BAB 29

Romance Series 75927

{by,baby miss you}

Sepotong ayat itu di tenung lama. Kenapa baru sekarang kau muncul setelah kau tinggalkan aku dulu. Faiq berdegus kuat. Whatsapp dari number yang tidak di kenalinya itu di tenung sepi. Hatinya berkeceramuk . Mengapa tidak dulu?? Ketika cinta ni masih segar buatmu.
Faiq seakan benci dengan perasaannya sendiri yang sedikit tergugat dengan kemunculan kembali Nadia.

Najla yang sedang nyenyak tidur di pandang. Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang sebetulnya.
Tenang dan damai bila merenung wajah polos yang sedang di ulik mimpi. Faiq tak pernah menyesal dalam meraih cinta isterinya. Najla semakin menerimanya. Walaupon dia masih lagi dingin ,sedingin ais batu.

Sejak kejadian pagi tersebut, Najla cukup berjaga-jaga dalam berpakaian, dia selalu mengenakan pakaian yang longgar dan berlapis -lapis bila berada di rumah. Dia bimbang cara pemakaiannya membangkitkan keinginan Faiq terhadapnya. Dia serik bila di lakukan seperti pelacur. Padanya cukup lah hanya sekali dia di lakukan seperti itu. Di paksa menunaikan hak dalam keterpaksaan.

******

Nadia berdengus kuat bila whatsapp yang di hantar hanya meninggalkan blue tick. Bantal di kamar tidur di tumbuk sekuat hatinya. Faiq! tak mungkin kau pon dah melupakan aku. Aku yakin kau masih cintakan aku.!

"kau sombong ye Faiq sekarang??! okey, kita tengok! aku takkan mengalah !" kata Nadia berang.

Ding Dong!

Siapa pula yang datang ni? gerutu Nadia di dalam hati. Langkah di atur ke pintu utama Condonya.Pintu di buka.Klikkk..

"Hye honey,. " tegur seorang lelaki yang begitu tampan berbaju kasual. Nadia mengeluh. Pintu condo di buka seluasnya. Dan dia menyandarkan badannya sambil berpeluk tubuh di pintu yang sedang ternganga.

"yesss Hafeezz? ada apa cari i malam-malam ni?" tanya Nadia acuh tak acuh.

" i miss you honey.. " langkah di atur mendekati Nadia namun Nadia memberi isyarat tangan "STOP" supaya dia berhenti di situ.

"i penat la Feez, better you balik. I tak nak gaduh dengan you" bentak Nadia

"Salah ke i nak jumpa you? Kenapa sekarang you asyik mengelak je? dah benci i ke ? " tanya Hafeez bertalu- talu. Nadia hanya membatukan diri.

"Feez, i takde mood feez, You tahu kan i tak berapa sihat sejak kebelakangan ni?" soal Nadia.

"Dah makan? you okey tak hari ni?"Hafeez begitu ambil berat. Kadang kala perbuatan Hafeez membuatkan Nadia rimas.

"how about our baby?" terbutang biji mata Nadia . Mana pulak mamat ni tahu? soal Nadia didalam hati.

"apa yang you merepek ni Feez.. mengigau ke? ke you demam?" Nadia merasa dahi Hafeez. Pantas tangan Nadia,Hafeez raih.

"you jangan ingat i tak tahu, you mengandung kan? anak kita kan? please honey.. kita nikah?"pujuk Hafeez. Nadia merupakan perempuan yang berjaya menawan hatinya. Hafeez seorang engineer manager di sebuah company pembuatan kereta di Malaysia. Seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang cukup sempurna .Kacak. Berbadan tinggi ,berkulit sawo matang,berhidung mancung, bermata galak.Persis seorang model dari timur tengah. Mungkin di sebabkan dia berdarah kacukkan yang menyebabkan dia begitu tampan. Menjadi buruan wanita di luar sana namun hatinya terpaut dengan seorang wanita yang bernama Nadia Shuhada. Sukar dan Agresif.Itu yang dapat di describe tentang Nadia oleh Hafeez. Makin di kejar makin jauh. Sikap Nadia yang tidak mahu di kongkong dan tidak mahu berkomitmen menyebabkan Hafeez sentiasa mencari idea untuk mengikat Nadia . Nadia berjaya dia hamilkan dengan itu dia berharap mereka akan cepat berkahwin. Hafeez sedar dia sekadar tempat persinggahan pada Nadia. Dia hanyalah tempat Nadia melepaskan segala kedukaan. Dia tahu Nadia mengejar cinta lain. Bukan cintanya.

Nadia masih kaku di situ. Dia seolah-olah tidak bernyawa. Ujian kehamilan yang di lakukan minggu lalu mendapati dia hamil 5weeks ++. Alat uji kehamilan itu dia campakkan ke lantai. Dia tidak boleh menerima semua ini. Dalam keadaan dia masih mengejar cinta yang tak pasti. Bala lain pula yang muncul.

"Feez ,better you balik Feez.Please! " Nadia menolak Hafeez keluar dan pintu condonya di lock. Kedengaran loceng di tekan beberapa kali namun dia tidak mengendahkannya. Dia menuju ke katil.Badan di rebahkan .Perutnya di ramas kuat dan akhirnya dia terlelap.

*****

Najla melangkah kedapur bila perutnya mula berkeroncong. Perutnya yang memulas-mulas di ramas dan di tekan. Jangan la gastrik datang malam- malam buta ni. Jam dinding di kerling. Jarum menunjukkan pukul 11.30 malam. Hai la perut kau buat hal ye. Ni semua gara- gara Sir Asraff. hilang selera Najla untuk makan tengahari. Akhirnya dia skip waktu makan. Nasib baik la di dalam tas tangannya terdapat roti gardenia inti jagung. Sempat juga dia alas perut tadi. Rimas betul bila di desak -desak. Di sini paksa, di sana desak. Dalam tak sedar Najla menitiskan air mata namun lantas di sapu dengan belakang tapak tangannya. Dia menghala ke peti.Mencari makanan untuk di makan. Tak ada apa- apa. Di atas meja makan cuma ada roti kosong tapi dalam keadaan sekarang dia yakin perutnya tak mungkin akan berkompromi kalau lagi sekali dia makan roti. Periuk nasi di capai. Dia nekad untuk masak bubur nasi. Itu sahaja makanan yang selamat bila gastrik menyerang. Sementara menunggu bubur nasi mengering. Najla duduk di meja makan muka di tundukkan ke meja berlapikkan tangan kanannya. Tangan kirinya meramas- ramas perutnya. Perit di ulu hati semakin terasa. Peluh di dahi menitik berkeringat. Lamanya nak masak. Gerutu Najla di dalam hati.

"buat apa ni? " tegur satu suara. Siapa lagi dalam rumah ni selain dia dan Faiq. Sudah tentunya dia.

"masak" balas Najla ringkas. Malas untuk berbahasa dalam keadaan dirinya di serang gastrik.

"Kenapa muka pucat? sakit perut ke? " tanya Faiq seakan panik bila Najla mengangkat mukanya.

"Orang dah masak bubur, kejap lagi masak" kata Najla. Faiq mencapai mug dan membancuh secawan susu untuk Najla. Bubur nasi Najla yang baru siap di masak terpaksa di sejukkan sebentar. Perlahan-lahan Najla menyuapkan bubur ayam ke dalam mulutnya setelah beberapa kali meniupnya.

"auww!! " Najla dengan laju mencapai mug lalu meneguk susu yang di bancuh Faiq. Tangannya di kipas-kipaskan ke lidahnya. Faiq menjadi pemerhati setia.

"panasnya.. aduii time orang tengah gastrik la lambat pulak bubur ni nak sejuk"bebel Najla sendirian. Faiq mencapai mangkuk bubur nasi Najla dan meniup beberapa kali. Bubur di sudukan dan di sua ke mulut Najla setelah dia merasakan bubur tersebut semakin suam.
Teragak-agak Najla membuka mulut namun di sebabkan perutnya sedang memulas,dia akur . Terasa nyaman sedikit. Namun Najla hanya berjaya makan 6-7 suap bubur sahaja. Perutnya sudah merasa penuh.

"Maira tak makan ke tengahhari tadi? kenapa sampai kena serang gastrik" muka Faiq serious. Wajah polos Najla di tatap sedalamnya.

"banyak kerja tadi,tak sempat keluar lunch" bohong Najla.

"Lain kali sesibuk mana sekali pon, makan tetap kena makan! faham? bahaya kalau perut tu tak tahan tapi still jugak berdegil. Kalau Maira sakit,abang jugak yang susah." Dalam sungguh ayat yang di lontarkan dan Najla hanya membatukan diri. Tiada daya untuk bergaduh dan bertikam lidah dengan Faiq malam ni.

"okey" balas Najla pendek.

"esok mc, jangan nak pergi kerja.Abang bawak pergi klinik". tegas Faiq.

"tapi orang dah okey lah! "dia masih cuba berdalih. Dia merasakan perutnya semakin okey. Tidak lagi memulas. Namun masih terasa menyucuk dia hulu hati cuma tidak seteruk tadi.

"jangan degil boleh tak? kenapa? banyak sangat pke kerja kat office tu sampai takut nak Mc? ke ada apa kat office tu sampai sayang sangat tak boleh nak berenggang." bersahaja Faiq menuturkannya. Getaran di tahan.

"bukan macamtu,orang dah okey! serious! " Najla cuma menyakinkan Faiq.

"okey ke,tak okey ke,tetap mc esok! tolong la dengar cakap suami sekali sekala, tak susah pon. Pergi klinik je.Esok abang temankan" akhirnya Najla mendiamkan diri. Dia tahu ,dia takkan pernah menang dengan Faiq. Najla menghantar email dan memberitahu senior exe yang dia Mc esok.

Seperti yang telah di janjikan,Faiq menemani Najla ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Najla mendapat MC sehari ,ubat gastrik dan angin. Dia di sarankan oleh doktor supaya tidak melewatkan waktu makan, tidak boleh makan makanan pedas dalam masa terdekat. Faiq mendengar arahan dari doc dan mengangguk beberapa kali.

"Maira nak makan apa ? nak beli ke atau nak abang masak?" Tanya Faiq sambil stereng kereta di genggam. Pandangannya terarah ke hadapan.

"mana-mana pon boleh asalkan tak menyusahkan abang" jawab Najla bersahaja.Bibir Faiq mengukir sebaris senyuman nipis. Bahagia terasa bila perkataan abang keluar dari bibir munggil isterinya.

"abang masakkan ye? Maira nak makan apa? " sesekali Najla tempat duduk sebelah di kerling.

"orang tak kesah" jawab Najla bosan. Faiq cuba meraih tangan Najla namun laju di tarik. Faiq tersenyum melihat tindakkan Najla yang laju menikus. Peka sungguh dia. Sayang ...sayang...

Faiq masih sibuk di dapur,Najla tidak di benarkan masuk ke ruangan dapur dan hanya di suruh menonton televisyen. Bosannya, tidak ada movie best pon.Channel tv di tukar-tukar namun tiada satu pon yang menarik perhatiannya. Akhirnya dia melangkah ke dapur.Faiq yang membelakangi di tenung lama. Apron milik Najla kelihatan comel di badan Faiq.Mungkin kerana Apron Najla yang berkartun-kartun dan sedikit ketat di badan Faiq. Bibir Nadia tersenyum tanpa sedar. Bau tumisan bawang menusuk liang hidung Najla.

"Abang masak apa? lama lagi ke? orang lapar dah ni" Kata Najla . Faiq memusingkan badannya.

"Sikit lagi sayang" balas Faiq.

"Nak orang tolong tak ? " tanya Najla .Faiq memandang Najla dan tersenyum manis. Ahai la suami.Jangan la senyum macamtu. Nak goda orang la tu.

"Pergi la duduk depan dulu, dah nak siap,tunggu tumis sayur sawi je " kata Faiq. Tangannya laju menggaul sawi yang baru sahaja di masukkan ke kuali. Akhirnya Najla akur. Dia ke depan tv lagi. Lebih kurang 10 minit berlalu, Faiq sudah siap menghidangkan juadah yang sudah di masak. Najla memandang seperti tidak percaya. Wow.. menu masakkan kampung, Ikan kembung bakar, sayur sawi tumis,ayam goreng serta tempe goreng.

"wah nampak sedap!" kata Najla.Keterujaannya tidak di sorok . Laju tangannya menyeduk nasi dan laju membaca bismillah tanpa menunggu Faiq. Faiq menggeleng dan bibirnya mengukirkan senyuman. Makanlah sayang, abang dah masukkan kasih sayang abang dalam masakan tu . Semoga cinta sayang untuk abang makin bercambah dan subur ye. I love you Najla Humaira.

tq to all my readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience