BAB 28

Romance Series 75927

Muzik rancak memenuhi ruang kamarnya. Hatinya tidak tenang. Dia kehulu kehilir sambil bercekak pinggang. Telefon bimbitnya di capai.

"Hello? so macamana sekarang? Ada apa-apa info tak?" tanya Nadia dengan suara yang sedikit tertekan.

"okey, aku nak kau mulakan step pertama. Pasal tu kau jangan lah risau! tahu la aku handle.Kau buat je macam yang kita dah bincang." sambung
Nadia. Seterusnya talian di matikan. Nadia ketawa senang. Badannya di hempaskan ke dada katil. Tangannya di depa.

"semua nak main api.. jangan ingat aku tak berani." Nadia bermonolog sendirian.

******

Najla melangkah dari parkir kereta. Dia terlewat tiba di office hari ini, dan semestinya akan ramai staff yang berkejaran untuk memastikan mereka tidak terlewat. Di enterance office kelihatan orang berpusu - pusu memasuki ruang tersebut dan berkejar ke lift. Bersusun di depan lift dan akhirnya Najla mengalah dan mengatur langkah ke escalator. Langkah di atur satu persatu. Udara segar di hirup . Terasa nyaman memandangkan dia bercuti lama iaitu selama 4hari. Najla menuju ke meja miliknya. Senyuman manis di hulurkan kepada rakan sedepartmentnya. Kelihatan Susis dengan bercakap dengan ketua departmentnya. Najla memanjangkan leher. Aishh busy body betul kan? bukan apa, Susis jarang turun kebawah kalau tidak ada hal yang penting .
Akhirnya Najla membiarkan Susis di situ dan dia beralih ke screen komputernya baru sahaja di tekan button on. Dalam kesibukkannya ,tiba Susis berdiri di depan mejanya.

"Najla,busy ke? " tanya Susis sambil tersenyum.Tangan Najla berhenti dari menekan keyboard komputer. Matanya terarah pada Susis.

"Boleh la tahan Susis,macam biasa pulak ,kita kan sentiasa busy.." kata Najla sambil gelak kecil. Susis tersenyum dan mengangguk beberapa kali.

"Najla, tengahari nanti,boss nak jumpa you" Susis sudah menggagak,Najla tidak beriak.Dia sangat bersahaja.

"oo ada apa ye Susis? " tanya Najla inginkan jawapan dari Susis.

"i tak tahu la Najla, cuba you text dia tanya. Tak berani i nak tanya banyak tadi memandangkan i tengok mood dia tak berapa betul hari ni" Najla memandang Susis. Jarang boss nak moody.

"seriously? takut pulak i you cakap macam ni.Tak apa Susis,i cuba text dia nanti ya.,tak pon i jumpa je la dia terus. chop! i je ke? you??" tanya Najla dalam perasaan yang ragu -ragu.

" tak pulak di mention orang lain selain you. I think only you" kata Susis sambil tersenyum dan dia berlalu untuk kembali ke tingkat atas.

"uishhh ni lagi seram ni Sis." kata Najla seorang diri memandangkan Susis sudah berlalu.
Screen komputer kembali ditatap.

******

"hai Sir, " kata Najla setelah memasuki ruang boss besarnya setelah pintu di buka oleh Susis . Dia bergegas ke floor atas bila menerima whatsapp dari Susis yang memintanya ke bilik bos. Bos yang sedang membelakanginya memusingkan kerusi. Ai lama betul tak dapat menatap wajah jejaka handsome ni. Berkata Najla di dalam hati. Sejak kejadiaan di Brunei, mereka sudah mulai renggang dan jarang bertembung semasa di pejabat.

"Hai Najla,have a seat." terkial-kial Najla melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan bosnya.

"Susis kata ada perkara yang Sir Asraff nak bincangkan.Apa dia yer?" tanya Najla berbasa- basi. Dia berasa kekok bila berlagak formal.di depan Sir Asraff sedangkan sebelum ini mereka semakin rapat. Wajah serious Sir Asraff di tenung. Mereta bertentang mata. Hai la hati,tolong la jaga standard kau.
Hai la jantung, tolong lah bagi kerjasama.
Najla di tenung lama.

"betul ke you kahwin dengan lelaki tu bukan atas dasar cinta? " tanya Sir Asraff memecah kesunyian. Najla tersentak. Dia terkejut dengan pertanyaan yang di lemparkan.

"apa yang boss merepek ni? " Najla berpura- pura tidak mengerti akan soalan yang di ajukan.

"you tak faham atau you buat- buat tak faham Najla? Kalau betul tak cinta kenapa kahwin? you tahu kan i sukakan you ? " suara Sir Asraff sedikit meninggi.

"boss, kita dekat office. Kalau tak ada perkara yang urgent dan tidak melibatkan hal berkaitan kerja saya keluar dulu." kata Najla sambil mengangkat punggung dari tempat duduknya.

"wait! i'm not done yet Najla Humaira!" tegas suara Asraff.

"macam ni la boss, boss tak duduk kat tempat saya, so boss tak kan faham! boss please la.. isu ni tak sesuai untuk di bincangkan. Saya dah jadi wife orang. Dan saya perlu cuba untuk menyintai suami saya walaupon benar seperti yang boss kata tadi. Saya kena terima dengan redha.Dia jodoh saya." lirih suara Najla.

"Najla, i still love you. Seksa i bila hubungan kita jadi macam ni. Hati i sakit bila i tahu you dah berkahwin. Tapi i dah redha,i bukan pilihan you. Mungkin sebelum ni i bertepuk sebelah tangan. Tapi baru i tahu you kahwin bukan atas dasar cinta. So tak salah kan i pertahankan kembali cinta i?? Najla, i tahu you pon cintakan i." duga Sir Asraff bila melihat riaksi Najla yang hanya membatukan diri. Pandang mata Najla yang semakin kabur terarah ke lantai office. Air matanya bertakung di kelopak mata.

"Boss........semuanya dah berubah boss, tak kira apa perasaan saya pada boss, tak betul bila saya sebagai isteri orang menyintai dan menyayangi lelaki lain selain suami sendiri." Najla cuba menahan gelora hatinya.
Asraff berdiri dan dia bergerak ke ke arah Najla yang masih kaku di situ. Bahu Najla di pusingkan. Najla menepis.

" you berhak bahagia dan dapatkan cinta yang you nak! bukan korbankan diri dan perasaan you macam ni! Kenapa naif sangat Najla? i masih tunggu you!" Asraff mencari mata milik Najla.

"Sir Asraff, Sir tak de hak nak sebut pasal hak. So please jangan masuk campur urusan pribadi saya.! sir tak ada hak untuk mempersoalkan semua perkara yang dah terjadi, tentang perasaan saya ataupon perasaan boss, i think ,better boss cari la orang lain. Jangan tunggu saya.Maaf boss ,saya keluar dulu. " Najla menyeka air mata yang mengalir jau.Langkah besar di hayun . Najla menuju ke toilet.Di situ dia melepaskan segala yang terbuku di hati. Dia menangis semahunya.
Maafkan saya boss, saya isteri orang.

terhilang plak bab ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience