BAB 37

Romance Series 75927

Najla dan beberapa orang staff yang lain di beri penerangan penting setibanya di Sabah tengahari tadi. Tidak banyak penerangan yang di sampaikan namun semua perlu di beri perhatian. Najla agak ketinggalan memandangkan dia baru sahaja balik dari bercuti. Otak juga tidak berfungsi dengan waras dan memori masih tertinggal di Terengganu. Asraff yang perasan akan sikap Najla yang sedikit tidak fokus terhadap kerjanya berdehem beberapa kali.

"Najla? are you okey? You ada kat sini ke masih bercuti?" tanya Asraff sinis.

"sorry boss, i okey. Cuma masih penat"

"okey. Jangan campur urusan personal dengan kerja. "
Sir Asraff berlalu sambil tangannya di masukkan ke poket seluarnya. Gaya itu memang kena dengan imej tampan yang di bawanya. Haih la Sir ,cepat- cepat la khawin. Jangan nak memilih sangat. Kang jadi bujang terlajak pula . Kata Najla sekadar di dalam hati.
Setelah di beri taklimat mereka semua bersurai ke bilik hotel masing-masing. Najla bergerak menuju ke bilik hotel dengan langkah yang lemah gemalai. Penatnya masih belum hilang. Namun atas tuntutan kerja dia merelakan saja.

"haii, lama tak tengok you" tegur satu suara.

Langkahnya terhenti dan dia memalingkan badan ke belakang. Kelihatan sir Asraff berjalan menuju kearahnya. Senyuman di lemparkan walaupon agak kekok.

"Ya Sir, Sir sihat?" tegur Najla berbasa -basi. Mempamerkan sikap hormat akan majikannya.

"as you see. I'm okey.. And masih solo,tunggu sesuatu yang tak pasti. Bagai pungguk rindukan bulan " katanya sambil tersenyum.

"hati pon masih tak reti nak sembuh-sembuh" sambungnya lagi.

"Boss tu jual mahal kot. Saya rasa ramai je yang "try" boss. " kata Najla berseloroh menyembunyikan getar di hati. Dia kaget jika topik bertukar menjadi serius.

"i masih menunggu orang yang sama. Andai suatu hari nanti dia tak bahagia, i sedia terima dia seadanya.. " perlahan namun jelas mencapai ke cuping telinga Najla. Najla kaku. Tiada jawapan yang spesifik untuk kenyataan Sir Asraff. Akhirnya Najla putuskan untuk tidak berkata apa-apa.Mereka berlalu ke bilik dan masing-masing mendiamkan diri sepanjang perjalanan sambil melayan perasaan sendiri.

IMBAS KEMBALI

Bengis sungguh gadis di hadapanya. Apalagi yang dia tidak puashati kali ni. Tapi rasanya dia dapat mengagak apa yang mengganggu hidup gadis ini. Kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki milik gadis cantik itu mengikut rentak kaki yang di hayun. Cantik tapi sayang! perangai tak secantik fizikal. Pertemuan yang di minta oleh gadis tersebut dia turuti. Taman berhampiran tasik destinasi yang di pilih dan akhirnya mereka bersua pada petang tersebut. Gadis persis model itu mundar mandir di layar matanya. Sesekali rambut yang ikal mayang itu di kuis ke sisi telinga. Asraff berpeluk tubuh. Matanya tajam menikam Nadia.

"apa hal nak jumpa aku? Aku tak ada banyak masa nak di habiskan dengan orang macam kau " kata Asraff bersahaja.

"huhh! berlagaknya kau! kalau semuanya berjaya i'm very sure you'll thank me later " sinis kata-kata Nadia.

"Aku tak kira apa jua yang kau tengah plan. Yang pasti, jangan sesekali kau cuba nak dekati atau lukakan Najla! Kau tahu kan?!"

