hantar makanan untuk anak teruna kesayangan dia " kata Zetty sambil tersenyum.

"Oh patut la jarang nampak kan Sir Asraff kat Cafe,dia selalu makan air tangan ibu dia. Haish beruntung la ada ibu yang sanggup hantar makanan". Kak Sarra membalas kata-kata Zetty

Najla yang menjadi pendengar setia cuba mencerna nama Datin Rohani. Dia pernah dengar sebelum ini. oh bermakna nasi beriani yang pernah di makan itu air tangan mama Sir Asraff. Wah beruntungnya dia. Najla membilas tangan lalu kembali ke tempatnya. Ingatannya terbang melayang kearah Sir Asraff. Whatsapp dari Sir Asraff di pandang sepi. Dua Tiga whatsapp yang tidak berbalas. Screen di tekan.

Najla Humaira
{ Assalamualaikum sir,sorry tak sempat nak balas whatsapp sir , saya ada family matters. Hope you understand}

Sir Asraff
{ Its Okey}

Aikk tu je? okey .. balas Najla di dalam hati.

tq n keep supporting me gengs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience