Majlis pernikahan Najla Humaira dan Faiq Hanaqi berlangsung secara sederhana. Hanya saudara mara serta jiran terdekat sahaja yang di jemput. Tiada paluan kompang ,bridemaid dan sebagainya. Hanya satu khemah besar yang di pasang di depan rumah. Terpancar keceriaan di wajah- wajah yang di sayanginya. Faiq kelihatan begitu tampan berbaju melayu berwarna purple lembut.Kulitnya yang cerah dan badannya tinggi tegap menambahkan lagi ketampanannya. Selesai upacara akad nikah tadi ,dia tidak lagi melihat Faiq ,mungkin tengah sibuk melayan kawan-kawan kerjanya yang datang dari jauh.
Baguslah, tidak lah dia janggal untuk berdepan dengan Faiq buat masa sekarang. Sempatlah dia persiapkan mental dan fizikal untuk berbincang dengan Faiq nanti. Perutnya terasa pedih, masih berbaju pengantin,dia turun ke tapak khemah. Najla menyarungkan selipar yang terdapat di anjung rumah. Entah selipar siapa lah yang jadi mangsa. Pinggan di ambil,satu persatu nasi dan lauk di cebuk ke pinggannya. Mengambil tempat di kerusi kosong di sebuah meja bulat dan dia makan tanpa memperdulikan mata-mata yang sedang memerhatikannya. Kerusi di tempat duduk sebelah di tarik. Eh macam kenal je.
" Makan sorang tak ajak abang pon" kata Faiq sambil memaniskan senyumannya.Dia tahu Najla kekok. Tapi dia kena berlagak biasa di depan kawan-kawan serta jiran-jirannya.
"kawan abang nak jumpa sayang kejap lagi. Makan la dulu.Nanti ke sana ya " sambil tangannya menunjukkan kearah sekelompok lelaki dan wanita tengah berborak.
Najla tersedak mendengar Faiq memanggilnya sayang. Cepat - cepat di capai gelas air lalu di teguknya. Perlahan-lahan dia menggangguk. Faiq menggosok -gosok belakang Najla namun laju Najla memandang Faiq memberi isyarat supaya berhenti berbuat demikian.Faiq menurut dan dia
kembali tempat kawan-kawannya yang sedang riuh menyembang .
Seleranya mati, dia bangun dan membasuh tangannya. Mulutnya di lap dengan tisu. Dia teragak agak hendak ke tempat Faiq. Namun dia terpaksa juga tunjuk muka. Akhirnya dia melangkah lemah ke arah Faiq. Senyuman manis di bibir Faiq sangat menjengkelkan bagi Najla. Dia menghampiri sekumpulan orang yang umur seakan sebaya dengannya. Faiq menghulurkan tangan .Najla teragak-agak namun dia sambut juga akhirnya memandangkan semua mata terarah kepadanya.
" korang ni aku kenalkan Najla Humaira ,my wife" Kata Faiq kepada kawan -kawannya.
" Hai Najla, Tahniah.Selamat pengantin baru." kebanyakkan kawan Faiq yang menyalaminya memberikan ucapan yang sama.
"thank you semua" balas Najla sambil tersenyum.
"tak ade can dah la Azie nak mengurat kau Faiq." kata salah seorang kawan lelaki Faiq.Sambil tergelak Faiq menggeleng-gelengkan kepalanya.
"apa benda la korang ni.Azie tu bos kita korang jangan la main-main" kata Faiq sambil tergelak. Tangannya masih menggenggam erat tangan Najla. Najla hanya menjadi pemdengar setia dan sesekali dia turut tersenyum. Berpeluh peluh tapak tangannya dan akhirnya dia menarik kasar tangannya.
"excuse me ,saya masuk dalam dulu ya" dia memandang Faiq supaya membelanya.
"okey sayang" sambil memandang kearah Najla.Najla sedikit tunduk ke arah kawan- kawan perempuan Faiq dan berlalu pergi. Laju dia menuju ke biliknya. Pintu bilik di tutup rapat lalu badannya menyandar di situ. Tangannya di genggam. Sejuk dan berpeluh. Tangannya di tekapkan kedadanya. Aduhai la...
Telepon bimbitnya dia capai,terdapat 2missedcall dari Sir Asraff dan 1 whatsapp yang belum di baca.
Sir Asraff
{hai .. senyap je. Kemana you? call tak berangkat}
Najla tidak membalas whatsapp dari Sir Asraff. Teleponnya di silent dan di masukkan ke dalam laci. Tuala mandi di capai lalu dia menuju ke bilik mandi. Dia membersihkan makeup tebal dan juga dirinya .Terasa nyaman sekali. Air di biarkan menimpa kepalanya. Tiba-tiba ingatannya terarah pada Sir Asraf,hatinya pedih. Kini dia sudah bergelar isteri orang. Bagaimana hendak berhadapan dengan Sir Asraff esok? ya! Najla tidak memohon cuti kahwin kerana dia tidak mahu sesiapa mengesyakinya .Majlis di langsungkan pada hari minggu. Dia akhirnya tenang setelah menghemburkan segala kekecewaannya di bawah pancuran air di bilik mandi. Pintu bilik mandi di kuak,dia keluar berkemban dan tuala di lilitkan di kepalanya seperti kebiasaannya. Siap mengeringkan rambut,dia mencapai pakaian dalam dan menyarungkan satu persatu.Baju t-shirt warna baby blue lengan panjang menjadi pilihannya serta berseluar slack berwarna gelap melengkapkan lagi penampilannya. Tudung bawal di sarungkan ke kepala. Tudung di pinkan di bahagian depan bagi menutup bahagian dadanya. Sesimple yang mungkin. Sapuan nipis bedak compact dan juga liptint di bibirnya.Akhirnya dia melangkah keluar ke ruang tamu. Faiq masih di ruang tamu berborak bersama ahli keluarga yang lain. Mata terarah padanya.
" ya Allah anak bertuah ni tinggalkan suami kat depan ni sorang- sorang,dah la pintu bilik berkunci, Faiq nak mandi tak boleh. Lencun dah berbaju ni dari tadi." Kata mama sambil bercekak pinggang. Faiq hanya tersengeh.
" Tengok tu bang,dia dah siap wangi - wangi tapi suami di tinggalnya sorang sorang kt depan ni" sambung mama.Najla dah agak mama kan membebel panjang.Najla? buat apa lagi.Buat -buat tak dengar la. hehe.
"mama ,kakak lapar la.. jom makan." sengaja mengalihkan topik sebelum mama membebel lagi panjang. Tangan mamanya di paut dan kepalandi lentokkan ke bahu mama.
"ma, abah Faiq naik mandi dulu ye.Melekit dah ni" kata Faiq mengibas - ngibas baju di dadanya.
"ha pergi la Faiq naik mandi solat,lepas tu turun makan nasi yer" kata mama,sayang betul mama kat menantu barunya . Najla mencebik tanpa sedar.Mama mencubit bahu anaknya. Selepas Faiq hilang dari pandangan mama mula membebel. Kakinya melangkah ke dapur untuk menyiapkan makan malam keluarganya. Najla membontotinya untuk membantu seperti biasa.
"kamu kenapa kakak buat Faiq macamtu? jangan la tunjuk sangat kalaupon masih tak boleh terima Faiq tu. Kesian la mama ni." kata mama berwajah keruh.
"kakak lupa kakak dah ada suami". mata mama mencerlung memandang Najla.
" kakak jangan macam-macam kakak,jangan nak malukan mama. Hah dah ni berselubung bagai ni kenapa? tak ada orang yang bukan mahram pon dalam rumah ni. " jerkah mama sambil di belek belek tudung Najla.
" ala maa,kakak belum biasa la. Bagi la kakak masa slow slow yer ma, jangan marah-marah ye ma,nanti cepat T.U.A " kata Najla sambil menyebut satu persatu perkataan tersebut.
Setelah siap berhidang di meja, semua berada di kerusi masing - masing,Faiq masih belum kelihatan.
"kak,pergi panggil Faiq, kan terlelap dia kat bilik tu" abah memberi arahan,nampknya tak ada chance untuk Najla menolak atau berdalih kalau abah yang bagi arahan.Dia pergi juga walaupon kaki terasa berat menaiki tangga. Pintu biliknya di kuak seluasnya. Kelihatan Faiq tengah lena di atas katilnya. Masih berkain pelikat. Baru lepas solat kot agak Najla.
Najla berdiri di hujung kaki Faiq.
"abang! abang Faiq! bangun lah. Mama abah panggil makan" Faiq membuka mata.Dia menggeliat kecil. Kaki di turunkan dari katil.
"Sayang dah makan ke? " tanya Faiq sambil menggosok matanya.
" sayang? " Najla gelak "Abang Faiq,for your information, kat sini kita dua je,so tak payah kot bersayang sayang, janggal la kakak " kata Najla berterus terang. Najla berpeluk tubuh memandang Faiq. Faiq berdiri lalu ke berjalan ke arah Najla. Najla masih kaku di situ . Faiq semakin mara ke depan dan Najla makin mengundur kebelakang sehingga belakangnya terlanggar dinding. Langgah kakinya terkunci.
Kedua tangan di tekap di dinding, muka mereka hampir bertemu. Jantung Najla berdengup kencang.
"salah ke abang nak panggil isteri abang sayang?" Faiq berbisik ke telinga Najla. Mata Najla terpejam. Dadanya berdetak laju. Dia hanya di paras bahu Faiq menyebabkan Faiq teepaksa menunduk sedikit untuk menyamakan kedudukan.
"kakak! Abang Faiq jom makan! opsss!!!!!! maaf ganggu! " kata adik sambil menutup mulutnya.
Najla terlupa pintu biliknya di buka luas. Pantas adik berlari turun kebawah. Faiq sempat mencium dahi Najla dan melepaskan tangannya dari dinding. Najla laju turun kebawah.Dia terkejut dengan tindakkan berani Faiq terhadap dirinya. Faiq menukar seluar lalu turun untuk makan malam.
Suasana di meja makan riuh namun Najla hanya mendiamkan diri. Dia sakit hati melihat Faiq begitu bahagia sehingga senyuman tidak lekang dari bibirnya. Giginya yang tersusun rapi cantik terserlah. Mama ,abah,along dengan angah asyik mengusik dia dengan Faiq,ni tidak lain tidak bukan adik la ni bawa mulut.Adoi malunya.. mana nak letak muka ni ?? Apalah yang mama abah fikir nanti.
" kakak tu ma dalam taknak pon..." kata Angah
"heii angah... shut up la ngah." marah Najla. Muka Najla memerah.Dia menjeling kearah Faiq yang tersenyum seperti tiada perasaan.
"Faiq,good luck la ye dengan adik manja kami ni. kene tahan mental dan fizikal sikit" kata along.
"along pon sama je " marah Najla. Dia tunduk memandang pinggan nasi.Di kuis- kuisnya nasi . Hilang seleranya.
Selesai makan mereka berborak di sofa depan televisyen.
Najla membelek-belek telepon bimbitnya. Gamba- gambar nikahnya di hantar ke group family. Dan Along menambah Faiq ke dalam group keluarga En Mustafa. Faiq pon sedang menekan nekan teleponnya. Masing masing melayan perasaan setelah kenyang.
" Faiq cuti berapa hari? " tanya abah memecah kesunyian.
"3hari je bah. " jawab Faiq lalu di lock screen telefonnya untuk fokus pada pertanyaan abah.
"kakak?" mata abah beralih kearah kakak.
"esok kakak kerja bah" jawab Najla sambil matanya masih di screen telefon.
"Eh kenapa tak ambil cuti kakak?" tanya mama
" banyak kerja kakak nak kena settle by this week. Mama bukan tak tahu kakak kan kejar dateline. Lagi-lagi hujung bulan".
Faiq hanya mendengar tanpa menyampuk.
happy reading gengs
Share this novel