"ha ha ha.. (ketawa) wow wow ..i'm impressed! kesian kau, kata cinta tapi tak buat apa. Pelik tapi benar. Tak penat ke nak jaga bini orang? " Asraff memandang anak mata Nadia. Nadia ketawa besar.

"Kau nak aku buat apa sedangkan dia dah bini orang?? kau nak aku culik bini orang ke??" jerkah Asraff

"wowowo! sabar sabar..relakslah...... aku tak suruh kau culik Najla tu. Tapi aku nak kau dekati Najla balik. Aku dengar-dengar dulu dia gilakan kau sebelum dia nikah dengan Faiq. Dan aku yakin dia tak cintakan Faiq pon. Kira diorang kawin bukan atas dasar cinta. Nikah aturan keluarga." Asraff memasang telinga dan terasa berminat untuk dengar.

"kau tahu kan yang Faiq Hanaqi tu ex tunang aku? Kami tak jadi nikah on that day. Tapi Najla di paksa untuk terima Faiq menggantikan tempat aku memandangkan mereka sepupu. Majlis berjalan seperti biasa namun pengantin perempuan berubah."

"hurgh ?? so ?" Asraff terpinga-pinga seakan tidak percaya. Dia blur buat seketika.

"aku yakin kau faham maksud aku. Aku juga yakin kau tahu apa yang kau perlu buat Asraff. Kalau kau betul-betul cintakan Najla,aku rasa tak salah kau selamatkan dia dari perkahwinan yang dia sendiri tak rela. Kesian Najla terpaksa khawin dengan orang yang dia tak cinta." umpan Nadia nampaknya mengena. Asraff nampaknya semakin berminat.

"mana kau tahu Najla merana? Macammana kalau mereka sedang bercinta? mana boleh nak serkap jarang je" Nadia tersenyum.

"kau pergi la tackle Najla balik,kalau dia layan kau mungkin dia tak ada hati untuk Faiq. Lagipon dia pernah suka kau". Nadia memandang tepat kedalam anak mata Asraff dan berharap Asraff akan membantunya.

******

En Mustafa sedang membasuh kereta di halaman rumah. Sesekali agak lama dia menonyoh di kawasan tertentu yang sedikit terselit. Mungkin ada kotoran yang sukar untuk di capai dengan span membasuh kereta yang di gunakan. Pancuran air di simbah mengenai dinding kereta.

"Abang, ni ada goreng pisang ni. Dah siap nanti boleh la makan sama-sama." Mama Najla yang baru sahaja keluar membawa sepinggan pisang goreng panas. Dia bergerak kembali memasukki rumah untuk mengambil air teh panas yang sudah di bancuhnya. Waktu- waktu sebegini sememangnya mereka akan sama-sama menikmati tea time sambil berborak kosong seisi keluarga.

Langkah kaki En Mustafa menuju gabezo di tepi rumah mereka. Seluar yang di lipat paras lutut itu di turunkan kembali.

"adik mana ? tak nampak batang hidung pon hari ni? " tanya abah Najla kepada mamanya yang sedang menuang air teh panas ke dalam cawan.

"Macam biasa la bang, berkurung dalam bilik sibuk dengan games. Dah besar-besar semua bawak haluan masing-masing.Kakak pon susah nak nampak batang hidung sekarang" mama meluahkan rasa rindunya .

Abah meluruskan duduk. Wajah mama di pandang dan akhirnya dia tersenyum manis.

"cuba la bagi ruang kakak tu berdua-duaan dengan Faiq. Nanti tak sunyi la awak. "abah tersenyum penuh makna.

"maksud abang? aii la abang pon..pening saya di buatnya." mama menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sekeping goreng pisang di suakan ke mulut dengan hati-hati memandangkan goreng pisang masih lagi panas .

"ye laa, bagi la diorang tu bulan madu dulu. Lepas kita jugak yang happy dapat cucu. Meriah sikit rumah ni. Dah lama tak ada budak kecik.kat rumah ni". Mama tersedak.

"ooo.. lupa saya bang.. betul juga tu kan. " mood mama tiba-tiba sahaja berubah menjadi ceria.

Namun dia murung kembali. Abah yang menyedarinya menyuit tangan mama dan mengangkat kedua belah keningnya.

"abang, awak rasa anak kita tu bahagia ke sekarang? kadang-kadang saya terfikir betul ke bang tindakkan kita ni? Kesian kakak kan kena terima cadangan dan rancangan kita". Mama mengeluh dan separuh goreng pisang yang sudah di gigit di letak kembali di dalam pinggan. Sayu hatinya.

"Tak payah la awak risau.Faiq tu bukan kita tak kenal. Dari kecik sampai besar depan mata kita. InsyaAllah Faiq suami yang baik untuk kakak" tangan mama di genggam.

"Saya yakin bang dengan Faiq. Saya risaukan anak kita je. Mana tahu dia tak jalankan tugas dia sebagai seorang isteri dengan baik. Bukan abang tak kenal si kakak tu, dia ada kepala angin dia sendiri. Lagipon bang, diorang nikah pon tanpa cinta kan? "

Berjeda

"Sesekali kan bang,saya rasa kita kena pergi jenggah rumah diorang". Abah tersenyum dan mengangguk. Abah tahu hati ibu mana tak risaukan tentang kebahagian anak yang di sayangi. Abah tidak banyak menolak cadangan mama bila berkaitan dengan hal anak -anak. Abah yakin setiap ibu menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. Semua di serahkan bulat-bulat untuk mama dalam membuat keputusan.

******

Najla balik kebilik dalam keadaan badannya yang keletihan. Seharian dia tidak menghiraukan telefon bimbitnya. Dari dalam dewan sehingga tiba di bilik telefon bimbitnya masih di off. Mesti banyak panggilan masuk atau whatsapp dari Faiq. Laju-laju dia menekan button start dan telefon bimbitnya menyala. Tidak lama selepas itu bersusun notification yang masuk dan Najla membiarkan semuanya selesai. Dia mencapai towel dan menuju ke bilik mandi. Dia perlu membersihkan diri bagi mengembalikan semula kesegaran.

Setelah beberapa ketika, Pintu bilik air di kuak dan dia melangkah keluar dengan badan yang sudah tersarung bathrobe dan towel yang berwarna putih di pusingkan di kepala. Mukanya di lap beberapa kali. Kakinya laju melangkah ke katil bagi mendapatkan telefon bimbit. Whatsapp dari Faiq Hanaqi di cari namun tiada. Tiada panggilan telefon mahupon Whatsapp dari Faiq Hanaqi padahal mereka tidak berhubung selama seharian. Yang ada hanyalah beberapa panggilan telefon dari number office dan juga number telefon yang tidak di kenali . Najla merasa hairan. Lantas nama Faiq Hanaqi di contact di cari dan di dial. Kedengaran deringan di hujung talian namun tiada jawapan. Beberapa kali number telefon Faiq di dail. Namun masih sama. Najla mundar mandir di biliknya. Barangkali Faiq memarahinya kerana tidak on telefon seharian. Laju tangannya menekan screen di telefon.

Najla Humaira
{Assalamualaikum abang, Sorry sangat orang tak sempat nak bagitahu abang hari ni whole day orang tak on telefon. Orang tahu abang risau. Maaf sangat ye. Abang call orang bila abang dah tak marah orang }

Satu pesanan whatsapp di hantar ke telefon bimbit Faiq. Najla yang keletihan membentangkan tangan di katil dan pandangannya merenung syiling. Suhu bilik yang sejuk menyebabkan dia mengkerikuk di atas katil bersaiz queen itu. Perlahan- lahan comforter berwarna coklat cair itu di tarik ke paras dada. Sayu hatinya bila orang yang di rindui seolah-olah tidak menghiraukannya. Perlahan-lahan mata di pejam dan akhirnya dia terlena dalam keletihan.

"

update story

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience